Anda di halaman 1dari 19

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA


ARAS 7 & 8 BLOK D4, KOMPLEKS D
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62502 PUTRAJAYA

JPK KERTAS PENERANGAN


( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA


PROGRAM / EE-320-2:2012 SINGLE PHASE ELECTRICAL
PROGRAM’S CODE & INSTALLATION & MAINTENANCE
NAME

TAHAP / LEVEL 2 (TWO)

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI / EE-320-2:2012(C04)SINGLE PHASE MOTOR & MOTOR
COMPETENCY UNIT NO. CONTROL INSTALLATION
AND TITLE

1. IDENTIFY SINGLE PHASE MOTOR


SPECIFICATIONS AND PROCEDURES
2. PREPARE SINGLE PHASE MOTOR AND
MOTOR CONTROL INSTALLATION,
NO. DAN PENYATAAN 3. MAINTENANCE, TOOLS, EQUIPMENT AND
AKTIVITI KERJA / WORK MATERIALS
ACTIVITIES NO. AND 4. CARRY OUT SINGLE PHASE MOTOR
STATEMENT INSTALLATION
5. CARRY OUT SINGLE PHASE MOTOR
CONTROL TERMINATION
6. INSPECT SINGLE PHASE MOTOR AND
MOTOR CONTROL FUNCTIONALITY
7. RECORD SINGLE PHASE MOTOR AND
MOTOR CONTROL INSTALLATION.

Muka / Page : 1
ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-CO4/P(1/4) Drpd/of: 18
COMPETENCY UNIT ID

TAJUK : MOTOR ELEKTRIK SATU FASA

TUJUAN :
Kertas penerangan ini menerangkan tentang pengenalan motor satu fasa A.U .
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 2
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C04/P(1/4) Drpd/of : 19

PENERANGAN :
Salah satu yang terpenting di dalam bidang pembangunan elektrikal adalah motor elektrik. Motor
elektrik digunakan secara meluas dengan kegunaan yang pelbagai. Tidak kira secanggih manapun
teknologi yang digunakan pada masa kini, motor elektrik masih menjadi asas atau nadi bagi
sesuatu sistem.

1. Prinsip Operasi Motor

 Asasnya, motor elektrik menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal


yang berbentuk putaran
 Motor pada asasnya, berkendali berdasarkan kepada prinsip magnet.
 Putaran motor yang dihasilkan adalah berdasarkan kepada tindakbalas medan
magnet
 Hukum medan magnet yang digunakan adalah

Kutub yang sama akan menolak antara satu sama lain, manakala
Kutub yang berlainan akan menarik.

 Bagi sebuah motor bahagian yang asas dan penting perlu adalah medan
dan angker. Turutan dibawah menerangkan prinsip asas bagi sesebuah
motor dc.
 Medan magnet wujud diantara kutub utara dan kutub selatan pada magnet
kekal.

Rajah 1 : Medan magnet pada magnet kekal

1.1 Fasa Pergerakan Motor

i) Kutub Utara angker ditolak oleh kutub utara medan magnet. Manakala, kutub
selatan
angker ditolak oleh kutub selatan medan magnet. Maka putaran suku dihasilkan pada
angker atau pun sebanyak 90o pusingan.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 3
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C04/P(1/4) Drpd/of : 19

Rajah 2 : Fasa Putaran Suku


ii) Kutub Utara angker ditarik oleh kutub utara medan magnet, kutub selatan angker
pula
ditarik oleh kutub selatan medan magnet. Angker akan berputar suku putaran lagi, maka
putaran yang telah terhasil adalah sebanyak separuh putaran

Rajah 3 : Fasa Putaran separuh

iii) Bahagian penukartertib berputar bersama dengan angker, bahagian B menyentuh


berus
karbon A manakala bahagian A pula menyentuh berus karbon B. Arah pengaliran arus,
melalui dari bahagian B dan keluar ke bahagian A. Arah pengaliran arus adalah
berlawanan pada angker kerana switching action oleh penukartertib.Pembalikkan arus
menyebabkan penukaran polariti pada angker.

