Anda di halaman 1dari 6

TAJUK

OBJEKTIF

: Penyambungan Kabel Bawah Tanah

: 1) Melakukan kerja-kerja penyambungan kabel bawah tanah


dengan mengikut prosedur.
2) Mengunakan peralatan penyambungan kabel bawah tanah
dengan betul.

PERALATAN DAN BAHAN : 1) Kabel bawah tanah


2) Pemotong kabel
3) crimping tools
4) 3M Scotchcast joint kit
5) pelekat hitam
6) kertas pasir

Langkah kerja

1.

K
a
b
e
l

dipotong kepada dua mengikut ukuran


menggunakan pemotong kabel.
2. Sebelum melakukan penyambungan tamatan, penebat kabel perlu dipotong sebanyak
10 cm dan dikupas terlebih dahulu dengan menggunakan pengupas kabel atau pisau
sehingga menampakkan teras besi.

1.

Teras besi dipotong sedikit dan selebihnya


dibiarkan bagi tujuan pembumian.

2.

Kemudian,

lapisan

penebat

yang

kedua

dipotong dan dikupas sehingga kelihatan


lapisan kabel berwarna merah, kuning, biru
dan hitam.
3.

Hujung

kabel

yang

berwarna

dipotong

sebanyak 0.5 cm sehingga menampakkan


teras.
4. Langkah 1 hingga 4 diulang semula pada hujung kabel yang lain.

1. Kedua- dua hujungkabel tersebut disambung dengan menggunakan pin dan diketatkan
dengan crimping tools.
2. Setelah semua kabel disambungkan, penyambungan kabel tersebut dibalut dengan
mengunakan pita pelekat hitam bagi tujuan keselamatan.

1. Kabel yang telah siap disambung, dimasukkan ke dalam bekas scotchcast.


2. Kemudian, resin dibancuh terlebih dahulu dan dituang ke dalam bekas tersebut.
3. Resin perlu dituang memenuhi bekas dan selepas itu, bekas tersebut ditutup dan
dibiarkan kering selama satu hari.

BUKTI SIAP

KESIMPULAN
Melalui amali yang telah dijalankan memberi pengalaman dan kemahiran kepada pelajar
mengenai penyambungan kabel bawah tanah. Pelajar terlebih dahulu diterangkan mengenai
penggunaan peralatan dan bahan yang terlibat dalam proses kerja. Hal ini kerana, penggunaan
peralatan dan bahan yang bertepatan akan memudahkan proses penyambungan. Kemudian,
Pelajar diterangkan mengenai langkah-langkah kerja penyambungan mengikut urutan dengan
betul. Langkah kerja ini perlu difahami dan diikuti satu persatu supaya kabel yang disambung
mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai