Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN

Kompas atau kompas pelaut ialah alat bantuan ahli pelayaran untuk mendapatkan arah
sebenar di muka bumi. Kompas adalah alat paling tepat untuk memunjukkan arah di muka bumi.
Sejarawan mendapati kompas mula dicipta oleh China pada abad ke-11 dan hanya digunakan oleh
ahli pelayaran Eropah pada 1300 Masihi. Kompas mengandungi anak panah yang dibuat
daripada jarum besi bermagnet yang berdasarkan medan magnet di bumi.
Empat arah utama kompas ialah Utara,Selatan, Timur dan Barat. Secara teknik, kompas
dibuat daripada sebatang jarum untuk menunjukkan arah utara magnet berdasarkan
sebuah planet magnetosfera. Jarum yang bebas akan dengan sendiri menunjukkan arah Utara dan
peta mestilah dikoordinasikan dengan kompas tersebut. Selain kompas pelaut, kompas lain
ialah kompas gegasing dan kompas falak untuk menentukan utara benar. kompas kiblat pula
diubahsuai untuk menunjuk ke arah Makkah.
Kompas adalah alat penunjuk arah yang bekerja berdasarkan gaya medan magnet. Pada
kompas selalu terdapat sebuah magnet sebagai komponen utamanya. Magnet tersebut biasanya
berbentuk sebuah jarum penunjuk. Saat magnet penunjuk tersebut berada dalam keadaan bebas,
maka akan mengarah ke utara-selatan magnet bumi. Inilah yang dijadikan dasar dalam pembuatan
kompas. Umumnya kompas terdiri dari 3 komponen kompas, iaitu badan kompas, jarum magnet,
dan skala arah mata angin. Badan kompas berfungsi sebagai pembungkus dan pelindung
komponen utama kompas. Jarum magnet dipasang sedemikian rupa agar ia berputar bebas secara
horizontal. Skala penunjuk umumnya berupa lingkaran 360 dan arah mata angin.
SEJARAH
Sebelum adanya kompas, arah di muka bumi ditentukan oleh badan-badan suci / agama. Pelaut dan
ahli pelayaran menggunakan sistem bunyi yang didengar dari dasar laut terutama desiran ombak.
Malangnya bukan mudah mengecam desiran ombak laut dalam kerana kedalaman yang amat
berbeza atau terlalu dalam. Masalah di laut ini ditambah oleh kabus yang berterusan dan keadaan
cuaca yang tidak menentu sepanjang masa. Contohnya ahli pelayaran Arab bergantung kepada
langit yang cerah di Teluk Farsi dan di Lautan Hindi. Mereka menggunakan sistem bintang atau
buruj (astronomi) untuk menentukan arah.
Kelasi kapal di laut cetek seperti di Laut Baltik banyak bergantung kepada sistem bunyi dasar laut.
Orang Yunani purba pula telah mencipta astrolab yang kemudian diperbaiki oleh ahli sains Islam
untuk memudahkan pelayaran.
Sejarawan British Joseph Needham menyatakan kompas mula-mula sekali dicipta oleh orang
China purba berdasarkan beberapa artifak dan manuskrip yang telah ditemui di sana.
Sastera kuno China telah mencatatkan tentang magnetisme pada abad ke-4 Masihi dalam buku
Book of the Devil Valley Master yang menyebut tentang sebatang besi magnet yang menolak dan
menarik besi-besi lain.
Sebatang jarum bermagnet mula disebut oleh China sebagai Louen-heng pada 20 atau 100 ad.
Antara catatannya ialah 'seketul magnet telah menarik dan menolak sebatang jarum'. Sarjana Wang
Tchen-touo pula mencatatkan kompas mula dibina menggunakan sudu sahaja.
Kompas dicatat sebagai alat untuk mencari arah telah dirakam semasa zaman Dinasti Song pada
1040-44 Masihi. 'Sebatang besi yang selatannya menunjukkan arah kawasan menangkap ikan'.
Besi ini diletakkan di permukaan air dalam sebuah mangkuk. Besi itu hendaklah boleh terapung
dengan meletakkan kain sutera. Tentera yang tenggelam punca pada waktu malam atau cuaca
mendung, mereka telah menggunakan besi 'selatan ke arah kenderaan' atau 'selatan ke arah ikan'.
Catatan sastera kuno China Dinasti Song bertajuk 'Kumpulan Karangan Mimpi' pada 1086 Masihi
oleh Shen Kuo menyatakan sebatang jarum boleh menunjukkan arah selatan dan arah utara.
Kompas sebagai alat pelayaran telah diceritakan oleh Zhu Yu dalam buku 'Meja Perbincangan
Pingzhou' pada 1111 hingga 1117 Masihi. Antara lain dicatatkan ahli pelayaran mengetahui
keadaan geografi, meneliti tentang bintang-bintang pada waktu malam, tetapi jika waktu malam
pekat tanpa bintang, mereka menggunakan jarum kompas.

