Anda di halaman 1dari 119

KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

1: SIMBOL

PENGENALAN
Bab ini menerangkan dengan lengkap berkaitan keselamatan elektrik, simbol, definisi, dan
maklumat umum yang berkaitan kawalan motor.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Objektif pembelajaran ini ialah:
1. Mengetahui latihan keselamatan dan pertolongan cemas.
2. Mengetahui simbol yang berkaitan dengan kawalan motor.
3. Mengetahui definisi komponen penyentuh dan motor.

HASIL PEMBELAJARAN
Selepas berakhirnya bab ini, pelatih mesti boleh:
1. Mengamalkan latihan keselamatan dan pertolongan cemas
2. Melukis simbol-simbol berkaitan kawalan motor.
3. Menerangkan komponen penyentuh dan motor

BKT 1
KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

1.1 PENGENALAN

Terdapat beberapa simbol asas yang digunakan untuk menerangkan makna dan
tujuan litar kawalan motor. Bentuk dan kedudukan satu-satu simbol itu tidak sama bagi litar-
litar kawalan motor. Walau bagaimanapun simbol-simbol tersebut boleh di ubah-ubah
mengikut keadaan-keadaan keperluan pengguna di tempat-tempat tertentu.
Memandangkan Malaysia masih mengimport peralatan dari beberapa Negara
antarabangsa, maka sudah pasti simbol-simbol agak berlainan sedikit.

BKT 2
KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

BKT 3
KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

2 : PENYENTUH (CONTACTOR)

PENGENALAN
Bab ini menerangkan dengan lengkap berkaitan penyentuh. Cara penyambungan dan jenis-
jenis penyentuh telah diterangkan didalam bab ini. Kenalpasti setiap isi kandungan bab
untuk mengetahui cara pengoperasian dan fungsi penyentuh berserta simbol.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Objektif pembelajaran ini ialah:
1. Mengetahui komponen, binaan dan jenis penyentuh.
2. Mengetahui simbol-simbol komponen penyentuh.
3. Mengetahui bagaimana fungsi dan cara operasi penyentuh.

HASIL PEMBELAJARAN
Selepas berakhirnya bab ini, pelatih mesti boleh:
1. Menerangkan komponen, binaan dan jenis penyentuh.
2. Melukis simbol-simbol komponen penyentuh.
3. Mendawai litar asas bagaimana fungsi dan cara operasi penyentuh.

BPLK 4 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

2.1 MENGENAL PENYENTUH


Alat perlindungan dan pensuisan amat penting dalam operasi sistem elektrik. Dalam
penggunaan teknologi moden khususnya yang berkaitan dengan sistem elektrik adalah
amat penting bagi pencipta dan penyelenggara sistem elektrik untuk menyediakan bekalan
elektrik berterusan tanpa gangguan kepada semua mesin.
Untuk menyediakan perkhidmatan ini, adalah penting bagi anda selaku orang
teknikal, mengetahui dan rnemahami perbezaan asas di antara suis, pemutus litar,
penyentuh dan geganti serta cara operasinya.
Penyentuh adalah suis mekanikal yang dikendalikan secara automatik
(elektromagnet), iaitu sentuhan antara sesentuh tetap ( permanent contact ) dengan
sesentuh bergerak (moving contact). Sentuhan antara sesentuh di dalam penyentuh
dihasilkan oleh daya tarikan magnet yang dikawal oleh kemagnetannya. Permukaan
sentuhan pula berlaku apabila kemagnetan diluputkan, dimana ketika sesentuh bergerak
yang ditarik, hasil tindakan spring yang mengawalnya

Contoh:

Daya Tarikan Magnet

Rajah 2.1

Rajah di atas menunjukan 3 sesentuh sedia buka dan 2 sesentuh sedia tutup

Apabila bekalan dimasukan ke gelung penyentuh.

Daya Tarikan Magnet

Rajah 2.2

BPLK 5 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

2.2 KOMPONEN-KOMPONEN PENYENTUH

1. Sesentuh utama ( main contacts ) - untuk mengendalikan beban utama, berarus


besar dan biasanya sesentuh bersaiz besar dan tebal serta ditanda dengan nombor-
nombor kecil, contohnya 1,2,3,4,5 dan 6.

2. Sesentuh tambahan ( auxiliary contacts ) - sebagai litar kawalan dan berarus


rendah. Oleh itu sesentuhnya kecil dan bernombor besar, contohnya 13,14.21,22
dan sebagainya. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu sesentuh sedia buka ( normally
open ) dan sesentuh sedia tutup ( normally close)

3. Gegelung tanpa voltan ( No Volt coil ) – ia mendapat bekalan 240 Volt atau 415
Volt. Untuk mendapatkan kemagnetan bagi penarik angker (armature) dan
seterusnya menarik pemegang sesentuh bergerak (plunger), menjadikan sesentuh
sedia buka akan tertutup dan sebaliknya.

4. Teras bergerak (angker) – terdiri daripada lapisan keluli yang digabungkan


bersekali dengan palang bersilang. Ia menggerakan palang bersilang setelah
gegelung tanpa voltan menghasilkan daya tarikan magnet.

5. Teras tetap - terdiri dari lapisan (laminated) keluli. Teras tetap akan menjadi
elektromagnet setelah gegelung tanpa voltan mendapat bekalan dan seterusnya
menarik teras bergerak.

6. Spring menolak - spring akan menolak teras bergerak semasa gelung kendalian
diluputkan dan seterusnya sesentuh akan kembali kepada kedudukan asal.

7. Palang bersilang - berfungsi sebagai pemegang sesentuh bergerak secara selari


yakni bertindak serentak semua sesentuh.

BPLK 6 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

2.3 PRINSIP OPERASI PENYENTUH

a. Gegelung tanpa voltan boleh berfungsi dengan voltan bekalan 240 V A.U. - 1 fasa
atau 415V A.U. -2 fasa, biasanya ada tercatat pada plat nama penyentuh dan
gegelung itu sendiri.
b. Sewaktu gegelung tanpa voltan mendapat bekalan , ia akan menghasilkan
eiektromagnet pada teras tetap.
c. Teras tetap akan menarik teras bergerak yang terpasang palang bersilang, dengan
ini sesentuh sedia buka akan bertukar menjadi tertutup dan sesentuh sedia tutup
menjadi terbuka.
d. Apabila bekalan ke gegelung tanpa voltan diluputkan , tidak ada lagi daya tarikan
magnet, menyebabkan spring menolak kembali palang bersilang kepada kedudukan
asal.
e. Saiz penyentuh bergantung kepada beban yang hendak digunakan.

NOTA:
 Sekiranya anda hendak membuat pembelian penyentuh, pastikan spesifikasi berikut
hendaklah dinyatakan;
I. Jumlah sesentuh sedia buka dan sesentuh sedia tutup
II. Kadaran arus beban yang hendak digunakan
III. Bekalan bagi gegelung tanpa voltan, samaada 240VA.U. – 1 fasa, atau
415VA.U.-2 fasa.

BPLK 7 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

2.4 KOMPONEN LITAR PENYENTUH

Rajah 2.3: Rajah asas penyentuh

Contoh yang di tunjukkan dalam rajah 2.3 di atas mempunyai beberapa sesentuh sedia
buka dan beberapa sesentuh sedia tutup dalam keadaan ‘OFF’. Apabila dalam keadaan
‘ON’ ’ sesentuh-sesentuh sedia tutup akan terbuka dan sesentuh-sesentuh sedia buka akan
tertutup.

BPLK 8 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Rajah 2.4: Rajah komponen penyentuh

BPLK 9 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

2.5 SUIS PUNATEKAN (PUSH BUTTON SWITCH)

Punatekan berfungsi untuk mengawal penghidup magnet ( contactor ). Lazimnya


punatekan dipasang dalam sebuah kotak yang sama. Ia mengandungi dua atau tiga
punatekan, mengikut keperluan pengguna. Ia di panggil sebagai STESEN
PUNATEKAN. Stesen punatekan ini digunakan untuk kawalan jauh dan separa
outomatik. Kebiasaan stesen ini mengandungi punatekan henti (stop) dan hidup (start).

Kendalian punatekan
Bila punatekan hidup (start) di tekan, sepasang sesentuh sedia buka akan menutup.
Bila punatekan henti (stop) di tekan, sepasang sesentuh sedia tutup akan
terbuka.Sesentuh itu akan kembali ke tempat asal setelah tekanan terhadap punatekan
dilepaskan melalui punat spring. Adakalanya punatekan ini mempunyai dua pasang
sesentuh iaitu dalam keadaan buka dan tutup (Jogging switch).

Nota:
1. Sekiranya suis punatekan henti digunakan melebihi daripada satu ianya hendaklah
dipasang dalam sesiri.
2. Sekiranya suis punatekan mula digunakan melebihi daripada satu ianya hendaklah
dipasang dalam selari.

Rajah 2.5: Suis punatekan

BPLK 10 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Rajah 2.6: Stesen suis punatekan

Rajah 2.7: Punatekan pertukaran

BPLK 11 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

3 : GEGANTI (RELAY)

PENDAHULUAN
Bab ini menerangkan dengan lengkap berkaitan geganti yang digunakan di dalam kawalan
motor. Cara pengoperasian dan simbol geganti juga telah tercatat didalam bab ini. Pelatih
dapat memahami kegunaan dan pengoperasian geganti dengan jelas.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Objektif pembelajaran ini ialah:
1. Mengetahui komponen, binaan dan jenis geganti.
2. Mengetahui simbol-simbol komponen geganti.
3. Mengetahui bagaimana fungsi dan cara operasi geganti.

HASIL PEMBELAJARAN
Selepas berakhirnya bab ini, pelatih mesti boleh:
1. Menerangkan komponen, binaan dan jenis geganti.
2. Melukis simbol-simbol komponen geganti.
3. Mendawai litar asas bagaimana fungsi dan cara operasi geganti

BPLK 12 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

3.1 JENIS-JENIS GEGANTI


3.1.1 Geganti haba beban lebih (Overload Thermal Relay)
3.1.2 Geganti lewat masa (TDR-Time Delay Relay)

3.2 BINAAN GEGANTI

Rajah 3.1: Binaan geganti haba beban lebih

BPLK 13 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Punat laras semula


Unit pelaras arus
Punca-punca bagi
sesentuh
biasanya tertutup
( Litar Kawalan )
Punca masuk dari
penghidup Punca-punca bagi
sesentuh
( Litar utama ) biasanya terbuka.
( Litar kawalan )

Punca keluar ke
Motor
( Litar utama )

Rajah 3.2: Komponen geganti haba beban lebih

BPLK 14 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

3.2.1 KOMPONEN-KOMPONEN GEGANTI HABA BEBAN LEBIH

a. Logam Dua-Lapis - ia terdiri dari dua jenis logam yang berlainan. Kesan haba akan
menyebabkan logam dua lapis membengkok dan menggerakan palang kerja untuk
pelantikan.

b. Palang Kerja - ia terdiri dari sekeping penebat yang boleh bergerak secara
mendatar. Ia digerakkan oleh logam dua lapis, di mana ia akan menolak sesentuh-
sesentuh bergerak. Sesentuh yang biasanya tertutup akan terbuka dan begitulah
sebaliknya.

c. Sesentuh bergerak dan sesentuh tetap -ia terdiri dari bahan perak. Arus yang
mengalir melaluinya dilitar kawalan adalah rendah oleh itu sesentuh-sesentuh
adalah kecil.

d. Punat Laras Semula - ia merupakan alat perlindungan tambahan bagi mengelak


motor daripada hidup semula setelah berlaku pelantikan (disebabkan oleh beban
lampau) . Ia tidak dapat dihidupkan semula sehingga punat laras semula ditekan.

e. Unit Pelaras Arus - ia merupakan unit untuk menyelaraskan arus di geganti haba
berpandukan kepada arus motor yang dilindunginya.