Rajah 4 : Switching Action

iv) Berdasarkan kepada prinsip magnet kutub yang sama akan menolak satu sama
yang
lain manakala kutub yang berlainan akan menarik, maka , angker akan berputar suku
lagi putaran.

Rajah 5 : Prinsip Kutub Magnet


ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 4
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C04/P(1/4) Drpd/of : 19

v) Pada keadaan ini, kutub yang sama akan menolak antara satu sama lain maka,
angker
akan berputar lagi suku putaran terakhir melengkapkan satu putaran penuh.
Penukartertib dan berus karbon berada pada kedudukan keadaan asal, dan akan
menyebabkan arus berkeadaan songsang pada angker semula. Angker berputar
berterusan dengan proses penolakan dan penarikkan. Arus akan berkeadaan songsang
pada setiap satu setengah putaran oleh penukartertib.

Rajah 6 : Putaran Lengkap

vi) Di dalam memahami prinsip penghasilan pergerakkan motor, Hukum Tangan Kiri
Flemming adalah penting untuk dikaitkan di dalam teori motor. Hukum Tangan Kiri
Flemming menyatakan apabila tangan kiri digenggam iaitu jari kelingking dan jari
manis. Jari-jari lain, iaitu jari telunjuk, ibu jari dan jari hantu diluruskan dan berada
pada sudut tepat di antara satu sama lain. Ibu jari menunjukkan arah daya tolakan
yang terhasil, jari telunjuk pula menunjukkan arah medan magnet sementara jari hantu
menunjukkan arah arus yang mengalir dalam pengalir.

Rajah 7 : Hukum Tangan Kiri Flemming

vii) Konduktor yang membawa arus mempunyai medan magnet, arahnya adalah
berdasarkan kepada arah pengaliran arus. Ini berpandukan kepada Hukum Tangan iri
untuk menentukan arah tersebut.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 5
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C04/P(1/4) Drpd/of : 19

Rajah 8 : Konduktor yang membawa medan magnet arus

viii) dan yang terdapat sekeliling konduktor mengalir mengikut medan magnet kekal yang
terdapat di atas konduktor tersebut, tetapi menentang medan magnet kekal di bawah
konduktor. Konduktor akan bergerak ke arah medan yang lemah.

Rajah 9 : Medan dan Konductor

ix) Arah pengaliran arus adalah berlawanan pada konduktor, dan menyebabkan medan
pada konduktor turut berlawanan arah. Pada keadaan ini, medan adalah kuat pada
bahagian bawah konduktor manakala lemah pada bahagian atas konduktor. Maka,
pergerakkan keatas terhasil.

Rajah 10 : Arah pengaliran arus pada konduktor yang berlilit

x) Rajah di atas, konduktor tunggal digantikan dengan konduktor yang berlilit dengan
gegelung di dalam alur teras angker. Tindak balas antara dua medan akan
menghasilkan putaran iaitu, gelung pada bahagian A akan bergerak ke atas manakala
gelung pada bahagian B pula akan menghala ke bawah. Putaran yang terhasil adalah
mengikut arah putaran jam.

Rajah 11 : Tindakbalas medan yang menghasilkan putaran

xi) Motor praktikal mempunyai beberapa angker bergegelung di dalam alur yang terpisah
di sekeliling teras. Setiap gegelung mempunyai bahagian penukartertib. Dengan
penambahkan bilangan kutub medan, ini memberikan motor kuasa yang lebih baik.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 6
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C04/P(1/4) Drpd/of : 19

