Anda di halaman 1dari 19

Litar kawalan motor 

elektrik DOL atau Penghidup talian terus. Litar kawalan DOL ini adalah asas


kawalan motor yang wajib pelajar elektrik tahu. Dibawah adalah contoh litar DOL. Semoga bermanfaat
untuk anda.

Litar kawalan DOL


Litar utama dan litar kawalan DOL
Litar Kawalan Motor Elektrik Mara-Songsang
Berikut adalah litar kawalan dan litar utama motor elektrik untuk tajuk Kawalan motor Mara-Songsang
(Forward Reverse) yang lengkap untuk rujukan pelajar jurusan elektrik. Semoga bermanfaat untuk anda
semua.

Litar kawalan dan litar utama untuk tajuk Kawalan Motor Mara Songsang
Litar kawalan dan litar utama motor  elektrik
Star Delta
Berikut adalah litar kawalan dan litar utama star-delta dalam kursus kawalan motor elektrik yang lengkap
untuk rujukan pelajar jurusan elektrik. Semoga bermanfaat untuk anda.

Litar kawalan motor STAR DELTA


Litar utama STAR DELTA
Autotransformer Starter Control Circuit Diagram
Autotransformer Starter Control Circuit Diagram
Motor Berberus (Brushed Motor)
Di dalam motor DC berberus, stator menghasilkan medan magnet statik.
Komutator berfungsi untuk memastikan arus elektrik di dalam rotor mengalir di
dalam satu arah. Berus karbon pula berfungsi untuk menyambungkan litar ke
rotor. Namun, kelemahan yang terdapat dalam jenis ini adalah pada berus
karbon tersebut kerana ianya akan haus dan perlu diganti semula. Dalam
motor jenis ini, terdapat beberapa jenis yang mempunyai perbezaan dari segi
bagaimana belitan armatur dan medan disambungkan , juga dari segi sama
ada ianya menggunakan magnet kekal untuk menghasilkan medan magnet
pada statornya.
Motor DC berberus berkuasa rendah. Banyak digunakan di dalam mainan.

Motor DC berkuasa tinggi. Biasa digunakan di dalam perindustrian dan


pemacu lokomotif.

Belitan kekal (Permanent Wound)

 Dalam jenis ini, magnet kekal digunakan dan bukan elektromagnet


seperti jenis sebelumnya.
 Bisanya digunakan dalam aplikasi yang memerlukan kawalan tepat dan
tork rendah seperti sistem robotik dan servo.

Belitan siri (Series Wound)

 Belitan armatur dan belitan medan disambung secara siri.


 Kawalan kelajuan didapati dengan mengubah voltan.
 Kelebihannya adalah mempunyai tork permulaan yang tinggi (pada
kelajuan rendah).
 Namun kelemahannya adalah, semakin tinggi tork dihasilkan, kelajuan
motor akan berkurangan.

Belitan selari (Shunt Wound)

 Belitan armatur dan belitan medan disambung secara selari.


 Boleh menghasilkan tork yang tinggi tanpa memperlahankan kelajuan
dengan hanya meningkatkan arus elektrik.
 Mempunyai tork permulaan aras sederhana pada kelajuan tetap.
 Sesuai untuk aplikasi penyedut hampagas dan pengisar.

Belitan majmuk (Compound Wound)

 Gabungan antara jenis shunt dan series.


 Jenis ini mempunyai tork permulaan yang tinggi dan berjalan dengan
lancar apabila beban berubah sedikit.
 Kebiasannya digunakan untuk memandu pemampat, gergaji dan lif.

Universal motor
Motor universal ialah mesin yang beroperasi pada
kedua-dua bekalan kuasa DC dan AC. Ciri-ciri motor
ini terutamanya termasuk kelajuan berubah-ubah dan
tork penghantaran yang tinggi. Ia memberikan tork
permulaan yang tinggi; kelajuan boleh berubah,
saiznya kecil, dan murah. Bahagian utama motor
universal ialah angker, penggulungan medan,
pengecapan stator, bingkai dan plat, dan pengilat.

