Anda di halaman 1dari 22

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN

KEMENTERIAN TEKNIKAL VOKASIONAL,


PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
MALAYSIA ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN 4
KOD DAN NAMA
PROGRAM / EE-320-2:2012
PROGRAM’S CODE & SINGLE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE
NAME
TAHAP / LEVEL LEVEL 2

NO DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C04 SINGLE PHASE MOTOR & MOTOR
COMPETENCY UNIT NO. CONTROL INSTALLATION
AND TITLE

1. IDENTIFY SINGLE PHASE MOTOR AND MOTOR CONTROL


INSTALLATION SPECIFICATIONS AND PROCEDURES
2. PREPARE SINGLE PHASE MOTOR AND MOTOR CONTROL
INSTALLATION MAINTENANCE TOOLS, EQUIPMENT AND
NO. DAN PERNYATAAN MATERIALS
AKTIVITI KERJA / WORK 3. CARRY OUT SINGLE PHASE MOTOR INSTALLATION
ACTIVITIES NO. AND 4. CARRY OUT SINGLE PHASE MOTOR CONTROL
STATEMENT TERMINATION
5. INSPECT SINGLE PHASE MOTOR AND MOTOR CONTROL
FUNCTIONALITY
6. RECORD SINGLE PHASE MOTOR AND MOTOR CONTROL
INSTALLATION

EE-320-2:2012-C04/P(4/6) Muka Surat / Page : 1


NO. KOD / CODE NO.
Drp / of : 22

TAJUK / TITLE : PENGENALAN KEPADA PENYAMBUNGAN MOTOR ELEKTRIK


SATU FASA

TUJUAN / PURPOSE:

Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar-pelajar


berkaitan tentang penyambungan serta jenis tamatan pada motor elektrik satu fasa.
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(4/6)
Drp / of : 22

PENERANGAN / INFORMATION :

4.0 PEMASANGAN, KEKUTUBAN DAN PENYAMBUNGAN

1. Salah satu yang terpenting di dalam bidang pembangunan elektrikal adalah motor
elektrik. Motor elektrik digunakan secara meluas dan pelbagai kegunaan. Tidak kira
secanggih manapun teknologi yang digunakan pada masa kini, motor elektrik masih
menjadi asas atau nadi bagi sesuatu sistem.

2. Prinsip Operasi Motor

• Asasnya, motor elektrik menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal


yang berbentuk putaran.
• Motor pada asasnya, berkendali berdasarkan kepada prinsip magnet.
• Putaran motor yang dihasilkan adalah berdasarkan kepada tindakbalas medan
magnet
• Hukum medan magnet yang digunakan adalah

Kutub yang sama akan menolak antara satu sama lain,


manakala Kutub yang berlainan akan menarik.

• Bagi sebuah motor bahagian yang asas dan penting perlu adalah medan dan
angker. Turutan dibawah menerangkan prinsip asas bagi sesebuah motor dc.
• Medan magnet wujud diantara kutub utara dan kutub selatan pada magnet kekal.

Rajah 1 : Medan magnet

• Satu litar elektromagnet dilillit pada teras besi, dan teras tersebut diletakkan pada
satu shaft yang membolehkannya berputar. Binaan ini dikenali sebagai angker.
Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(4/6)
Drp / of : 22

Rajah 2 : angker

• Angker tersebut diletakkan pada medan magnet, yang mana dihasilkan oleh magnet
kekal.

Rajah 3 : magnet kekal

• Pada bahagian hujung gelung angker disambungkan pada bahagian yang separuh
berlilit yang dipanggil penukartertib. Berus Karbon dihubungkan kepada bahagian
penukartertib yang berputar dan membekalkan tenaga kepada belitan angker
dengan bekalan kuasa dari luar.

