Anda di halaman 1dari 2

PRAKATA

Bagi memenuhi aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia yang mensasarkan 50% guru-guru
siswazah di sekolah rendah menjelang 2010, institut Pendidikan guru telah diberi tanggungjawab
menjalankan program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan rendah (PISMP) dengan
ambilan Kohort pertamanya pada 2007. Reka bentuk kurikulum yang digubal bagi program ini
menonjolkan ciri-ciri keguruan yang tinggi dengan menjadikan tinggi dengan menjadikan
Pengajian Profesional sebagai kursus terasnya, Pengajian Profesional bukan sahaja menekankan
aspek pedagogi, psikologi dan pengurusan bilik darjah, malahan turut memberikan penekanan
kepada aspek kepimpinan dan perkembangan profesional guru. Maka, salah satu kursus yang
terkandung dalam Pengajian Profesional ialah Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional
Guru.

Dalam kandungan buku Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru , salah satu
bab yang difokuskan adalah berkaitan tentang kod etika dan akauntabiliti keguruan serta isu-isu
etika guru pada masa kini. Guru merupakan suatu profesion yang mempunyai kedudukan tinggi
dalam masyarakat dan tidak hairanlah sekiranya berlaku isu berkaitan guru mendapat liputan
yang meluas dari media massa. Berkemungkinan isu berkaitan guru dijadikan sebagai modal
untuk melariskan jualan surat khabar kerana rata-rata masyarakat bermaklumat mempunyai sifat
ingin tahu yang tinggi dan media yang senang dicapai adalah melalui surat khabar. Saya
mengaitkan tugasan ini dengan diri saya di mana saya mendapati saya perlu menghayati
profesion keguruan dengan bersungguh dengan mendalami ilmu melalui budaya membaca,
menyelidik dan menulis. Dengan cara demikian saya mendapat banyak pengetahuan seterusnya
dapat meningkatkan asas kepimpinan dan profesionalisme sebagai seorang guru.

Tugasan EDU 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesionalisme Guru adalah
tugasan yang telah diwajibkan ke atas semua guru pelatih Semester 8. Tugasan ini
bertujuan untuk mengasah asas kepimpinan dan profesionalisme seorang guru dalam menempuh
cabaran di dunia pekerjaan sebenar. Di samping itu, tugasan ini juga dapat membantu para
guru pelatih untuk meningkatkan kemahiran untuk memilih maklumat yang relevan dengan tugas
dan menganalisa maklumat untuk dipersembahkan sebagai satu hasil kerja yang berkualiti.
Melalui subjek ini, saya telah diberikan dua tugasan dimana melalui tugasan 1 saya perlu
mengulas secara kritis mengenai isu-isu etika dan integriti masa kini yang melanda warga
pendidik. Seterusnya, saya perlu menginterpretasikan peranan guru sebagai pemimpin abad ke
21 dalam organisasi pendidikan. Dalam tugasan 2 pula, saya perlu membuat ulasan kritis
mengenai klip video Cikgu Shaari dan mengemukakan cadangan dan pandangan yang berkesan
bagi membaiki amalan profesion keguruan masa kini berdasarkan klip video tersebut.

Anda mungkin juga menyukai