Anda di halaman 1dari 16

TMKS 3063 PENGAJIAN KURIKULUM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SEKOLAH RENDAH

1.0 PENGENALAN KEPADA TEORI KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Secara umumnya, teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan
sesuatu ilmu pengetahuan . Ia juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan
sedia ada yang memberi panduan untuk menjalankan penyelidikan bagi
mendapatkan maklumat baru. Teori membantu guru untuk memahami asas masalah
pembelajaran khususnya dalam konteks pendidikan khas. Teori dapat memberi
panduan atau kaedah yang berkesan dan bersesuaian untuk menyelesaikan
masalah murid.

Menurut Mc Lauglin dalam (Hadley, 1993), fungsi umum teori adalah untuk
membantu seseorang memahami dan mengorganisasikan data pengalaman, selain
memberikan makna rujukan yang sesuai. Fungsi-fungsi khusus teori pula adalah
untuk:

1. Mendeskripsi, menerang dan menjelaskan


fakta.

2. Meramalkan kejadian-kejadian yang akan terjadi.

3. Mengendali serta mencegah sesuatu supaya berlaku atau


tidak berlaku

RAJAH 1: FUNGSI-FUNGSI KHUSUS TEORI

Menurut Herring (2014), sesuatu teori dikatakan baik apabila mempunyai ciri-
ciri seperti dapat menjelaskan fakta-fakta dengan jelas, mudah difahami, berguna
untuk membuat ramalan masa hadapan dan memperjelas perkara-perkara yang
sudah lepas, boleh diterapkan secara praktikal, bersifat konsisten dan tidak
berasaskan banyak andaian (kepercayaan-kepercayaan yang tidak dapat dibuktikan)

Beralih kepada teori. Pengajaran menurut Ragbir (2013), merujuk kepada


“prinsip-prinsip dan kaedah arahan”. Ia adalah suatu proses di mana aktiviti-aktiviti
pembelajaran dilaksanakan untuk membawa perubahan dalam kelakuan murid-murid
melalui proses pengajaran. Pengajaran juga boleh dianggap sebagai satu usaha
atau tugasa di mana guru-guru berusaha membantu murid-murid untuk memperoleh
isi, ilmu, kemahiran dan nilai-nilai serta sikap-sikap yang baru dengan menggunakan
kaedah dan pendekatan pengajaran yng berbeza. Selain daripada itu, Sharifah
Alwiah (1983) menganggap bahawa pengajaran sebagai aktiviti atau proses kerana

1
TMKS 3063 PENGAJIAN KURIKULUM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SEKOLAH RENDAH

apabila mengajar, aktiviti seperti menyoal, menerangkan, mendengar, menggalakkan


sesuatu, dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku. Sharifah Alwiah (1983) juga
menganggap pengajaran sebagai suatu proses komunikasi walaupun tidak semua
aktiviti pengajaran merupakan komunikasi antara guru dengan pelajar.

Pembelajaran menurut Slavin (2005) pula mendefinisikan pembelajaran


sebagai perubahan dalam seseorang individu akibat daripada pengalaman. Manusia
mula belajar sejak ia dilahirkan dan semua pembelajaran ini berkait rapat dengan
pengalaman. Hal ini kerana pembelajaran berlaku apabila pengalaman
menyebabkan suatu perubahan yang agak kekal dalam pengetahuan atau tingkah
laku seseorang. Perubahan ini mungkin secara sengaja atau tidak sengaja, untuk
lebih baik atau lebih buruk, betul atau salah dan sedar atau tidak sedar.

Menurut Beauchamp (2014), terdapat empat teori pengajaran dan pembelajaran


Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang boleh digunakan oleh guru iaitu:
M
e
T
s
u
n
a
rItp
m
o fv
i-K
kg

RAJAH 2 : TEORI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TEKNOLOGI


MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

2
TMKS 3063 PENGAJIAN KURIKULUM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SEKOLAH RENDAH

2.1 TEORI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN


KOMUNIKASI

2.2 TEORI INSTRUKTIVISME

Teori instruktivisme atau instruksional ini tidak menjelaskan bagaimana suatu


proses belajar terjadi, tetapi lebih merupakan penerapan prinsip-prinsip teori belajar,
teori tingkah laku dan prinsip-prinsip pengajar dalam usaha mencapai tujuan-tujuan
belajar.

Tekanan utama teori instruksional adalah pada prosedur-prosedur yang telah


terbukti berhasil serta konsisten dengan konsep-konsep sosial, masyarakat, dan
pendidikan. Tema utama teori instruksional ialah bahawa (Gagne, 1985) :

1. Belajar merupakan suatu kumpulan proses yang bersifat individual, yang


mengubah rangsangan yang datang dari lingkungan seseorang kedalam sejumlah
informasi yang menyebabkan adanya hasil belajar dalam bentuk ingatan jangka
panjang. Hasil belajar ini memberikan kemampuan kepadanya untuk melakukan
pelbagai tugasan.

2. Kemampuan yang merupakan hasil belajar dapat dikategorikan sebagai bersifat


praktis, dan teoritis.

3. Kejadian-kejadian di dalam pengajaran yang mempengaruhi proses belajar


dapat dikelompokkan ke dalam kategori umum, tanpa memperhatikan hasil belajar
yang diharapkan. Namun untuk membentuk setiap hasil belajar diperlukan adanya
kejadian-kejadian khusus.

RAJAH 3 : TEMA UTAMA TEORI INSTRUKSIONAL

Berdasarkan teori-teori psikologi dan teori belajar yang mendasarinya maka teori
instruksional dapat dibagi dalam lima kelompok, iaitu (Snelbecker, 1974) :

3
TMKS 3063 PENGAJIAN KURIKULUM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SEKOLAH RENDAH

Pendekatan Modifiksi Tingkah Laku

Teori Instruksional Konstruksi Kognitif

Teori Instruksional Berdasarkan Prinsip-Prinsip


Belajar

Teori Instruksional Berdasarkan Analisis Tugas

Teori Instruksional Berdasarkan Psikologi


Humanistik

RAJAH 4 : KELOMPOK TEORI INSTRUKSIONAL

a. Pendekatan Modifiksi Tingkah Laku.

Teori instruksional ini didasari atas pendekatan modifikasi tingkah laku, terutama dari
Skinner, yang menyatakan bahawa apabila binatang dapat diajar untuk melakukan
tugas-tugas yang sifatnya kompleks, maka seseorang individu itu pun akan dapat
memanfaatkan prinsip-prinsip modifikasi tingkah laku yang diterapkan.

b. Teori Instruksional Konstruksi Kognitif

Menurut Bruner (1996) teori instruksional yang baik adalah pengalaman


belajar melalui penemuan (discovery) serta untuk mengajar sesuatu tidak perlu
menunggu sehingga kanak-kanak mencapai tahap perkembangan tertentu.
Penerapan teori Bruner yang terkenal dalam dunia pendidikan adalah kurikulum
spiral di mana bahan pelajaran yang sama dapat diberikan mulai dari tahap rendah
sehingga ke tahap menengah, disesuaikan dengan tingkat perkembangan kognitif
mereka. Cara belajar yang terbaik menurut Bruner (1996) ini adalah dengan
memahami konsep, makna dan hubungan melalui proses intuitif dan seterusnya
menghasilkan suatu kesimpulan Teori ini mencakup empat prinsip utama. Pertama,
bahawa untuk memungkinkan adanya proses belajar diperlukan motivasi dari murid.
Kedua, perhatikan perlu diberikan kepada pengaturan atau struktur bahan yang akan
dipelajari. Ketiga, pengalaman-pengalaman belajar perlu disusun dengan baik,
dengan memperhatikan perkembangan murid. Keempat, ia juga menyatakan perlu
adanya pujian atau hukuman.

4
TMKS 3063 PENGAJIAN KURIKULUM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SEKOLAH RENDAH

c. Teori Instruksional Berdasarkan Prinsip-Prinsip Belajar

Beberapa orang berpendapat bahawa prinsip-prinsip teori instruksional dapat


dilaksanakan dengan lebih baik di mana diterjemahkan dari hasil-hasil penelitian
tentang pembelajaran dan dapat diterapkan untuk pendidikan.

