Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Saya ingin memberikan sepenuh kesyukuran kepada tuhan dengan limpah dan
kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Saya
menjulang sepenuh penghargaan kepada Dr. Fauziah Hanim Md Yusof , Pensyarah subjek
Asas Kepemimpinan Dan Pembangunan Profesionalisme Guru (EDUP 3083), di atas
kesudian beliau memberi tugasan ini kepada saya. Beliau juga banyak membantu saya
sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Saya juga mengucapkan ribuan teima
kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya secara langsung aatau tidak
langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat
saya rungkai sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma
dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal
pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada
dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga
pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam
orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. Sebelum saya
mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari saya sebagai renung-renungan.

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi
adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

Anda mungkin juga menyukai