Rajah 4 : penukartertib yang berputar

• Berdasarkan gambarajah diatas, sumber tenaga disambungkan kepada berus


karbon. Arus akan mengalir ke berus A ke bahagian penukartertib seksyen A,
melalui gegelung ke seksyen B dan melengkapkan litar dengan kembali ke sumber
tenaga dengan melalui berus B. Belitan angker dielektromegnetkan seperti yang
ditunjukkan dalam gambarajah tersebut.
Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(4/6)
Drp / of : 22

3. Fasa Pergerakkan Motor

• Kutub Utara angker ditolak oleh kutub utara medan magnet. Manakala, kutub
selatan angker ditolak oleh kutub selatan medan magnet. Maka putaran suku
dihasilkan pada angker atau pun sebanyak 90o pusingan.

Rajah 5 : pusingan angker

• Kutub Utara angker ditarik oleh kutub utara medan magnet, kutub selatan angker
pula ditarik oleh kutub selatan medan magnet. Angker akan berputar suku putaran
lagi, maka putaran yang telah terhasil adalah sebanyak separuh putaran.

Rajah 6 : putaran angker

• Bahagian penukartertib berputar bersama dengan angker, bahagian B menyentuh


berus karbon A manakala bahagian A pula menyentuh berus karbon B. Arah
pengaliran arus, melalui dari bahagian B dan keluar ke bahagian A. Arah
pengaliran arus adalah berlawanan pada angker kerana switching action oleh
penukartertib.Pembalikkan arus menyebabkan penukaran polariti pada angker.
Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(4/6)
Drp / of : 22

Rajah 7: Penukaran polariti pada angker

• Berdasarkan kepada prinsip magnet kutub yang sama akan menolak satu sama
yang lain manakala kutub yang berlainan akan menarik, maka , angker akan
berputar suku lagi putaran.

Rajah 8 : Angker berputar suku lagi putaran

• Pada keadaan ini, kutub yang sama akan menolak antara satu sama lain maka,
angker akan berputar lagi suku putaran terakhir melengkapkan satu putaran
penuh. Penukartertib dan berus karbon berada pada kedudukan keadaan asal, dan
akan menyebabkan arus berkeadaan songsang pada angker semula. Angker
berputar berterusan dengan proses penolakan dan penarikkan. Arus akan
berkeadaan songsang pada setiap satu setengah putaran oleh penukartertib.

Rajah 9: Putaran oleh penukartertib

• Di dalam memahami prinsip penghasilan pergerakkan motor, Hukum Tangan Kiri


Flemming adalah penting untuk dikaitkan di dalam teori motor.
Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(4/6)
Drp / of : 22
Hukum Tangan Kiri Flemming menyatakan apabila tangan kiri digenggam iaitu jari
kelingking dan jari manis. Jari-jari lain, iaitu jari telunjuk, ibu jari dan jari hantu
diluruskan dan berada pada sudut tepat di antara satu sama lain. Ibu jari
menunjukkan arah daya tolakan yang terhasil, jari telunjuk pula menunjukkan arah
medan magnet sementara jari hantu menunjukkan arah arus yang mengalir dalam
pengalir.

Rajah 10: Hukum Tangan Kiri Fleming

Kekuatan daya yang terhasil bagi menolak pengalir adalah berkadar terus dengan
ketumpatan fluks magnet, arus dalam pengalir dan panjang pengalir itu. Ini bererti
semakin panjang pengalir, ketumpatan fluks magnet akan bertambah, begitu juga
dengan arus dan kekuatan daya mekanik.

4. Motor Praktikal

• Di sektor industri, motor elektrik dibina dengan sedikit perbezaan berbanding


dengan apa yang dipelajari di dalam teori.
• Daya putaran dihasilkan daripada tindakbalas di antara medan magnet yang
terhasil di sekeliling konduktor yang membawa arus dengan medan magnet kekal.
• Arah medan adalah berdasarkan kepada arah pengaliran arus.
• Apabila konduktor diletakkan di dalam medan magnet kekal, tindakbalas antara
kedua-dua medan tersebut menyebabkan berlakunya pergerakkan.
Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(4/6)
Drp / of : 22

4.1 JENIS ARUS / PENYAMBUNGAN

a) TINDAKBALAS MEDAN MAGNET MENGHASILKAN PERGERAKKAN

• Medan magnet wujud di antara kutub magnet kekal. Berdasarkan kepada


rajah di atas, anak panah menunjukkan arah medan magnet.