2. Binaan Asas Motor

2.1 Pengenalan :

Dalam menjalankan kerja-kerja yang berkaitan dengan motor elektrik, adalah penting
bagi setiap individu mengetahui dan boleh mentafsirkan terma-terma yang terdapat atau
digunakan dalam kerja tersebut. Pada sebarang alatan elektrik pun, terdapat spesifikasi yang
telah ditetapkan oleh pengeluar begitu juga dengan motor elektrik.
Pada kebiasaannya terdapat sekeping plat logam yang dilekatkan pada motor, yang
mengandungi data ciri-ciri elektrik bagi menjadi rujukan kepada pekerja yang terlibat dengan
kerja-keja pemasangan motor elektrik. Spesifikasi data elektrik tersebut amat penting dalam
kerja-kerja pemasangan bagi menentukan saiz konduit, wire dan jenis perlindungan yang
sesuai untuk diaplikasikan
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 7
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C04/P(1/4) Drpd/of : 19

2.2 Spesifikasi Motor Elektrik

Dalam menjalankan kerja-kerja yang berkaitan dengan motor elektrik, adalah penting bagi
setiap individu mengetahui dan boleh mentafsirkan terma-terma yang terdapat atau digunakan
dalam kerja tersebut. Pada sebarang alatan elektrik pun, terdapat spesifikasi yang telah
ditetapkan oleh pengeluar begitu juga dengan motor elektrik.

Pada kebiasaannya terdapat sekeping plat logam yang dilekatkan pada motor, yang
mengandungi data ciri-ciri elektrik bagi menjadi rujukan kepada pekerja yang terlibat dengan
kerja-keja pemasangan motor elektrik. Spesifikasi data elektrik tersebut amat penting dalam
kerja-kerja pemasangan bagi menentukan saiz konduit, wire dan jenis perlindungan yang
sesuai untuk diaplikasikan.

Rajah 12 : Kepelbagaian Motor Elektrik

2.3 Plat Nama Motor

Plat nama motor akan memberi maklumat yang penting, mengenai pemilihan dan pemasangan
motor. Data-data yang terdapat dalam plat nama motor akan memberi penerangan mengenai
ciri-ciri elektrik yang terdapat pada motor. Dari maklumat ini para juruteknik dapat menentukan
saiz conduit, wire dan jenis perlindungan yang patut dipasang.

Data-data rekabentuk dan perlakuan (performance) yang terdapat dalam plat nama sangat
penting untuk kakitangan senggeraan. Jika terdapat suatu motor yang rosak atau terbakar,
dengan mengetahui maklumat ini mereka dapat menggantikan motor tersebut dengan
cepatnya.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 8
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C04/P(1/4) Drpd/of : 19

Rajah 13 menerangkan data-data yang perlu kita fahami:-

Rajah 13 : Plat nama motor

i. Model Number :
Nombor ini adalah pengenalan tambahan pembuat, kebiasanya digunakan untuk
tempahan.

ii. Frame / Fr
Saiz rangka menerangkan ukuran motor.

iii. Servis Factor / Sf


Servis faktor 1.0 bermaksud motor tersebut tidak boleh digunakan melebihi kuasa yang
tercatat. Jika motor tersebut dikendalikan lebih daripada kuasa yang tercatat, ini akan
menyebabkan penebatan motor tersebut cepat rosak.
Servis faktor yang biasa digunakan ialah 1.0 hingga 1.5.

iv. Amperes
Bemaksud arus yang mengalir dari talian apabila motor berkendali pada voltan dan
frekuensi yang tercatat pada beban penuh.

v. Volts
Adalah nilai yang diukur pada punca motor dan hendaklah sama nilainya pada motor
tersebut.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 9
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C04/P(1/4) Drpd/of : 19

vi. Class Insulations


Kelas penebat adalah merujuk kepada bahan penebatan yang digunakan di dalam lilitan
stator motor. Terdapat banyak jenis kelas penebat dan ianya adalah seperti berikut:

a. Kelas Y (suhu maxima ialah sampai 90 degree C)


b. Kelas A (Suhu maxima ialah 105 degree C)
c. Kelas E (Suhu maxima ialah 120 degree C)
d. Kelas B (Suhu maxima ialah 130 degree C)
e. Kelas F (suhu maxima ialah 155 degree C)
f. Kelas H (Suhu maxima ialah 180 degree C)
g. Kelas C (Suhu maxima ialah lebih daripada 180 degree C)