BPLK 15 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

3.3 FUNGSI DAN OPERASI GEGANTI

3.3.1 GEGANTI HABA BEBAN LEBIH

Sesuatu motor semasa dalam kendalian memerlukan alat perlindungan bagi tujuan
mengelakkan berlakunya kerosakan kepada motor tersebut. Kerosakan yang biasa terdapat
pada motor ialah:
I. Litar pintas di antara fasa
II. Litar pintas di antara fasa dengan neutral.
III. Litar pintas di antara fasa dengan bumi
IV. Kerosakan dan salah sambungan pada punca motor

Geganti haba beban lebih adalah alat perlindungan kepada motor bagi melindungi
motor dan beban lebih. Geganti haba beban lebih di sambung bersiri dengan motor. Arus
beban mengalir melalui geganti haba beban lebih dan terus ke motor. Jika sesuatu motor
mempunyai kadaran arus kendalian sebanyak 10 Amp setting pada geganti haba hendaklah
dilakukan kepada 10 Amp juga.
Geganti haba beban lebih akan terpelantik jika arus mencapai di antara 120 % hingga
150 % dari arus kendalian iaitu antara 12 Amp hingga 15 Amp. Masa terpelantik (tripping)
geganti haba beban lebih bergantung kepada nilai arus beban lebih, iaitu jika nilai arus
beban lebih amat tinggi, maka jangka masa perlantikan adalah cepat dan begitulah
sebaliknya.

BPLK 16 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

BPLK 17 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

PRINSIP KERJA
Ketika berlaku beban lebih pada motor, arus beban yang mengalir di geganti haba
akan melebihi dari nilai arus yang telah dilaraskan pada geganti haba beban lebih. Logam
dua lapis akan menjadi panas dan membengkok lalu menolak palang kerja seterusnya
menolak sesentuh-sesentuh bergerak.
Dengan ini geganti haba beban lebih akan terpelantik dan mengendalikan penyentuh
di mana ia akan memutuskan bekalan di litar kawalan dan seterusnya di litar kuasa. Untuk
menghidupkan litar semula, punat laras semula hendaklah di tekan dahulu untuk
menggerakkan sesentuh bergerak kepada kedudukan asal.

SIMBOL GEGANTI HABA BEBAN LEBIH

Geganti haba beban lebih.


Ia boleh didapati di dalam litar kuasa sahaja.

Sesentuh tutup bagi geganti haba beban lebih.


Ia boleh didapati di dalam litar kawalan sahaja.

Sesentuh buka bagi geganti haba beban lebih.


Ia boleh didapati di dalam litar kawalan sahaja.

Rajah 3.4: Simbol-simbol geganti

BPLK 18 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

3.3.2 GEGANTI LEWAT MASA (TDR -Time Delay Relay)

Geganti lewat masa digunakan untuk memberi lewat masa dari sesuatu
masa di mulakan sehingga ke masa yang ditetapkan untuk tindakan seterusnya.

Operasi geganti lewat masa dalam kawalan motor

Apabila suis ditutup, arus akan mengalir ke gegelung geganti lewat masa
untuk memulakan kiraan masa seperti yang ditetapkan dan dalam masa yang sama
juga arus mengalir melalui sesentuh tutup geganti lewat masa untuk menjalankan
beban atau motor. Apabila sampai kiraan masa yang ditetapkan sesentuh tutup
geganti lewat masa akan menjadi terbuka manakala sesentuh buka geganti lewat
masa akan bertukar menjadi tertutup. Beban yang melalui sesentuh tutup menjadi
terbuka menyebabkan bekalan terputus manakala beban yang menerima bekalan
melalui sesentuh buka bertukar menjadi tertutup menyebabkan beban yang melalui
sesentuh ini menerima litar yang lengkap untuk terus beroperasi. Beban akan terus
beroperasi sehingga di buka untuk memutuskan bekalan. Rajah 3.3 adalah
gambarajah bagi sambungan didalam timer

Rajah 3.5: Rajah geganti lewat masa.

BPLK 19 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

4 : LAKARAN LITAR DAN PENDAWAIAN PENYENTUH


SERTA GEGANTI UNTUK MESIN A.U SATU FASA.

PENGENALAN
Bab ini menerangkan dengan lengkap berkaitan cara-cara melakar dan mendawai
penyentuh dan geganti bagi litar mesin satu fasa arus ulang-alik. Pelatih dapat melakar litar
utama dan litar kawalan bagi motor dengan mudah.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Objektif pembelajaran ini ialah:
1. Mengetahui jenis-jenis gambarajah litar kawalan bagi motor.
2. Memahami litar penyentuh dan geganti untuk motor satu fasa dan tiga fasa.
3. Mengetahui bagaimana cara mendawai litar kawalan dan litar utama.

HASIL PEMBELAJARAN
Selepas berakhirnya bab ini, pelatih mesti boleh
1. Melakar litar kawalan dan litar utama kawalan motor.
2. Mendawai litar penyentuh dan geganti untuk motor satu fasa dan tiga fasa.

BPLK 20 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

4.1 GAMBARAJAH BLOK

Satu rajah yang mudah di mana komponen-komponen kawalan di tunjuk dengan bentuk
blok. Rajah 4.1 menunjukan rajah tersebut.

RAJAH 4.1: Gambarajah blok

BPLK 21 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

4. 2 GAMBARAJAH SUSUNAN

Gambarajah susunan ialah satu gambarajah yang menunjukan kedudukan sebenar


bagi komponen-komponen kawalan. Ia menerangkan keadaan pendawaian itu dilakukan
rujuk rajah 4.2 .

Rajah 4.2: Gambarajah susunan

BPLK 22 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

4.3 GAMBARAJAH SKEMA


Gambarajah skema memberikan gambaran litar yang mudah difahami dengan cepat,
alat-alat dan komponennya tidak ditunjukan mengikut kedudukan yang sebenar.
Gambarajah skema ini di bahagi kepada dua jenis litar iaitu:
a. Litar kawalan (Control circuit)
b. Litar utama (Main circuit)

Litar kawalan.
Litar kawalan menunjukkan alat-alat dan komponen yang memerlukan bekalan arus
yang kecil sahaja. Jika alat dan komponennya memerlukan voltan bekal;an yang besar,
umpamanya 415V, maka ia hendaklah menyambungkan kedua-dua puncanya ke mana-
mana dari punca bekalan voltan 415V tiga fasa.
Contoh punca bekalan boleh di ambil dari fasa R, Y atau B.
R = fasa merah
Y = fasa kuning
B = fasa biru
Lihat rajah 4.3 dibawah: Contoh gambarajah litar kawan dan litar utama.

Rajah 4.3: Gambarajah skema

Alat dan komponen yang mempunyai bekalan voltan rendah 240V, maka punca-
puncanya (salah satu) bolehlah disambung dengan dawai neutral.

BPLK 23 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK
Contoh punca R dan N atau Y dan N atau B dan N
R = fasa merah
Y = fasa kuning
B = fasa biru
N = Neutral
Gelung bagi penyentuh, sesentuh tambahan, sesentuh geganti beban lampau dan
lampu pandu biasanya disambungkan di litar kawalan.
Litar Utama
Litar utama menyambungkan bekalan terus ke motor. Biasanya litar utama
mengandungi:
a. Sesentuh utama
b. Geganti beban lampau
c. Motor
Alat-alat seperti alatubah auto dan perintang dipasang di litar utama mengikut keperluan
tertentu. Selalunya litar utama juga dibekalkan dengan fius sebagai alat pemutus litar
(perlindungan). Kedua-dua litar kawalan dan litar utama dapat menolong memahami
bagaimana sesuatu litar itu bekerja. Ia berkait antara satu sama lain. Selain itu, ia juga
dapat menolong untuk mencari kerosakan yang mungkin berlaku (fault finding – trouble
shooting).
Melalui rajah di atas, berikut adalah operasi atau fungsi litar tersebut.
a. Apabila PB-ON ditekan arus mengalir ke gelung memberikan tenaga kepada
gelung.
b. Apabila gelung MC bertenaga (menjadi electromagnet), sesentuh-sesentuh
sedia buka MC akan tertutup.
c. Motor akan berfungsi.
d. Jika sesuatu lebihan beban atau arus berlaku kepada motor, maka geganti
beban lebih akan bertindak menyebabkan sesentuh sedia buka akan tertutup
dan sesentuh sedia tutup akan terbuka.
e. Litar kawalan akan terputus kerana tiada bekalan. Motor akan berhenti dan
lampu PL akan menyala (dalam keadaan trip).
f. Jika tidak ada apa-apa yang berlaku kepada motor, ia boleh di hentikan
dengan menekan suis PB-OFF.

4.4 GAMBARAJAH PENDAWAIAN


BPLK 24 EEV 2052
KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Gambarajah pendawaian menunjukan komponen dan litar pendawaian sebenar


yang menyambungkan diantara satu komponen dengan komponen yang lain . Rajah 4.4
menunjukan komponen-komponen yang digunakan berdasarkan rajah 4.3 yang di beri.
Komponen-komponen tersebut terdiri daripada:
a. Penyentuh (contactor)
b. Geganti beban lebih (overload)
c. Butang punatekan (pushbutton)
d. Lampu pandu (Pilot lamp)
e. Motor atau beban

Rajah 4.3 menunjukan gambarajah pendawaian tersebut.

Rajah 4.4: Komponen gambarajah pendawaian.

BPLK 25 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Rajah 4.5: Gambarajah pendawaian

BPLK 26 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

5: PENGHIDUP MOTOR SATU FASA DAN TIGA FASA A.U.

PENGENALAN
Bab ini menerangkan dengan lengkap berkaitan cara-cara melakar dan mendawai motor
satu fasa dan tiga fasa dengan pelbagai kaedah penyambungan. Antaranya penghidup
talian terus, penghidup bintang delta, penghidup auto transformer dan penghidup rintangan
rotor.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Objektif pembelajaran ini ialah:
1. Mengetahui cara penyambungan penghidup satu fasa dan tiga fasa.
2. Membuat penyambungan penghidup talian terus.
3. Membuat penyambungan penghidup mara songsang.
4. Membuat penyambungan penghidup bintang delta.
5. Membuat penyambungan penghidup bintang delta mara songsang.
6. Membuat penyambungan penghidup auto transformer.
7. Membuat penyambungan penghidup auto transformer mara songsang.
8. Membuat penyambungan penghidup rintangan rotor.
9. Kenalpasti masalah yang berlaku di setiap jenis sambungan motor.

