Anda di halaman 1dari 6

Garisan Tarikh Antarabangsa

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Garisan Tarikh Antarabangsa di meridian 180 Garisan Tarikh Antarabangsa adalah garisan rekaan semata-mata menganjur dari kutub utara ke kutub selatan. Garisan ini bertempat di garisan meridian (longitud) yang ke-180 di Lautan Pasifik. Sesiapa yang melintasi gaisan ini perlu membetulkan jamnya kepada lebih sehari atau kurang sehari. Bumi terbahagi kepada 24 zon masa. Seseorang yang terbang ke barat perlu memusingkan jamnya satu jam ke belakang bagi tiap-tiap zon masa (15) yang dilaluinya. Jadi jika seseorang itu mengelilingi dunia dari London (zon UTC) ke timur, maka dia harus mencepatkan jamnya selama satu jam bagi setiap zon masa yang dilaluinya itu. Oleh itu dia akan kehilangan 12 jam apabila dia melalui Garisan Tarikh Antarabangsa, dan 24 jam apabila dia sampai kembali di London. Namun apabila dia melintasi Garisan Tarikh Antarabangsa (dari timur ke barat), dia harus menambah 24 jam (sehari). Ini adalah supaya kiraan masa pengembara tersebut konsisten dengan kiraan masa di seluruh dunia. Sebaliknya jika dia melintasi Garisan Tarikh Antarabangsa dari barat ke timur, dia perlu menolak 24 jam pada jamnya. Garisan meridian yang ke-180 dipilih sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa kerana lautan Pasifik merangkumi sebahagian besar longitud ini. Jadi tidak banyak orang terganggu dengan pertukaran masa di kawasan ini. Garisan Tarikh Antarabangsa tidaklah lurus, malahan bengkok pada tempat-tempat tertentu supaya pulau-pulau yang dilaluinya, contohnya Kiribati, tidak terbahagi dua. Tempat-tempat di mana garisan ini bengkok bergantung kepada kerajaan negara yang dilalui garisan ini. Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Garisan_Tarikh_Antarabangsa"

Kompas
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Diagram kompas pelaut Dinasti Ming

jarum kompas berayun pada pangsi dalam salinan 'Epistola de magnete' Peter Peregrinus (1269)

Mata angin kompas kelasi pandu arah

Kompas lensa berasaskan cecair Kompas atau 'kompas pelaut' ialah alat bantuan ahli pelayaran untuk mendapatkan arah sebenar di muka bumi. Kompas adalah alat paling tepat untuk memunjukkan arah di muka bumi. Sejarawan mendapati kompas mula dicipta oleh China pada abad ke-11 dan hanya digunakan oleh ahli pelayaran Eropah pada 1300 masehi. Kompas mengandungi anak panah yang dibuat daripada jarum besi bermagnet yang berdasarkan medan magnet di bumi. Empat arah utama kompas ialah Utara, Selatan, Timur dan Barat.

Secara teknik, kompas dibuat daripada sebatang jarum untuk menunjukkan arah utara magnet berdasarkan sebuah planet magnetosfera. Jarum yang bebas akan dengan sendiri menunjukkan arah Utara dan peta mestilah dikoordinasikan dengan kompas tersebut. Selain kompas pelaut, kompas lain ialah kompas gegasing dan kompas falak untuk menentukan utara benar.

Jadual isi kandungan


[tutup]

1 Sejarah 2 Mesoamerika 3 Jarum dan mangkuk 4 China 5 Pembaharuan kompas di China 6 Beberapa persoalan 7 Perbezaan

[sunting] Sejarah
Sebelum adanya kompas, arah di muka bumi ditentukan oleh badan-badan suci / agama. Pelaut dan ahli pelayaran menggunakan sistem bunyi yang didengar dari dasar laut terutama desiran ombak. Malangnya bukan mudah mengecam desiran ombak laut dalam kerana kedalaman yang amat berbeza atau terlalu dalam. Masalah di laut ini ditambah oleh kabus yang berterusan dan keadaan cuaca yang tidak menentu sepanjang masa. Contohnya ahli pelayaran Arab bergantung kepada langit yang cerah di Teluk Farsi dan di Lautan Hindi. Mereka menggunakan sistem bintang atau buruj (astronomi) untuk menentukan arah. Kelasi kapal di laut cetek seperti di Laut Baltik banyak bergantung kepada sistem bunyi dasar laut. Orang Yunani purba pula telah mencipta astrolab yang kemudian diperbaiki oleh ahli sains Islam untuk memudahkan pelayaran.

