Anda di halaman 1dari 58

PENGURUSAN TANAMAN

SAYURAN DAN KONTAN

TAJUK: LAPORAN PENGELUARAN JAGUNG MANIS SECARA


KONVENSIONAL

NAMA PENSYARAH:
 PUAN NORSHATULNAJWA BINTI BAHAROM
 PUAN NORFELA BINTI ZAINAL
 ENCIK ARIEF AFIQ BIN AMERI

NAMA PELAJAR KAD NO. KELAS


PENGENALAN MATRIK
MUHAMMAD FAIZAL BIN 040131-01-0089 113085 A2
ZAHARIPIN
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA HALAMAN

1 Pengenalan 3

2 Objektif 4

3 Botani tanaman 5-6


3.1 Morfologi pokok jagung

4 Penyediaan biji benih 7

5 Sistem tanaman 8
5.1 Penyediaan batas
5.2 Jarak tanaman dan bilangan pokok / batas

6 Kalendar pengeluaran jagung 9

7 Pembajaan 10-11

8 Penyiraman 12

9 Pengurusan tanaman: 13-15


i)Kawalan rumpai
ii)Kawalan perosak
iii)Kawalan penyakit

10 Penuaian hasil 16-17

11 Kesimpulan 18

12 Lampiran 19-22
1.0 PENGENALAN

Jagung (Zea mays Linn) merupakan sejenis tanaman singkat masa dari keluarga Poaceae yang
popular ditanam diseluruh dunia. Jagung adalah salah satu tanaman bijirin yang ditanam
secara meluas di USA (38% pengeluaran didunia) dan beberapa negara pengeluar utama lain
adalah seperti China, Brazil, Mexico, Argentina ,India, Pakistan dan Perancis dengan jumlah
pengeluaran negara-negara tersebut sebanyak 9.8 - 10.0 juta metrik tan setahun. Pokok
jagung adalah tanaman yang sangat responsif dengan keadaan tanah, cuaca, pembajaan,
serangan perosak dan penyakit. Artikel Anim Agro Technology kali ini penulis berbicara
berkaitan teknologi tanaman jagung dalam perspektif di Malaysia berdasarkan pengalaman
penulis dalam bidang pengembangan pertanian hampir 30 tahun.
Jagung adalah tanaman yang mempunyai batang menegak mempunyai ruas-ruas dan mampu
mencapai ketinggian sehingga 1-3 meter. Terdapat lebih dari 50,000 kultivar jagung
diseluruh dunia dan sebahagian besar daripadanya telah pun dikomersialkan untuk
pengeluaran bijirin. Jagung adalah tanaman semusim yang mempunyai jangka hayat antara
80-150 hari bergantung kepada kultivar. Daun jagung berwarna hijau yang keluar dari batang
yang panjang, urat daun selari, mempunyai upeh dan tumbuh menegak dengan permukaan
yang yang licin dan ada yang berserabut. Jagung mempunyai bunga Jantan dan betina pada
satu pokok (monoecious) dimana bunga jantan dibahagian atas dan bunga betina (Lihat foto)
dibahagian bawah. Pendebungaan kebanyakkan oleh faktur angin dan sedikit serangga.
Jambak bunga betina akan kering apabila telah lengkap pendebungaan. Buah jagung
merupakan tongkol buah yang mempunyai empulur dan barisan biji kernel yang genap sama
ada 12 atau 18 baris. Jagung sayur pula dipetik sebelum biji terbentuk yang panjangnya 1-3
cm dan juga dipanggil 'baby corn'. Baby corn mendapat pasaran yang baik untuk pasaran
segar di Malaysia dan di peringkat global baby corn dalam tin keluaran Thailand, Taiwan dan
China paling banyak di ekspot keseluruh dunia.
2.0 OBJEKTIF