HASIL PEMBELAJARAN
Selepas berakhirnya bab ini, pelatih mesti boleh:
1. Mendawai litar kawalan dan litar utama motor bagi setiap jenis penghidup.
2. Membaikpulih kesilapan yang berlaku di setiap penyambungan motor.

BPLK 27 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

5.1 PENGENALAN MOTOR SATU FASA


Motor satu fasa ialah motor yang direka khas supaya dapat dikendalikan pada
bekalan 1 fasa sahaja. Saiz motor ini dibuat kecil sebab kecekapannya rendah. Motor satu
fasa lazimnya digunakan di kilang-kilang perusahaan dan kadar kuasanya dihadkan
sehingga 8 KW sahaja.
Ciri-ciri motor satu fasa:
1. Voltan: 240 V
2. Kuasa: sehingga 8 KW
3. Frekuensi: 50 Hz
4. Faktor kuasa: 0.85

5.1.1 SAMBUNGAN MOTOR SATU FASA 4 PUNCA JENIS PEMUAT


PERMULAAN DAN LARIAN

Rajah 5.1: Motor satu fasa 4 punca

BPLK 28 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Rajah 5.2: Sambungan motor bagi arah Rajah 5.3: Sambungan motor bagi arah putaran
putaran mara atau biasa. Songsang.

KEDUDUKAN 4 PUNCA MOTOR SATU FASA

Z1 Z2

U1 U2
Kotak sambungan

Rajah 5.4: Kedudukan punca-punca motor satu fasa

BPLK 29 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

SAMBUNGAN MOTOR SATU FASA 2 PUNCA

Rajah 5.5: Sambungan motor satu fasa 2 punca

KEDUDUKAN PUNCA MOTOR SATU FASA

D4 D3

D1 D2
Kotak sambungan

Rajah 5.6: Kedudukan punca-punca motor satu fasa

BPLK 30 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

CONTOH PLAT MOTOR SATU FASA 4 PUNCA

SINGLE PHASE AC MOTOR


TYPE YC 100 L-4 2 HP 1.5 KW

12.4 A 220/240 V 50 HZ

1440 r / min 1P 44 INS. CL B

200 F (250 V) 200 F (250 V) NO: 0109128

CONTOH PLAT MOTOR SATU FASA 2 PUNCA

SEM

SINGLE PHASE AC MOTOR


TYPE JY2A-4 1 HP

1420 r / min CONT. CLASS B

110 / 220 V 14.5 / 7.3 A 50HZ NO. 0210

MADE IN SHIJIAZHUANG CHINA

BPLK 31 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK
5.2 PENGHIDUP MOTOR TALIAN TERUS SATU FASA
(DIRECT ON LINE STARTER)

Prinsip operasi Penghidup Talian terus

1. Apabila punatekan mula (start push button) di tekan, arus akan mengalir ke dalam
litar kawalan lalu memberi melengkapkan litar pada gegelung penyentuh C.

2. Gegelung penyentuh C ini akan menjadi elektromagnet dan seterusnya ia akan


menarik semua sesentuh buka menjadi tertutup.

3. Sesentuh ini menyebabkan arus di talian L (life) memasuki motor dan motor ini terus
beroperasi.

4. Apabila punatekan mula dilepaskan, motor akan kekal beroperasi di mana sesentuh
tambahan buka C mengambilalih tugas punatekan mula.

5. Apabila punat tekan henti (stop) ditekan, bermakna litar gegelung penyentuh C
diputuskan. Keadaan ini menyebabkan gegelung penyentuh kehilangan tenaga
kemagnetannya dan seterusnya ia akan melepaskan balik penyentuh lazim terbuka
ke kedudukan asal. Motor akan berhenti berputar kerana litar bekalan telah terbuka.

6. Motor akan berhenti juga apabila berlaku beban lebih. Ketika itu arus litar ke motor
akan meningkat lalu menyebabkan logam dua lapis beban lebih berfungsi. Ini
bermakna litar gegelung penyentuh akan terputus dan semua penyentuh akan
kembali ke kedudukan asal dan motor pun berhenti

BPLK 32 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

LITAR KAWALAN

Rajah 5.7: Litar kawalan penghidup talian terus

BPLK 33 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

LITAR UTAMA

Rajah 5.8: Litar utama penghidup talian terus

BPLK 34 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

5.3 PENGHIDUP TALIAN TERUS MARA SONGSANG SATU FASA

Prinsip operasi Penghidup Talian terus ( keadaan mara)

1. Apabila punatekan mula F(start push button) di tekan, arus akan mengalir ke dalam
litar kawalan lalu memberi melengkapkan litar pada gegelung penyentuh F.

2. Gegelung penyentuh F ini akan menjadi elektromagnet dan seterusnya ia akan


menarik semua sesentuh buka menjadi tertutup.

3. Sesentuh ini menyebabkan arus di talian L (life) memasuki motor dan motor ini terus
beroperasi dalam keadaan mara.

4. Apabila punatekan mula F dilepaskan, motor akan kekal beroperasi di mana


sesentuh tambahan buka F mengambilalih tugas punatekan mula F.

5. Apabila punat tekan henti (stop) ditekan, bermakna litar gegelung penyentuh F
diputuskan. Keadaan ini menyebabkan gegelung penyentuh kehilangan tenaga
kemagnetannya dan seterusnya ia akan melepaskan balik penyentuh lazim terbuka
ke kedudukan asal. Motor akan berhenti berputar kerana litar bekalan telah terbuka.

6. Motor akan berhenti juga apabila berlaku beban lebih. Ketika itu arus litar ke motor
akan meningkat lalu menyebabkan logam dua lapis beban lebih berfungsi. Ini
bermakna litar gegelung penyentuh akan terputus dan semua penyentuh akan
kembali ke kedudukan asal dan motor pun berhenti

BPLK 35 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Prinsip operasi Penghidup Talian terus ( keadaan songsang)

1. Apabila punatekan mula R(start push button) di tekan, arus akan mengalir ke dalam
litar kawalan lalu memberi melengkapkan litar pada gegelung penyentuh R.

2. Gegelung penyentuh R ini akan menjadi elektromagnet dan seterusnya ia akan


menarik semua sesentuh buka menjadi tertutup.

3. Sesentuh ini menyebabkan arus di talian L (life) memasuki motor dan motor ini terus
beroperasi dalam keadaan songsang.

4. Apabila punatekan mula R dilepaskan, motor akan kekal beroperasi di mana


sesentuh tambahan buka R mengambilalih tugas punatekan mula R.

5. Apabila punat tekan henti (stop) ditekan, bermakna litar gegelung penyentuh R
diputuskan. Keadaan ini menyebabkan gegelung penyentuh kehilangan tenaga
kemagnetannya dan seterusnya ia akan melepaskan balik penyentuh lazim terbuka
ke kedudukan asal. Motor akan berhenti berputar kerana litar bekalan telah terbuka.

6. Motor akan berhenti juga apabila berlaku beban lebih. Ketika itu arus litar ke motor
akan meningkat lalu menyebabkan logam dua lapis beban lebih berfungsi. Ini
bermakna litar gegelung penyentuh akan terputus dan semua penyentuh akan
kembali ke kedudukan asal dan motor pun berhenti

BPLK 36 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

LITAR KAWALAN

Rajah 5.9: Litar kawalan penghidup talian terus mara songsang

BPLK 37 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

LITAR UTAMA

Rajah 5.10: Litar utama penghidup talian terus mara songsang

BPLK 38 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

5.4 PENGHIDUP TALIAN TERUS TIGA FASA

Prinsip operasi Penghidup Talian terus

1. Apabila punatekan mula (start push button) di tekan, arus akan mengalir ke dalam
litar kawalan lalu memberi melengkapkan litar pada gegelung penyentuh C.

2. Gegelung penyentuh C ini akan menjadi elektromagnet dan seterusnya ia akan


menarik semua sesentuh buka menjadi tertutup.

3. Sesentuh ini menyebabkan arus di talian fasa R, Y dan B memasuki motor dan
motor ini terus beroperasi.

4. Apabila punatekan mula dilepaskan, motor akan kekal beroperasi di mana sesentuh
tambahan buka C mengambilalih tugas punatekan mula.

5. Apabila punat tekan henti (stop) ditekan, bermakna litar gegelung penyentuh C
diputuskan. Keadaan ini menyebabkan gegelung penyentuh kehilangan tenaga
kemagnetannya dan seterusnya ia akan melepaskan balik penyentuh lazim terbuka
ke kedudukan asal. Motor akan berhenti berputar kerana litar bekalan telah terbuka.

6. Motor akan berhenti juga apabila berlaku beban lebih. Ketika itu arus litar ke motor
akan meningkat lalu menyebabkan logam dua lapis beban lebih berfungsi. Ini
bermakna litar gegelung penyentuh akan terputus dan semua penyentuh akan
kembali ke kedudukan asal dan motor pun berhenti

BPLK 39 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

LITAR KAWALAN

Rajah 5.11: Litar kawalan penghidup talian terus

BPLK 40 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

LITAR UTAMA

Rajah 5.12: Litar utama penghidup talian terus

BPLK 41 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

5.5 PENGHIDUP TALIAN TERUS MARA SONGSANG TIGA FASA

Prinsip operasi Penghidup Talian terus ( keadaan mara)

1. Apabila punatekan mula F(start push button) di tekan, arus akan mengalir ke dalam
litar kawalan lalu memberi melengkapkan litar pada gegelung penyentuh F.

2. Gegelung penyentuh F ini akan menjadi elektromagnet dan seterusnya ia akan


menarik semua sesentuh buka menjadi tertutup.

3. Sesentuh ini menyebabkan arus di talian fasa R, Y dan B memasuki motor dan
motor akan terus beroperasi dalam keadaan mara.

4. Apabila punatekan mula F dilepaskan, motor akan kekal beroperasi di mana


sesentuh tambahan buka F mengambilalih tugas punatekan mula F.

5. Apabila punat tekan henti (stop) ditekan, bermakna litar gegelung penyentuh F
diputuskan. Keadaan ini menyebabkan gegelung penyentuh kehilangan tenaga
kemagnetannya dan seterusnya ia akan melepaskan balik penyentuh lazim terbuka
ke kedudukan asal. Motor akan berhenti berputar kerana litar bekalan telah terbuka.

6. Motor akan berhenti juga apabila berlaku beban lebih. Ketika itu arus litar ke motor
akan meningkat lalu menyebabkan logam dua lapis beban lebih berfungsi. Ini
bermakna litar gegelung penyentuh akan terputus dan semua penyentuh akan
kembali ke kedudukan asal dan motor pun berhenti.

BPLK 42 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Prinsip operasi Penghidup Talian terus ( keadaan songsang)

1. Apabila punatekan mula R(start push button) di tekan, arus akan mengalir ke dalam
litar kawalan lalu memberi melengkapkan litar pada gegelung penyentuh R.

2. Gegelung penyentuh R ini akan menjadi elektromagnet dan seterusnya ia akan


menarik semua sesentuh buka menjadi tertutup.

3. Sesentuh ini menyebabkan arus di talian fasa R, Y dan B memasuki motor dan
motor akan terus beroperasi dalam keadaan songsang.