Rajah 11 : Arah medan magnet

• Konduktor yang membawa arus mempunyai medan magnet, arahnya adalah


berdasarkan kepada arah pengaliran arus. Ini berpandukan kepada Hukum
Tangan Kiri untuk menentukan arah tersebut.

Rajah 12 : Pergerakan arus

• Medan yang terdapat sekeliling konduktor mengalir mengikut medan magnet


kekal yang terdapat di atas konduktor tersebut, tetapi menentang medan
magnet kekal di bawah konduktor. Konduktor akan bergerak ke arah medan
yang lemah.

Rajah 13 : Arah medan magnet


Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(4/6)
Drp / of : 22

• Arah pengaliran arus adalah berlawanan pada konduktor, dan menyebabkan


medan pada konduktor turut berlawanan arah. Pada keadaan ini, medan
adalah kuat pada bahagian bawah konduktor manakala lemah pada bahagian
atas konduktor. Maka, pergerakkan keatas terhasil.

Rajah 14: Arah pengaliran arus

• Rajah di atas, konduktor tunggal digantikan dengan konduktor yang berlilit


dengan gegelung di dalam alur teras angker. Tindak balas antara dua medan
akan menghasilkan putaran iaitu, gelung pada bahagian A akan bergerak ke
atas manakala gelung pada bahagian B pula akan menghala ke bawah.
Putaran yang terhasil adalah mengikut arah putaran jam.

Rajah 15: Putaran pada gelung

• Motor praktikal mempunyai beberapa angker bergegelung di dalam alur yang


terpisah di sekeliling teras. Setiap gegelung mempunyai bahagian
penukartertib.
• Dengan menambahkan bilangan kutub medan, ini memberikan motor kuasa
yang lebih baik.
Muka Surat / Page : 9
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(4/6)
Drp / of : 22

5. Binaan Asas Motor

• Dalam menjalankan kerja-kerja yang berkaitan dengan motor elektrik, adalah penting
bagi setiap individu mengetahui dan boleh mentafsirkan terma-terma yang terdapat
atau digunakan dalam kerja tersebut. Pada sebarang alatan elektrik pun, terdapat
spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pengeluar begitu juga dengan motor elektrik.

• Pada kebiasaannya terdapat sekeping plat logam yang dilekatkan pada motor, yang
mengandungi data ciri-ciri elektrik bagi menjadi rujukan kepada pekerja yang terlibat
dengan kerja-keja pemasangan motor elektrik. Spesifikasi data

elektrik tersebut amat penting dalam kerja-kerja pemasangan bagi menentukan saiz
konduit, wire dan jenis perlindungan yang sesuai untuk diaplikasikan.

• Para pelatih akan berupaya mengtakrifkan perkataan-perkataan yang terdapat dalam


plat nama motor elektrik.

6. Jenis-jenis tamatan kabel yang digunakan untuk tamatan ke motor.

Tamatan menggunakan kabel lug

Rajah 16: Tamatan menggunakan kabel lug


Muka Surat / Page : 10
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(4/6)
Drp / of : 22

Rajah 17 : Tamatan ‘Y’

Rajah 18 : Tamatan cincin

4.2 JENIS BEBAN / PENYAMBUNGAN

a) Universal Motor

Motor universal ditakrifkan sebagai motor yang boleh digunakan pada AT & AU untuk
halaju dan keluaran yang sama. Biasanya motor jenis ini dibuat dalam saiz yang kecil
seperti 1/2 hp ( kuasa kuda ) hingga 1/3 hp. Disebabkan motor ini adalah dan jenis lilitan
siri, maka ia mempunyai dayakilas yang tinggi serta halaju yang berubah-ubah. Pada
keadaan tanpa beban, motor ini berlari pada ketajuan yang tinggi dan merbahaya. Oleh
kerana itu, biasanya motor ini sentiasa dijalankan dengan berbeban. Motor universal ini
dibuat dalam dua jenis iaitu:

i. Concentrated-pole non-compensated.

ii. Distributed field compensated.