Secara amnya motor tidak patut dikendalikan lebih daripada suhu maxima. Jika kita
kendalikan motor lebih daripada suhu maxima ia akan menyebabkan jangka hayat
motor tersebut berkurangan.

vii. Hertz / Hz
Adalah frekuensi sistem kuasa untuk motor tersebut. Jika sebuah motor tidak
dikendalikan pada ferkuensi dan voltan yang tercatat ia akan menyebabkan daya kilas
dan kelajuan motor tersebut berubah.

ix) Duty Cycle / Time Rating


Adalah jangkasam keupayaan kendalian motor itu berkendali dengan selamat. Biasanya
terdapat dua jenis “duty” iaitu:
a) “continuous” bermakna bahawa motor tersebut boleh dikendalikan, tanpa berhenti atau
tidak ada had masa untuk memberhentikan motor tersebut.
b) “Short-time” bermakna bahawa motor tersebut ada had rating masa untuk dikendalikan.

x) Phase / Ph
Menentukan fasa yang patut digunakan untuk mengendalikan motor.

xi) KVA
Adalah kod dimana menunjukkan pada arus permulaan. Ini adalah digunakan untuk memilih
alat-alatan penghidup dan perlindungan motor berkenaan.

xii) Efficiency
Keupayaan motor tersebut di dalam peratusan. Nilai ini terdapat pada motor piawai (Standard)
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 10
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C04/P(1/4) Drpd/of : 19

xiii) Noise / DBA


Setengah motor direka untuk bunyi bising yang rendah. Tahap bunyi yang terdapat pada plat
tanda diukur dalam unit “dBA”

xiv) Manufacture Notes


i. Senarai sifat-sifat motor seperti “Perlindungan haba” (thermal protected), alas tertutup
(sealed bearing) dan lain-.lain lagi.

ii. Kod Pembuat

a) Jenis Penutup / Motor Enclosure

Mengikut piawaian British jenis penutup bagi alat-alat elektrik bergantung kepada
jenis perlindungan yang diberi kepada seorang daripada sentuhan kepada dawai
hidup.

Secara asasnya terdapat dua jenis penutup:


 Penutup pengalihudara (ventilated enclosures)
 Tutup sepenuhnya (totally enclosed)

b) Jenis-jenis penutup pengalihudara:


 Protected
 Screen protected (SP)
 Drip-proof (DP)
 Hose-proof
 Weather-proof

c) Jenis-jenis tutup sepenuhnya:


 Plain totally enclosed motor (TE)
 Totally enclosed fan motor (TEFC)
 Totally enclosed flame proof (FLP)
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 11
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C04/P(1/4) Drpd/of : 19

2.4 Komponen-Komponen Motor

Pada asasnya, semua motor a.u. terdiri dari bahagian komponen-komponen berikut:-

i) Badan (Frame)
a) Motor jenis ini biasanya diperbuat dari keluli tuangan (cast steel) yang berbentuk
selinder.
b) Motor jenis sederhana dan besar diperbuatkan dalam bentuk kotak.
c) Bahagian dalam badan menempatkan teras stator dan lilitan stator.
d) Teras stator terdiri dari lapisan-lapisan keluli yang bermutu tinggi. Lapisan-lapisan
ini bertebat diantaranya dan bertujuan untuk mengurangkan kesan-kesan arus
pusar.
e) Tudung-tudung motor yang berjaring berfungsi untuk menyekat kemasukan
bendasing ke dalam motor dan direka untuk mendapatkan ketegaran yang
maksima.