4. Apabila punatekan mula R dilepaskan, motor akan kekal beroperasi di mana


sesentuh tambahan buka R mengambilalih tugas punatekan mula R.

5. Apabila punat tekan henti (stop) ditekan, bermakna litar gegelung penyentuh R
diputuskan. Keadaan ini menyebabkan gegelung penyentuh kehilangan tenaga
kemagnetannya dan seterusnya ia akan melepaskan balik penyentuh lazim terbuka
ke kedudukan asal. Motor akan berhenti berputar kerana litar bekalan telah terbuka.

6. Motor akan berhenti juga apabila berlaku beban lebih. Ketika itu arus litar ke motor
akan meningkat lalu menyebabkan logam dua lapis beban lebih berfungsi. Ini
bermakna litar gegelung penyentuh akan terputus dan semua penyentuh akan
kembali ke kedudukan asal dan motor pun berhenti.

BPLK 43 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

LITAR KAWALAN

Rajah 5.13: Litar kawalan penghidup talian terus mara songsang

BPLK 44 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

LITAR UTAMA

Rajah 5.14: Litar utama penghidup talian terus mara songsang

BPLK 45 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

PENGHIDUP TALIAN TERUS (DIRECT ON LINE STARTER)

Penghidup Talian Terus bermaksud apabila penghidup tersebut dihidupkan bekalan


utama akan terus ke motor tanpa apa-apa alat perantaraan untuk mengurangkan
arus atau voltan.

Arus permulaan (starting current) yang tinggi iaitu diantara 6 hingga 8 kali ganda
arus kendalian normal.

Jika sesuatu motor itu mempunyai arus kendalian normal 8 Amp, arus mula yang
akan wujud pada motor ialah 48 Amp hingga 64 Amp dan ini berlaku beberapa saat
sahaja.

Mengikut peraturan 17 di dalam akta dan peraturan elektrik 1994 penghidup talian
terus digunakan bagi motor yang mempunyai keupayaan tidak melebihi dari 3 kuasa
kuda (Hp) dan biasanya digunakan untuk beban-beban seperti penghawa dingin,
penghembus udara. pemampat udara dan sebagainya.

Arus mula yang tinggi menyebabkan daya kilas tinggi dan voitan menjadi susut
menyebabkan gangguan sumber bekalan ke beban-beban yang lain.

Tetapi ini tidak terjadi di stesen janakuasa elektrik dimana motor-motornya yang
berkeupayaan hingga ke beberapa ratus kuasa kuda, masih menggunakan
penghidup cara ini. Ini adalah kerana sumber bekalan yang banyak boleh didapati
dalam stesen itu sendiri dan tidak mengganggu sumber bekalan yang lain.

Saiz peranti pelindung juga perlu dibesarkan dan geganti beban lebih jenis haba
digunakan untuk melindungi motor dari lebihan beban.

Motor tiga fasa yang sesuai bagi penghidup talian terus ialah motor induksi sangkar
tupai (squirrel cage induction motor).

BPLK 46 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Mengikut MS IEC 60364 (536.5.3) – setiap litar kawalan hendaklah direka, susun
dan dilindungi bagi mengurangkan bahaya daripada kerosakan diantara litar kawalan
dan lain-lain dawai hidup.

Setiap subjek kawalan motor hendaklah berpandukan kepada MS IEC 60364


(536.5.4.1-3)

Kebaikan dan kelemahan penghidup motor talian terus adalah:

Kebaikan
 Daya kilas permulaan yang tinggi

 Mencapai kelajuan maksima dengan singkat

 Binaannya ringkas dengan sebab itu harga serta penyenggaraan murah.

Kelemahan
 Arus mulanya adalah tinggi. Ini menyebabkan pusuan di dalam sistem
amat tinggi dan mengganggu sistem bekalan yang lain.

 Untuk menanggung arus mula yang tinggi pengalir-pengalir dan alat-alat


perlindungan perlu dilebihkan kadarnya, dengan itu perlindungannya itu
kurang kepekaannya.

BPLK 47 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK
5.6 PENGHIDUP BINTANG DELTA (STAR DELTA STARTER)
Prinsip operasi Penghidup Star Delta Automatik

1. Apabila punatekan mula di tekan, arus akan mengalir dan melengkapkan litar
gegelung penyentuh M.

2. Dengan ini semua sesentuh M akan berkendali iaitu sesentuh buka M akan tertutup.

3. Motor masih belum boleh berputar kerana arus R, Y dan B tidak dapat menembusi
penyentuh S dan D.

4. Apabila punatekan di lepaskan, penyentuh M masih berkendali kerana bantuan litar


sesentuh buka M.

5. Pada waktu ini sebahagian arus akan masuk kelitar gegelung penyentuh S dan
gegelung geganti TDR. Gegelung penyentuh S ini akan menyebabkan semua
sesentuhnya berkendali.

6. Di waktu ini, motor itu berada dalam sambungan bintang. Arus bekalan akan masuk
melalui A1, B1 dan C1 dan tertumpu pada titik bintang A2, B2 DAN C2 yang
dicantumkan oleh penyentuh S.

7. Dalam beberapa saat mengikut masa yang dilaraskan, gegelung geganti TDR dan
sesentuh tutupTDR akan terbuka sementara sesentuh buka TDR akan tertutup. Ini
bermakna gegelung penyentuh S terputus litarnya dan semua sesentuh berbalik ke
kedudukan asal.

8. Dalam masa yang sama juga gegelung penyentuh D mula bertenaga kerana litarnya
telah lengkap oleh sambungan sesentuh buka TDR dan sesentuh buka D tertutup.

9. Ini bermakna semua sesentuh D akan berkendali dan motor ini akan berputar pada
sambungan delta. Semua sesentuh S dan sesentuh TDR dalam keadaan terbuka.

BPLK 48 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

LITAR KAWALAN

Rajah 5.15: Litar kawalan penghidup bintang delta

LITAR UTAMA

BPLK 49 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Rajah 5.16: Litar utama penghidup bintang delta

5.7 PENGHIDUP BINTANG DELTA MARA SONGSANG


( FORWARD REVERSE STAR DELTA STARTER)

BPLK 50 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK
Prinsip Pengoperasian Penghidup Star Delta Mara Songsang
Keadaan 1 ( Mara)

1. Apabila punatekan mula (F) di tekan, arus akan mengalir dan melengkapkan litar
gegelung penyentuh F.

2. Dengan ini penyentuh F akan berkendali iaitu sesentuh buka F akan tertutup.

3. Motor masih belum boleh berputar kerana arus R, Y dan B tidak dapat melalui
penyentuh S dan D.

4. Apabila punatekan di lepaskan, penyentuh F masih berkendali kerana bantuan litar


sesentuh buka F dalam masa yang sama.

5. Di waktu ini, motor berputar arah mara dalam sambungan bintang. Arus bekalan
akan masuk melalui A1, B1 dan C1 dan tertumpu pada titik bintang A2, B2 DAN C2
yang dicantumkan oleh penyentuh S.

6. Dalam beberapa saat mengikut masa yang dilaraskan, gegelung geganti TDR dan
sesentuh tutup TDR akan terbuka sementara sesentuh buka TDR akan tertutup. Ini
bermakna gegelung penyentuh S terputus litarnya dan semua sesentuh berbalik ke
kedudukan asal. Dalam masa yang sama juga gegelung penyentuh D mula
bertenaga kerana litarnya telah lengkap oleh sambungan sesentuh buka TDR dan
sesentuh tutup D. Ini bermakna semua sesentuh D akan berkendali dan motor ini
akan berputar arah mara dalam sambungan delta. Semua sesentuh S dan sesentuh
TDR dalam keadaan terbuka.

Keadaan 2 ( Songsang)

BPLK 51 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK
1. Apabila punatekan mula (R) di tekan, arus akan mengalir dan melengkapkan litar
gegelung penyentuh R.

2. Dengan ini penyentuh R akan berkendali iaitu sesentuh buka R akan tertutup.

3. Motor masih belum boleh berputar kerana arus R, Y dan B tidak dapat melalui
penyentuh S dan D.

4. Apabila punatekan di lepaskan, penyentuh R masih berkendali kerana bantuan litar


sesentuh buka R dalam masa yang sama.

5. Di waktu ini, motor berputar arah songsang dalam sambungan bintang. Arus bekalan
akan masuk melalui A1, B1 dan C1 dan tertumpu pada titik bintang A2, B2 DAN C2
yang dicantumkan oleh penyentuh S.

6. Dalam beberapa saat mengikut masa yang dilaraskan, gegelung geganti TDR dan
sesentuh tutup TDR akan terbuka sementara sesentuh buka TDR akan tertutup. Ini
bermakna gegelung penyentuh S terputus litarnya dan semua sesentuh berbalik ke
kedudukan asal. Dalam masa yang sama juga gegelung penyentuh D mula
bertenaga kerana litarnya telah lengkap oleh sambungan sesentuh buka TDR dan
sesentuh tutup D. Ini bermakna semua sesentuh D akan berkendali dan motor ini
akan berputar arah songsang dalam sambungan delta. Semua sesentuh S dan
sesentuh TDR dalam keadaan terbuka.

LITAR KAWALAN

BPLK 52 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Rajah 5.17: Litar kawalan penghidup bintang delta mara songsang

LITAR UTAMA

BPLK 53 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Rajah 5.18: Litar utama penghidup bintang delta mara songsang

5.8 PENGHIDUP ALATUBAH AUTO


(AUTO TRANSFORMER STARTER )

BPLK 54 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Penghidup motor secara alatubah auto ialah dengan mengurangkan voltan supaya
semasa ia mula dihidupkan mengalir ke motor pada tatah 70 % dengan memperbaiki daya
kilas supaya lebih tinggi.

Rajah 5.19: Rajah tapping pada transformer

Contohnya: Sekiranya menggunakan tapping pada transformer 290 V.

Nilai voltan yang masuk ke beban:

( Mula / Kendalian ) = ( 290/415 )


= 0.698
= 69 % @ 70 %

Nilai daya kilas, di mana :

T  V2 = ( 290/415 )2 x 100 %
= 49 %

BPLK 55 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK
Dengan ini hanya 70 % dari voltan penuh di kenakan pada motor tersebut di mana arus
mula telah dapat dikurangkan kepada nilai yang berpatutan.
Ketika ini, perhatian hendaklah diberikan kepada alatubah auto, di mana ia hendaklah
berada dalam sambungan bintang dan tidak berlakunya litar terbuka di bahagian
sambungan bintangnya.
Jika terdapat litar terbuka di sambungkan bintangnya pada ketika mula dihidupkan alatubah
auto akan mengalami kesan voltan tinggi yang merbahaya.
Mengikut peraturan 17 akta dan peraturan elektrik, penghidup cara ini hanya digunakan
bagi motor yang mempunyai keupayaan 10 K.K. hingga 25 K.K.
Alat ubah auto yang digunakan boleh terdiri dari tiga alatubah auto satu fasa atau satu
alatubah auto tiga fasa.
Bagi penghidup jenis ini, alatubah auto boleh ditatahkan kepada nilai peratus yang berlainan
dan boleh diadakan lebih dari satu tatah bergantung kepada jenis beban.