Menurut Snelbecker (1974) telah menyatakan beberapa prinsip yang dapat


digunakan untuk guru iaitu:

i. Untuk belajar murid harus mempunyai perhatian dan respon terhadap bahan yang
dipelajari.
ii. Semua proses pembelajaran memerlukan waktu.
iii. Di dalam diri seseorang yang sedang belajar selalu terdapat suatu dorongan yang
dapat mengawal motivasinya serta menentukan sampai sejauh mana dan dalam
bentuk apa seseorang akan bertindak dalam suatu situasi tertentu.
iv. Pengetahuan tentang hasil yang diperoleh di dalam proses belajar merupakan faktor
penting.

d. Teori Instruksional Berdasarkan Analisis Tugas

Dalam teori ini guru disarankan untuk membuat analisis tugas (task analysis) secara
sistematik mengenai tugas-tugas yang harus dilakukan murid-murid di dalam latihan
atau situasi pendidikan, yang kemudian disusun secara hirarki atau selari bergantung
kepada susunan tugas-tugas dalam usaha untuk mencapai tujuan.

e. Teori Instruksional Berdasarkan Psikologi Humanistik

Teori instruksional ini lebih kepada teori kepribadian dan psikoterapi daripada suatu
teori pembelajaran. Ahli-ahli dalam bidang berpendapat bahawa pengalaman
emosional dan karekteristik khusus seseorang perlu diperhatikan di dalam
penyusunan teori instruksional. Di samping itu perlu diperhatikan pula aktualisasi diri,
pemahaman diri, serta realisasi diri orang yang belajar.

5
TMKS 3063 PENGAJIAN KURIKULUM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SEKOLAH RENDAH

2.2 TEORI KONSTRUKTIVISME

Konstruktivisme berasaskan pandangan bahawa proses pembelajaran adalah


aktif dan dinamik. (Ragbir, 2013). Menurut Adenan dan Khairuddin (2012) pula
fahaman konstruktivis menekankan bahawa pengetahuan terbentuk daripada
penjanaan minda. Ia berkembang sedikit demi sedikit sepanjang hayat individu. Oleh
itu, apa yang dilalui dalam kehidupan seorang individu merupakan himpunan
kesemua pengalaman yang dialami manusia. Dalam hal ini, seseorang individu akan
membina atau ‘konstruk’ ilmu pengetahuan dengan usaha sendiri dan bukan
menguasainya daripada orang lain.

Pembinaan ilmu adalah satu proses semula jadi. Menurut penyokong


konstruktivis, apabila manusia berhadapan dengan sesuatu yang tidak diketahui,
mereka ingin memahaminya. Naluri mereka akan mengaitkan maklumat baru dengan
pengetahuan sedia ada supaya ia menjadi satu informasi yang bermakna.
Pengerak-pengerak mazhab konstruktivisme terdiri daripada ahli-ahli psikologi dan
pakar pendidikan Jean Piaget, Jerome Bruner, Lev Vygotsky, John Dewey dan
Seymour Papert.

Jean Piaget Jerome Bruner Lev Vygotsky

John Dewey Seymour Papert

GAMBAR 1 : PENGERAK MAZHAB KONSTRUKTIVISME

Menurut teori konstruktivisme, pengetahuan adalah produk minda yang dibina


(konstruk) dengan pengalaman dan input baru yang diterima melalui deria-deria
sebagai hasil persepsi. Justeru itu, pembelajaran konstruktivisme adalah

6
TMKS 3063 PENGAJIAN KURIKULUM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SEKOLAH RENDAH

pembelajaran aktif dan dinamik (Ragbir, 2013). Ia berhasil daripada pengubahsuaian


idea-idea yang sedia ada dengan input melalui proses asimilasi dan akomodasi
dalam skema.

Melalui refleksi, murid-murid akan membina makna bagi setiap fenomena di


sekelilingnya. Mereka akan menjana peraturan dan panduan mental sendiri agar
memahami dunia sekeliling. Sebab daripada ini, pembelajaran mereka dipengaruhi
oleh cara sesuatu topik dipersembahkan oleh guru-guru dan kualiti pengalaman yang
ada pada murid-murid.

2.2.1 PRINSIP-PRINSIP KONSTRUKTIVISME

setiap murid yang menerima maklumat akan memproses secara kognitif


untuk mencerminkan dan membayangkan keperluan, sifat semula jadi, pemikiran,
sikap, kepercayaan dan perasaannya sendiri.

Ahli konstruktivis menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar
minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Ilmu
pengetahuan dibina melalui proses saling mempengaruhi di antara pembelajaran
terbaru berkaitan.