Jenis concentrated pole, biasanya mempunyai dua salient pole sebagaimana pada
motor arus terus kecuali semua laluan magnetnya ( magnetic path ) dibuat dalam
keping-keping besi ( laminated ). Stator yang berlainan adalah perlu kerana fluks akan
berulang alik apabila motor digunakan pada AU. Rotor / angkirnya adalah sama dengan
motor AT. Jenis distributed field pula mempunyai stator yang sama dengan stator fasa
belah dan rotor yang sama dengan motor AT. Satu gelung compensating digunakan
bagi mengurangkan vottan regangan terdapat pada angkir apabila motor beroperasi
dengan AU. Voltan ini disebabkan oleh fluks ulang-alik ( alternating fluxs) melalui
tindakbalas alatubah.
Muka Surat / Page : 11
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(4/6)
Drp / of : 22

Dalam motor two pole non compensated, voltan yang diaruh oleh tindakbalas alatubah
di dalam gelung rotor semasa komutasi adalah tidak mencukupi untuk menghasilkan
gangguan komutasi. Beberus karbon rintangan tinggi digunakan bagi membantu
komutasi.

b) Operosi Motor Universal

Motor ini biasanya menghasilkan dayakilas berbagai-arah (unidirectional torque) tanpa


mengira sama ada ia digunakan pada AT atau AU. Penghasilan dayakilas berbagai-
arah adalah seperti yang ditunjukan dalam rajah.

OPERASI MOTOR UNIVERSAL

N Ia S

+ -
Arah Lawan Jam
OMU/IMA

Rajah 19 : Penghasilan dayakilas

Motor ini bekerja mengikut prinsip yang sama dengan motor AT iaitu daya di antara fluks
medan dan arus dalam pengalir angkir.
Muka Surat / Page : 12
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(4/6)
Drp / of : 22

OPERASI MOTOR UNIVERSAL

Ia
S N

- +

Arah Pusingan Jam


OMU/IMA

Rajah 20 : Daya antara fluks medan dan arus dalam pengalir

c) Ciri-ciri Halaju / Beban

Halaju motor universal berubah-ubah sama seperti motor siri AT iaitu pada beban penuh
halaju adalah rendah dan pada tanpa beban, hat lajunya tinggi. Pada keadaan tanpa
beban halaju hanya dihadkan oleh geseran ( friction ) dan beban gelung ( windage load
). Biasanya susunan gear digunakan bagi mengurangkan halaju sebenar pada suatu
nilai yang sesuai.

d) Penggunaan Motor Universal

Motor ini digunakan pada ( vacum cleanner ) di mana kelajuan sebenar adalah halaju
beban. Penggunaan lain di mana halaju dikawal oleh susunan 'gear' adalah sama
seperti pada mesin pembancuh makanan (food mix), alat gerudi, mesin jahit dan
sebagainya.

e) Menukar Arah Pusingan

Motor universal jenis 'concentrated pole' atau 'salient pole' boleh ditukar arah
pusingannya dengan menukar punca beberus karbon. Bagi jenis distributed field
compensated, arahnya boleh ditukar dengan mengubah punca sama ada pada angkir
atau punca medan dan juga mengubah kedudukan beberus karbon dalam arah yang
berlawanan dengan kedudukan asal. Biasanya berus karbon diubah selang beberapa
bahagian komutator.
Muka Surat / Page : 13
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(4/6)
Drp / of : 22

MENUKAR ARAH PUSINGAN

N S N S

+ - + -
Arah lawan Pusingan Arah Pusingan Jam

Rajah 21 : Penukaran arah pusingan

f) Pengawalan Halaju Motor ‘Universal’


Terdapat beberapa cara yang digunakan bagi tujuan pengawalan halaju motor ini, antaranya:

1) Resistant Method (Cara rintangan)

Pengawalan halaju dilakukan dengan menyambungkan perintang boleh laras sesiri dengan
motor. Cara ini biasanya digunakan pada mesin jahit. Jumlah rintangan diubah-ubah
dengan menggunakan pedal kaki (foot pedal).