Pelajar dapat mengenal pasti jenis tanaman yang perlu ditanam untuk dijual kepada
pembeli. Selain itu, dapat menghasilkan buah-buahan yang berkualiti dan terhindar dari
sebarang penyakit. Seterusnya mengetahui Teknik penanaman dan pembajaan bagi setiap
tanaman yang ditanam. Di samping itu, Teknik pembajaan yang sesuai dan umur setiap
pokok untuk membaja. Akhir sekali, mengetahui waktu pengutipan hasil tanaman.
3.0 BOTANI TANAMAN

Nama saintifik bagi jagung ialah Zea mays L. dari keluarga Gramineae sama dengan tanaman
bijirin lain seperti gandum, padi dan sekoi. la adalah sejenis tumbuhan monoesius yang
membiak melalui pendebungaan kacuk. Taksonomi tanaman jagung adalah seperti berikut:
Kelas: Angiosperm
Order: Graminales
Farmili: Gramineae
Genus: Zea
Spesies: mays

Tanaman jagung boleh dikelaskan berdasarkan kepada beberapa kriteria. Sistem klasifikasi
yang digunakan oleh CIMMYT atau International Maize and Wheat Improvement Center
bagi populasi-populasi jagung di bawah program pembiakbakaan adalah mengikut kriteria
berikut:
i. Kesesuaian iklim - Tropika
- Sub-Tropika
- Iklim Sederhana
- Tanah Tinggi
ii. Tempoh kematangan - Bermatang awal
- Intermediate
- Bermatang lewat
iii. Warna kernel - Putih
- Kuning
- Lain-lain

3.1 Morfologi pokok jagung


-Akar
Terdiri dari akar radikel (akar pertama) dan akar seminal yang merupakan akar primer yang
akan menyokong pokok pada peringkat awal pertumbuhan pokok tersebut. Peranannya akan
diambil alih oleh akar serabut yang boleh memanjang sehingga 1.5 meter ke dalam tanah
yang mempunyai saliran yang baik. Pucuk atau plumul muncul kemudian sedikit daripada
radikel. Mesokotil memanjang ke atas supaya buku pertama batang pokok adalah pada paras
3.0-4.5 cm daripada permukaan tanah (Rajah 1). Panjang mesokotil bergantung kepada
kedalaman biji benih dalam tanah. Mesokotil pokok dari biji benih yang ditanam dalam
adalah lebih panjang daripada yang ditanam cetek. Sistem akar terbentuk sepenuhnya pada
minggu ke-8. Akar tumbuh secara lateral pada peringkat awal dan akan memanjang secara
vertikal ke dalam tanah.

-Batang
Kultivar-kultivar jagung di Malaysia biasanya tidak mengeluarkan sulur. Ruas antara lima
buku batang pokok di pangkal adalah pendek dan biasanya di bawah paras permukaan tanah.
Ruas-ruas selepas buku ke lima adalah lebih panjang.

-Daun
Apabila koleoptil didedah kepada cahaya selepas percambahan, dua helai daun muncul dari
hujung koleoptil. Daun pertama mempunyai hujung yang bulat. Semua daun mempunyai
hujung yang runcing dan tersusun secara berselang. la mempunyai upih yang melitupi batang
pokok dan lai daun yang berbentuk panjang lurus dan berbulu dengan urat daun selari.
Kultivar-kultivar jagung yang ditanam di Malaysia biasanya mempunyai 16-20 helai daun.
Daun-daun di pangkal pokok tidak berkembang besar dan akan luruh apabila pokok jagung
membesar. Biasanya lima hingga tujuh helai daun pokok pertama akan luruh pada peringkat
pembungaan.