2.2.2 CIRI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

Menurut Adenan dan Khairuddin (2012) Terdapat enam ciri penting


pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme. Keenam-enam ciri berkenaan boleh
dilihat berdasarkan RAJAH 4.

 Menyusun atau menstrukturkan pengajaran dan pembelajaran berasaskan


persekitaran idea utama.
 Pembelajaran dahulu atau pengetahuan sedia ada penting untuk pembelajaran
baharu. Oleh itu, guru perlu mengkaji tahap penguasaan pengetahuan lepas
murid.
 Guru wajar menimbulkan keraguan atau persoalan mencabar dalam minda untuk
meneroka jawapan.
 Mengajar murid cara belajar, iaitu menggunakan metakognitif dan metamemori.

 Pembelajaran adalah usaha sama kognitif atara guru dengan murid atau murid
dengan murid.
 Guru perlu menilai atau mengukur kefahaman murid tentang maklumat yang
disampaikan semasa pengajaran.

7
TMKS 3063 PENGAJIAN KURIKULUM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SEKOLAH RENDAH

RAJAH 5 : CIRI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

2.3 TEORI KOGNITIF

Ahli-ahli teori kognitif menerangkan bahawa pembelajaran merupakan perubahan-


perubahan yang berlaku pada maklumat yang tersimpan di dalam ingatan seseorang
(Ragbir, 2013) . Pembelajaran berlaku akibat pemprosesan-pemprosesan yang berlaku
dalam minda seseorang.

Ahli-ahli kognitif membawa pandangan baru dalam tahun 1960an untuk


menggantikan teori behaviorisme yang menumpu kepada rangsangan-rangsangan luaran.
Ahli-ahli kognitif mengaitkan aktiviti-aktiviti pembelajaran dengan proses-proses mental
dalaman, iaitu fikiran, ingatan, pengetahuan dan menyelesaikan masalah yang berlaku
dalam pembentukan skema manusia.

Teori-teori kognitif melibatkan kajian-kajian proses mental yang digunakan untuk


memahami, mengetahui dan membina pengamatan. Proses-proses ini didorong oleh naluri
ingin tahu individu. Manusia sering ingin tahu mengenai persekitaran mereka dan
menambah ilmu serta kefahaman mereka mengenainya.

Ahli-ahli kognitivis berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman


yang berlaku dalam minda manusia. Oleh yang demikian, ahli-ahli penyelidik tidak dapat
memerhatikan secara langsung bagaimana pembelajaran berlaku kecuali dengan meramal
daripada tingkah laku manusia. Proses dalaman yang dirujuk termasuk pemikiran, celik akal,
pemprosesan maklumat, ingatan dan pengamatan.

Ahli-ahli psikologi yang mengutamakan teori kognitif ini terdiri daripada:

8
TMKS 3063 PENGAJIAN KURIKULUM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SEKOLAH RENDAH

Wolfgang Kohler Max Wertheimer Kurt Lewin Jean Piaget

David Ausubel Jerome Bruner Robert Gagne

GAMBAR 2 : AHLI-AHLI PSIKOLOGI TEORI KOGNITIF

Piaget berpendapat bahawa manusia memiliki peringkat otak dan saraf yang tinggi.
Dengan adanya otak, manusia mempunyai kebolehan untuk mempelajari pelbagai perkara.
Tegasnya, proses pembelajaran merupakan proses mental dan bukannya proses mekanis.
Proses mental melibatkan seseorang kanak-kanak menyerap atau menyesuaikan
pengetahuan yang sedia ada dalam otak dengan data-data yang diperoleh daripada
persekitaran. Pembelajaran sesuatu konsep akan hanya terjadi apabila kanak-kanak telah
mencapai taraf kematangan yang tertentu.

Selain itu, teori kognitif berdasarkan pendapat Gestalt mengutarakan penyingkiran


kesedaran atau fikiran yang dilakukan oleh ahli-ahli behavioris sebagai satu kesilapan
besar. Sebaliknya mereka menganggap teori pembelajaran menjadi sangat bermakna jika
fikiran dimasukkan sebagai satu bahagian yang tidak dapat dipisahkan . Tegasnya, haiwan
menggunakan pola fikiran seperti yang dibuktikan oleh Kohler dalam eksperimennya
terhadap seekor cimpazi, apatah lagi manusia dianggap sebagai makhluk yang jauh lebih
tinggi darjat pemikirannya.

