Anda di halaman 1dari 10

Laporan Bengkel J4121 - AMALAN BENGKEL PEMBUATAN-2 1.

0 Objektif: Mempelajari cara mengendali mesin CNC EDM wire cut Menulis aturcara EDM wire cut dan autocad Menyediakan dan memaparkan Grafik pemotongan menggunakan aplikasi Autocad dan Mycam Menjalankan operasi pengaturcaraan dan pemotongan pada mesin EDM wirecut. Menghentikan mesin CNC EDM wire cut. 2.0 Pengenalan. 2.1 Pengenalan kepada modul. Amali di dalam bengkel ini adalah wajib bagi setiap pelajar untuk mendapatkan permarkahan dalam modul J4121 (Amalan Bengkel Pembuatan-2.) Di dalam bengkel ini pelajar di ajar cara-cara untuk mengendalikan mesin larik dan mesin raut semesta. Pelajar juga dapat mempelajari cara-cara untuk membuat pengukuran yang tepat. Semua pembelajaran di atas akan di terangkan dengan terperinci oleh pensyarah. Segala pemasalahan akan di rujuk kepada pensyarah yang bertanggungjawab. 2.2 Pengenalan kepada EDM wirecut. EDM bermakna electrical discharge machine atau pun pemesinan discharge elektrik. Ia merupakan satu proses peleburan atau pembuangan zarah-zarah logam dengan tempakan bunga api dari sebatang electrod khas. Keseluruhan proses ini dijalankan di dalam elektrolisis. Dimana elektrolisis ini adalah cecair yang bukan konduktor iaitu seperti petroleum distillate dengan bahan campuran ataupun air suling dan voltan yang digunakan adalah kecil (dari 1 hingga 45v) manakala arus yang dialir adalah tinggi iaitu diantara 5 hingga 60Amp atau melebihi. Pada masa sekarang ia digunakan secara meluas turutamanya pada industri berat. Kilang pencetak logam dan plastik acuan. Terdapat banyak jenis mesin EDM diantara tersebut EDM WIRE CUT dan EDM DIE SINKING.

3.0 Peralatan

PERALATAN Mesin CNC EDM wire cut JSEDM WA303-Taiwan (Errand Entries)

GAMBAR

Alat pengawal mesin EDM

Wayar elektrod berdiameter 0.25mm

Mata pemotongan elektrod

Perisian autocad dan mycam

4.0 Prosedur kerja 4.1 Langkah kerja EDM wirecut 1. Suis utama 415V dibuka 2. Suis pada penyejuk (chiller) dibuka 3. Suis controller EDM dibuka dan butang keselamatan penggunaan mesin dilepaskan

Butang keselamatan 4.2 Langkah warming up mesin:

1. Pada panel kawalan mesin, suis F8 (edit mode) ditekan 2. Suis F3 (reference) ditekan 3. +Z, +Y dan +X ditekan sebagai refreshing kedudukan koodinat upper head dan lower head pada koordinat Z(0,0) Y(0,0) dan Z(0,0) 4. Suis exit menu ditekan. Proses warm up selesai dan sedia untuk digunakan

Panel Kawalan mesin EDM

4.3 Langkah bagi memasukkan data: 1. Dengan menggunakan perisian autocad, bentuk 2D dilukis seperti rajah 1 2. Lukisan 2D autocad disimpan dalam format DXF 3. Dengan menggunakan perisian mycam, setiap garisan lukisan diperiksa bagi memastikan ianya bercantum. 4. Menggunakan perisian Mycam, format lukisan autocad ditukar ke format NC untuk ditafsir kod-kod pengaturcaraan bentuk yang akan dihasilkan. 5. Maklumat lukisan disimpan dan dipindah masuk ke sistem mesin EDM wire cut

Lukisan MyCAM

4.4 Langkah bagi pengaturcaraan pemotongan: 1. Pada panel kawalan mesin, maklumat pengaturcara yang dihantar disimpan didalam fail mesin. 2. Fail dibuka semula bertujuan untuk dibuat pengubahsuaian dan disimulasikan. Sekiranya terdapat pembetulan pada sudut pemotongan, nilai sudut diubah mengikut kesesuaian pemotongan. 3. Suis auto ditekan bagi memeriksa kedudukan pemotongan yang akan dilakukan. 4. Setelah pengatucara dipastikan tidak bermasalah, jog digunakan bagi melaras upper head dan lower head menghampiri plat pemotongan. 5. Pada panel kawalan, suis memory, water, edm power ditekan bagi kemasukan air dan proses-proses berkaitan. 6. Suis cycle start ditekan dan operasi pemotongan bermula.