PENGAWALAN HALAJU MOTOR UNIVERSAL

Reostat Belitan Siri

MOTOR

Resistance Method

Rajah 22 : Pengawalan Halaju Motor Universal


Muka Surat / Page : 14
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(4/6)
Drp / of : 22

2) Tapped Field Method

Dengan cara ini kutub medan di’tap’ pada beberapa titik dan halaju dikawal dengan
mengawal kekuatan medan. Bagi tujuan ini terdapat berbagai cara yang di buat:
i. Kutub medan dililit dalam beberapa bahagian dengan saiz dawai yang berlainan.
ii. Satu dawai nikrom dililit pada kutub medan dan beberapa punca dikeluarkan

Belitan Siri

MOTOR
Low Mid High

Tapped Field Method

Rajah 23 : Tapped Field Method

3) Centrifugal Switch Method (Cara Suis Ampar)

Motor universal terutamanya yang digunakan pada pembancuh makanan/minuman


mempunyai beberapa kelajuan. Kelajuan ini dibuat oleh satu suis ampar yang diletakan
di dalam motor dan disambungkan seperti dalam rajah.

MOTOR
R

Centrifugal Switch Method

Rajah 24 : Penggunaan suis ampar


phmu/ima
Muka Surat / Page : 15
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(4/6)
Drp / of : 22

Suisnya adalah dari jenis boleh laras dengan bantuan satu ‘lever’ luar (pelaras). Jika
kelajuan motor meningkat melebihi yang ditetapkan oleh pelaras, suis ampar akan
membuka sesentuh dan membenarkan arus mengalir melalui perintang ‘R’ yang mana
menyebabkan kelajuan motor berkurangan. Apabila motor bergerak perlahan, sesentuh
akan tertutup dan rintangan akan dilitar-pintaskan supaya kelajuan motor meningkat.
Proses ini diulangi dengan pantas menyebabkan perubahan dalam kelajuan tidak begitu
ketara. Satu kapasitor ‘C’ digunakan merintangi sesentuh bertujuan untuk
mengurangkan bunga-api yang disebabkan oleh proses membuka dan menutup
sesentuh. Ia juga dapat menghindarkan sesentuh dari terhakis.

4.3 : PENYAMBUNGAN DAN PEMASANGAN ALATAN AKSESORI KAWALAN MOTOR

Jadual 1 : Komponen dan kaedah pengujian

Bil Komponen Kaedah Pengujian

1. Fius 1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-)


pada kedua-dua hujung fius.
2. Jika jarum meter bergerak kearah 0, ini
menunjukkan terdapat keterusan dan fius dalam
keadaan baik.
3. Sebaliknya, jika jarum tidak bergerak kea rah 0, ini
menunjukkan tiada keterusan dan fius terputus.

2. Punat tekan hidup 1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-)
pada kedua-dua punca punat tekan hidup.
2. Apabila punat tekan hidup ditekan, jarum meter
bergerak kearah 0, ini menunjukkan terdapat
keterusan dan apabila dilepaskan, jarum meter
akan kembali semula ke infiniti. Ini menunjukkan
punat tekan hidup dalam keadaan baik.
3. Sebaliknya, jika punat tekan hidup ditekan, jarum
tidak bergerak kearah 0, ini menunjukkan tiada
keterusan dan punat tekan hidup rosak.
4. Sebaliknya, jika punat tekan hidup ditekan, jarum
meter bergerak kearah 0 dan apabila dilepaskan
jarum meter tidak kembali ke infiniti, ini
menunjukkan punat tekan hidup rosak.
Muka Surat / Page : 16
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(4/6)
Drp / of : 22

3. Punat tekan hidup 1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-)
pada kedua-dua punca punat tekan henti. Jarum
meter bergerak kearah 0.
2. Apabila punat tekan henti ditekan, jarum meter
akan bergerak semula kearah infiniti, ini
menunjukkan tiada keterusan. Sebaliknya, apabila
dilepaskan, jarum meter akan bergerak ke arah 0
dan menunjukkan terdapat keterusan. Ini
menunjukkan punat tekan henti dalam keadaaan
baik.
3. Apabila punat tekan henti ditekan, jarum meter
bergerak ke arah 0, ini menunjukkan terdapat
keterusan. Sebaliknya, apabila dilepaskan jarum
meter kembali ke infiniti. Ini menunjukkan punat
tekan henti telah rosak.