KEBAIKAN
1. Boleh mengandungi beberapa tatah dimana ia sesuai untuk motor yang berlainan
kuasa menggunakan voltan-voltan yang tertentu.
2. Kehilangan kuasa dialat-alat bantu adalah sangat kecil.
3. Sesuai untuk motor samada dalam sambungan delta atau bintang.

KELEMAHAN
1. Di sebabkan tiada dawai neutral jika sekiranya beban tidak seimbang, gangguan
bekalan akan berlaku.
2. Jika berlakunya litar terbuka pada sambungan bintang di alatubah auto,
kemungkinan voltan tinggi akan teraruh pada alatubah auto.
3. Di bandingkan dengan penghidup bintang delta cara ini mempunyai alat tambahan
iaitu alatubah auto dan kosnya lebih tinggi.
4. Daya kilas yang tidak sepatutnya semasa permulaan, dengan itu tidak sesuai untuk
kerja yang memerlukan daya kilas yang tinggi pada masa permulaan. Dengan itu
penghidup ini terhad kepada motor-motor berkeupayaan sederhana sahaja.

BPLK 56 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK
PRINSIP KENDALIAN.

1. Apabila punatekan mula ditekan lilar kawalan adalah lengkap dan memberi tenaga
kepada gegelung pegangan sesentuh SP (star point) dan sesentuh SP dalam litar
kuasa tertutup serta sesentuh tambahan SP 1 dan SP 2 juga turut tertutup.

2. Apabila sesentuh tambahan SP1 dan SP2 tertutup ia akan membenarkan arus
masuk ke penyentuh gegelung TDR dan TC (auto transfomer contactor) bertenaga
dan menutup sesentuh utama TC dalam litar kuasa, seterusnya menyambungkan
bekalan kemotor pada voltan kurang melalui alat ubah auto.

3. Apabila masa tatahan tiba pada TDR sesentuh TDR1 terbuka menyebabkan
gegelung TC hilang tenaga.

4. Dalarn masa yang sama sesentuh TDR2 tertutup memberi bekalan kepada
penyentuh gegelung LC (line contactor} yang bertenaga dan menutup sesentuh
utama LC dalam litar kuasa dan sesentuh tambahan tertutup akan terbuka
menyebabkan gegelung penyentuh SP hilang tenaga.

5. Pada ketika ini motor akan berkendali melalui penyentuh LC.

6. Apabila punatekan henti (STOP) ditekan, bermakna litar gegelung penyentuh LC


diputuskan. Keadaan ini menyebabkan gegelung penyentuh kehilangan tenaga
kemagnetannya dan seterusnya ia akan melepaskan balik lazim terbuka ke
kedudukan asal. Motor akan berhenti berputar kerana litar bekalan telah terbuka.

LITAR KAWALAN

BPLK 57 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Rajah 5.20: Litar kawalan penghidup alatubah auto

LITAR UTAMA

BPLK 58 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Rajah 5.21: Litar utama penghidup alatubah auto

5.9 PENGHIDUP ALATUBAH AUTO MARA SONGSANG


(AUTO TRANSFORMER FORWARD REVERSE STARTER)

PRINSIP KENDALIAN.

BPLK 59 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Keadaan 1 (Mara)
1. Apabila punatekan mula F ditekan litar penyentuh F akan menjadi lengkap dan
memberi tenaga kepada sesentuh tambahan N/O penyentuh F tertutup untuk
memberi tenaga atau mengalirkan arus ke gegelung penyentuh SP (star point) dan
sesentuh SP dalam litar kuasa tertutup.

2. Apabila sesentuh tambahan SP tertutup ia akan membenarkan arus masuk ke


penyentuh gegelung TDR dan TC (auto transfomer contactor) bertenaga dan
menutup sesentuh utama TC dalam litar kuasa, seterusnya menyambungkan
bekalan kemotor pada voltan kurang melalui alat ubah auto dan motor mula
beroperasi dalam arah putaran mara.

3. Apabila masa tatahan tiba pada TDR sesentuh TDR1 terbuka menyebabkan
gegelung TC hilang tenaga.

4. Dalarn masa yang sama sesentuh TDR2 tertutup memberi bekalan kepada gegelung
LC (line contactor} yang bertenaga dan menutup sesentuh utama LC dalam litar
kuasa dan sesentuh tambahan tertutup akan terbuka menyebabkan gegelung
penyentuh SP hilang tenaga.

5. Pada ketika ini motor akan berkendali melalui penyentuh LC.

6. Apabila punatekan henti (STOP) ditekan, bermakna litar gegelung penyentuh LC


dan F diputuskan. Keadaan ini menyebabkan gegelung penyentuh kehilangan
tenaga kemagnetannya dan seterusnya ia akan melepaskan balik penyentuh lazim
terbuka ke kedudukan asal. Motor akan berhenti beroperasi kerana litar bekalan
telah terbuka.

Keadaan 2 (Songsang)

BPLK 60 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK
1. Apabila punatekan R ditekan litar penyentuh R akan menjadi lengkap dan memberi
tenaga kepada sesentuh tambahan N/O penyentuh R tertutup untuk memberi tenaga
atau mengalirkan arus ke gegelung penyentuh SP (star point) dan sesentuh SP
dalam litar kuasa tertutup serta sesentuhan tambahan SP juga turut tertutup.

2. Apabila sesentuh tambahan SP tertutup ia akan membenarkan arus masuk ke


penyentuh gegelung TDR dan TC (auto transfomer contactor) bertenaga dan
menutup sesentuh utama TC dalam litar kuasa, seterusnya menyambungkan
bekalan kemotor pada voltan kurang melalui alat ubah auto dan motor mula
beroperasi dalam arah putaran songsang.

3. Apabila masa tatahan tiba pada TDR sesentuh TDR1 terbuka menyebabkan
gegelung TC hilang tenaga.

4. Dalarn masa yang sama sesentuh TDR2 tertutup memberi bekalan kepada gegelung
LC (line contactor} yang bertenaga dan menutup sesentuh utama LC dalam litar
kuasa dan sesentuh tambahan tertutup akan terbuka menyebabkan gegelung
penyentuh SP hilang tenaga.

5. Pada ketika ini motor akan beroperasi melalui penyentuh LC.

6. Apabila punat tekan henti (STOP) ditekan, bermakna litar gegelung penyentuh LC
dan R diputuskan. Keadaan ini menyebabkan gegelung penyentuh kehilangan
tenaga kemagnetannya dan seterusnya ia akan melepaskan balik penyentuh lazim
terbuka ke kedudukan asal. Motor akan berhenti beroperasi kerana litar bekalan
telah terbuka.

LITAR KAWALAN

BPLK 61 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Rajah 5.22: Litar kawalan penghidup alatubah auto mara songsang

LITAR UTAMA

BPLK 62 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Rajah 5.23: Litar utama penghidup alatubah auto mara songsang

5.10 PENGHIDUP RINTANGAN ROTOR


(ROTOR RESISTANCE STARTER)

BPLK 63 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

 Penghidup jenis ini hanya sesuai untuk motor gelang gelincir (slip ring motor) di
mana dayakilas adalah tinggi. Penghidup jenis ini biasanya digunakan untuk motor
bersaiz besar.

 Bagi kendalian penghidup ini, perintang disambungkan ke punca lilitan rotor yang
tersambung dalam sambungan bintang.

 Fungsi perintang tambahan ini akan membantu mengurangkan nilai arus dan
mengawal kelajuan motor, disamping daya kilas sebagairnana yang diperlukan
dapat dicapai hingga keperingkat dayakilas maksima.

 Perintang dikurangkan sedikit demi sedikit dalam tempoh operasi semasa motor
mencapai kelajuan.

 Akhirnya perintang ini diasingkan terus dari lilitan rotor yang telah dilitar pintaskan
dan motor pada ketika ini beroperasi sebagai motor sangkar tupai.

 Dimasa yang sama motor telah mencapai kelajuan maksima beban penuh.

 Penghidup ini boleh digunakan untuk motor yang melebihi 25 k.k.


Walaubagaimanapun ianya juga boleh dipasang pada motor kurang 25 k.k.

 Ia biasanya digunakan di rumah pam, pemampat udara, penghawa dingin (kerja


berat).

 Daya kilas bagi rotor berperintang mencapai 100 %

Contoh:
T  V2 = ( 415/415 )2 x 100 %
= 100 %

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN

BPLK 64 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK
KEBAIKAN
1. Sesuai untuk kerja yang memerlukan daya kilas yang tinggi semasa menghidup
2. Gelung stator memperolehi voltan bekalan yang sepenuhnya.
3. Sesuai untuk motor-motor yang disambungkan secara bintang atau delta di stator.

KELEMAHAN
1. Hanya terhad kepada motor jenis rotor berlilitan.
2. Memerlukan penyenggaraan yang lebih.

PERBEZAAN CIRI

Jadual di bawah menjelaskan sendiri perbezaan - perbezaanya.

Ciri Talian Terus Bintang Delta Alatubah Auto Perintang Rotor

Voltan Fasa V 0.58V kV kV

Arus permulaan Is 0.33Is k'2ls kls

Daya Kilas permulaan Ts 0.33TS k'2Ts k'2Ts

k = 0.5, 0.65 atau 0.8 untuk operasi alatubah auto.


k = kurang dari 1 bagi operasi berperintang.
V = voltej (voltage)
Is = Arus permulaan (Starting Current)
Ts = Daya kilas permulaan (Starting Torque)

PENGHIDUP PERINTANG PRIMER

Selain dari 4 jenis penghidup yang dijelaskan terdahulu satu lagi jenis penghidup
yang biasa digunakan adalah penghidup perintang primer. Penghidup ini adalah dari jenis
penghidup voltan kurang menggunakan perintang tetap dibahagian stator litar kuasa untuk
motor. Dengan menambah perintang maka, voltan yang diterima oleh motor adalah kurang
daripada sistem bekalan. Dengan itu arus permulaan yang ujud adalah terkawal.

PRINSIP OPERASI

BPLK 65 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK
1. Apabila punatekan S (start/mula) di tekan sesentuh utama C1 tertutup apabila saja
gegelung C1 memperolehi bekalan dan menjadi bertenaga.

2. Pada masa yang sama sesentuh tambahan C1 tertutup dan bertindak memegang
litar walaupun butang tekan henti telah dilepaskan.

3. Sementara geganti lewat masa TDR juga memperoleh bekalan dan bertenaga.

4. Pada masa ini motor mendapat bekalan pada voltan kurang melalui perintang tetap
dan mula beroperasi.

5. Setelah masa yang ditatahkan sampai sesentuh TDR1 (biasa terbuka) akan tertutup
dan memberi bekalan kepada gegelung C2 menyebabkan sesentuh utama dan
sesentuh tambahan C2 tertutup memberi bekalan kepada motor pada voltan penuh
dengan melitar pintaskan perintang.

6. Selepas beberapa saat maka TDR2 akan tertutup dan memberi bekalan kepada
gegelung C3, dengan itu TDR1 dan C1 akan terputus bekalan.

