Anda di halaman 1dari 20

ISI KANDUNGAN

Pengenalan /Muqaddimah...................................................................................1

Kompas Jarum.....................................................................................................2

Kompas Jarum dalam Islam................................................................................4

Revolusi Kompas Jarum......................................................................................5

Kemusykilan Asal-Usul Kompas Jarum...............................................................6

Revolusi Astronomi..............................................................................................7

Hubung-Kait Islam dan AstronomiTokoh-Tokoh Astronomi Islam......................8

Tokoh-Tokoh Astronomi Islam...........................................................................10

Kompas Jarum (Astronomi) di Zaman PermodenanKesimpulan /Rumusan....14

Kesimpulan /Rumusan.......................................................................................15

Senarai bahan rujukan.......................................................................................16

Lampiran bahan rujukan....................................................................................17


Fiqh Kontemporari II

MUQADDIMAH

Tujuan laporan ringkas ini disediakan adalah untuk membuat kajian bagi
kelas Fiqh Kontemporari II, kelas L11, mengenai tajuk “Kompas Jarum Islam”.
Kumpulan telah mendapat inspirasi untuk menghuraikan tajuk ini lebih kepada
perkara mengenai sejarah Kompas jarum dan kegunaannya di dalam
pelayaran/pengembaraan pada zaman bermulanya revolusi astronomi. Pada
zaman sekarang terlalu banyak media yang cuba menjelaskan bahawa sains
dan teknologi tiada ada kaitan dengan orang Islam. Oleh itu kami berharap
dapat menjelaskan pada generasi kini yang kurang maklumat tentang sejarah
bermulanya revolusi kompas jarum yang digunakan untuk pelayaran adalah
pada asalnya didahului oleh orang Islam.

Di samping itu kami ingin menyampaikan rasa terima kasih kepada ahli
keluarga dan sahabat handai yang membantu kami dalam memberi idea untuk
melengkap kajian kami. Tidak lupa kepada Ustaz Kamalullhysham yang
memberi tugasan ini kepada kami, sekaligus telah sedikit sebanyak membuka
minda kami mengenai sumbangan umat Islam di dalam revolusi sains dan
teknologi yang sehingga kini masih berkembang pesat dan diguna pakai di
seluruh dunia.

Melalui kajian ini kami berharap dapat sekurang-kurangnya mebuka minda


generasi muda umat Islam sekalian mengenai sumbangan umat Islam di dalam
revolusi kompas jarum dan astronomi.

Terima kasih

15
Fiqh Kontemporari II

KOMPAS JARUM

Sebelum adanya kompas, arah di muka bumi ditentukan oleh badan-badan


suci / agama. Pelaut dan ahli pelayaran menggunakan sistem bunyi yang
didengar dari dasar laut terutama desiran ombak. Malangnya bukan mudah
mengecam desiran ombak laut dalam kerana kedalaman yang amat berbeza
atau terlalu dalam. Masalah di laut ini ditambah oleh kabus yang berterusan
dan keadaan cuaca yang tidak menentu sepanjang masa. Contohnya ahli
pelayaran Arab bergantung kepada langit yang cerah di Teluk Farsi dan di
Lautan Hindi. Mereka menggunakan sistem bintang atau buruj (astronomi)
untuk menentukan arah.

Kelasi kapal di laut cetek seperti di Laut Baltik banyak bergantung kepada
sistem bunyi dasar laut. Orang Yunani purba pula telah mencipta astrolab yang
kemudian diperbaiki oleh ahli sains Islam untuk memudahkan pelayaran.