4. Sesentuh magnet 1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-)
pada kedua-dua punca gegelung.
• Gegelung 2. Sekiranya jarum meter menunjukkan bacaan, ini
menunjukkan kedua-dua punca gegelung ada
penyambungan.
3. Sebaliknya, jika jarum meter tidak bergerak dan
berada pada kedudukan infiniti, ini menunjukkan
kedua-dua punca gegelung tiada penyambungan.

Sesentuh magnet 1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-)
pada kedua-dua punca sesentuh lazim terbuka.
• Sesentuh lazim terbuka Tekan pelocok di bahagian tengah penyentuh.
2. Sekiranya, jarum meter bergerak kearah 0, ini
menunjukkan terdapat keterusan.
3. Sebaliknya, apabila dilepaskan, jarum meter akan
bergerak semula ke infiniti. Ini menunjukkan
sesentuh lazim terbuka dalam keadaan baik.
4. Jika jarum meter tidak bergerak ke arah 0 apabila
pelocok ditekan, ini menunjukkan tiada keterusan
dan didapati sesentuh lazim terbuka rosak.
5. Sekiranya jarum meter bergerak ke arah 0 apabila
pelocok ditekan, ini menunjukkan terdapat
keterusan dan apabila pelocok dilepaskan, jarum
meter tidak bergerak semula ke infiniti. Ini
menunjukkan sesentuh lazim terbuka rosak.
Muka Surat / Page : 17
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(4/6)
Drp / of : 22

Sesentuh magnet 1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-) pad
kedua-dua punca sesentuh tertutup. Tekan pelocok
• Sesentuh lazim tertutup di bahagian tengah penyentuh. Sekiranya jarum
meter tidak bergerak ke arah 0. Ini menunjukkan
tiada keterusan
2. Sebaliknya, apabila dilepaskan, jarum meter akan
bergerak ke arah 0. Ini menunjukkan sesentuh
lazim tertutup dalam keadaan baik.
3. Sebaliknya, kiranya jarum meter bergerak ke arah 0
apabila pelocok ditekan, ini menunjukkan terdapat
keterusan dan didapati sesentuh lazim tertutup
rosak.

5 Geganti beban lampau(GBL) 1. Sentuhkan probe merah (+) dan sentuhkan probe
hitam (-) pada kedua-dua punca beben lampau.
Jika jarum meter tidak bergerak ke arah 0, ini
menunjukkan tiada keterusan dan punca
berkedudukan dalam keadaan lazim terbuka.

2. Pastikan semasa hendak menguji gegenti beban


lampau, punat reset ditekan terlebih dahulu.
3. Pengujian GBL juga boleh dilakukan dengan
menolak pelantik bagi memastikan sesentuh lazim
tutup tertutup dan sesentuh lazim terbuka berfungsi
dengan baik.