7. Maka pergerakan sepenuhnya akan beroperasi melalui penyentuh C1 dan C3.

8. Apabila punatekan henti (STOP) ditekan, bermakna litar gegelung penyentuh C1


diputuskan. Keadaan ini menyebabkan gegelung penyentuh kehilangan tenaga
kemagnetannya dan seterusnya ia akan melepaskan balik penyentuh lazim terbuka
ke kedudukan asal. Motor akan berhenti berputar kerana litar bekalan telah terbuka.

LITAR KAWALAN

BPLK 66 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Rajah 5.24: Litar kawalan penghidup rintangan rotor

LITAR UTAMA

BPLK 67 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Rajah 5.25: Litar utama penghidup rintangan rotor

BPLK 68 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

5.11 NISBAH GEAR

Nisbah gear menerangkan pertukaran kelajuan dimana ia bergantung kepada saiz dan
jumlah gigi satu-satu gear. Sebagai kesimpulannya kadar kelajuan adalah bergantung
kepada garis pusat sentuhan gigi bertukar secara berterusan di mana kelajuan hampir
sama.

Tiada kawalan gigi gear menghasilkan nisbah tetap pada kelajuan pusingan.

Contoh 1:

Gear A yang mempunyai 60 gigi dan ia membuat satu pusingan besar di mana ia memandu
gear B yang mempunyai 30 gigi. Kesimpulanya 60 gigi bahagi 30 gigi untuk mendapatkan
putaran gear yang dipandu.

Nisbah gear:

Jarak pergerakan daya = 60T (Gear A)


Jarak pergerakan beban 30T (Gear B)

= 1 = Pergerakan kemasukan
2 Pergerakan keluaran

= Gear A : Gear B = 1 :2

Contoh 2:

Gear A yang mempunyai 25 gigi dan ia membuat satu pusingan besar di mana ia memandu
gear B yang mempunyai 75 gigi. Kesimpulanya 60 gigi bahagi 30 gigi untuk mendapatkan
putaran gear yang dipandu.

Nisbah gear:

Jarak pergerakan daya = 25T (Gear A)


Jarak pergerakan beban 75T (Gear B)

= 3 = Pergerakan kemasukan
1 Pergerakan keluaran

= Gear A : Gear B = 3 :1

BPLK 69 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

6 : LAMPU PENUNJUK (INDICATOR LIGHTS)

PENGENALAN
Bab ini menerangkan dengan lengkap berkaitan lampu penunjuk. Antara kandungan bab ini
ialah gambarajah lampu penunjuk dan fungsi lampu penunjuk. Kenalpasti setiap isi
kandungan bab.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Objektif pembelajaran ini ialah:
1. Mengetahui kegunaan lampu penunjuk.
2. Memahami litar penyambungan lampu penunjuk ketika kedudukan terpelantik dan
berhenti.
3. Memahami litar penyambungan lampu penunjuk ketika kedudukan mara dan
songsang.

HASIL PEMBELAJARAN
Selepas berakhirnya bab ini, pelatih mesti boleh:
1. Mendawai lampu penunjuk.
2. Menerangkan fungsi lampu penunjuk.

BPLK 70 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

6.1 PENGENALAN LAMPU PENUNJUK

Lampu pandu atau lampu penunjuk merupakan lampu yang digunakan sebagai penunjuk
kepada sesuatu litar atau operasi. Dalam litar kawalan motor terdapat tiga jenis kod warna
lampu pandu yang biasanya digunakan iaitu HIJAU, MERAH dan OREN.
 Warna Hijau menunjukan sesuatu litar atau kawalan berada dalam keadaan
beroperasi.
 Warna Merah menunjukan sesuatu litar atau kawalan berada dalam keadaan
tidak beroperasi atau dalam keadaan biasa.
 Warna Oren pula menunjukan sesuatu litar atau kawalan berada dalam keadaan
Trip atau berlaku haba lebih.

Biasanya lampu pandu yang digunakan mempunyai kadaran 3 Watt, 220 Volt.

Rajah 6.1: Lampu Pandu

Rajah 6.2 : Stesen Lampu Pandu

BPLK 71 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

PENGHIDUP TALIAN TERUS SATU FASA

LITAR KAWALAN

Rajah 6.3 : Pemasangan lampu penunjuk penghidup talian terus

LITAR UTAMA

Rajah 6.4 : Litar utama penghidup talian terus

BPLK 72 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

PENGHIDUP TALIAN TERUS MARA SONGSANG SATU FASA

LITAR KAWALAN

Rajah 6.5: Pemasangan lampu penunjuk penghidup talian terus mara songsang

LITAR UTAMA

Rajah 6.6: Litar utama penghidup talian terus mara songsang

BPLK 73 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

PENGHIDUP TALIAN TERUS TIGA FASA

LITAR KAWALAN

Rajah 6.7 : Pemasangan lampu penjuk penghidup talian terus

LITAR UTAMA

Rajah 6.8 : Litar utama penghidup talian terus

BPLK 74 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

PENGHIDUP TALIAN TERUS TIGA FASA MARA SONGSANG

LITAR KAWALAN

Rajah 6.9 : Pemasangan lampu penunjuk penghidup talian terus

LITAR UTAMA

Rajah 6.10 : Litar utama penghidup talian terus

BPLK 75 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK
PENGHIDUP BINTANG DELTA (STAR DELTA STARTER)

LITAR KAWALAN

Rajah 6.11 : Pemasangan lampu penunjuk penghidup bintang delta

LITAR UTAMA

Rajah 6.12 : Litar utama penghidup bintang delta

BPLK 76 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK
PENGHIDUP BINTANG DELTA MARA SONGSANG
( FORWARD REVERSE STAR DELTA STARTER)

LITAR KAWALAN

Rajah 6.13 : Penyambungan lampu penunjuk penghidup bintang delta mara songsang

LITAR UTAMA

Rajah 6.14 : Litar utama penghidup bintang delta mara songsang

BPLK 77 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK
PENGHIDUP AUTO TRANSFORMER
LITAR KAWALAN

Rajah 6.15 : Pemasangan lampu penunjuk penghidup auto transformer


LITAR UTAMA

Rajah 6.16 : Litar utama penghidup auto transformer

BPLK 78 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK
PENGHIDUP AUTO TRANSFORMER MARA SONGSANG

LITAR KAWALAN

Rajah 6.17 : Pemasangan lampu penunjuk penghidup auto transformer mara songsang

BPLK 79 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK
LITAR UTAMA

Rajah 6.18 : Litar utama penghidup auto transformer mara songsang

BPLK 80 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK
PENGHIDUP RINTANGAN ROTOR (ROTOR RESISTANCE STARTER)

LITAR KAWALAN

Rajah 6.19 : Pemasangan lampu penunjuk penghidup rintangan rotor

BPLK 81 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

LITAR UTAMA

Rajah 6.20 : Litar utama penghidup rintangan rotor

BPLK 82 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

7: SOFT STARTER AND INVERTER

PENGENALAN
Bab ini menerangkan dengan lengkap berkaitan penghidup soft starter dan inverter. Antara
kandungan bab ini ialah kegunaan, kelebihan dan keburukan berkaitan penghidup soft
starter dan inverter. Kenalpasti setiap isi kandungan bab ini.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Objektif pembelajaran ini ialah:
1. Mengenali penghidup soft starter dan inverter
2. Mengetahui kaedah bagaimana operasi penghidup soft starter dan inverter
3. Mengetahui kebaikan dan keburukan penghidup jenis ini.

HASIL PEMBELAJARAN
Selepas berakhirnya bab ini, pelatih mesti boleh:
1. Menyambung penghidup soft starter dan inverter.
2. Membuat perbandingan penggunaan arus antara lain-lain penghidup.
.

BPLK 83 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

7.1 PENGENALAN SOFT STARTER AND INVERTER

Penghidup jenis ini (soft starter) mempunyai pelbagai saiz bergantung kepada kuasa
beban. Ia mempunyai litar yang mudah dan senang dipasang. Penggunaannya lebih cekap
jika di bandingkan dengan penghidup motor yang lain. Pada masa ini, penghidup jenis ini
lebih banyak digunakan bagi menggantikan mesin-mesin yang besar dan canggih.
Penghidup jenis ini, dilengkapkan dengan kawalan elektronik untuk memenuhi keperluan
industri masa kini.

Rajah 7.1: Litar utama Soft Starter

BPLK 84 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Rajah 7.2: Litar kawalan soft starter

BPLK 85 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

KEGUNAAN
Motor pam, kipas dan penghembus, pemampat, tali sawat, mesin-mesin industri dan lain-
lain.

KELEBIHAN (ELEKTRIK)
 Menghadkan arus pusuan (surge current) dan menstabilkan voltan.
 Dengan menggunakan soft starter, ia boleh memanjangkan jangka hayat motor.
 Selain itu, ia mengurangkan penghasilan haba di penghidup.
 Memudahkan senggaraan dan baikpulih,
 Selain itu, unit ini mudah di pasang dan melakukan pendawaian.
 Ia juga sesuai untuk menggantikan motor-motor berkadar besar sehingga 50HP
keatas.

KELEBIHAN (MEKANIKAL)
 Menghasilkan pergerakan daya kilas yang stabil ketika hidup dan berhenti.
 Mengurangkan gegaran dan kerosakan mekanikal
 Mengawal tekanan air pada pam
 Mengurangkan kekerapan masa kerosakan pada kadar yang lama.
 Mengurangkan kejutan pada ketika permulaan mesin.

BPLK 86 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

8 : PEMULA MOTOR ARUS TERUS (DC MOTOR STARTER)

PENGENALAN
Bab ini menerangkan dengan lengkap berkaitan pemula motor arus terus. Antara
kandungan bab ini ialah pemula plat muka, motor mara songsang dan kawalan kelajuan.
Kenalpasti setiap isi kandungan bab ini.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Objektif pembelajaran ini ialah:
1. Mengetahui jenis-jenis pemula plat muka.
2. Mengetahui kaedah bagaimana menyongsangkan putaran motor.
3. Melukis simbol yang berkaitan dengan kawalan motor.
4. Mengetahui definisi komponen motor.

HASIL PEMBELAJARAN
Selepas berakhirnya bab ini, pelatih mesti boleh:
1. Mendawai sambungan plat dua muka, tiga muka dan empat muka dengan jayanya.
2. Memahami cara menukar sambungan bagi menyongsang motor arus terus.
.

BPLK 87 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

8.1 PEMULA PLAT MUKA ARUS TERUS

Semua motor arus terus, kecuali yang kecil hendaklah mempunyai alat pemula bagi
mengelakkan bahaya peningkatan arus angker sewaktu motor itu mula-mula dihidupkan.
Peningkatan arus ini boleh merosakkan motor (terbakar) dan memutuskan fius litar akhirnya
jika motor dihidupkan tanpa pemula.
Semasa motor mula-mula dihidupkan, tidak ada dge balik untuk menentang arus
yang masuk dan seterusnya bagi menghadkan arus di angker., tambahan pula rintangan
angker itu rendah. Katakan sebuah motor dibekalkan dengan voltan 500V dan rintangan
angker 0.02 ohm, jadi

I = 500/0.02 = 25000A

Jika arus ini tidak dihadkan, bahaya akan wujud di angker dan mungkin merosakkan
berus-berus dan belitannya. Kaedah yang paling baik untuk mengurangkan arus permulaan
ini ialah dengan menyambungkan reostat secara siri dengan angker. Katakan arus selamat
permulaan ini ialah 80A, jadi jumlah rintangan angker dan pemula ialah 500/80 = 6.25 ohm.
Oleh itu rintangan pemula ialah 6.25 – 0.02 = 6.23 Ohm.