JENIS-JENIS KOMPAS
Alat kompas dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kompas prismatik, kompas jurukur dan
kompas cecair.

Kompas Prismatik

Kompas prismatik menggunakan prinsip sifat magnet. Dalam keadaan mendatar, kompas prismatik
boleh memberi bacaan arah garisan berpandukan meridian magnet atau utara magnet. Sudut yang
dibaca adalah bering. Kompas prismatik ini berbentuk kotak pelindung bulat bergarisan pusat
50mm hingga 80mm. Dalam kotak kompas ini terkandung dial kompas yang dilekatkan pada
jarum magnet di atas pangsi yang terletak di tengah-tengah tapak kompas. Di sisi belakang kotak
ini dipasangkan prisma untuk membaca bering dan di sisi hadapan dipasangkan bilah tenang untuk
menenang atau menjajar sasaran yang hendak dibaca beringnya.










Kompas Prismatik

Kompas Jurukur

Kompas Jurukur adalah sama dengan kompas prismatik. Perbezaan yang nyata dengan kompas
prismatik adalah tidak berprisma dan bacaan dibuat dengan mata kasar, tempat prisma diganti
dengan bilah mata dan dial kompas dilekat pada kotak kompas bukan pada jarum magnet, jarum
magnet terletak di atas pangsi dan bergerak bebas, hujung jarum menunjukkan nilai bering di atas
senggatan dial kompas, dial kompas disengat dalam 4 sukuan (setiap sukuan disengat antara 00
hingga 900 dan angka-angka nilai bering tidak terbalik) dan akhir sekali tiada cermin dipasang
pada bilah tenang.


Kompas Jurukur

Kompas Cecair

Jarum dan permukaan kompas yang tergantung bebas di dalam cecair memberikannya satu
tindakan yang tetap, membenarkan kelembapan pergerakkan dibuat dengan segera dan
meringankan berat yang bertumpu ke atas titik pangsi. Dengan itu, kompas cecair tidak
mempunyai pin brek atau tuil penyungkit, tetapi memerlukan satu penutup kaca yang kedap udara.
Bagaimanapun, gelembung mungkin akan terbentuk di bawah perubahan cuaca di dalam kotak
yang tertutup. Bagi mengelakkan ini daripada berlaku, kotak kompas cecair mempunyai bawah
yang disalutkan dengan perak-nikel, yang mengembang dan mengecut bersama cecair. Cecair di
dalam kebanyakan kompas moden adalah merupakan alkohol tulen. Kompas cecair pada
kebiasaannya adalah jenis prisma.

Kompas Cecair

PENGENALAN DAN PRINSIP UKUR KOMPAS

Dalam ukur kompas, cerapan dan pengukuran ke atas garisan ukur melibatkan bering dan
jarak. Bering dalam ukur kompas bermaksud sudut yang dibuat oleh garisan ukur dengan satu
rujukan meridian tertentu. Bering dibaca dengan kompas dan jarak diukur dengan rantai ukur atau
pita ukur. Garisan ukur tidak membentuk rangka-rangka segitiga sebagaimana ukur rantai. Siri
garisan ukur yang berterusan akan membentuk satu litar yang disebut sebagai terabas. Arah garisan
ukur tersebut berpandukan kepada satu rujukan meridian magnet atau utara magnet. Titik-titik di
mana kompas dipasangkan untuk mencerap bering disebut sebagai hentian ukur. Untuk membina
terabas kompas, bering dan jarak bagi garisan ukur dicerap bagi membolehkan arah dan panjang
garisan ukur tersebut dipelot. Garisan asas dan semakan tidak diperlukan di dalam pembentukan
terabas sepertimana ukur rantai.