Sejarah awal kompas ialah ia telah dicipta secara sainstifik dizaman dinasti
song di negeri China pada abad ke sebelas.Namun begitu terdapat catatan
sejarah ia telah dicipta lebih awal iaitu
pada abad ke empat berdasarkan
sastera kuno cina dalam buku 'Book of
the Devil Valley Master' .Pengunaan
kompas oleh pelayar eropah hanyalah
pada 1300 masihi. Tujuan sebenar
kompas dicipta ialah sebagai alat
bantuan ahli pelayaran untuk
mendapatkan arah sebenar di muka
Gambar: Rupa kompas jarum yang
bumi. Pengunaan kompas penting
pertama

15
Fiqh Kontemporari II

bagi ahli pelayaran ia adalah alat paling tepat untuk memunjukkan arah di
muka bumi. Secara asasnya, kompas diperbuat daripada sebatang jarum untuk
menunjukkan arah utara magnet berdasarkan sebuah planet magnetosfera.
Jarum yang bebas akan dengan sendiri menunjukkan arah Utara dan peta
mestilah dikoordinasikan dengan kompas tersebut.

Terdapat juga catatan yang menyatakan sejarah kompas jarum magnetis


dalam mangkuk air yang digunakan untuk pelayaran adalah berasal dari
Yaman dan astronomer al-Ashraf pada 1282

Alat asas sebuah kompas ialah sebatang jarum, mangkuk, air dan sehelai
kain / sutera yang boleh terapung di atas air. Jarum itu hendaklah digeser-
geserkan terlebh dahulu pada mana-mana besi seperti pada pedang supaya
besi jarum itu mempunyai medan magnet. Alat ini telah digunakan di seluruh
dunia sebagai sebuah kompas hinggalah terciptanya 'kotak kompas' sekitar
1300 masehi.

15
Fiqh Kontemporari II

KOMPAS JARUM DALAM ISLAM

15
Fiqh Kontemporari II

REVOLUSI KOMPAS JARUM

15
Fiqh Kontemporari II

KEMUSYKILAN ASAL-USUL KOMPAS JARUM DIGUNAKAN

DALAM ASTRONOMI

Zaman sekarang ramai yang mengetahui bahawa orang Cina yang mungkin
telah menjadi orang pertama yang menggunakannya untuk tujuan navigasi di
antara 1000 dan 1100 AD termasuk kompas. Rujukan paling awal untuk
penggunaannya dalam navigasi ini merupakan keterangan oleh orang Inggeris,
Alexander Neckam (1157-1217).

Namun perkara sebenarnya adalah pengembara navigasi Muslim (yang


kemungkinan telah mempelajari ilmu jarum magnet dari orang Cina) adalah
yang pertama untuk menggunakan jarum magnetik dalam navigasi kapal.
Mereka mencipta kompas dan menurunkan pengetahuan mengenai
penggunaannya dalam navigasi di Barat.

Pada masa itu pengambara Eropah bergantung pada pengemudi Muslim dan
alat-alat navigasi mereka ketika menjelajahi wilayah yang tidak diketahui.
Gustav Le Bon mendakwa bahawa arah magnet dan kompas yang
sepenuhnya ditemui oleh Muslim dan bahawa orang Cina tidak ada kaitan
dengan itu. Neckam, serta orang Cina, mungkin mengetahui hal itu dari
peniaga Muslim. Perlu dicatat bahawa China meningkatkan kemahiran navigasi
mereka setelah mereka mulai berinteraksi dengan kaum muslimin selama abad
ke-8.

15
Fiqh Kontemporari II

REVOLUSI ASTRONOMI

15
Fiqh Kontemporari II

HUBUNG-KAIT ISLAM DAN ASTRONOMI

Alam semesta ada digambarkan dalam Al-Quran pada ayat berikut;

Maksudnya: "(Dia-lah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Ia


mempunyai anak sedangkan Ia tidak mempunyai isteri? Ia pula yang
menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia-lah Yang Maha Mengetahui akan
segala-galanya.”
(Al-Quran, Surah Al-An'aam Ayat 101)

