Anda di halaman 1dari 6

KEJOHANAN BOLA BALING PIALA GURU BESAR SK SEGAMAT BARU LP BAWAH 12 2019

SEKOLAH KEBANGSAAN SEGAMAT BARU


JALAN SERIKAYA 12, SEGAMAT BARU
85000 SEGAMAT
JOHOR DARUL TA’ZIM

KERTAS KERJA
KEJOHANAN BOLA BALING PIALA GURU BESAR SK SEGAMAT BARU
LELAKI/PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN
SEGAMAT 2019

1.0 PENGENALAN

Bola baling merupakan satu sukan yang semakin meningkat naik dalam arena sukan
antarabangsa. Namun, negara kita agak ketandusan bakat-bakat dalam lapangan sukan
ini. Menyedari hakikat itu, Kelab Bola Baling SK SEGAMAT BARU mengambil
inisiatif untuk mencungkil bakat- bakat para pelajar dengan menganjurkan
KEJOHANAN BOLA BALING PIALA GURU BESAR SK SEGAMAT BARU
LELAKI/PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN SEGAMAT 2019. Ini merupakan
kesinambungan dengan matlamat pendidikan negara yang mahu melahirkan insan yang
baik dan sempurna supaya menjadi warganegara yang baik dan berguna. Dengan kata
lain, kejohanan ini juga dapat memperlihatkan potensi diri seseorang dan dapat
dikembangkan secara menyeluruh dan seimbang.

2.0 RASIONAL

Penganjuran pertandingan ini adalah bertujuan untuk meperkenalkan sukan bola


baling di kalangan pelajar-pelajar SK SEGAMAT BARU. Selain itu ia juga bertujuan
untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar SK SEGAMAT BARU kepada
suasana dan persekitaran bola baling. Ia juga akan menjadi satu platform untuk
mencungkil bakat terpendam pelajar-pelajar di dalam sukan ini dan mengenalpasti
pelajar-pelajar yang mempunyai kebolehan dan bakat untuk mewakili sekolah di dalam
sukan ini ke peringkat yang tertinggi. Kejohanan ini juga akan menjadi permulaan
kepada menjadikan sukan ini salah satu sukan utama di SK SEGAMAT BARU.

KELAB BOLA BALING SKSB 2019 Page 1


KEJOHANAN BOLA BALING PIALA GURU BESAR SK SEGAMAT BARU LP BAWAH 12 2019

3.0 OBJEKTIF

 Memupuk minat pelajar dalam permainan sukan bola baling.


 Mendedahkan murid kepada peraturan dan cara permainan bola baling.
 Mencungkil bakat terpendam pelajar di dalam sukan ini untuk mewakili sekolah ke
peringkat yang tertinggi
 Mengeratkan hubungan antara pelajar dan komuniti sukan bola baling daerah.
 Menimbulkan rasa seronok dikalangan murid dalam permainan bola baling.
 Mendedahkan guru-guru dan pelajar kepada pengurusan sesuatu kejohanan
khususnya bola baling.

4.0 ANJURAN

Kelab Bola Baling Sekolah Kebangsaan Segamat Baru

5.0 KERJASAMA

Persatuan Bola Baling Daerah Segamat (SHA)

6.0 TARIKH DAN MASA

6.1 HARI : SABTU


6.2 TARIKH : 19 JANUARI 2019
6.3 MASA : 8.00 PAGI hingga 1.00 PETANG

7.0 TEMPAT

Padang sekolah, Sekolah Kebangsaan Segamat Baru

8.0 SASARAN PENYERTAAN

Semua pelajar lelaki dan perempuan bawah 12 Tahun sekolah-sekolah daerah Segamat:

1. 1 pasukan lelaki
2. 1 pasukan perempuan

KELAB BOLA BALING SKSB 2019 Page 2


KEJOHANAN BOLA BALING PIALA GURU BESAR SK SEGAMAT BARU LP BAWAH 12 2019

9.0 TENTATIF PROGRAM

SABTU ( 19 JANUARI 2019 )

7.30 pagi : Pendaftaran pasukan dan peserta kejohanan


8.00 pagi : Kejohanan bermula
11.30 pagi : Perlawanan Separuh Akhir Kategori Perempuan
12.00 tengahari Perlawanan Separuh Akhir Kategori Lelaki
12.30 tengahari : Perlawanan Akhir Kategori Perempuan
1.00 petang Perlawanan Akhir Kategori Lelaki
1.30 petang : Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah

10.0 JAWATAN KUASA INDUK KEJOHANAN

PENAUNG
IHLAM GANESH BIN ABDULLAH
PRESIDEN
PERSATUAN BOLA BALING DAERAH SEGAMAT

PENASIHAT
SITI AISAH BINTI KOMENG
GURU BESAR SK SEGAMAT BARU

PENGERUSI
NORAINI BINTI AWANG
GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM
SK SEGAMAT BARU

NAIB PENGERUSI 1
SAODAH BINTI ABU
GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM
SK SEGAMAT BARU

NAIB PENGERUSI 2
JALIAH BINTI MOHAMAD@RAMLI
GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
SK SEGAMAT BARU

SETIAUSAHA
MOHD HELMY BIN JAMHURI

KELAB BOLA BALING SKSB 2019 Page 3


KEJOHANAN BOLA BALING PIALA GURU BESAR SK SEGAMAT BARU LP BAWAH 12 2019

BENDAHARI PENYELARAS
ANIDAH BINTI JUHANI NORYAZID BIN ARPAN

11.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN

PENDAFTARAN
ROSZETA BINTI MOHD NOR

PERALATAN, PERSIAPAN TEMPAT DAN SIARAYA


MOHD HELMY BIN JAMHURI
MOHD FAUZAN BIN MOHAMAD
NORYAZID BIN ARPAN

KESELAMATAN DAN PERUBATAN


ANIDAH BINTI JUHANI
MOHD FAUZAN BIN MOHAMAD

PENGACARA MAJLIS
MOHD HELMY BIN JAMHURI

MAKANAN DAN MINUMAN


ROSZETA BINTI MOHD NOR

PENCATAT
MOHD HELMY BIN JAMHURI

HADIAH DAN CENDERAMATA


NURUL FATIHAH BINTI ZAKARIA
NURDIANA BINTI JOHARY

FOTOGRAFI, DOKUMENTASI DAN BUKU PROGRAM


MOHD FAUZAN BIN MOHAMAD

TEKNIKAL DAN KEPENGADILAN


MOHD HELMY BIN JAMHURI
KETUA PENGADIL DAERAH

KELAB BOLA BALING SKSB 2019 Page 4


KEJOHANAN BOLA BALING PIALA GURU BESAR SK SEGAMAT BARU LP BAWAH 12 2019

12.0 KEWANGAN

12.1 Anggaran pendapatan :

Sumber Pendapatan
1. Yuran pendaftaran pasukan RM 720.00
2. Unit Ko-kurikulum SK SEGAMAT BARU RM 292.00
JUMLAH RM 1160.00

12.2 Anggaran belanjawan :

Perkara Kuantiti Jumlah


Pingat :
Johan : RM 5.00 x 12 x 2 kategori
RM 480.00
N. Johan : RM 5.00 x 12 x 2 kategori
Ketiga : RM 5.00 x 24 x 2 kategori
1. Hadiah
Piala kejohanan :
1. Piala pusingan : RM 50 x 1 RM 110.00
2. Piala iringan : RM 30 x 2 kategori

Kecemerlangan : RM 1.50 x 144


Johan : 24 sijil
Naib Johan : 24 sijil
RM 216.00
Ketiga : 48 sijil
2. Sijil penyertaan
Kelima : 24 sijil
keenam : 24 sijil
Penghargaan jurulatih : RM 1.50 x 24 RM 36.00
Sarapan : RM 2.00 x 12 RM 24.00
3. Makanan AJK Tengahari : RM 5.00 x 12 RM 60.00
Air mineral : RM 10.00 x 2 kotak RM 20.00
4. Saguhati Pengadil RM 20.00 x 8 orang RM 160.00
5. Rencam (ubatan, alat tulis) RM 54.00
JUMLAH RM 1160.00

KELAB BOLA BALING SKSB 2019 Page 5


KEJOHANAN BOLA BALING PIALA GURU BESAR SK SEGAMAT BARU LP BAWAH 12 2019

13.0 PENUTUP

Diharapkan dengan penganjuran karnival ini, Kelab Bola Baling SK SEGAMAT


BARU dapat mencungkil bakat-bakat baru di dalam sukan ini untuk mewakili pasukan
sekolah ke kejohanan peringkat tertinggi dalam dan luar daerah Segamat. Semoga apa yang
dirancangkan juga akan dapat direalisasikan dengan menepati segala objektif yang
digariskan dan seterusnya dapat memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar
dan guru tentang persediaan, pengurusan, pentadbiran serta pelaksanaan sesuatu
pertandingan bagi menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran serta melaksanakan
sesuatu program berkaitan sukan di sekolah kelak. Diharapkan agar segala aktiviti yang
telah dirancang dapat dijayakan dengan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak.
Semoga pertandingan bola baling ini juga dapat memberi manfaat dan pengalaman kepada
guru-guru dan pelajar tentang peranan dan tanggungjawab mereka dalam melahirkan
generasi yang berilmu pengetahuan luas dalam bidang pengurusan dan pentadbiran sukan
bola baling ini.

Disediakan oleh:

…………………………..
(MOHD HELMY BIN JAMHURI)
Setiausaha
Kejohanan Bola Baling Piala Guru Besar Sk Segamat Baru Lelaki/Perempuan Bawah 12
Tahun Segamat 2019
Sekolah Kebangsaan Segamat Baru

Disahkan oleh:

……………………………………..
(NORAINI BINTI AWANG)
Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum
Sekolah Kebangsaan Segamat Baru

Diluluskan oleh:

………………………………..
(SITI AISAH BINTI KOMENG)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Segamat Baru

KELAB BOLA BALING SKSB 2019 Page 6

Anda mungkin juga menyukai