Rintangan yang disambung secara siri dengan angker itu ialah reostat yang
dibahagikan kepada beberapa bahagian atau sudah dipertingkatkan. Nilai rintangan ini akan
dikurangkan satu persatu sehingga motor itu mencapai kelajuan yang boleh meningkatkan
dge balik bagi memainkan peranannya sebagai penghad arus di angker.

BPLK 88 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Pada kelajuan penuh motor ini, rintangan pemula ini akan dipisahkan dari litar
angker. Disamping menghadkan arus permulaan, pemula motor perlu juga dilengkapkan
dengan alat-alat keselamatan sebagimana yang dikehendaki oleh peraturab IEC. Fungsi
alat-alat ini ialah:

1. Menyambungkan semula secara automatik rintangan pemula ke dalam litar


apabila motor itu diberhentikan, biasanya menggunakan pegas.

2. mengelakkan motor itu daripada ‘hidup sendiri’ setelah gangguan elektrik


(bekalan terputus) dipulihkan. Alat (komponen) ini lebih dikenal dengan nama
gegelung ‘belantik tanpa voltan’ (btv).

3. Memberhentikan motor secara automatik apabila berlaku beban lebih alat ini
dikenal dengan mana gegelung “belantik tanpa beban” (btb).

Pemula plat muka merupakan satu daripada kawalan mudah bagi motor arus terus.
Terdapat tiga jenis pemula iaitu :-

i, Pemula plat dua muka


ii. Pemula plat tiga muka
iii. Pemula plat empat muka

Setiap pemula ini mempunyai tugasnya tersendiri. Misalnya pemula plat muka dua poin
dikhaskan untuk motor - motor siri sahaja. Plat tiga muka dan empat muka sesuai untuk
semua jenis motor arus terus.

BPLK 89 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

I. Pemula Plat Dua Muka

Pemula ini digunakan khas untuk motor-motor belitan medan siri sahaja.

Rajah 8.1: Pemula plat dua muka

BPLK 90 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Kendalian.

Apabila suis pemencil P ditutup bermakna bekalan telah diberikan kepada motor itu,
tetapi motor ini masih belum boleh berputar lagi. Apabila tangkai B digerakkan menyentuh
punca S-1, motor itu akan beputar pada kelajuannya yang minimum. Apabila tangkai ini
digerakkan terus kehadapan yakni ke punca 2, 3 dan akhirnya ke R 7, kelajuan akan
meningkat hingga mencapai kelajuan penuh. Pada ketika ini gegelung btv telah bertenaga
kerana litarnya lengkap dan ia akan terus memegang tangkai B itu. Apabila berlaku
gangguan bekalan gegelung btv akan kehilangan tenaga elektromagnet. Dengan itu, tenaga
keupayaan yang ada pada tangkai B(iaitu pada pegasnya) tangkai B akan dibalikkan
semula pada kedudukan asal dan motor itu akan terus berhenti. Apabila bekalan diberi
semula, motor tersebut akan berputar sehingga tangkai B itu digerakkan kembali dengan
tangan dari punca S hingga ke R.
Apabila berlaku beban lebih, gegelung pbl akan berkeupayaan lebih daripada biasa.
Keadaan ini disebabkan oleh pertambahan arus yang mengalir dalam litar itu. Sesentuh
beban lampau akan terbuka kerana ditarik oleh gegelung btb. Litar gegelung btv akan
terputus dan gegelung btv akan kehilangan tenaga. Oleh itu, tangkai B akan dilepaskan ke
kedudukan asalnya dan motor itu akan berhenti.
Rheostat ( yang berfungsi sebagai pembahagi) dipasangkan di pemula ini untuk
mengurangkan kadar arus yang masuk ke gegelung btv kerana arus yang masuk itu besar
dan dikhuatiri gegelang itu akan terbakar. Walaupun arus itu dibahagikan tetapi akhirnya
arus tersebut akan bercantum semula ke medan pada kadar yang maksimum tadi. Dengan
yang demikian, arus yang mengalir ke angker tidak terjejas.

BPLK 91 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Rajah 8.2: Pemula plat dua muka dipermudahkan

II. Pemula Plat Tiga Muka


Pemula jenis ini boleh digunakan untuk motor belitan medan majmuk, motor belitan
medan pirau dan motor belitan medan siri. Walaupun pemula ini boleh dipasang bersama-
sama dengan alat kawalan kelajuan iaitu rheostat (rintangan pengatur beban), ada
kemungkinan penambahan rheostat kedalam litar medan itu akan melemahkan tenaga
elektromagnet gegelung btv. Tangkal B akan ditarik oleh pegas ke kedudukan asalnya. Jika
kekuatan pegas ini melebihi cengkaman tangkal B yang dipegang oleh gegelung btv, motor
akan berhenti.

BPLK 92 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Rajah 8.3: Pemula plat tiga muka jenis A

Kendalian.

Apabila tangkai B digerakkan dari S ke R, motor akan mula berputar. Apabila sampai pada
R gegelung btv akan memegang tangkai daripada terlepas, disebabkan tarikan pegas
tangkai itu. Apabila berlaku beban lebih, bermakna arus yang lebih besar akan masuk ke
litar itu dan seterusnya menyebabkan gegelung btb akan bertenaga untuk menarik
sesentuhnya lalu menyebabkan litar pintas berlaku pada gegelung btv.

BPLK 93 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Rajah 8.4: Pemula plat tiga muka jenis B

BPLK 94 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Rajah 8.5: Pemula plat tiga muka jenis A yang dipermudahkan

Rajah 8.6: Pemula plat tiga muka jenis B yang dipermudahkan

Tenaga elektromagnet pada gegelung itu akan hilang dan seterusnya tangkai B akan
dilepaskan. Dengan tarikan pegas( yang memang sedia), tangkai akan kembali ke
kedudukan asal dan motor akan berhenti.
Pemula jenis ini sesuai untuk kegunaan belitan medan pirau tetapi tidak begitu sesuai jika
alat kelajuan (rheostat) hendak digunakan bersama dengan pemula ini.

BPLK 95 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK
III. Pemula Plat Empat Muka.

Pemula jenis ini digunakan bagi mengatasi masalah pemula plat tiga muka iaitu
masalah kehilangan tenaga (e/m) gegelung btv apabila rheostat dipasang sesiri dengan
belitan medan pirau, yang mengakibatkan pemegang tangkai gegelung btv menjadi lemah
dan motor akan berhenti kerana tangkai telah ditarik balik oleh pegas ke kedudukan asal
(S). biasanya pemula ini dikhaskan untuk belitan medan majmuk atau motor belitan medan
pirau. Tujuan utamanya ialah untuk mengelakkan gegelung btv menjadi lemah apabila
reostat dipasang pada pemula plat tiga muka. Namun bgitu untuk keselamatan, sebelum
motor itu dijalankan sepenuhnya, kawalan kelajuan motor itu tidak dapat dibuat. Kelajuan
motor tersebut akan bertambah apabila rintangan alat kawalan kelajuan di belitan pirau itu
ditambah dan ini amat bahaya pada motor semasa ia mula-mula dihidupkan. Setelah motor
itu beroperasi sepenuhnya, barulah kawalan kelajuan itu dibuat. Kawalan arus medan pirau
tidak mengganggu arus pada gegelung ptv kerana gegelung ini sekarang dipasang selari
dengan bekalan melalui rintangan sesiri F. Apabila berlaku beban lebih, gegelung btb akan
bertenaga dan sesentuh gegelung belantik beban lampau itu akan melitarpintaskan
gegelung btv dan seterusnya tangkai akan ditarik oleh pegas ke kedudukan asal kerana
tenaga elektromagnet gegelung btv telah hilang dan motor akan berhenti.

Catatan.
R hendaklah berada pada 0 ohm semasa pemulaan bagi memperolehi T (tork) dan fluks
yang maksimum, kemudian barulah kelajuan motor itu dilaraskan dengan reostat.

BPLK 96 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Rajah 8.7: Pemula plat empat muka

Rajah 8.8: Pemula plat empat muka yang dipermudahkan

BPLK 97 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK
8.2 MENYONGSANGKAN ARAH PUTARAN MOTOR ARUS TERUS

Arah putaran yang piawai bagi motor ialah mengikut pusingan jam (jika dipandang
dari penutup depan). Arah putaran ini boleh disongsangkan dengan menterbalikkan sama
ada sambungan belitan medan atau angker, tetapi tidak boleh kedua-duanya sekali. Rajah
di bawah menunjukkan sambungan litar yang dapat menukar arah putaran motor-motor
arus terus.

Rajah 8.9: Menyongsangkan arah putaran motor arus terus

BPLK 98 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK
8.3 KAWALAN KELAJUAN

Kawalan kelajuan motor dapat dilakukan dengan mengubah voltan bekalan, voltan di
angker atau mengubah arus medan atau ketiga-tiganya sekali. Sekarang penggunaan a.u
adalah meluas hingga motor arus terus pun boleh menggunakan bekalan ini. Bekalan ini
akan ditukarkan kebentuk arus terus sebelum motor itu boleh beroperasi. Kecuali motor siri,
ia boleh dikendalikan dalam kedua-dua bekalan. Dengan menggunakan alat penerus, voltan
ke angker atau voltan ke motor boleh dikawal. Jika voltan di angker dikawal, voltan di
medan hendaklah dibiarkan malar. Pengawalan voltan di angker berkadar terus dengan
kelajuan, apabila voltan di angker bertambah kelajuan motor juga bertambah. Kawalan
voltan ke motor bererti mengawal keseluruhan voltan yang akan diterima oleh motor dan
kawalan ini berkadar terus dengan kelajuan.

Rajah 8.10: Kawalan voltan di angker menggunakan penerus

BPLK 99 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK
Voltan di angker boleh juga dikawal dengan menggunakan perintang boleh ubah
yang disambung secara sesiri dengan angker. Penambahan rintangan ini menyebabkan
susutan voltan di angker berkurangan dan ini menyebabkan kelajuan berkurangan. Kawalan
cara ini hanya sesuai untuk motor-motor yang kecil sahaja kerana pertambahan rintangan
merendahkan arus angker dan kehilangan di angker bertukar. Seterusnya motor akan
berhenti kerana susutan voltan di perintang itu mengikut perubahan rintangan. Semakin
tinggi rintangan di angker, semakin rendah voltan di angker.
Kawalan kelajuan secara mengubah arus medan paling banyak digunakan kerana
cara ini mudah. Arus dikawal dengan memasang perintang sesiri dengan medan bagi motor
yang mempunyai belitan medan pirau atau memasang perintang selari dengan medan bagi
motor pirau. Pertambahan rintangan mengurangkan arus dan fluks menyebabkan kelajuan
bertambah kerana fluks berkadar songsang dengan kelajuan.