Dalam satu eksperimennya dengan seekor cimpazi, Kohler telah menggantungkan


sebuah keranjang berisi pisang pada sebatang pokok, manakala hujung talinya
disangkutkan pada salah satu dahan sehingga terlihat oleh cimpazi yang lingkaran tali
tersebut mudah untuk dilepaskan. Cimpazi telah memanjat pokok dan meragut tali tersebut
sehingga lingkaran tali dan keranjang berkenaan terlepas dari sangkutannya. Daripada

9
TMKS 3063 PENGAJIAN KURIKULUM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SEKOLAH RENDAH

eksperimen berkenaan, didapati bahawa cimpazi tidak melakukan sesuatu seperti yang
diramalkan oleh Kohler, iaitu melepaskan lingkaran daripada dahan pokok, tetapi jelas
bahawa cimpazi itu mengetahui hubungan antara tali dengan keranjang.

Percubaan Kohler bertujuan menarik perhatian golongan behavioris tentang


pentingnya pola fikiran tersebut sebagai insight. Dalam percubaan yang dilakukan oleh
Kohler tersebut, insight bagi cimpazi merupakan penglihatan terhadap batang kayu, tali dan
keranjang pisang sebagai satu keseluruhan. Kesimpulan dalam kajian tersebut, apa-apa
yang sebenarnya penting dalam pembelajaran dan pemecahan masalah adalah perubahan
yang terjadi pada insight. Perubahan tersebut diperoleh dengan mempelajari situasi secara
keseluruhan, kemudiaanya mengkaji dengan elemen-elemen tentang situasi pula.

2.4 TEORI INTERAKSI MANUSIA-KOMPUTER

Pada tahun 1970 mulai dikenal istilah antarmuka pengguna (user interface), yang
juga dikenal dengan istilah Man-Machine Interface (MMI), dan mulai menjadi topik
perhatian bagi peneliti dan perancang sistem. Perusahaan komputer mulai memikirkan
aspek fisik dari antarmuka pengguna sebagai faktor penentu keberhasilan dalam
pemasaran produknya. Istilah human-computer interaction (HCI) mulai muncul pada
pertengahan tahun 1980-an sebagai bidang ilmu yang baru. Istilah HCI ini menunjukkan
bahawa bidang ilmu ini mempunyai skop ilmu yang lebih luas, bukan hanya
perancangan antaramuka.

Interaksi Manusia – Komputer (IMK) / Human Computer Interaction (HCI) merupakan


suatu disiplin ilmu yang mengkaji komunikasi atau interaksi diantara pengguna dengan
sistem. Sistem tersebut meliputi dua perkara ini iaitu:

Sistem yang
digunakan pada
kehidupan harian
Sistem pada seperti kenderaan,
komputer peralatan rumah dan
sebagainya.

RAJAH 6 : SISTEM

10
TMKS 3063 PENGAJIAN KURIKULUM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SEKOLAH RENDAH

Ia merupakan sekumpulan proses, dialog dan kegiatan dimana melaluinya pengguna


memanfaatkan dan berinteraksi dengan komputer. Interaksi Manusia-Komputer ini juga
adalah suatu disiplin ilmu yang menekankan pada aspek reka bentuk, evaluasi, dan
implementasi dari sistem komputer interaktif untuk kegunaan manusia dengan
mempertimbangkan fenomena – fenomena di sekitar manusia itu sendiri.
Berikut merupakan tujuan teori Interaksi Manusia-Komputer menurut Herring (2014).

1. Menghasilkan sebuah sistem yang mudah digunakan,efektif dan efisien.


2. Memudahkan Manusia Dalam mengelola komputer.
3. WYSIWYG (what you see is what you get)
4. Tidak mengelirukan pengguna.
5. Mudab dipelajari.