-Bunga
Jagung merupakan satu jenis tanaman semusim monoesius yang mempunyai bunga jantan
dan bunga betina yang berasingan pada pokok yang sama. Jambak bunga jantan terletak di
atas, dikeluarkan dari penghujung batang pokok, manakala jambak bunga betina terletak di
celah upih daun.
4.0 PENYEDIAAN BIJI BENIH

Gunakan biji benih bermutu tinggi. Sebelum menanam, biji benih dirawat dengan racun kulat
seperti thiram 80 % w/w atau captan 50 % w/w pada kadar 3 g/kg biji benih. Untuk mendapatkan
kesan rawatan yang lebih baik, rawatan secara bancuhan pekat adalah disyorkan. Contohnya, untuk
merawat 10 kg biji benih, bancuhkan 30 g thiram 80 % w/w dalam 150 ml air. Bancuhan pekat yang
diperolehi ini digaul dengan 10 kg benih itu dalam satu bekas sehingga semua biji benih disaluti
bancuhan racun. Biji benih yang telah dirawat hendaklah ditanam dalam tempoh dua hari.
Biji benih jagung boleh didapatkan dari kedai pertanian atau mana-mana agensi yang menjual benih
jagung. 10 kg biji benih jagung diperlukan untuk 1 hektar Kawasan penanaman. Biji benih tersebut
perlu direndam selama 1 jam di dalam air biasa dan kemudian dicampurkan dengan racun kulat
seperti Thiram sebelum dibawa ke ladang. Lubang biji benih jagung dibuat menggunakan tugal dan 1
atau 2 biji benih dimasukkan ke dalam lubang tersebut dan dikambus dengan tanah. Tanah tersebut
perlu disiram 2 kali sekali pagi dan petang. Sistem pengairan jenis renjis sesuai digunakan bagi
tanaman jagung dan perancangan yang baik perlu dilakukan sekiranya ingin menanam jagung semasa
musim hujan.
5.0 SISTEM TANAMAN
5.1 Penyediaan Batas
- Pemilihan tapak hendaklah dilakukan terlebih dahulu untuk mengoptimumkan hasil
pengeluaran tanaman.
- Kemudian, aktiviti pembersihan hendaklah dilakukan dikawasan yang telah dipilih
menggunakan cangkul dan parang.
- Aktiviti menterbalikkan tanah bawah ke permukaan atas dengan menggunakan cangkul.
- Seterusnya, aktiviti mengukur plot tanaman bagi menyediakan satu batas menggunakan tali
rafia dan kayu pancang.
- Batas tanaman diukur mengikut ukuran yang ditetapkan iaitu 1m lebar x 15cm tinggi x
10.5m Panjang.
- Aktiviti penggemburan tanah dilakukan dengan menggunakan cangkul.
- Setelah siap, aktiviti membuat parit atau Lorong antara batas dilakukan dengan berukuran 0.5m.
- Pacakkan kayu pancang disetiap penjuru batas tanaman yang telah siap dibina.

5.2 Jarak tanaman dan bilangan pokok/batas


 Panjang batas: 10.5 meter
 Tinggi batas: 15 cm
 Lebar batas: 1 meter
 Jarak antara parit: 0.5 meter
 Satu lubang tanaman: 2 biji benih
 Satu batas: mempunyai 2 baris tanaman
 Jarak antara lubang tanaman: 30 cm
Penanaman boleh menggunakan jentera atau tugal bagi Kawasan yang kecil. Masukkan 1
atau 2 biji setiap lubang pada kedalam 3-5 cm dan akan bercambah antara 4-7 hari setelah
ditanam. Biasanya biji benih ditanam lebih cetek di tanah yang lembab dan pada musdim
hujan.
6.0 KALENDER PENGELUARAN JAGUNG

Hari Tarikh Catatan/aktiviti


-penyediaan kawasan/
Khamis 6/10/2022 Tapak batas jagung

-meletak dan menggaul baja


Khamis 13/10/22 organic/baja tahi ayam

Ahad 16/10/2022 -merumpai


-penanaman biji benih
Khamis 20/10/2022 jagung
-baja UREA
-mesin rumput
Khamis 27/10/2022 -meracun
-sulam biji benih
Khamis 3/11/2022 -baja NPK hijau
-baja NPK hijau
Khamis 10/11/2022 -mesin rumput

Khamis 17/11/2022 -merumpai dan meracun


-merumpai
Khamis 24/11/2022 -menimbus akar jagung
-baja NPK hijau
-merumpai
Khamis 1/12/2022 -timbus tanah