ii) Stator
a) Mempunyai alur-alur untuk menempatkan lilitan-lilitan gelung tembaga.
b) Lilitan-lilitan stator yang telah siap kemudiannya direndam ke dalam varnis sintetik
dan dipanaskan untuk membentuk lilitan yang kemas dan tidak telap habuk serta
kelembapan.

iii) Peti Punca


a) Terdiri diri bongkah punca bertebat yang ditempatkan dalam peti logam.
b) Ianya ditapakkan ke atas gasket, untuk menghalang penyerapan habuk dan
kelembapan.
c) Bagi motor-motor besar, penyambung didudukkan di atas barbar penebat dan
dijarakkan diantaranya bagi memudahkan penempatan kabel-kabel besar.
d) Hablur silica-gel ditempatkan di dalam peti punca motor-motor voltan tinggi. Hablur
ini menyerap lembapan yang terdapat dalam peti punca.
e) Hablur bertukar warna dari biru ke merah jambu.

iv) Rotor
a) Rotor sangkar tupai dalam motor-motor kecil mengandungi pengalir tembaga atau
aluminium yang ditempatkan ke dalam teras rotor yang berlapisan.
b) Biasanya alur-alur teras rotor berbentuk pencungan bagi mengurangkan bunyi
bising dan pusuan-pusuan magnetik.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 12
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C04/P(1/4) Drpd/of : 19

c) Rotor-rotor besar mempunyai pengalir-pengalir tembaga atau loyang melalui alur-


alur di dalam lapisannya, dengan hujungnya dipateri kegelang hujung.
d) Ia juga membawa kipas yang dipasang berasingan, dan alur-alur ganti-udaraan
diadakan di dalam teras rotor.
e) Kedua-dua permukaan rotor dan stator dimesin halus untuk mempastikan celahan
udara antara rotor dan stator adalah tepat.
f) Kedua-dua permukaan rotor dan stator dimesin halus untuk mempastikan celahan
udara antara rotor dan stator adalah tepat.

v) Aci (Shaft)
a) Diperbuat dari keluli ketahanan tinggi dan mempunyai kekunci untuk menempatkan
rotor dan kipas.
b) Saiznya bergantung kepada rotor yang dibawa.

vi) Alas (Bearing)


a) Terdiri dari alas bebola (ball bearing) dan alas rola (sleeve bearing) di dalam motor-
motor kecil dan menggunakan geris sebangai pelincir.
b) Tangkup alas dibuat dari besi tuangan memegang dan melindungi alas di dalam
kandungan alas dari habuk.
c) Palam pelepas gris ditempatkan di bawah tangkup bearing untuk membenarkan
bekalan gris yang cukup.
d) Alas jernal lazimnya terdapat pada motor-motor jenis besar.

vii) Gear
a) Tujuan untuk menghasilkan kelajuan yang rendah atau yang dikehendaki dengan
tidak berubahnya daya kilas bagi motor tersebut.
b) Untuk menghasilkan kelajuan yang sangat rendah 2 atau lebih gear diperlukan.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 13
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C04/P(1/4) Drpd/of : 19

Rajah 14 : Komponen Asas Motor

Rajah 15 : Bahagian-Bahagian Motor


ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 14
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C04/P(1/4) Drpd/of : 19

3. Faktor Pemilihan Motor


Antara faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum sesuatu jenis motor itu dipilih untuk
menjalankan sesuatu tugas ialah seperti yang berikut:-

3.1 Beban yang digunakan


Biasanya kekuatan motor dinyatakan dalam unit watt atau kuasa kuda (h.p.). Dari sini
dapat ditentukan nilai beban yang mampu di tanggungnya.

3.2 Daya kilas yang diperlukan oleh beban


Iaitu daya kilas semasa motor itu mula-mula berputar sama ada berbeban penuh atau
tanpa beban. Setiap motor mempunyai kilas yang berlainan.