6 Gegenti lewat masa (GBM) Petunjuk :-


Punca 2 dan 7 = Gegelung
Punca 5 dan 8 = Sesentuh lazim tertutup
Punca 6 dan 8 = Sesentuh lazim terbuka
1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-)
pada punca gegelung gegemti lewat masa.
Sekiranya jarum meter bergerak dan menunjukkan
bacaan rintangan, ini menunjukkan penyambungan
gegelung dalam keadaan baik dan tidak terputus.
Sekiranya jarum meter tidak bergerak, ini
menunjukkan penyambungan gegelung terputus.
2. Sambungkan punca bekalan ke punca gegelung.
Laraskan pelaras pada julat rintangan ohm (Ω) dan
julat x1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe
hitam (-) pada punca sesentuh lazim tertutup.
Sekiranya jarum meter tidak bergerak ke arah 0, ini
menunjukkan penyambungan sesentuh lazim
Muka Surat / Page : 18
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(4/6)
Drp / of : 22
tertutup dalam keadaan baik. Sebaliknya, jika jarum
meter bergerak, ini menunjukkan GLM rosak.
3. Sambungkan punca bekalan ke punca gegelung.
Laraskan pelaras pada julat rintangan ohm (Ω) dn
julat x1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe
hitam (-) pada punca sesentuh lazim terbuka.
Sekiranya jarum meter bergerak kearah 0, ini
menunjukkan penyambungan sesentuh lazim
terbuka dalam keadaan baik. Sebaliknya, jika jarum
meter tidak bergerak, ini menunjukkkan GLM rosak

7 Lampu pandu 1. Sentuhkan probe merah (+) dan probe hitam (-)
pada kedua-dua punca lampu pandu. Sekiranya
jarum bergerak ke arah 0, ini menunjukkan terdapat
keterusan dan lampu pandu dalam keadaan baik.
2. Sekiranya, jika jarum meter tidak bergerak ke arah
0, ini menunjukkan tiada keterusan dan lampu
pandu rosak.

4.4 PENGGUNAAN ALAT TANGAN DAN PERALATAN

4.4. Peralatan Tangan

Kerja pendawaian elektrik memerlukan beberapa alatan tangan khas disamping alatan
tangan kerja berkuasa elektrik/bateri. Dengan menggunakan alatan tangan yang betul dan
sesuai akan membolehkan kita membuat kerja dengan sempurna dan pantas. Di antara alatan
tangan yang perlu ada pada setiap pendawai adalah seperti :

1) Playar
2) Playar pemotong sisi
3) Playar muncung panjang
4) Tukul
5) Gergaji
6) Test pen
7) Pita pengukur
8) Meter pelbagai
9) Alat uji keterusan litar

Peralatan tangan perlu disenggara supaya sentiasa dalam keadaan baik manakala
perkakas pemotong dipastikan tajam dan mempunyai penutup perlindungan. Untuk
keselamatan ketika bekerja pilihlah alatan tangan yang bahagian pemegangnya mempunyai
penebat elektrik. Peralatan tangan perlu digunakan dengan betul supaya kabel dan aksesori
tidak mengalami kerosakan.
Muka Surat / Page : 19
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(4/6)
Drp / of : 22

4.4.1 Alatan asas bagi kawalan motor


Peralatan asas seorang pendawai adalah seperti berikut:

a) Pemotong sisi

Pemotong sisi digunakan untuk memotong hujung wayar dan meratakan hujung kabel pada
sesuatu tamatan. Manaka pelucut penebat dari jenis yang boleh dilaras mengikut saiz kabel
berkeupayaan melucut penebat denga baik tanpa merosakan wayar pengalir

Rajah 25: Pemotong sisi

a) Pemulas skru
Pendawai memerlukan sekurang-kurang tiga saiz pemulas skru yang berbeza seperti
kecil, sederhana dan besar. Selain daripada saiz dan panjang yang berlainan juga diperlukan.
Pelbagai jenis playar mestilah mempunyai penebat pada bahagian pemegangnya.

Rajah 26: Pemulas skru dalam pelbagai saiz dan bentuk.

c) Pita Pengukur

Pita pengukur digunakan untuk mengukur penempatan aksesori dengan tepat. Terdapa
pelbagai saiz pita pengukur. Dalam kerja pendawaian lazimnya menggunakan pita
bersaiz 12 kaki atau 3 meter. Pita pengukur juga digunakan untuk membuat anggaran
panjang kabel bagi sesuatu pendawaian.
Muka Surat / Page : 20
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(4/6)
Drp / of : 22