RAJAH 7 : TUJUAN TEORI INTERAKSI MANUSIA-KOMPUTER

11
TMKS 3063 PENGAJIAN KURIKULUM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SEKOLAH RENDAH

3.0 PENGAPLIKASIAN TEORI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TEKNOLOGI


MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH

Perkembangan pesat dalam bidang Teknologi terutama Teknologi Maklumat dan


Komunikasi (TMK) membawa banyak perubahan terhadap kaedah pengajaran dan
pembelajaran (PdP) dalam kalangan guru-guru. Pengajaran yang berteraskan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi mempunyai potensi yang besar dalam merubah cara belajar
seseorang. Ia memberi peluang kepada guru mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran.
Para pelajar turut berpeluang menentukan teknik yang bersesuaian dengan mereka dan
mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Sumber maklumat
serta rujukan juga tidak lagi terikat kepada teks daripada buku semata-mata tetapi
kombinasi dari maklumat-maklumat terkini. Selaras dengan hasrat falsafah pendidikan
negara yang ingin melahirkan warga Malaysia yang celik IT, mata pelajaran TMK ini adalah
satu mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah. Menurut Menurut Beauchamp (2014),
terdapat empat teori yang boleh digunakan oleh guru dalam mengajar mata pelajaran. Teori-
teori amat bersesuaian dengan pembelajaran abad ke-21 seperti yang digariskan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dalam tunjang ketujuh iaitu
memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Antara teori yang
sering dikaitkan dengan mata pelajaran ini adalah teori Intruktivisme, teori Konstruktivisme,
teori Kognitif dan teori yang terakhir ialah teori Interaksi Manusia-Komputer. Teori-teori ini
sebenarnya sering kali digunakan dalam bilik darjah bagi mengajar Teknologi Maklumat dan
Komunikasi.

Pengaplikasian teori yang pertama iaitu teori instruktivisme ini sering digunakan
semasa Pengajaran dan Pembelajaran TMK dalam bilik darjah. Secara umumnya,
Instruksional berasal dari kata instruction yang bererti pengajaran, pelajaran atau arahan /
instruksi. Dalam konteks pendidikan, Instruksional bermaksud pengajaran atau pelajaran.
Teori ini menekankan konsep guru memberikan arahan kepada para pelajar di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ia memberi tumpuan terhadap guru. Hal ini kerana
guru memainkan peranan paling penting dalam membolehkan proses pengajaran dan
pembelajaran boleh dilaksanakan dengan baik. Dalam konteks PdP TMK, pengaplikasian
teori ini boleh dilaksanakan dalam bilik darjah di mana guru sebagai pembimbing kepada
murid dalam mengajar sesuatu hal. Menurut Mok (2010), menyatakan bahawa guru
berperanan penting dalam membimbing murid dalam menyelesaikan masalah. Sebagai
contohnya, dalam PdP bagi Tema Pangkalan Data. Guru akan menjadi agen yang
memandu murid dalam pembelajaran dalam bilik darjah. Murid-murid pula akan mendengar

12
TMKS 3063 PENGAJIAN KURIKULUM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SEKOLAH RENDAH

arahan daripada guru. Oleh itu, sudah jelaslah bahawa teori ini amat sesuai dengan
pengajaran dan pembelajaran TMK dalam bilik darjah.

Teori ini juga amat signifikan dengan teori-teori psikologi dan teori pembelajaran
yang menjadi dasar kepada teori ini. Salah satu komponen yang menjadi dasar bagi teori ini
ialah Teori Instruksional Konstruksi Kognitif. Komponen ini menekankan bahawa
pembelajaran yang baik dan berkesan adalah pengalaman belajar melalui penemuan serta
untuk mengajar sesuatu tidak perlu menunggu sehingga kanak-kanak mencapai tahap
perkembangan tertentu. Dalam konteks PdP TMK, murid-murid akan dapat meneroka
sendiri melalui penggunaan komputer dalam pencarian maklumat. Misalnya, di dalam
pedagogi bestari, Computer Mediated Learning (CML) menggunakan komputer sebagai
media untuk pembelajaran melalui proses komunikasi seperti penggunaan buku elektronik
untuk menggantikan buku teks yang biasa digunakan dalam bilik darjah yang sebenar (Mok,
2010). Melalui hal ini, murid akan lebih mudah untuk mengakses sesuatu pembelajaran.
Izharlah bahawa teori instruktivisme ini sering digunakan dalam PdP TMK dalam bilik darjah.

Selain teori instruktivisme, terdapat juga teori konstruktivisme dalam pengajaran dan
pembelajaran TMK dalam bilik darjah. Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran
yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda pelajar. Pengetahuan
dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiri dan tidak diterima secara pasif dari
persekitarannya. Dalam hal ini guru berperanan sebagai penyelidik (Mok, 2010) . Dengan
cara ini, guru lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan.
Murid-murid pula akan dapat melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Mengikut
konteks PdP TMK, media pengajaran dan pembelajaran seperti komputer, internet, LCD,
Slaid dan sebagainya mampu menarik minat murid dalam pembelajaran serta akan dapat
mewujudkan suasana pembelajaran di mana murid terlibat secara aktif.

