Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA MEMOHON PERUNTUKKAN KEWANGAN BAGI KEJOHANAN

BOLA SEPAK 6 SEBELAH TERTUTUP SURAU SALASMASAKIN 2024

1.0 PENDAHULUAN
Kejohanan Bola Sepak 6 sebelah tertutup Surau Salasmasakin merupakan kejohanan yang
diadakan sebagai salah satu aktiviti rakan muda adalah bertujuan untuk menjadikan sukan
sebagai budaya hidup. Pelbagai aktiviti sukan dan riadah diadakan bagi membina asas ke arah
negara bersukan sebagai gaya hidup kita.

2.0 MATLAMAT
Aktiviti ini dilaksanakan bagi mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi
intelek,rohani,emosi,jasmani, dan sosial melalui penyertaan dalam bidang sukan. Seseorang itu
wajib menyertai aktiviti bersukan untuk menyeimbangi tahap sosial mereka dalam melangkah ke
alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba memalui aktiviti riadah ini
bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuh kahidupan seharian.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Mengalakkan budaya bersukan dalam kalangan belia dan kanak-kanak
3.2 Menjadikan sukan sebagai gaya hidup sihat bagi mengatasi masalah obesiti
3.3 Menjadikan padang sebagai ‘sport center” untuk beriadah

4.0 ANJURAN
Rakan Muda Surau Salasmasakin

5.0 TARIKH DAN TEMPAT


5.1 Tarikh : 10 FEBUARI 2024
5.2 Tempat : Padang Surau Salasmasakin

6.0 SASARAN
6.1 Semua Belia dan Kanak-kanak 4 Taman (Taman desa putih, Taman utama, Taman BCB,
Taman sutera
7.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk lampiran 1

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH HARGA SEUNIT JUMLAH


(RM) KESELURUHAN
1. HAMPER 8 50 400
2. BOLA 2 50 100
JUMLAH 500

9.0 SUMBER KEWANGAN


9.1 Surau Salasmasakin

10.0 PENUTUP
Adalah diharapkan Kejohanan Bola Sepak 6 sebelah tertutup Surau Salasmasakin pada tahun ini
mendapat kerjasama daripada semua pihak dan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga
semua warga belia dan kanak kanak memanfaatkan program ini dengan sebaik mungkin dan
diharapkan segala aktiviti yang dirancang akan dapat mencapai matlamatnya serta memberikan
impak positif kepada semua.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh :

…………………………..
(Muhammad Nurwazif Zuhairi B Mohd Yajid)
Ketua Biro Rakan Muda Surau Salasmasakin
Lampiran 1
Kumpulan umur
Bil Kumpulan Umur
1 Kanak kanak 14 tahun kebawah
2 Belia 15 tahun keatas

Pecahan kumpulan
Kanak kanak Belia
A A
B B
C C
D D
Kejohanan akan bermain secara liga . Masa diperutukkan adalah selama 10 minit untuk kanak
kanak dan 15 minit untuk belia.

Tentatif Kejohanan
7.00 : Pendaftaran
7.30 : Memanaskan badan
7.45 : Kejohanan berlangsung
11.30 : Majlis Penyampaian Hadiah
12.00 : Bersurai

Anda mungkin juga menyukai