Prinsip Ukur Kompas

Titik B adalah titik tetap yang hendak ditentukan. Setelah bering AB (q) dicerap dan jarak
AB diukur maka kedudukan stesen B dapat ditentukan.

ISTILAH-ISTILAH DALAM UKUR KOMPAS

Bering
Bering adalah sudut yang dibentuk oleh garisan ukur dengan suatu meridian yang ditetapkan
samada meredian magnet atau meridian benar. Berdasarkan rajah di bawah OP adalah meridian
benar dan
bering A adalah sudut POA.

Bering

Meridian Benar

Meridian benar adalah lingkaran besar yang melalui kutub-kutub bumi.

Meridian Bumi


Meridian Magnet

Meridian magnet terbentuk daripada lingkaran besar yang melalui kutub-kutub magnet bumi.
Meridian ini dapat ditunjukkan oleh jarum magnet yang berada dalam keadaan bebas terapung.
Meridian ini digunakan sebagai rujukan dalam ukur kompas.


Meridian Magnet


Sudut Serong Magnet

Meridian magnet sentiasa berubah dan tidak selaras dengan meridian benar. Sudut serong magnet
merupakan selisih di antara meridian benar dan meridian magnet. Sudut serong terbentuk
samada sudut serong magnetik timur atau sudut serong magnetik barat bergantung kepada
kedudukan di permukaan bumi. Sudut serong ini tidak seragam di atas permukaan bumi seluruh
dunia dan ianya adalah minimum di garisan khatulistiwa.

Sudut Serong Magnet
Tarikan Tempatan
Jarum kompas boleh dipengaruhi oleh objek-objek seperti logam atau medan magnet yang
disebabkan oleh arus elektrik. Ia boleh memberi kesan selisih pada bering kompas. Pengaruh
tarikan yang berlaku pada jarum kompas dikenali sebagai tarikan tempatan. Pada kebiasaannya,
kesan tarikan tempatan adalah lebih besar di dalam kawasan bandar daripada kawasan desa. Jika
tarikan tempatan berlaku, bering hadapan dan bering belakang tidak akan mendapat beza 180
seperti yang sepatutnya.

Kesan Tarikan Tempatan

Bering AB = 500 0000
Bering BA = 500 0000 + 1800 0000
= 2300 0000 (Jika tiada tarikan tempatan)
Bering BA = 400 0000 + 1800 0000
= 2200 0000 (Jika tarikan tampatan)

CARA MEMBACA KOMPAS
Bahagianbahagian kompas yang penting antara lain:
1. Dial, iaitu permukaan di mana tertera nombor dan huruf seperti padapermukaan jam.
2. Visir, iaitu pembidik sasaran
3. Kaca Pembesar, untuk pembacaan pada angka
4. Jarum penunjuk
5. Tutup dial dengan dua garis bersudut 45.
6. Alat penggantung, dapat juga digunakan sebagai penyangkut ibu jari untuk menopang
kompas pada saat membidik.















Angka-angka yang ada di kompas dan istilahnya

North = Utara = 0
North East = Timur Laut = 45
East = Timur = 90
South East = Tenggara = 135
South = Selatan = 180
South West = Barat Daya = 225
West = Barat = 270
North West = Barat Laut = 325

Cara Menggunakan Kompas
1. Letakkan kompas anda di atas permukaan yang rata. setelah jarum kompas tidak bergerak
lagi, maka jarum tersebut menunjuk ke arah utara magnet.
2. Bidik sasaran melalui Visir dengan kaca pembesar. Miringkan sedikit letak kaca pembesar,
kira-kira 50 di mana berfungsi untuk membidik ke arah Visir dan mengintai angka pada
dial.
3. Apabila Visir diragukan karena kurang jelas dilihat dari kaca pembesar, luruskan saja garis
yang terdapat pada tutup dial ke arah Visir, mengikut dengan sasaran tilik agar mudah
dilihat melalui kaca pembesar.


RUJUKAN
1. https://www.google.com/search?q=sejarah+kompas&oq=sejarah+kompas
2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kompas

Anda mungkin juga menyukai