3.3 Keadan suhu sekeliling (suhu ambien)


Iaitu suhu sesuatu tempat boleh mempengaruhi usia sesebuah motor. Oleh itu,
sesebuah motor direka bentuk supaya sesuai dengan julat suhu yang tertentu sahaja.

3.4 Penjagaan
Iaitu samada motor itu mudah atau sukar dijaga dan keadaan tempat motor akan
dipasang sama ada kedudukan motor itu menyebabkannya sukar diperiksa, lembap,
berminyak atau sebagainya.

3.5 Jangka masa digunakan


Ada motor yang dipilih itu sesuai untuk kegunaan sepanjang waktu, atau hanya untuk
waktu yang sementara atau sekejap-sekejap sahaja.

3.6 Voltan bekalan


Iaitu sama ada arus terus, arus ulangalik 1 fasa atau 3 fasa.

3.7 Kelajuan yang diperlukan


Jika motor itu hendak digunakan sebagai motor kawalan kelajuan, faktor ini perlu
diambil kira.

3.8 Harga
Walaupun faktor ini tidak begitu mustahak tetapi dari segi penjimatan belanja adalah
lebih berfaedah untuk membeli motor yang dapat memberikan keupayaan yang sama
tetapi berharga murah.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 15
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C04/P(1/4) Drpd/of : 19

3.9 Kedudukan motor


Menegak, mengufuk, satu aci, dua aci dan sebagainya yang sesuai dengan keperluan.

4. Pengiraan Berkaitan Motor

4.1 Kecekapan ( Efficiency )

Kuasa Keluaran ( Po )
% Kecekapan = ------------------------------- x 100
Kuasa Masukkan ( Pi )

Po
% Kecekapan = -------------------- x 100
Pi

 Po = Pi – Losses

4.2 Kehilangan ( Losses )


Kehilangan dalam persamaan di atas mewakili jumlah kehilangan di dalam
Motor. Ianya dibahagikan pada dua kategori iaitu :
a. Kehilangan Tetap
Hasil daripada kehilangan pada stator dan rotor ( due to eddy current and
hysterisis ) dan friction and windage lose yang disebabkan oleh putaran
rotor.
b. Kehilangan Boleh Ubah
Kehilangan tembaga ( I2R ) pada stator dan rotor yang mana ia
bergantung kepada beban.

i) Kehilangan Teras Rotor ( Rotor Core Lose )


Dalam keadaan biasa ( motor berpusing ), frekuensi rotor adalah terlalu rendah. Oleh
itu, Hysterisis and eddy current losses akan menjadi terlalu lemah, maka kehilangan
teras rotor boleh diabaikan.

ii) Kehilangan Teras Stator ( Stator Core Lose )


ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 16
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C04/P(1/4) Drpd/of : 19

Ia disebabkan oleh main and leakage flux. Apabila beban berubah maka
Kehilangan flux juga akan berubah. Walaubagaimanapun boleh dianggapkan
kehilangan ini adalah sama, samada semasa keadaan beban penuh ataupun tanpa
beban.

iii) Friction And Winding Losses


Kehilangan ini disebabkan oleh putaran mekanikal rotor. Oleh kerana Kelajuan tidak
berubah secara ketara dari keadaan tanpa beban kepada beban penuh, maka kita
anggapkan bahawa kehilangan mekanikal adalah tetap.

iv) Stator Copper Losses


Ini adalah kehilangan I2 R dalam lilitan stator. Ini disebabkan oleh beban Dan boleh
dikira dari arus dan rintangan yang boleh diukur.

v) Rotor Copper Losses


Oleh kerana ada arus mengalir dalam pengalir rotor maka kehilangan I2R
dalam rotor akan wujud. Disebakan arus rotor dan rintangan rotor tidak dapat diukur
secara terus dalam motor sangkar tupai, bolehlah ditentukan nilai ini secara tidak
terus iaitu dengan mengukur slip dengan tepat ketika beban penuh.