Proses pemotongan bermula

Monitor panel.

Data yang dimasukkan: NO KERJA : 0004 DM : Normal OV : 1 ON : 13 OFF : 12 AON : 10 AOFF : 14 WT : 6 WF : 9 WA : 2 FEED% : 120 FEED : 6.000 FS : 4 SV : 50 G94/95 : G94 CORNER : OFF C.LEN : 0.000 APPRO. : OFF

5.0 Hasil kerja Lukisan sebenar :

Lukisan MyCAM

Lukisan AUTOCAD

Contoh hasil kerjaa

6.0 Komen/kesimpulan

1) 2) 3) 4) 5) 6)

Pelajar dapat mempelajari tatacara di dalam bengkel mesin EDM. Mengetahui cara mengendali mesin EDM dengan betul. Mengenali peralatan yang digunakan semasa pengendalian mesin EDM. Dapat merasakan sendiri cara mengendali mesin EDM. Mengetahui pakaian dan peralatan keselamatan yang perlu digunakan di dalam bengkel. Dapat mempelajari cara membuat laporan bengkel dengan format yang betul.

7.0 Langkah keselamatan Langkah langkah keselamatan semasa mengendalikan mesin EDM 1. Pastikan tiada kebocoran pada tangki tangki cecair dielektrik penyambungan hos dan paip. 2. Pastikan alat pemadam api berdekatan dengan mesin untuk kegunaan kecemasan. 3. Pastikan bahan kerja dipasang ditempat yang betul. 4. Pastikan pemegang elektrod tidak menyentuh pemegang benda kerja. 5. Pastikan wayar pemotong tidak menyentuh benda kerja. 6. Pastikan setiap kabel tidak terdapat kebocoran. 7. Bersihkan cecair berminyak yang ada pada tempat pemegang benda kerja semasa proses pemasangan. 8. Bersihkan segala kotoran pada tangki meja dan tangki simpanan. 9. Pakai pakaian yang bersesuaian semasa menggunakan mesin. 10 Semasa menjalankan kerja , para pelajar hendaklah mematuhi langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan daripada berlaku kemalangan ataupun kecederaan semasa membuat projek. 11 Semasa menjalankan kerja juga janganlah kita bersikap cuai atau tidak bekerjasama kerana buruk padahnya nanti

8.0 Perbincangan 1. Pastikan titik pemotongan benda kerja semasa mengaplikasikan perisian mycam adalah bersentuhan. 2. Pastikan titik pemotongan wayar berada pada sudut yang betul. 3. Semasa melaraskan wayar pemotong ke benda kerja , pastikan wayar tidak bersentuhan.

9.0 Kesimpulan

Objektif yang ingin dicapai telah berjaya dilaksanakan. Segala tunjuk ajar yang diberikan oleh En. Wan Hasbullafi amat berguna dan berkesan. Kami telah berjaya menggunakan mesin CNC EDM wire cut dengan pra mahir dan mengetahui cara memasukkan program dan menjalankan mesin bagi mendapatkan rekabentuk produk yang dibuat. Selain itu,kami juga mengetahui cara mengaplikasikan program kepada bentuk G-Kod bagi mendapatkan hasil seperti di atas. Segala yang telah diajarkan kepada kami memang benar-benar berguna untuk kami manfaatkan apabila melangkah ke alam pekerjaan nanti.

10.0

Rujukan

1) 2) 3) 4)

Buku teks tingkatan 5 Sekolah Menengah Teknik. Kertas penerangan institute latihan perindustrian. Modul worksyop 2. http://en.wikipedia.org/wiki/File:EDM_machine_diagram.svg

Anda mungkin juga menyukai