Rajah 8.11: Reostat kawalan kelajuan

BPLK 100 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

BPLK 101 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK
9.1 PENGENALAN SUIS HAD

Pengendalian bagi mesin automatik memerlukan banyak suis yang dikendalikan oleh
pergerakan mesin itu. Ini bergantung kepada gerak balas dan ulangan yang cepat serta
tepat. Ruang yang terhad bagi sesebuah pepasangan menyebabkan soal saiz, tekanan
kendalian dan pukulan amat dititikberatkan. Pengawalan beban hendaklah ditentukan
dengan berpandukan kepada kadarannya.
Secara asas, pergerakan mesin akan memukul pengendalian tuil untuk menggerakan
suis yang tersedia dan memberikan satu kesan terhadap litar elektrik yang mengawal mesin
tersebut. Suis had selalunya digunakan untuk menghentikan kelebihan laju bagi mesin ,
alatan dan pengeluaran dalam sesuatu proses. Alat pandu ini digunakan di dalam litar
kawalan bagi penghidup magnet untuk mengendalaikan sama ada sebagai alat kawalan,
operasi, hentian atau songsangan motor elektrik. Alat ini boleh digunakan sama ada
sebagai alat kawalan untuk mengendali berpanjangan ataupun sebagai suis kecemasan
untuk mengelakan daripada berlaku kendalian mesin yang tidak sempurna. Rajah 9.1 di
bawah menunjukan satu jenis suis had yang menggunakan alat rola untuk membuka dan
menutup suis tersebut.

Rajah 9.1: Suis had

BPLK 102 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

A – Rola berada pada keadaan biasa


B – Rupa bentuk suis had yang menunjukan rola telah ditolak.
C – Keadaan sesentuh ketika rola berada seperti A. Kedua-dua sesentuh sedia buka dan
sedia tutup akan disambungkan ke litar tertentu.

Kegunaan Suis Had


Rajah 9.2 dan 9.3 di bawah menunjukan satu litar skema bagi menjalankan lif. Litar ini
menggunakan suis had sebagai alat pandu automatik. Rajah 9.4 pula menunjukan keadaan
kedudukan lif tersebut.

Rajah 9.2: Gambarajah kawalan

BPLK 103 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Rajah 9.3: Gambarajah utama

BPLK 104 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

BPLK 105 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

BPLK 106 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

10.1 PENGENALAN JOGGING

Dalam sesetengah industri, penggunaan beberapa mesin yang digerak atau diputar
terlebih dahulu sebelum digunakan adalah begitu penting. Berjog ialah satu litar motor yang
dihidupkan dengan waktu yang singkat bagi tujuan suatu pergerakan yang dirancang.
Satu penghidup magnet melintangi talian boleh digunakan untuk tujuan berjog jika
stesen punat tekan yang sesuai digunakan pada litar kawalan. Penyambungan dan
kendalian bagi punat tekan hidup dan henti adalah sama seperti punatekan biasa yang
mempunyai hidup dan henti. Rajah 10.1 dibawah menunjukkan bagaimana litar kawalan
berjog dilakukan. Manakala Rajah 10.2 menunjukkan sambungan bagi litar utama untuk
jogging.

Rajah 10.1: Litar kawalan jogging

BPLK 107 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Rajah 10.2: Litar utama jogging

Operasi litar

Berdasarkan Rajah 10.1 diatas, apabila punatekan Jog ditekan, gegelung C akan
mendapat tenaga elektrik. Sesentuh utama C sedia-buka menutup. Motor akan beroperasi,
walaupun sesentuh tambahan C yang kecil menutup, tetapi ia tidak bekerja sebagai
sesentuh litar mengelilingi punat tekan Jog. Dengan itu sebaik-baik sahaja punat tekan Jog
dilepas, gelung C sedia-buka akan kembali membuka. Sebelum punat tekan Jog kembali
kepada keadaan sediakala, sesentuh pemegang C adalah terbuka dan dengan itu litar
kawalan tetap membuka. Oleh itu, dengan menekan punat tekan Jog berkali-kali, motor
akan beroperasi dan berhenti bila punat tekan tidak ditekan. Ini juga boleh digunakan demi
untuk menguji sesebuah motor sebelum ia digunakan sepenuhnya.

BPLK 108 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Berjog boleh diperbuat dengan menambah atau menggunakan satu geganti demi
keselamatan. Ini dikendalikan oleh satu stesen punatekan ‘Hidup Jog Henti’. Litar berbentuk
ini boleh dilihat seperti Rajah 10.3

Rajah 10.3: Litar kawalan menggunakan geganti.

BPLK 109 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

Rajah 10.4: litar utama jogging

Operasi litar

Berdasarkan Rajah 10.3 menerangkan apabila punatekan hidup ditekan maka


kedua-dua penghidup motor dan geganti Jog boleh dikendalikan. Penyentuh C1 bertenaga
terlebih dahulu dimana, sesentuh C1 sedia-buka menutup. Gelung penyentuh C2
bertenaga, sesentuh C2 sedia-buka menutup dan motor beroperasi. Setelah motor berhenti
melalui tekanan dipunat tekan henti, punatekan Jog bolehlah ditekan, dan penyentuh C2
sahaja yang akan bertenaga dan motor beroperasi. Dengan melepaskan tekanan kepada
punatekan Jog motor akan berhenti tanpa tekanan pada punat tekan henti.

BPLK 110 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

BPLK 111 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

11.1 PENYENTUH TIDAK BERFUNGSI

BIL SEBAB-SEBAB TINDAKAN

1 Bekalan tidak sampai atau memcukupi. Periksa sambungan dan kadaran


voltan bekalan.

2 Fius atau pemutus litar kawalan tidak Periksa keterusan fius dan tukar fius
normal. baru .

3 Kabel litar kawalan putus atau tercabut. Tukar kabel baru dan ketatkan yang
longgar.

4 Gelung penyentuh (contactor) terbakar Buat ujian keterusan, ujian


atau putus. penebatan atau tukar baru.

5 Geganti beban lebih terpelantik (trip) Kenal pasti punca terpelantik dan
laras semula.

Jadual 11.1: Penyentuh tidak berfungsi

BPLK 112 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

11.2 MOTOR TIDAK DAPAT DIHIDUPKAN

BIL SEBAB-SEBAB TINDAKAN

1 Pemutus litar terpelantik atau fius Rujuk carta mekanikal, kesan punca
terputus disebabkan oleh lebihan beban.. lebihan beban, kurangkan beban
kepada peringkat boleh dikawal.

2 Voltan rendah dari kadaran sepatutnya Periksa nilai voltan pada pelit motor,
naikkan voltan pada peringkat yang
diperlukan.

3 Litar terbuka atau litar pintas di lilitan Lakukan ujian keterusan pada setiap
motor. gelung, jika terdapat litar terbuka
maka lilitan baru perlu dibuat.

4 Sambungan tidak kemas di punca Periksa punca sambungan serta


sambungan dan bahagian lain. ketatkan sambungan yang longgar.

5 Rotor dan stator bersentuhan. Perbetulkan kelawasan antara rotor


mengikut nilai yang perlu.

6 Kerosakan pada alas Gantikan alas yang baru atau


remelting bagi alas jernal.

Jadual 11.2: Motor tidak dapat dihidupkan

BPLK 113 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

11.3 MOTOR TIGA DAN SATU FASA TIDAK NORMAL


‘HARMING’

BIL SEBAB-SEBAB TINDAKAN

1 Voltan bekalan tidak mencukupi. Periksa voltan bekalan dan gelung


penyentuh.

2 Voltan bekalan 3 fasa tidak seimbang. Periksa voltan bekalan setiap fasa
dan pemutus litar atau fius.

3 Sesentuh penyentuh (contactor) Periksa dan bersihkan permukaan


penyentuh dengan kertas pasir
‘contact cleaner’.

Jadual 11.3: Motor tiga dan satu fasa tidak normal

11.4 MOTOR MENJADI PANAS (OVERHEATING)

BIL SEBAB-SEBAB TINDAKAN

1 Motor membawa beban berlebihan Rujuk katalog dan kurangkan beban.

2 Pengaliran udara motor tidak baik Periksa motor dan bersihkan sirip
motor yang kotor atau berhabuk.

3 Berlaku geseran pada bahagian Bersihkan dan sapu minyak gris atau
mekanikal atau bebola motor rosak. pelincir yang sesuai.

Jadual 11.4: Motor menjadi panas

BPLK 114 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

11.5 PENGHIDUP MOTOR KERAP TERPELANTIK

BIL SEBAB-SEBAB TINDAKAN

1 Geganti beban lebih terpelantik Periksa arus beban motor dan laras
mengikut beban

2 Sesentuh penyentuh (contact point) kotor Bersihkan sesentuh atau tukar yang
baru

3 Pelaras beban lebih terlalu rendah Laras mengikut kadaran beban.

4 Voltan fasa kurang Periksa voltan bekalan

5 Kabel longgar Periksa dan ketatkan bahagian atau


terminasi yang longgar.

6 Salah sambungan Periksa sambungan litar dan


betulkan.

Jadual 11.5: Penghidup motor kerap terpelantik

11.6 MOTOR KERAP BERLAKU LEBIHAN ARUS


(OVER CURRENT)

BIL SEBAB-SEBAB TINDAKAN

BPLK 115 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

1 Motor membawa beban yang tinggi Rujuk katalog motor dan keupayaan
motor atau kurangkan beban.

2 Voltan bekalan tidak setabil. Periksa voltan bekalan dan arus


fasa.

3 Pelaras geganti beban lebih terlalu Laras pada kadar yang sesuai.
rendah.

Jadual 11.6: Motor kerap berlaku lebihan arus

11.7 BERLAKU LITAR PINTAS DAN LITAR TERBUKA DI MOTOR

BIL SEBAB-SEBAB TINDAKAN

1 Fius atau pemutus litar terbuka. Periksa pendawaian litar kawalan


dan litar utama

2 Motor tidak berfungsi Periksa bekalan.

3 Litar pintas dimotor. Lakukan ujian penebatan dan kenal


Motor tidak berpusing. pasti gelung yang berlaku litar pintas.
Melilit semula atau tukar gelung
baru.

4 Litar terbuka di motor Periksa keterusan setiap gelung jika


terbuka buat lilitan semula.

Jadual 11.7: Berlaku litar pintas dan litar terbuka di motor

BPLK 116 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

BPLK 117 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

BPLK 118 EEV 2052


KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

RUJUKAN

Nama buku : Kawalan Motor Elektrik


Penulis : Hj. Yahya bin Emat
Penerbit : IBS BUKU SDN. BHD
Unit B3-06, PJ Industrial Park, Jalan Kemajuan, 46200 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Nama buku : Pemasangan dan Penyenggaraan Elektrik (edisi kedua)


Penulis : Abd. Samad Hanif
Penerbit : Dawana Sdn. Bhd
Lot. 1037, Jalan AU 3/1, 54200 Ampang/Hulu Klang Selangor Darul Ehsan.

Nama buku : Automation and Power Distribution Wiring Manual.


Penulis : Klockner Moeller

Nota : Nota pensyarah UTEM


Penulis : Mohd Arif bin Mat Hanafiah

BPLK 119 EEV 2052

Anda mungkin juga menyukai