Keterangan yang diberikan Al-Quran ini bersesuaian penuh dengan penemuan


ilmu pengetahuan masa kini. Kesimpulan yang didapati diberikan pada saat ini
adalah bahawa keseluruhan alam semesta, berserta dimensi dan waktu,
muncul sebagai hasil dari suatu ledakan raksasa yang tejadi dalam sekejap.
Peristiwa ini, yang dikenali dengan "Big Bang", membentuk keseluruhan alam
semesta sekitar 15 bilion tahun yang lalu. Alam semesta tercipta dari suatu
ketiadaan sebagai hasil dari ledakan satu titik tunggal. Kalangan saintis moden
bersetuju bahawa Big Bang merupakan satu-satunya penjelasan masuk akal
dan yang dapat dibuktikan mengenai asal mula alam semesta dan bagaimana
alam semesta muncul menjadi ada.

Sebelum Big Bang, tak ada yang disebut sebagai materi. Dari situasi
ketiadaan, di mana bahan-bahan, tenaga, mahupun “waktu” belum ada, dan
yang hanya mampu dijelaskan secara metafisik, terciptalah materi, tenaga, dan
masa. Fakta ini, yang baru saja ditemukan ahli fisika modern, diberitakan
kepada kita dalam Al-Quran pada 1,400 tahun yang lalu.

15
Fiqh Kontemporari II

Sensor pada satelit ruang angkasa COBE yang dilancarkan NASA pada tahun
1992 ada menangkap sisa-sisa radiasi ledakan Big Bang. Penemuan ini
merupakan bukti terjadinya peristiwa Big Bang, yang merupakan penjelasan
ilmiah bagi fakta bahawa alam semesta diciptakan dari ketiadaan.

Dalam Al-Quran, yang diturunkan pada 14 abad yang lalu (di saat ilmu
astronomi masih di belakang) mengembangnya alam semesta digambarkan di
dalam ayat berikut:

Maksudnya: "Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan
sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya."
(Al-Quran, Surah Adz-Dzaariyaat; Ayat 47)

15
Fiqh Kontemporari II

TOKOH-TOKOH ASTRONOMI ISLAM

Pada zaman sekarang ramai yang memercayai bahawa tokoh-tokoh revolusi


kompas (astronomi) tergolong dari kalagan Eropah dan Cina, namun
kebenarannya adalah sejarah bermulanya revolusi astronomi adalah tergolong
daro tokoh-tokoh orang Islam.

Astronomi telah disebut “Queen of Science”. Ini menggabungkan banyak


disiplin ilmu seperti fizik, khususnya optik, matematik dan mekanik langit. Sejak
zaman kuno, saintis Muslim telah mempelajari astronomi, menyumbang besar
terhadap pengetahuan manusia.Tariq bin Ya'qub, al-Khawarizmi, al-Battani, al-
Farghani, al-Sufi, al-Biruni, Nasir Al-Din Al-Tusi dan Omar Khayyam adalah
hanya beberapa dari para ulama yang telah meninggalkan tanda abadi dalam
sejarah astronomi.

Tariq bin Ya'qub


Tariq bin Ya'qub (wafat 796 M) adalah seorang ahli astronomi abad ke-8 dan
matematik Parsi. Ya'qub tinggal di Baghdad, dan dianggap sebagai salah satu
astronomi terbesar pada masanya.

Antara hasil kerja Tariq bin Yaakub meliputi:


1. Zij maḥlūl fi al-Sindhind li daraja-daraja (jadual Astronomi di Sindhind yang
merangkumi untuk setiap darjah),
2. Tarkīb al-Aflak (Tetapan dari orbit),
3. Kitab al-ilal (Rasionalis),
4. Taqṭī'kardajāt al-jayb (Distribusi dari kardajas sinus),
5. Ma irtafa'a qaws nisf min al-Nahar (Elevation sepanjang busur meridian.)

Sebuah karya astrologi disebut Al-Maqalat juga dihubungkan dengannya oleh


sumber yang tidak mampu diandalkan. The zij, ditulis sekitar 770, didasarkan
pada sebuah karya Sanskrit, dianggap mirip dengan Brahmasphutasiddhanta.