-baja NPK biru


Khamis 8/12/2022 -harvest baby corn

Sabtu 10/12/2022 -merumpai


-merumpai
Khamis 15/12/2022 -mengambil markah

Selasa 27/12/2022 -harvest jagung


7.0 PEMBAJAAN
Tanaman jagung memerlukan pembajaan yang mencukupi bagi mengeluarkan hasil yang
bermutu tinggi. Antara baja yang disyorkan ialah Baja Organik (tahi ayam), Baja Urea 46%
N, dan Baja 12:12:17:2. Kadar pembajaan perlu ditingkatkan sebanyak 20-30% sekiranya
jagung ditanam di tanah berpasir. Penggunaan bahan organan digalakkan di tanah berpasir
dan kurang subur dan kadar yang disyorkan ialah sebanyak 10-20 tan/ha. Bagi tanah yang
subur, penggunaan bahan organan boleh dikecualikan dan sekiranya perlu boleh dilakukan
dua musim sekali. Pemberian bahan organan boleh dijalankan semasa pembajakan akhir
penyediaan kawasan.
Pembajaan yang cukup adalah sangat penting untuk menjamin tongkol yang dikeluarkan
besar dan bermutu. Kadar pembajaan perlu ditingkatkan sebanyak 20% -30% jika ia ditanam
di tanah berpasir. Pemberian bahan organan boleh dijalankan semasa pembajakan terakhir
penyediaan Kawasan. Di tanah mineral yang telah dibaiki kesuburannya, baja organikk hanya
digunakan setiap dua musim penanaman.

Jenis Tanah Masa Jenis Baja Kadar Cara Membaja


Membaja
1.Mineral 7 HST Baja organik (tahi 3-5 t/ha Baja ditabur
ayam) secara sekata di
atas permukaan
1 HST NPKMg 500 kg/ha tanah dan
12:12:17:2 kemudiannya
dibajak ke dalam
tanah

2.Bris 7 HST Baja organic 10-20 tan/ha Baja ditabur


- Rudua (tahi ayam) secara sekata di
-Machang atas permukaan
-Rompia 1 HST NPK Blue tanah dan
12:12:17:2 kemudiannya
dibajak ke dalam
tanah

15 HLT Urea 46%N 130 kg/ha Tabur 15cm dari


barisan jagung
dan gaul dalam
tanah

30 HLT Urea 46%N 130 kg/ha Tabur 25cm dari


12:12:17:2 barisan dan gaul
dalam tanah
Tabur 25cm dari
45 HLT Urea 46%N 130 kg/ha barisan dan gaul
dalam tanah
3.Organik 1 HST NPK Blue 250 kg/ha Baja ditabur
-Gambur 12:12:17:2 secara sekata di
atas permukaan
tanah dan
kemudiannya
dibajak ke dalam
tanah

30 HLT Urea 46%N 210 kg/ha Tabur 25cm dari


12:12:17:2 250 kg/ha barisan jagung
dan gaul dalam
tanah

Jenis-jenis baja yang digunakan:

Baja tahi ayam Baja UREA 46% N

Baja foliar baja NPK

8.0 PENYIRAMAN
 Menyiram pokok jagung sebanyak dua kali sehari. Siraman pertama di sebelah pagi
dan siraman kedua di sebelah petang. Siraman pada waktu petang hanyalah secara
ringan untuk memulihkan pokok sekiranya cuaca terlalu panas.
 Siraman yang keterlaluan dan di tambah pula dengan tanah yang bersaliran kurang
baik boleh menyebabkan akar menjadi masam.

 Tanaman jagung memerlukan purata taburan hujan antara 500-800 mm sepanjang


musim 120 hari. Kelembapan yang cukup pada peringkat awal (masa menanam
sehingga 18 hari lepas tanam) dan pada peringkat berbunga (40-70 hari lepas tanam)
adalah diperlukan kerana kekurangan air pada peringkat awal akan menyebabkan
kekurangan percambahan dan kematian anak pokok. Kekurangan air antara 20-40 hari
menyebabkan pokok terbantut menjejaskan hasil tanaman.

