Anda di halaman 1dari 17

EDUP3033: MURID DAN PEMBELAJARAN

TOPIK : PEDAGOGI MASA KINI


KERANGKA KEMAHIRAN PEDAGOGI
KERANGKA KEMAHIRAN PEDAGOGI
★ Kemahiran Pembelajaran dan Inovasi

➔ Keperluan yang dapat membantu murid untuk menghadapi hidup yang


kompleks dan persekitaran kerja yang mencabar dan mendesak.

➔ Pembelajaran berfokus kepada kreativiti, pemikiran kritis, komunikasi dan


kerjasama.

➔ Murid perlu diajar untuk mengajar diri sendiri (berpusatkan murid).

➔ Guru bukan sekadar penyampai ilmu, malah merangsang inovasi dalam


kalangan murid dengan idea-idea kreatif.
➔ Kemahiran belajar dan inovatif ialah gabungan

a) Kemahiran kognitif; (berfikir secara kreatif dan kritikal)

b)Tingkah laku kemahiran; (menyelesaikan masalah, menangani risiko)

c) Kemahiran kegunaan; (menulis, membaca, numerasi)

d)Kemahiran teknikal (teknik-teknik penyelidikan, pengurusan projek atau


kejuruteraan)
★Kesimpulan
➔ Kemahiran belajar dan inovasi abad ke-21merangkumi aspek berfikir secara
kreatif (sumbang saran, mencipta idea baru bermanfaat).

➔ Guru boleh membimbing murid untuk memperbaiki, menganalisis dan menilai


idea bagi memaksimumkan daya usaha kreatif.

➔ Murid berupaya membangun, melaksana dan berkomunikasi mengenai idea


baharu secara berkesan, terbuka dan responsif terhadap perspektif baharu
secara koperatif.

➔ Komitmen positif diperlukan dalam kemahiran belajar seperti mempamerkan


ciri ketulenan dan daya cipta dalam bekerja serta memahami had keupayaan
diri sebenar agar kegagalan dapat dihadapi sebagai peluang belajar.
Kemahiran teknologi
maklumat, media dan
komunikasi
A. Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi
❖ Mampu merangsang pembelajaran dengan berkesan, serta memberi dimensi
pembelajaran kendiri.

❖ Dapat mencetuskan pemikiran kreatif, inovatif dan positif semasa belajar.

❖ Dapat meningkatkan daya intelek, sahsiah dan hubungan sosial seseorang.

❖ Perolehan ilmu dengan cepat, mudah dan tepat.

❖ Menguatkan keupayaan mereka untuk berfikir, berkomunikasi, bekerjasama


dan mewujudkan situasi masyarakat berilmu dalam abad ke-21 ini.

❖ Meningkatkan kesedaran akan persaingan dan kehendak global.


A.Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi

★ Konsep pembelajaran ini sesuai dan memberi impak yang tinggi.

★ Memudahkan pengguna berkongsi maklumat dalam bentuk audio, video, teks,


frafik dan animasi.

★ Mendesak perubahan dalam pedagogi daripada berpusatkan guru kepada


murid.

★ Sudah pasti persekitaran dan suasana pembelajaran turut berubah daripada


pembelajaran pasif kepada aktif.
B. Literasi Media
➢ Pengetahuan mengenai pelbagai media yang berfungsi dalam masyarakat.

➢ Bertujuan membantu masyarakat agar mempunyai pengetahuan dan


pemahaman yang cukup tentang isi media, agar dapat mengendalikan
pengaruh media dalam kehidupan.

➢ Menghasilkan masyarakat yang ‘well informed’ serta dapat membuat


penilaian terhadap content (kandungan) media.
Kemahiran kehidupan dan kerjaya
★ Ilmu dan kemahiran merupakan satu perkara yang penting
dalam kehidupan manusia.

★ Perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini


berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu
pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri.

★ Sesuatu bangsa yang dapat menguasai ilmu pengetahuan dan


kemahiran terbukti dapat mengurus kehidupan dengan baik.

★ Untuk menghasilkan modal insan yang seimbang dan


menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial, seseorang memerlukan penguasan kemahiran
kehidupan yang holistik.
Kemahiran-kemahiran tersebut ialah :

1. Kemahiran ilmu agama


2. Kemahiran pengurusan kewangan
3. Kemahiran temu duga
4. Kemahiran dwibahasa dan bahasa Inggeris
5. Kemahiran komunikasi
6. Kemahiran pengurusan masa
7. Kemahiran kerja berpasukan
8. Kemahiran kerjaya
Guru perlu memupuk semangat keupayaan diri murid untuk mempelajari
tabiat positif. Misalnya:

➔ Mengenal pasti dan menukar pemikiran, persepektif, tabiat, tindakan dan niat
yang menghantar diri anda ke jalan yang salah kepada keperibadian dan
akhlak baik untuk meneruskan kehidupan.

➔ Melihat sesuatu perkara dengan positif.

➔ Berfikir di luar kotak.

➔ Keluar daripada zon selesa.

➔ Tahu secara implisit tentang kebenaran diri kita.


Kemahiran kehidupan dan kerjaya

KESIMPULANNYA
★ Keperluan kemahiran dalam kehidupan dan kerjaya amat
perlu dalam kurikulum pendidikan pada masa ini

★ Kemahiran ini direka untuk mengajar dan menyedarkan


murid mengenali diri dengan lebih baik serta membantu
anda membuat pilihan yang lebih bijak.
TUGASAN KUMPULAN

Bincangkan kepentingan pengaplikasian Kemahiran


Kehidupan dan Kerjaya dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah.
SEKIAN,
TERIMA KASIH….

Anda mungkin juga menyukai