Rajah 27 : Pelbagai jenis pita pengukur

4.5 : WARNA KOD KABEL / PENANDAAN

Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan sewaktu membuat pemilihan sesuatu jenis kabel
yang hendak digunakan ialah seperti yang berikut :

a) Kabel yang dipilih itu berupaya membawa tenaga elektrik dengan cekap:
maknanya saiz kabel itu mampu membawa arus yang diperlukan oleh sesuatu
beban tanpa memanaskan kabel. Di samping itu susut voltannya tidak melebihi
4% voltan bekalan.

b) Kabel itu mestilah selamat digunakan pada tempatnya. Maknanya, penebat


kabel yang akan dipilih itu bersesuaian dengan keadaan sekeliling tempat kabel
itu hendak dipasang. Setiap penebat mempunyai suhu maksimun yang ia
mampu bertahan, misalnya kabel p.v.k sesuai untuk suhu 0º C hingga 65º C.
Suhu yang lebih atau kurang daripada julat ini akan menyebabkan kabel p.v.k
rosak. Jadi keselamatan kabel yang dilindunginya akan tergugat dan seterusnya
akan mendatangkan bahaya kepada pengguna kabel tersebut.

c) Kabel yang dipilih itu seboleh-bolehnya hendaklah hendaklah berharga


murah. Kadangkala beberapa jenis kabel mempunyai keupayaan, kecekapan
dan ciri-ciri keselamatan yang hampir sama tetapi harganya berbeza-beza.
Untuk menjimatkan belanja eloklah ddiberi keutamaan kepada kabel yang
harganya lebih murah.
Muka Surat / Page : 21
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(4/6)
Drp / of : 22

Kabel 1.5 mm PVC ( PVK )


Kabel ini digunakan dalam membuat pendawaian bagi litar kawalan penghidup talian
terus kerana litar ini tidak menggunakan arus yang tinggi dalam kendaliannya.

Kabel 2.5 mm PVC ( PVK )


Kabel ini digunakan dalam membuat pendawaian bagi litar utama penghidup talian terus
satu fasa tetapi bergantung kepada kuasa motor yang akan digunakan dimana saiz 2.5
mm ini adalah saiz yang paling minima bagi litar utama kawalan motor.

Jadual 2: Pengenalan warna kabel

FUNGSI KABEL PENGENALAN WARNA

Pengalir perlindungan Hijau dan kuning


Pengalir litar satu fasa Merah atau kuning atau biru
Fasa R bagi litar 3 fasa Merah
Fasa Y bagi litar 3 fasa Kuning
Fasa B bagi litar 3 fasa Biru
Positif bagi litar 2, 3 dawai arus terus (a.t) Merah
Negatif bagi litar 2 dawai arus terus (a.t) Hitam
Negatif bagi litar 3 dawai arus terus (a.t) Biru
Dawai tengah bagi litar 3 dawai (a.t) Hitam
Muka Surat / Page : 22
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C04/P(4/6)
Drp / of : 22

SOALAN / QUESTION :

1. Berikan maksud motor elektrik?


...................................................................................................................................
...................................................................................................................................

2. Motor elektrik pada asasnya, berkendali berdasarkan kepada prinsip….................


..................................................................................................................................

3. Nyatakan 3 jenis tamatan kabel yang digunakan untuk tamatan ke motor


a) ...............................................................................................................................
b) ...............................................................................................................................
c) ...............................................................................................................................

RUJUKAN / REFERENCE :

1. Stephen Rahman.(2000). Industrial Motor Control. Cengage Learning.

2. Undang-Undang Malaysia. 2005. Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-


Peraturan Elektrik 1994, Pindaan sehingga 2005. MIDC Publisher Sdn Bhd
Malaysia.

3. Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Standard Pendawaian Malaysia (Electrical


Installations Of Buildings – Ms IEC 60364) Jabatan Standard Malaysia.

4. The Institution of Electrical Engineers, 1998, Peraturan-Peraturan bagi


Pemasangan Elektrik, Edisi 16. Golden Books Centre Sdn Bhd.

5. BS 7671: 2001 Requirements for Electrical Installations (IEE Wiring


Regulations, Sixteenth Edition) Institution of Electrical Engineers.

Anda mungkin juga menyukai