 Di antara tanda kekurangan air ialah daun tergulung walaupun waktu pagi bagi pokok
walaupun waktu pagi bagi pokok pada peringkat pertumbuhan tampang. Daun akan
kelihatan layu bagi pokok yang telah berbunga. Masalah ini boleh dikurangkan
dengan cara menanam jagung pada musim yang sesuai.

 Kekerapan dan kuantiti air yang diperlukanadalah bergantung saiz pokok, tekstur
tanah, kandungan bahan organan dalam tanah, topografi dan tempoh kemarau.

9.0 PENGURUSAN TANAMAN


i-Kawalan rumpai
contoh-contoh rumpai di batas jagung:
Bayam duri Maman
 Terdapat dua jenis kawalan rumpai iaitu kawalan jenis kimia. Yang kedua pula
kawalan rumpai jenis manual.

Kawalan rumpai jenis manual:


-Kawalan rumpai boleh dilakukan secara manual seperti mencabut rumpai menggunakan
cangkul atau tangan. Bagi kawasan penanaman yang luas racun herba boleh digunakan.
Racun herba yang baik digunakan ialah Altrazine 80 WP pada kadar 5.6 kg/ha disembur dua
kali pertama semasa pracambah dan kali kedua pada sebulan setengah selepas penyemaian.

Kawalan rumpai jenis kimia:


- Gunakan racun rumpai pra-cambah yang sesuai. Sembur secara merata mengikut barisan
jagung dalam 450 – 600 liter air sehektar sebaik sahaja lepas menanam.
-Bagi rumpai daun lebar, kawalan secara kimia pada umur pokok 17 - 19 hari boleh
dilakukan dengan menggunakan racun rumpai yang sesuai. Racun ini tidak memberi kesan
negatif atas pokok jagung kalau semburannya dibuat sebelum 19 hari lepas tanam, iaitu pada
peringkat pokok jagung mempunyai 4 helai daun yang telah kembang.
Contoh racun rumpai yang digunakan:

Racun kenbast

ii-Kawalan perosak
JENIS PEROSAK CIRI-CIRI PEROSAK SYOR KAWALAN
1)Ulat pengorek -Ulat ini boleh dijumpai pada -Sembur dengan racun
batang daun-daun dan deretan lubang serangga jika perlu seperti
melintang daun. Basillus thuringensis
-Ulat mengorek masuk ke dalam menggunakan cypermethrin
pucuk, batang, bunga jantan & atau chlopyrifos mengikut
tongkol. kadar disyorkan.
-Tanda-tanda seranggan –lubang
pada daun / batang, najis di luar
lubang, pucuk layu, luka-luka.

2)Ulat pengorek -Ulat ini memakan rerambut -Sembur dengan racun jika
tongkol tongkol dan hujung tongkol. Ulat perlu seperti Basillus
mengorek masuk ke dalam bunga thuringensis menggunakan
jantan, tongkol. cypermethrin atau
-Kadangkala terdapat juga chlopyrifos mengikut kadar
bahagian tengah tongkol jagung. disyorkan.
Tanda-tanda seranggan – najis
pada bunga, rerambut, hujung
tongkol.

Contoh racun serangga:

Racun Basillus Racun chlopyrifos

iii-Kawalan penyakit
i) Penyakit hawar daun
-Musnah (buang atau bakar) sisa-sisa tanaman, guna biji benih yang bersih sembur racun
benomyl pada 0.03% b.a. atau mancozeb pada 0.15% b.a.

ii) Reput batang


-Membuat saliran dan sistem perparitan yang baik dan pastikan batas tidak ditenggelami
air hingga menyebabkan banjir dalam masa yang panjang.

iii) Lecuh anak benih-disebabkan oleh kulat


-Musnahkan pokok yang berpenyakit, amalkan penggiliran tanaman, wujudkan saliran air
yang baik dan rawat biji benih dengan thiram autau captan pada kadar yang disyorkan.

iv) Kulapuk downy


-Pada peringkat awal, daun yang dijangkiti menunjukkan jalur berwarna putih
kekuningan. Kemudian diikuti dengan pembentukkan kulapuk,tanda-tanda reput dan
keperangan. Pokok akan terbantut.