Teori ini juga ada menekankan bahawa pengetahuan adalah produk minda yang
dibina (konstruk) dengan pengalaman dan input baru yang diterima melalui deria-deria
sebagai hasil persepsi. Melalui pengajaran dan pembelajaran TMK, murid-murid akan dapat
mempelajari sesuatu topik dengan memberi rangsangan kepada deria-deria untuk
menghasilkan persepsi dan dan menjana pengetahuan murid. Pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan multimedia seperti komputer, video, radio, televisyen,
kamera digital, pemancar cristal cecair (LCD) dan sebagainya amat sesuai dalam membina
(konstruk) dengan pengalaman dan input baru yang diterima oleh murid melalui media-
pengajaran ini. Justeru itu, pembelajaran konstruktivisme adalah pembelajaran aktif dan
dinamik (Ragbir, 2013). Ia berhasil daripada pengubahsuaian idea-idea yang sedia ada
dengan input melalui proses asimilasi dan akomodasi dalam skema. Izharlah bahawa teori

13
TMKS 3063 PENGAJIAN KURIKULUM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SEKOLAH RENDAH

konstruktivisme ini diimplementasikan melalui pengajaran dan pembelajaran TMK dalam


bilik darjah.

Selain itu, teori konstruktivisme ini turut menumpukan kepada pembangunan diri
sendiri melalui diri sendiri (Ragbir, 2013). Hal ini bermaksud bahawa usaha murid dalam
mempelajari sesuatu perkara dalam mencapai ilmu. Dalam konteks teori ini, guru
seharusnya memainkan peranan sebagai fasilitator dalam menyelia dan memantau aktiviti
yang dijalankan oleh pelajar. Sebagai contoh di dalam kelas Teknologi Maklumat dan
Komunikasi di mana pelajar-pelajar sedang mempelajari cara menggunakan Microsoft Word.
Guru boleh membiarkan murid-murid untuk cuba meneroka setiap fungsi yang ada di dalam
software tersebut dan menyelia mereka dengan memberikan bantuan jika dirasakan perlu.

Di samping itu, teori Kognitif merupakan teori yang sering kali digunakan dalam PdP
TMK. Teori belajar kognitif ini memberikan tumpuan bahawa pembelajaran merupakan suatu
proses yang terjadi dalam akal fikiran manusia (Adenan dan Kharuddin, 2012). Ahli
kognitivis berpendapat bahawa belajar adalah suatu proses usaha yang melibatkan aktiviti
mental yang terjadi dalam diri manusia sebagai akibat dari proses interaksi aktif dengan
persekitarannya untuk memperoleh suatu perubahan dalam bentuk pengetahuan,
pemahaman, tingkah laku, keterampilan dan nilai sikap yang bersifat relatif. Dalam erti kata
lain, pengaplikasian teori kognitif dalam pengajaran dan pembelajaran TMK ini akan
menggalakkan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Hal ini kerana, aktiviti mental
yang terjadi dalam diri individu apabila melibatkan diri dalam proses interaksi aktif. Misalnya,
pengajaran dan pembelajaran TMK dalam bilik darjah di mana dapat menuntut murid untuk
menerima pengetahuan dan melibatkan aktiviti mental mereka. Oleh itu, jelas menunjukkan
bahawa teori ini amat berkait rapat dengan pengajaran dan pembelajaran TMK.

Seterusnya, terdapat dua bidang kajian dalam teori ini yang mementingkan proses
belajar daripada hasil belajar, iaitu menurut Budiningsih (2005) belajar tidak sekadar
melibatkan stimulus dan respon tetapi juga melibatkan proses berfikir yang sangat kompleks
Ilmu pengetahuan dibina dalam diri seseorang melalui proses interaksi yang
berkesinambungan dengan lingkungan. Menurut psikologi kognitivis, belajar dipandang
sebagai suatu usaha untuk mengerti sesuatu dengan jalan mengaitkan pengetahuan baru
ke dalam struktur berfikir yang sudah ada. Usaha itu dilakukan secara aktif oleh murid.
Penglibatan aktif murid ini boleh dirujuk sebagai sesuatu satu cara mencari pengalaman,
mencari informasi, memecahkan masalah, mencermati persekitaran, mempraktikkan
sesuatu untuk mencapai suatu tujuan tertentu. Sehingga, pengetahuan yang dimiliki

