Anda di halaman 1dari 9

Tajuk Tugasan : Merombak Bare Conductor dan menukar kabel ABC

395MM+70MM+16MM,316MM+25MM,116MM+25MM.
Tarikh Tugasan : 19 JUN 2011.
Lokasi Tugasan : Jalan Perindustrian Kelang Lama Kulim.
Nama Penyelia : En. Zaidi Bin Abu Bakar

Keterangan Tugasan
Merombak Bare Conductor
Mengubah tiang span konkrit 7.5 meter sedia ada ke tempat lain.
Merentang kabel ABC baru pada tiang.

Senarai Peralatan Yang Digunakan


Tangga kayu
Drum jack
Tali
Roller
Cangkul
Kayu pemampat tanah
Spanar
Cutter
Playar
Kon keselamatan
Crane auger
Comealong tong and pully

Senarai bahan yang digunakan


Kabel ABC
J-Hock
Dead end clamp
Pencengkam gantungan
Piercing conector

Prosidur keselamatan
Aspek keselamatan amat dititik beratkan pada pekerja sebelum menjalankan kerja
dan mesti mengikut aspek-aspek berikut:
Semua kerja-kerja pada radas /pepasangan hidup yang dimatikan hendaklah
dikeluarkan Sijil kebenaran melakukan kerja sebelum boleh
memulakan kerja-kerja pada radas / pepasangan tersebut.
Mematuhi setiap arahan Orang Berkebenaran (AP) dan Orang Berkecekapan
(CP)
Setiap pekerja perlu memahami kerja yang hendak dilaksanakan.
Menerima arahan bekerja secara lisan di tapak kerja terlebih dahulu sebelum
memulakan sesuatu kerja.
Memahami dan mematuhi setiap tanda-tanda amaran atau tanda perlu
menggunakan Peralatan Perlindungan Diri (PPD).
Dilarang mencuba sesuatu kerja atau berbuat sesuatu tanpa pengetahuan AP
atan CP.
Mematuhi dan menggunakan secara betul PPD yang dibekalkan.
Pastikan peralatan untuk kegunaan menjalankan kerja diperiksa terlebih
dahulu.

Prosidur kerja
Sebelum menjalankan kerja merombak kabel ini,pihak TNB perlu
mengeluarkan notis kepada penguna yang terlibat seminggu lebih awal
untuk kerja-kerja ini.
Mendapatkan PTW terlebih dahulu sebelum menjalankan kerja
merombak dan kerja dimulakan selepas mendapat arahan daripada
penyelia.
Kerja dimulakan dengan memotong bekalan pada feeder pillar dengan
menanggalkan fius,kerja ini dilakukan oleh CP atau AP.
Kemudian letakkan AWAS KERJA SEDANG DILAKUKAN pada
feeder pillar.

Lakukan discharge pada bare conductor supaya bekalan betul-betul


sudah dimatikan.

Setelah bare conductor discharge,kerja menanggalkan bare conductor


bolehlah dilakukan dengan selamat.

Tanggalkan bare conductor pada shackle,belenggu U,bukakan dawai


binding no9 yang dililit pada bare conductor.
Setelah bare conductor dibuka pada tiang,tanggalkan aksesori bare
conductor pada tiang seperti pendakap D,shackle,belenggu U.

Selesai kerja menanggalkan bare conductor,tiang 7.5 meter diubah


untuk merapatkan jarak antara tiang

Tiang dicabut dan ditanam menggunakan crane auger.


Setelah tiang siap di tanam,kerja merentang kabel ABC boleh
dilakukan,pasangkan j-hock pada lubang pada tiang terlebih dahulu.

Kemudian pasangkan roller pada j-hock.Roller dipasang untuk tujuan


memudahkan kabel ABC ditarik.

Pasangkan drum jack pada drum kabel ABC terlebih dahulu.Drum jack
digunakan bagi memudahkan kerja membuka kabel dari drum.

Drum jack terdiri daripada 2 tiang sokangan dan 1 batang besi panjang
untuk di masukkan ke dalam lubang yang terdapat pada drum kabel
ABC.

bbbbbbbbbbbbbbbb

Gambar menunjukkan tiang yang diubah siap ditanam dan drum jack telah di
pasang pada drum kabel ABC.
Selesai drum jack dipasang,ikatkan tali pada kabel untuk merentang kabel
ABC dengan bantuan lori kabel ditarik ke tiang pertama.
Kemudian kabel yang direntang tadi dimasukkan pada roller diatas tiang
dan kabel direntang sehingga ke tiang terakhir yang menempatkan kabel
XLPE dari bawah tanah.
Selesai merentang kabel ABC 395MM+70MM+16MM sehingga tiang
terakhir,pasangkan Dead End Clamp saiz 70 pada pengalir neutral dan
sangkutkan pada J-hock yang dipasang pada tiang.
Kabel ABC 395MM+70MM+16MM direntang untuk 6 batang tiang
span konkrit.
Untuk memasang dead end clamp terdapat cara memasang dengan betul
supaya dead end clamp tidak rosak iaitu:
Gambar menunjukkan kabel direntang dan kabel di letakkan pada roller
.
Kemudian pasangkan pencengkam gantungan pada pengalir neutral kabel
ABC dan pasangkan pada j-hock,pastikan jarak kabel dengan permukaan
tanah mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Selesai memasang pencengkam gantungan,kerja diteruskan dengan
merentang kabel ABC 316MM+25MM dan 116MM+25MM.
Kabel ABC ini direntang sama dengan kaedah merentang kabel ABC
95MM.Selesai merentang kabel ABC,kabel 95mm dan 16mm disambung
menggunakan piercing conector.