15
Fiqh Kontemporari II

Karya ini dibawa ke mahkamah al-Mansur dari Sind, dilaporkan oleh seorang
ahli astronomi India bernama Kankah.

The Tarkīb al-Aflak ditangani dengan ilmu falak, iaitu, penempatan dan ukuran
benda-benda langit. Its anggaran saiz dan jarak benda-benda langit ditabulasi
dalam pekerjaan al-Biruni di India, menurut dia, Tariq bin Yakub memberikan
jari-jari bumi sebagai farsakhs 1,050, diameter Bulan dan Utarid sebagai
farsakhs 5.000 (4.8 radius Bumi), dan diameter benda-benda langit yang lain
(Venus, Matahari, Marikh, Musytari, dan Zuhal) sebagai farsakhs 20.000 (19,0
radius Bumi.)

Nasir Al-Din Al-Tusi


Nasir Al-Din Al-Tusi (1201–1274) adalah ahli
sains Islam Syiah berkebangsaan Iran yang
dikenali sebagai ahli falsafah, matematik,
astronomi, teologi, serta pakar perubatan dan
penulis, iaitu beliau adalah seorang pakar dalam
pelbagai bidang.

Dilahirkan di Tous, Khorasan, Iran, Nasir


memulakan pendidikannya pada masa awal
lagi. Di Tous, beliau mengaji al-Quran, Hadis,
dan jurisprudens Syiah, serta belajar bahasa
Arab, logik, falsafah, matematik, perubatan, dan
astronomi. Ketika masih muda, beliau berpindah ke Nishapur untuk belajar
falsafah di bawah Farid al-Din Damad, dan matematik di bawah Muhammad
Hasib.

Nasir mencipta jadual-jadual pergerakan planet yang persis, seperti yang


digambarkan dalam bukunya, Zij-i ilkhani (Jadual-jadual Ilkhani). Buku ini
mengandungi nama-nama bintang, serta jadual astronomi untuk menghitung
kedudukan planet. Sistem planetnya merupakan sistem yang paling maju pada

15
Fiqh Kontemporari II

zamannya dan digunakan secara meluas sehingga perkembangan model


heliosentrik pada zaman Copernicus. Antara Ptolemy dan Copernicus, Nasir
dianggap sebagai ahli astronomi yang paling unggul pada masanya.

Nasir merupakan orang pertama untuk mengolahkan trigonometri sebagai satu


bidang matematik yang berasingan. Dalam bukunya, Karya mengenai Sisi
Empat, beliau merupakan orang pertama untuk menyenaraikan enam kes yang
berbeza bagi segi tiga sudut tegak dalam trigonometri sfera. Nasir mereka
teknik geometri yang dipanggil Gandingan Tusi untuk model-model planetnya
yang menjanakan gerakan linear daripada jumlah dua gerakan bulat. Beliau
juga menghitung nilai sebanyak 51" untuk liukan tahunan ekuinoks dan
menyumbang kepada sebilangan pembinaan dan penggunaan alat astronomi,
termasuk astrolab. Nasir memberikan penjelasan pertama tentang seluruh
sistem trigonometri sfera dan satah yang masih wujud pada hari ini. Beliau juga
banyak menulis tentang biologi dan merupakan salah satu perintis untuk
sejenis evolusionisme dalam pemikiran saintifik. Sebuah kawah berdiameter 60
kilometer yang terletak di hemisfera selatan bulan dinamakan sempenanya
sebagai "Nasireddin".

Omar Khayyam
Omar Khayyám lahir pada 18 Mei 1048 di
Nishapur, Iran, adalah seorang pemuisi, ahli
matematik, dan ahli astronomi. Nama
asalnya Ghiyatuddin Abu al-Fatah Omar ibni
Ibrahim Al-Nisaburi. Khayam adalah
perkataan pinjaman bahasa Arab yang
bermakna "pembuat khemah." Beliau paling
dikenali kerana himpunan puisinya, Rubaiyat
Omar Khayyam.