[sunting] Mesoamerika
Penemuan artifak Olmec hematite oleh John Carlson di Amerika menunjukkan alat ini telah digunakan seawal 1000 tahun masehi. Olmec boleh digunakan berpandukan kepada objek hidup atau objek-objek mati.

[sunting] Jarum dan mangkuk


Alat asas sebuah kompas ialah sebatang jarum, mangkuk, air dan sehelai kain / sutera yang boleh terapung di atas air. Jarum itu hendaklah digeser-geserkan terlebh dahulu

pada mana-mana besi seperti pada pedang supaya besi jarum itu mempunyai medan magnet. Alat ini telah digunakan di seluruh dunia sebagai sebuah kompas hinggalah terciptanya 'kotak kompas' sekitar 1300 masehi.

[sunting] China
Sejarawan British Joseph Needham menyatakan kompas mula-mula sekali dicipta oleh orang China purba berdasarkan beberapa artifak dan manuskrip yang telah ditemui di sana.

Sastera kuno China telah mencatatkan tentang magnetisme pada abad ke-4 Masihi dalam buku Book of the Devil Valley Master yang menyebut tentang sebatang besi magnet yang menolak dan menarik besi-besi lain. Sebatang jarum bermagnet mula disebut oleh China sebagai Louen-heng pada 20 atau 100 ad. Antara catatannya ialah 'seketul magnet telah menarik dan menolak sebatang jarum'. Sarjana Wang Tchen-touo pula mencatatkan kompas mula dibina menggunakan sudu sahaja. Kompas dicatat sebagai alat untuk mencari arah telah dirakam semasa zaman Dinasti Song pada 1040-44 Masihi. 'Sebatang besi yang selatannya menunjukkan arah kawasan menangkap ikan'. Besi ini diletakkan di permukaan air dalam sebuah mangkuk. Besi itu hendaklah boleh terapung dengan meletakkan kain sutera. Tentera yang tenggelam punca pada waktu malam atau cuaca mendung, mereka telah menggunakan besi 'selatan ke arah kenderaan' atau 'selatan ke arah ikan'. Catatan sastera kuno China Dinasti Song bertajuk 'Kumpulan Karangan Mimpi' pada 1086 Masihi oleh Shen Kuo menyatakan sebatang jarum boleh menunjukkan arah selatan dan arah utara. Kompas sebagai alat pelayaran telah diceritakan oleh Zhu Yu dalam buku 'Meja Perbincangan Pingzhou' pada 1111 hingga 1117 Masihi. Antara lain dicatatkan ahli pelayaran mengetahui keadaan geografi, meneliti tentang bintang-bintang pada waktu malam, tetapi jika waktu malam pekat tanpa bintang, mereka menggunakan jarum kompas.

[sunting] Pembaharuan kompas di China

Ciptaan kompas semakin dimajukan oleh ahli pelayaran China. Arah kompas menjadi 48 arah. Buku 'Kastam Kemboja' pada 1296 mencatatkan seorang diplomat China bernama Zhou Daguan yang belayar dari Wenzhou ke Angkor Thom di Kemboja. Dia telah menggunakan arah jarum kompas 'ding wei'. Arah ding wei bermaksud 22.5 darjah. Selepas tiba di Baria, dia beralih pula ke arah 'kun shen' yang bersamaan 52.5 darjah. Peta pelayaran Zheng Dia atau Pemetaan Mao Kun mengandungi maklumat tentang arah perjalanan yang dilalui oleh Laksamana Zheng He ke Asia Tenggara dan lain-lain.

[sunting] Beberapa persoalan


Ada perdebatan tentang kompas ciptaan China ini. Ini termasuklah tentang :

Penggunaan kompas semasa perjalanan dari China ke Timur Tengah melalui Laluan Sutera dan kemudian sampai ke Eropah. Penggunaan kompas China di Eropah dan dari Eropah ke Timur Tengah. Pembaharuan kompas di Eropah dan kemudian digunakan digunakan di Timur Tengah.

[sunting] Perbezaan

Jarum kompas ciptaan orang Eropah sentiasa menunjuk ke arah utara. Jarum kompas ciptaan China sentiasa menunjuk ke arah selatan. Sebenarnya konsep asas utara dan selatan adalah sama. Jarum kompas adalah sebatang jarum besi bermagnet yang mempunyai dua hujung, satu ke arah selatan dan satu lagi ke arah utara.

Wikimedia Commons mempunyai media mengenai: Kompas

Anda mungkin juga menyukai