Banyak motor universal direka untuk berjalan pada


kelajuan lebih tinggi daripada 3500 rpm. Mereka
beroperasi pada kelajuan yang lebih rendah pada
bekalan AC daripada mereka berjalan pada bekalan DC
voltan yang sama kerana pengurangan voltan AC dan
bukan voltan DC.
Motor tanpa berus (Brushless Motor)
Motor DC tanpa berus mengurangkan isu yang ada pada motor berus iaitu di
dalam motor tanpa berus, jangka hayatnya lebih tinggi dan reka bentuknya
yang lebih ringkas kerana tidak menggunakan berus karbon. Sama seperti
motor DC berberus, statornya menghasilkan medan magnet
statik. Namun, terdapat kelainan bagaimana rotor motor tanpa berus
berfungsi. Litar kawalan pada motor tanpa berus mempunyai sensor Hall
Effect untuk menentukan kedudukan rotor. Dengan bantuan sensor ini,
kelajuan motor dapat diubah dengan mengubah arus elektrik.
Kelebihan teknologi ini adalah ianya mempunyai efisiensi yang tinggi (85-
90%) kerana tiada kejatuhan voltan dan kehilangan tenaga menerusi geseran
pada berus karbon. Namun, terdapat juga kelemahannya seperti harga yang
lebih mahal dan memerlukan sistem kawalan yang lebih rumit. Amnya, motor
tanpa berus banyak digunakan di dalam pelbagai jenis mesin pencetak
termasuklah mesin pencetak 3D, dron, robot perindustrian, mesin CNC dan
juga pam.

Motor DC tanpa berus yang banyak digunakan pada dron.


Motor DC tanpa berus rekaan ini juga dipanggil stepper motor yang
digunakan untuk aplikasi yang memerlukan ketepatan posisi yang tinggi
seperti di dalam aplikasi mesin pencetak.

Kesimpulan
Sekarang kita dah tahu beberapa jenis-jenis motor elektrik yang ada. Secara
kesimpulannya, terdapat dua jenis utama motor elektrik, iaitu motor AC dan
juga motor DC. Motor AC terdiri daripada motor segerak dan motor aruhan.
Motor DC pula terdiri daripada jenis berberus karbon dan juga tanpa berus.
Lain jenis motor elektrik berfungsi dengan cara yang berlainan. Juga, setiap
jenis motor elektrik mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri.

Gambar rajah berikut menunjukkan motor DC dwikutub ringkas dengan berus.

Putaran Motor DC
Sebuah motor DC Armatur terus berputar. Semasa armatur Proses berulang.
ringkas. Semasa arus berkedudukan
elektrik melalui gelung, melintang, penukar
satu medan tertib menukar arah
magnet terhasil di aliran arus melalui
sekeliling armatur. gelung, menterbalikkan
Bahagian kiri armatur medan magnet.
ditolak jauh
oleh magnet kiri ke arah
kanan, menyebabkan
putaran.

Pelbagai saiz motor elektrik.

Semasa arus melalui gelung yang dililit pada sebatang teras besi lembut, bahagian kutub positif
bertindak mengikut daya ke atas, manakala bahagian yang satu lagi pula bertindak mengikut daya
ke bawah. Menurut Hukum Tangan Kanan Fleming, paduan daya tersebut menghasilkan kesan
memusing pada gelung, menyebabkan ia berputar. Untuk membolehkan motor berputar pada satu
arah yang tetap, penukar tertib arus terus menterbalikkan arah arus setiap separuh putaran (bagi
motor dwikutub) sekaligus menyebabkan motor terus berputar pada satu arah yang sama.
Masalah utama dengan rekaan motor ini ialah apabila satah gelung selari dengan medan magnet,
iaitu semasa kutub rotor bersudut tepat 90 darjah dengan kutub stator, kilasan yang terhasil ialah
sifar. Dalam gambar rajah di atas, keadaan tersebut berlaku semasa teras gelung melintang —
kedudukan betul-betul sebelum gambar terakhir di sebelah kanan. Motor tidak berupaya untuk
dihidupkan pada kedudukan ini. Namun, sebaik sahaja ia dihidupkan, ia terus berputar melepasi
kedudukan ini melalui inertia.
Masih terdapat masalah kedua dengan rekaan ringkas ini. Pada kedudukan kilasan sifar ini, kedua-
dua berus penukar tertib menyentuh kedua-dua sesentuh penukar tertib, menghasilkan litar pintas.
Masalah di sini ialah keadaan litar pintas ini membazirkan kuasa dengan sia-sia tanpa menghasilkan
sebarang gerakan (apatah lagi sebarang arus gelung.) Dalam demonstrasi berkuasa rendah
menggunakan bateri ini, keadaan litar pintas ini secara amnya tidak berbahaya. Namun, jika motor
dwikutub ini digunakan untuk melakukan kerja sebenar berkadaran beberapa ratus watt, litar pintas
ini boleh mengakibatkan pemanasan lampau penukar tertib, kerosakan berus, serta berpotensi
untuk mengimpal berus — jika bukan logam — pada penukar tertib. Berus karbon yang digunakan
secara meluas tidak akan terkimpal. Walau apa pun, litar pintas sebegini sangat membazir,
menghabiskan kuasa bateri dengan cepat dan, paling kurang pun, memerlukan komponen bekalan
kuasa untuk direka dengan piawaian yang lebih tinggi daripada yang diperlukan untuk menjalankan
motor tersebut tanpa litar pintas.