14
TMKS 3063 PENGAJIAN KURIKULUM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SEKOLAH RENDAH

sebelumnya sangat menentukan keberhasilan mempelajari informasi pengetahuan yang


baru. Dalam konteks PdP TMK, penglibatan murid secara aktif akan dapat dilihat melalui
penerokaan mereka menggunakan komputer dalam mencari maklumat, informasi atau untuk
menyelesaikan sesuatu hal.

Teori kognitif juga turut menumpukan kepada penguatan (reinforcement) (Ragbir,


2013). Tujuan penguatan (reinforcement) ini dilaksanakan secara amnya adalah berfungsi
sebagai umpan balik. Menurut ahli kognitivis, umpan balik ini merujuk kepada memberi tahu
tentang apa yang mungkin terjadi kalau tingkah laku diulang-ulang. Hal ini mengikut konteks
PdP TMK dalam bilik darjah, dapat dilihat melalui cara melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran di mana guru bertindak pengurus atau fasilitator untuk menangani masalah
disiplin dengan sempurna. Ini kerana murid diterima sebagai individu yang mempunyai ciri-
ciri perlakuan yang berbeza dan perlu diberi perhatian. Perkara ini sudah tentunya akan
memudahkan guru dalam menyampaikan PdP secara berkesan. Guru dapat mengenal pasti
aras pemikiran bagi kanak - kanak dan membuat perancangan yang teliti mengenai subjek
yang ingin diajarkan kepada murid. Ini membolehkan proses pembelajaran berlaku pada
tahap yang betul dan proses pembelajaran optimum dapat dicapai. Oleh itu, pengaplikasian
teori kognitif ini amat bertepatan dengan PdP TMK.

Teori yang terakhir ialah teori interaksi antara manusia. Interaksi Manusia dan
Komputer (IMK) atau Human Computer Interaction (HCI) adalah disiplin ilmu yang
berhubungan dengan perancangan, evaluasi, dan implementasi sistem komputer interaktif
untuk digunakan oleh manusia, serta pembelajaran fenomena-fenomena besar yang
berhubungan dengannya. Pada kebiasaanya, teori guru untuk membuat perancangan
pengajaran di dalam mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Perkara ini
kerana, teori ini memberikan fokus kepada penggunaan komputer atau medium interaktif
dalam membolehkan sesuatu dicapai (Herring, 2014). Dalam erti kata yang lain, dengan
membina perhubungan di antara pengguna dan komputer, pembelajaran boleh berlaku pada
tahap yang optimum dan mampu mengurangkan beban guru dalam menyediakan alatan
untuk mengajar di dalam kelas. Misalnya, menggunakan permainan interaktif di dalam
pengajaran dengan menggunakan konsep interaksi antara manusia dan komputer. Hal ini
sudah pastinya akan dapat mewujudkan PdP TMK menjadi lebih menarik dan membolehkan
proses pembelajaran berlaku pada tahap yang maksimum. Perkara ini menunjukkan
bahawa penggunaan media seperti komputer sebagai medium interaktif dalam
melaksanakan PdP adalah pilihan yang tepat dan boleh digunakan di dalam membina
rancangan pengajaran bagi mata pelajaran TMK.

15
TMKS 3063 PENGAJIAN KURIKULUM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SEKOLAH RENDAH

Kesimpulannya, teori merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada


yang memberi panduan untuk menjalankan penyelidikan bagi mendapatkan maklumat baru.
Teori turut membantu guru untuk memahami asas masalah pembelajaran khususnya dalam
konteks pendidikan khas. Teori dapat memberi panduan atau kaedah yang berkesan dan
bersesuaian untuk menyelesaikan masalah murid. Selain itu, terdapat pelbagai teori yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Oleh
itu, guru bolehlah menggunakan variasi teori yang tersedia untuk memudahkan
perancangan aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas dan mengimplementasikan setiap
apa yang terdapat teori tersebut. Kesemua teori yang dinyatakan ini merupakan teori yang
boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran TMK.

16

Anda mungkin juga menyukai