Khayyam adalah antara tokoh islam yang termasyhur sebagai ahli astronomi.
Pada 1073, Malik-Shah, sultan Seljuk, menjemput Khayyam membina sebuah

15
Fiqh Kontemporari II

balai cerap serta bertugas untuknya, bersama dengan berbagai-bagai ahli


sains lain yang terkenal. Kesudahannya, beliau dengan amat tepatnya (jitu ke
enam tempat perpuluhan) mengukur tahun suria sebagai 365.24219858156
hari panjangnya. Ukuran takwimnya ini hanya mempunyai ralat sehari pada
setiap 5,000 tahun, manakala takwim Gregory yang kini digunakan mempunyai
ralat sehari pada setiap 3,330 tahun. Beliau juga menghitung dengan tepat
takwim Parsi. Pada 15 Mac 1079, Sultan Jalal al-Din Malekshah Saljuqi (1072-
92) menguatkuasakan takwim yang dibetulkan oleh Khayyam seperti di
Eropah, apabila Julius Caesar menguatkuasakan pada tahun 46 SM takwim
yang dibetulkan oleh Sosigenes, dan seperti Paus Gregory XIII yang berbuat
demikian pada Februari 1552 dengan takwim yang dibetulkan oleh Aloysius
Lilius (walaupun Britain tidak menukarkan takwim Julian kepada takwim
Gregory sehingga tahun 1751, dan Rusia tidak berbuat demikian sehingga
tahun 1918).

Khayyam termasyhur dalam dunia Parsi dan Islam kerana konsep


astronominya. Beliau mencipta sebuah peta (yang kini tidak diketahui mana
kewujudannya) untuk bintang-bintang di langit. Khayyam juga menganggarkan
dan membuktikan kepada para hadirin yang termasuk Imam Ghazali,
cendekiawan berprestij yang paling dihormati ketika itu, bahawa alam semesta
tidak bergerak mengelilingi bumi seperti yang dipercayai pada masa itu.
Dengan membina sebuah pentas yang berputar dan menyusun carta-carta
bintang yang mudah dan yang diterangi oleh lilin di sekeliling dinding bilik yang
bulat, beliau menunjuk cara bahawa bumi berputar pada paksi sendiri dan oleh
itu, membawa kepada penglihatan berbagai-bagai buruj pada sepanjang
malam dan siang (melengkapi kitaran sehari). Beliau juga memperincikan
bahawa bintang-bintang merupakan objek pegun di dalam ruang dan yang, jika
ia bergerak di sekeliling bumi, akan terbakar menjadi bara, akibat jisimnya yang
besar. Kesemua teori ini diterimaguna oleh ahli-ahli astronomi Kristian
berabad-abad kemudian dan diberi penghargaan untuknya, sebagaimana yang
kita tahu kini.

15
Fiqh Kontemporari II

KOMPAS JARUM (ASTRONOMI) DI ZAMAN PERMODENAN

15
Fiqh Kontemporari II

KESIMPULAN /RUMUSAN

15
Fiqh Kontemporari II

SENARAI BAHAN RUJUKAN

http://www.scribd.com/doc/14164028/Astronomi-Islam

http://en.wikipedia.org/wiki/Compass

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kompas

A History of Arabic Astronomy: Planetary Theories During the Golden Age of


Islam (New York University Studies in Near Eastern Civilization); George
Saliba; NYU Press (July 1, 1995)

Compass: A Story of Exploration and Innovation; Alan Gurney; W. W. Norton &


Company (August 8, 2005)

Tokoh-Tokoh Kesarjanaan Sains Islam; Mahmood Zuhdi Bin Abd Majid; DBP
(Online PDF Journal)(2000);

15
Fiqh Kontemporari II

LAMPIRAN BAHAN RUJUKAN.

15
Fiqh Kontemporari II

15
Fiqh Kontemporari II

CONT
O H

15

Anda mungkin juga menyukai