Anda di halaman 1dari 8

PENGKARYAAN :

SENI HALUS
2.1 : LUKISAN

Lukisan : Salah satu penghasilan seni visual dalam bentuk dua dimensi.
Lukisan dihasilkan dalam dua bidang :

Bidang Pengkarnyaan
-Lebih kepada kajian terhadap bentuk @ kompasisi menampilkan nilai estetika dan
makna.
Cth : -Lukisan kajian reka bentuk arca , -Lukisan imej jalinan tampak.
Bidang Perekaan
-Lebih tertumpu kepada permasalahan reka bentuk yang berkaitan dengan sesuatu
fungsi.
Cth: -Lukisan teknikal dalam reka bentuk automobilserta reka bentuk
pembungkusan dalam reka bentuk komunikasi visual.
MEDIA
 Media dominan ialah media kering seperti pensel dan arang untuk
mendapatkan kesan rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan.
 Lukisan juga boleh dihasilkan melalui campuran media kering dan
campuran media basah.Contohnya,warna pensel dan warna air.
 Penggunaan media basah seperti warna air juga boleh digunakan tetapi
penggunaannya adalh secara terhad dan minimum.

 Contoh pelbagai jenis media untuk menghasilkan lukisan :


TUJUAN PENGHASILAN
 Mengkaji struktur sesuatu benda dengan lebih terperinci
menggunakan aplikasi unsur dan prinsip seni reka.
 Gambaran awal atau gambaran ringkas sebelum
penghasilan imej akhir.
 Menerusi lukisan juga boleh dijadikan sebagai sindiran atau
komentar sosial dalam sesebuah masyarakat dan ia dapat
mempengaruhi psikologi manusia.
JENIS LUKISAN
2.2 CATAN
Catan adalah salah satu hasil seni yang menggunakan
media basah yang disapukan pada sesuatu permukaan.
Teknik basah atas basah
• Campuran warna yang basah disapu atas permukaan kertas
yang basah dan sesuai untuk menampakkan kesan air atau
awan

Teknik basah atas kering


• Warna yang basah disapu atas permukaan yang sudah
kering dan untuk menampakkan jalinan imej lut sinar pada
sesuatu permukaan atau imej.

Teknik kilatan/ glazing


• Sapuan warna yang nipis dan dihasilkan lapisan demi
lapisan dan mempunyai kesan lut sinar.

CONTOH TEKNIK-TEKNIK CATAN

Anda mungkin juga menyukai