10.0 PENUAIAN HASIL


 Tanda Kematangan
Tongkol-tongkol yang cukup matang mula dituai di antara 65-72 hari lepas tanam. Tongkol
jagung sesuai dikutip sebagai jagung segar apabila kernelnya mencapai saiz maksimum.
Tongkol jagung pada peringkat ini mempunyai benang sari/rerambut kering keseluruhan yang
berwarna perang.

 Memungut Hasil
Kutipan hasil perlu dijalankan setiap dua hari. Ia boleh diteruskan selama dua minggu. Hanya
tongkol-tongkol yang dipastikan telah berisi sahaja dapat dijual. Jagung yang matang dapat
ditentukan dengan cara memastikan rerambut perang dan kering. Batang pokok yang telah
dituai dipatahkan untuk memudahkan penuaian pusingan berikutnya.

Cara menuai jagung yang matang:


-Penuaian jagung akan dilakukan apabila tahap kematangan mencapai optima.
-Jagung dipetik dengan mematahkan pangkalnya.
-Untuk memanjangkan jangka hayat kesegaran, patahkan tangkainya seberapa panjang yang
boleh.
-Memetik Jagung yang bersaiz besar sahaja terlebih dahulu.
-Masukkan jagung ke dalam bakul atau guni plastik. Jangan longgokkan pada jangka masa
yang panjang kerana akan meningkatkan suhu & mempercepatkan proses pengecutan.
11.0 KESIMPULAN
Dalam budidaya tanaman jagung, variety benih tanaman yang ditanam akan mempengaruhi
produksi tanaman jagung. Termasuk perbezaan pertumbuhan tinggi tanaman, biji dan jumlah
daun yang dihasilkan untuk memperoleh hasil yang maksimum perlu diperhatikan variety
benih yang ditanam.
Selain itu, saya dapat mengetahui tentang penyakit pokok jagung serta dapat mengenali
serangga perosak dan dapat cara kawalan serangga perosak & penyakit . Di samping itu,
dapat mempelajari jarak tanaman yang betul. Terdapat banyak cabaran ketika melakukan
projek tanaman jagung ini. Antara cabaran yang dihadapi apabila musim hujan pada setiap
petang. Ia menyebabkan kesukaran untuk pergi ke ladang untuk membuat penyelengaraan
seperti merumpai, meracun dan membaja. Walau bagaimanapun, saya dapat belajar
mengenali buah jagung yang sudah masak ataupun belum.

12.0 LAMPIRAN
-PENYEDIAAN BATAS TANAMAN JAGUNG
Mengukur jarak batas Membuat batas setelah diukur

Bentuk batas setelah dicangkul Batas yang telas siap

Batas yang telah siap dan digembur Mengukur jarak benih yang akan ditanam

-POKOK JAGUNG DARI HARI PENANAMAN HINGGA PENUAIAN


HASIL
Biji benih yang ditanam iaitu Asia Manis Benih bercambah selepas beberapa hari

Pokok jagung terbentuk Pokok jagung selepas satu minngu

Pokok jagung selepas beberapa bulan Buah jagung yang telah dituai

-PEROSAK TANAMAN DAN PENYAKIT PADA JAGUNG


Ulat bulu merayap di buah jagung Ulat mengorek batang pokok

Serangan ulat pengorek tongkol Pokok yang tumbang

Pokok lecur

-HASIL PENUAIAN DIJUAL SECARA RELAI DAN TONGKOL


Buah yang relai dibungkus dalam Plastik

Buah jagung tongkol dijual di tepi jalan

Anda mungkin juga menyukai