Bahagian dalaman motor DC.

Satu penyelesaian mudah ialah dengan membuat jurang antara plat penukar tertib lebih besar
daripada hujung berus. Ia meningkatkan banjaran sudut kedudukan kilasan sifar tetapi
menghapuskan masalah litar pintas. Dengan modifikasi ini, ia boleh mematikan motor dengan hanya
menyekatnya pada kedudukan kilasan sifar. Namun, kelemahan ketara bagi penyelesaian mudah ini
ialah motor meluncur melalui satu lengkuk putaran dua kali bagi setiap putaran dan kilasan menjadi
berdenyut.
Jika aci motor DC dipusingkan oleh daya luaran, motor tersebut akan bertindak sebagai penjana
elektrik serta menghasilkan daya gerak elektrik (EMF). Pada operasi biasa, putaran motor akan
menghasilkan voltan yang dikenali sebagai daya songsang gerak elektrik atau EMF songsang,
kerana ia melawan voltan yang dikenakan pada motor. EMF songsang ini merupakan penyebab
motor semasa berputar dengan bebas tidak kelihatan seperti mempunyai rintangan elektrik rendah
seperti wayar lilitannya. Ia merupakan EMF dsms ysng dihasilkan semasa motor digunakan sebagai
penjana elektrik (contohnya apabila beban elektrik seperti mentol lampu disambung pada terminal
motor dan aci motor diputar oleh daya luaran). Oleh itu, jumlah jatuhan voltan merentasi motor terdiri
daripada jatuhan voltan EMF songsang, dan jatuhan voltan parasitik yang terhasil daripada
rintangan dalaman lilitan armatur. Arus yang melalui motor diberikan melalui persamaan berikut:
Kuasa mekanikal yang dihasilkan diberikan oleh:
Semasa motor DC tanpa beban berputar, ia menghasilkan daya gerak elektrik yang bergerak
songsang yang menghalang arus daripada dikenakan pada motor. Arus yang melalui motor jatuh
semasa putaran motor meningkan, dan motor yang berputar bebas mempunyai hanya sedikit sahaja
arus. Hanya apabila beban dikenakan pada motor sahaja yang memperlahankan rotor serta
meningkatkan arus yang mengalir melalui motor.
"Dalam eksperimen bagi motor sebegini dengan magnet yang diuja berasingan, maklumat berikut
diperolehi:

Three-phase AC motor windings


2-pole 6-slot single-layer three-phase winding
The simplest is the three-phase winding with 2 poles and 6 slots, which is the most basic
winding mode in the "three-phase AC motor principle model" courseware. Its pole pitch is
3 and the phase band width is 1.
Set the 1, 2, and 3 slots is N poles, and set the 4, 5, and 6 slots is S poles (the poles
here are not the north and south poles of the specific magnetic field), and there are 3
phase bands under each pole, slots under each phase band connect as one coil, wand
the winding directions of each neighboring phase bands are reversed. See figure 1, the
light blue coil is single U-phase winding, the green coil is single V-phase winding, and the
red coil is single W-phase winding.
Figure 1 -- 2 pole 6-slot single-layer chain expand winding

Pemutar ( rotor )
          Rotor @ sekunder ialah bahagian berputar. Ia berbentuk selinder dan
dibina daripada lapisan-lapisan keluli yang bertebat.

         Bagi motor yang berlilit, terdapat 3 set belitan pada lubang alur rotor yang
diakhiri dengan 3 gelang gelincir. Belitan ini disambung secara bintang.
         Teras rotor sangkar tupai adalah kukuh dan lasak, binaan teras adalah
berlamina. Bar-bar sangkar tupai terletak dalam teras.

https://online.anyflip.com/hdoyk/qjxj/mobile/index.html

Anda mungkin juga menyukai