Anda di halaman 1dari 6

MOTOR AT

Jenis-Jenis Motor Arus Terus (d.c)





Motor ialah mesin yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanik,atau dalam erti kata
yang lain iaitu peranti yg dibekalkan dengan arus elektrik akan menjalankan kerja-kerja dalam bentuk
gerakan berputar seperti kipas,roda tenaga dan sebagainya.


Pada amnya binaan motor arus terus serupa dengan Penjana Arus Terus,perbezaannya hanyalah dari
segi binaan luar untuk penyesuaian melakukan kerja yang berbeza.
Kendaliannya,motor boleh berputar berdasarkan prinsip dan ciri-ciri magnet iaitu kutub yang
berlainan akan menarik dan kutub yang sama akan menolak.
Ciri fluks magnet yang sentiasa meregang dan tidak berpotonganantara satu sama lain juga
membantu pemusingan motor.
Apabila arus dibekalkan kepada motor, pengalir di angker akan membawa arus dan seterusnya
menghasilkan medan magnet.
Oleh sebab pengalir ini berada dalam medan magnet itu,tindak balas kedua-diua medan ini akan
terjadi dan seterusnya menghasilkan daya tolakan mekanik terhadap pengalir tersebut dalam arah ke
atas @ ke bawah mengikut arah arus yang terhasil dan seterusnya menggerakkan pengalir-pengalir di
angker supaya berputar.
Arah tolakan ini bergantung pada arus dalam pengalir itu dan arah fluks magnet di kutub.
Kekuatan daya yang terhasil bagi menolak pengalir adalah berkadar terus dengan ketumpatan fluks
magnet,arus dalam pengalir dan panjang pengalir itu.
Semakin panjang pengalir, ketumpatan fluks magnet akan bertambah.Begitu juga dengan arus dan
kekuatan daya mekanik.


Jenis-Jenis Motor Arus Terus
Terdapat beberapa jenis motor A.T, penentuan jenisnya adalah mengikut cara sambungan
mengangkut medan motor ke angker. 3 jenis yang biasa digunakan:
i) Motor belitan medan siri
ii)Motor belitan medan pirau
iii) Motor belitan medan majmuk


Motor Belitan Medan Siri
Dalam motor belitan medan siri,arus di angker mengalir melalui belitan medan siri dan angker.
Fluks medan magnet dan daya kilas akan menjadi kuat jika bebannya besar.
Keadaan itu menyebabkan putaran motor, menjadi perlahan.
Jika beban dikurangkan,fluks magnet akan lemah,sebaliknya kelajuan motor akan bertambah.
Jika beban yang digunakan amat kecil @ tiada berbeban,kelajuan motor akan meningkat sehingga
melampaui kelajuan selamat motor ini.
Ini bererti motor belitan medan siri tidak boleh dijalankan tanpa beban dan kerana itu motor ini amat
sesuai untuk menjalankan kerja-kerja yang memerlukan daya kilas permulaan yang tinggi.
Motor ini hendaklah sentiasa disambungkan kepada bebannya secara terus,tanpa menggunakan
rantai,tali sawat (belting) @ gear.
Jika motor ini dihidupkan dengan bekalan A.T @ A.U, motor ini dinamakan sebagai motor semester.
Contoh kegunaan motor ini ialah pada mesin pencuci vakum, pengering rambut dan dalam peralatan
elektrik perumahan.

Motor Belitan Medan Pirau
Motor ini mempunyai belitan medan yang disambung selari dengan voltan bekalan.
ekuatan medan magnet ini adala tetap nilainya sama ada berbeban penu atau tanpa beban .
Kelajuan motor ini akan menurun sedikit untuk beban yang amat besar.
Kilas motor ini berkadar terus dengan arus, jadi apabila beban bertambah kilas juga bertambah.
Dengan pertambahan beban ini bererti arus masukan mesti ditambah.
Bekerja penyelenggaraan motor ini murah dan kelajuannya mudah dikawal dengan menggunakan
reostat rintangan pengaal arus medan .
Kegunaan umum motor ini ialah untuk kerja-kerja yang memerlukan kelajuan yang tetap seperti
mesin-mesin, peralatan atau sebagai mesin pelarik kerana kawalan kelajuan motor perlu dibuat.

Motor Belitan Medan Majmuk
Motor ini mempunyai belitan medan siri dan belitan pirau.
Oleh sebab itu ciri motor ini merupakan gabungan antara ciri motor belitan medan siri dan ciri motor
belitan medan pirau.
Bilangan belitan medan siri adalah kurang daripada belitan medan pirau kerana ia disambung sesiri
dengan angker.
Motor ini memberikan kilas permulaan yang tinggi pada kelajuan yang selamat walaupun tidak
berbeban.
Faktor ini menyebabkan motor belitan medan majmuk amat sesuai untuk beban-beban perantaraan
yang berat seperti mesin angkat, pesawat penarik barang dan sebagainya.
Terdiri 2 ciri motor belitan medan majmuk iaitu:-
i) Medan Belitan Medan Majmuk Melonggok
ii) Medan Belitan Medan Majmuk Pembeza






























Litar skema Motor DC


Nama Motor Litar Asal Menyongsangkan
Sambungan Ke Angker
Menyonsangkan

Anda mungkin juga menyukai