4.3 Pengaliran Kuasa ( Power Flow )

i) Pengaliran Kuasa (Power Flow)

Rajah 16 : Pengaliran Kuasa stator dan rotor


ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 17
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C04/P(1/4) Drpd/of : 19

Apabila lilitan stator ditenagakan ( energized ), kuasa elektrik akan mengalir di dalam motor.
Oleh kerana ianya kuasa 3 fasa maka dinyatakan seperti berikut dalam unit watt atau
kilowatt.

P = √ 3 VLIL Cosθ

Kuasa Masukan tidak boleh dikira dengan nilai ukuran arus dan voltan kerana adanya
pengaruh faktor kuasa ( Cosθ ). Teknik mendapatkan nilai Kuasa Masukan ( Pi ) adalah
dengan kaedah dua wattmeter iaitu Pi = W1 + W2. Dalam stator terdapat dua kehilangan
iaitu kehilangan teras ( PC ) yang bergantung kepada bekalan voltan yang dibekalkan dan
kehilangan copper ( PCUS ) yang bergantung pada arus talian ( arus talian bergantung pada
beban ). Jika kedua-dua kehilangan ini ditolak daripada Kuasa Masukan ( Pi ), yang tinggal
hanyalah kuasa yang dipindahkan melalui ruang udara ( air gap ) ke dalam rotor ( PR ).
PR = Pi – PC - PCUS

Dalam rotor terdapat kehilangan teras dan kehilangan tembaga yang bergantung kepada
slip dan ini boleh diabaikan. Jika slip, dapat diukur dengan tepat maka kehilangan tembaga
rotor ( PCUR ) adalah seperti berikut :
PCUR = S x PR

Selepas kehilangan tembaga rotor ditolak dari kuasa masukan rotor ( P R ) yang tertinggal
hanyalah kuasa mekanikal yang dihasilkan ( PDEV ) oleh motor.
PDEV = PR - PCUR

Akhirnya Kuasa Keluaran, Po dapat ditentukan dengan menolak Kehilangan Mekanikal


( friction dan winding loss ) dan kuasa yang dihasilkan ialah PDEV.
Po = PDEV - PM

Maximum Mechanical Power boleh diberikan dan juga kelajuannya ketika mengeluarkan
kuasa maksima atau kuasa beban penuh serta arus talian yang diambil oleh motor apabila
mengeluarkan kuasa beban penuh dan faktor kuasa beban penuh.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 18
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C04/P(1/4) Drpd/of : 19

SOALAN

1. Apakah asasa penukaran tenaga bagi motor ?

..............................................................................................................................

2. Apakah yang dinyatakan dalam Hukum Tangan Kiri Flemming

.................................................................................................................................

3. Di bahagian manakah terdapat maklumat penting mengenai sesuatu motor.

. ...............................................................................................................................

4. Senaraikan 2 jenis penutup motor.


i. ................................................................................................................................
ii. ................................................................................................................................

5. Nyatakan 5 bahagian asas motor .


I. ................................................................................................................................
II. ................................................................................................................................
III. ................................................................................................................................
IV. ................................................................................................................................
V. ................................................................................................................................
.
ID UNIT KOMPETENSI / Muka/Page : 19
COMPETENCY UNIT ID EE-320-2:2012-C04/P(1/4) Drpd/of : 19

Rujukan:
Abdul Samad Bin Hanif (1988), Pemasangan Dan Penyenggaraan Elektrik Dewan Bahasa Dan
Pustaka , Kementerian Pendidikan Malaysia , Kuala Lumpur . 1988

C Duncan & E G Stocks, 2001 cetakan kedua, Pemasangan Litar Elektrik. Golden Book
Center Sdn. Bhd Kuala Lumpur,

B.L. Theraja, A.K. Theraja, A Textbook of Electrical Technology SI Units, S. Chand & Company
Ltd.

Anda mungkin juga menyukai