Gambar menunjukkan piercing conector


I.P.C digunakan untuk menyambung kabel ABC sahaja,ianya terdapat gerigi
bagi menekam penebat kabel kabel agar bekalan dapat disambung apabila
gerigi bersentuh dengan pengalir aluminium.
Selesai merentang kabel ABC 316mm,kabel ABC 395 dan 316mm
boleh disambung menggunakan piercing conector,bukakan nat supaya kabel
dapat dimasukkan pada piercing conector,kemudian ketatkan nat piercing
conector menggunakan spanar richerd sehingga nat pada piercing conector
patah.
Pastikan pada pengalir neutral piercing conector dipasang 2 dan pastikan
setiap hujung sambungan kabel dipasangkan end cap supaya air tidak
masuk.
Siap kerja menyambung kabel ABC,rentangkan pula kabel 116mm pada
tiang,pasangkan dead end clamp 25mm pada pengalir neutral dan
sangkutkan pada pendakap D pada tiang pembahagian.
Kemudian pasangkan pencengkam gantungan pada pengalir neutral dan
sangkutkan pada j-hock di tiang sesalur terus.
Pada tiang terakhir kabel direntang pasangkan dead end clamp pada
pengalir neutral dan sangkutkan pada jhock,pastikan hujung kabel yang
dipotong endcap diletakkan.

Gambar menunjukkan pekerja telah memasang dead end clamp pada kabel dan kabel
siap disambung menggunakan piercing conector.

Kemudian kerja menyambung kabel sebis pada pengguna pula


dilakukan.selesai menyambung semua kabel,kabel ABC 395mm
disambung dengan kabel XLPE dari Feeder pillar ke tiang.
Sambungkan kedua-dua kabel tersebut menggunakan piercing conector
dengan ketat sehingga nat patah pada piercing conector.
Bekalan bolehlah dibekalkan setelah kerja menyambung kabel dengan
memasukkan fius semula pada busbar feeder pillar R,Y,B,lakukan ujian
kehadiran arus pada keluaran fius yang di sambung menggunakan voltage
indicator.pastikan fasa dengan fasa 415V,fasa dengan neutral 240V.
Kerja memasukkan fius hanya boleh dilakukan oleh orang berkebenaran
sahaja seperti CP dan AP.
Jika semuanya tiada masaalah kemaskan semua peralatan yang digunakan
dan batalkan permit to work tanda kerja sudah selesai.

Jenis ujian yang dilakukan

Ujian keterusan fius ujian ini dilakukan mengguna clamp meter.ujian ini
bertujuan memastikan fius yang akan digunakan dalam keadaan baik.
Ujian voltan ujian ini menggunakan voltage indicator.ujian ini dilakukan
untuk memastikn voltan dalam keadaan betul 400V,240V.

Cara pemasangan Dead End Clamp.

i. Pastikan kabel benar-benar lurus sebelum dimasukkan ke dalam


insert,sekurang-kurangnya sama dengan panjang insert untuk memastikan
kabel betul-betul ketat apabila dipegang oleh insert.Jika tidak,kabel akan
terlucut.
ii. Masukkan kabel di bahagian tengah insert dan gerakkan insert perlahan-lahan
sehingga insert tersebut memegang kabel dengan ketat.Pastikan kedudukan
insert selari dan tidak senget.
iii. Ketuk dibahagian hujung sebelah luar insert secara berselang-seli kiri dan
kanan dengan sekata dan pastikan kabel masih berada di dalam insert dan
tidak terkeluar ataupun bengkok semasa diketuk.pastikan juga kabel betul-
betul ketat dipegang oleh insert.
iv. Jika tersilap pasng kabel,ketuk bahagian atas body menggunakan mallet
untuk melonggarkan insert.Jangan menggunakan peralatan yang tajam seperti
pemutar skru untuk mengetuk body.
v. Sekiranya penenganan kabel dilakukan menggunakan lori,pastikan ianya
tidak ditarik dengan terlalu kuat(gunakan load meter) untuk memastikan dead
end clamptidak pecah.Periksa keadaan dead end clampuntuk memastikan
ianya tidak retak akibat tarikan yang terlalu kuat dan pastikan kedudukan
wire rope dipasang adalah betul.
vi. Untuk menbengkokkan kabel,pastikan anda memegang kabel di hujung insert
baru bengkokkan.Jangan sesekali menbengkokkan kabel dengan memegang
dead end clamp kerana ia akan merosakkan insert.

Lampiran
Semua lampiran tugasan terdapat dimuka surat sebelah.

Kesimpulan

Bekalan dapat diberikan semula kepada pengguna dan penukaran kabel bare
conductor ke ABC lebih tahan lama dan tidak mudah putus jika ditimpa
dahan kena pemasangan kabel ABC terdapat aksesori yang khas berbanding
bare conductor.
Pelatih dapat mempelajari cara merentang kabel ABC,memasang dead end
clamp,memasang pencengkam gantungan,memasang jhock dan memasang
piercing conector.
Pelatih dapat memahirkan lagi apa yang dipelajari semasa 3 bulan di ILP
Kepala Batas

Sumber rujukkan

Rujukan daripada staf dalam pasukan Sesalur atas voltan rendah.


Rujukan daripada buku nota ILSAS.
Rujukan daripada rakan-rakan ppkk.
Pengesahan penyelia.

Tandatangan :
Nama :
Jawatan :
Cop :

Anda mungkin juga menyukai