Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

KARNIVAL BOLA KERANJANG

ANJURAN:
ORPHEUS EVENTS SDN BHD

CADANGAN PENAJA

US Embassy, F&N BEVERAGES, PEAK, MOLTEN

“BADAN SIHAT, MINDA CERGAS”


KERTAS KERJA
KARNIVAL BOLA KERANJANG

1.0 PENDAHULUAN
Sukan bola keranjang adalah satu bentuk aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan
sesama murid, guru dan bekas pelajar. Dengan adanya karnival sukan sebegini akan
mencetuskan minat kepada sukan bola keranjang di kalangan murid, guru dan
masyarakat setempat yang turut terlibat secara tidak langsung dalam karnival bola
keranjang ini. Sukan bola keranjang adalah sukan yang agak asing pada kaum selain
cina dan dengan adanya carnival sebegini akan juga meningkatkan pengetahuan
semua berkenaan sukan tersebut.

Di samping itu juga ianya dapat memupuk semangat kesukanan dan pertandingan yang
sihat dalam kalangan murid. Selain daripada itu, ia dapat dijadikan sebagai satu aktiviti
kepada semua murid di samping memberikan kesedaran pentingnya sukan kepada
semua.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bola keranjang dengan
lebih menyeluruh.
2.2 Memberikan pendedahan kepada ahli kelab bola keranjang sekolah
terbabit tentang penganjuran karnival seperti ini.
2.3 Membentuk sahsiah murid agar lebih berdisiplin dengan aktiviti permainan
yang terancang.
2.4 Mengeratkan ikatan silaturrahim di antara semua murid, guru, bekas
pelajar dan masyarakat setempat melalui aktiviti yang diadakan bersama.
2.5 Memupuk budaya saing yang positif di dalam suasana pertandingan yang
komprehensif.

3.0 RASIONAL

Penganjuran karnival ini adalah salah satu usaha untuk menyediakan wadah bagi
setiap sekolah bagi meningkatkan minat para pelajar pada sukan bola keranjan dan
secara langsung akan menyumbang untuk persiapan bagi merangkul Piala Tun
Hamdan Sheikh Tahir bagi kategori lelaki dan Toh Puan Siti Zainab bagi kategori
perempuan pada kejohanan pada tahun mendatang.

Disamping itu juga, melalui karnival serupa ini juga adalah satu tempat yang sesuai
bagi bekas pelajar sekolah terbabit untuk turut serta dalam turut serta dalam Klinik yang
dianjurkan selama 2 hari. Secara tidak langsung akan dapat memupuk semangat
perpaduan dan kebersamaan diantara kalangan komuniti bekas pelajar SBP dan
pelajar semasa SBP.

4.0 SASARAN
Murid tingkatan 1 dan 2 (Pengenalan Bola Keranjang) – Kategori A

Murid tingkatan 3, 4 dan 5 (Pengukuhan kemahiran) – Kategori B

5.0 TEMPAT
Sekolah SBP yang di sarankan

3.0 STRATEGI PERLAKSANAAN

3.1 Nama Karnival : Karnival Bola Keranjang Peringkat SBP


3.2 Tempoh : February ke Mac 2018, Jun ke September 2018
3.3 Tempat : Sekolah yang dikenalpasti
3.4 Pengurus karnival : Orpheus Events Sdn Bhd

6.0 CADANGAN PENAJA

Penganjur : Orpheus Events Sdn Bhd


Pengelola : DWS Ventures
Penaja Minuman : F & N Beverages Sdn Bhd
Penaja Barangan : PEAK, MOLTEN
Bola Rasmi : Molten
7.0 PENYERTAAN
Tingkatan 1 : 60
Tingkatan 2 : 60
Tingkatan 3 : 40
Tingkatan 4 : 20
Tingkatan 5 : 20

Pegawai karnival, kelab sukan, bekas pelajar = 100orang


Anggaran peserta kejohanan = 300 orang
Tempoh kejohanan : 2 Hari

Setiap rumah sukan akan mengelola penyertaan berdasarkan kategori. Jumlah


penyertaan pelajar di sarankan agar di masukkan kedalam sistem merit
Kokurikulum
8.0 CADANGAN PELAN KARNIVAL
9.0 PAKAIAN
1.1 Semua peserta dikehendaki memakai pakaian sukan sekolah,
ber t-shirt rumah sukan dan boleh memakai jersi sekiranya ada dan
berkasut.
1.2 Mana-mana peserta yang tidak memakai pakaian sukan tidak
dibenarkan memasuki acara.
10.0 Tentatif
TARIKH TENTATIF
0700- 0800 Pendaftaran
Hari Pertama
0800-0820 – Sesi memanaskan badan
0820-0900 - Conditioning drills
0900-1000 - Fundamental drills
1000-1030 - Rehat
1030-1200 - Ball handling/Passing/dribbling drills
1200-1430 – Makan tengah hari & Solat

1500-1630 - Lay up & shooting drills


1630-1700 - Minum Petang & Solat
1700-1830 – Scrimmage

1830 Tamat Hari Pertama

0800-0820 – Sesi memanaskan badan


Hari Kedua
0820-1000 - Defense
1000-1030 - Rehat
1030-1200 - Offense
1200 - Makan tengah hari
1500-1630 - Scrimmage
1630 – Tamat program
11.0 PENUTUP

Adalah diharapkan dengan penganjuran karnival ini dapat memberi impak yang
positif terhadap perkembangan sukan bola keranjang di peringkat SBP seterusnya
merapatkan hubungan di antara bekas pelajar dan sekolah terutamanya di kalangan
bekas pemain bola keranjang.

Ianya juga boleh di jadikan satu platform bagi bekas belajar untuk menyumbang
secara terus dari pihak penaja melalui rakan-rakan perniagaan yang lain kepada
komuniti SBP khasnya buat anak-anak dibangku sekolah.

Karnival ini juga boleh dianggap sebagai satu program sarana pihak luar kepada
komuniti pendidikan di peringkat SBP

Semoga kejayaan penganjuran karnival ini dapat dijadikan inspirasi kepada seluruh
pasukan bola keranjang SBP di negara ini keharmonian hidup bermasyarakat
melalui sukan di peringkat akar-umbi serta keperluan hubungan baik dengan
generasi remaja yang bakal mengambil ambil kepimpinan negara di masa hadapan.

Disediakan oleh,

……………………………………
(Abdul Muthalib Zulkarnain)
CEO, Orpheus Events

Ref:
http://ihsankuantan.blogspot.my/2013/08/klinik-bola-keranjang-us-embassy.html

Anda mungkin juga menyukai