Anda di halaman 1dari 66

TOPIK 5 :

TEORI-TEORI PEMBELAJARAN
Hasil Pembelajaran
Menganalisis teori-teori pembelajaran dan implikasi terhadap
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah;
 Teori Pembelajaran Kognitif
- Kohler - Piaget - Gagne - Bruner – Ausubel
 Teori Pembelajaran Konstruktivis
- Piaget - Vygotsky
TEORI PEMBELAJARAN
KOGNITIF
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
Tokoh-Tokoh Teori Pembelajaran Kognitif

Kohler Bruner

Piaget
Ausubel

Gagne
Fokus Teori Kognitif
Proses pemikiran (kognitif/mental):
1. Aspek dalaman (internal)
2. Proses pemikiran tidak dapat dilihat
3. Berfikir secara serius untuk menyelesaikan masalah
4. Pembelajaran berlaku walaupun seseorang individu
itu tidak melakukan sebarang perlakuan (diam) –
sedang berfikir secara serius untuk selesaikan
masalah.
Prinsip Utama Teori Kognitif
1. Pembelajaran ialah proses penyelesaian masalah
yang melibatkan proses pemikiran yang aktif.
2. Penyelesaian masalah juga melibatkan proses celik
akal (insight).
Proses Mental yang Aktif dalam Teori Kognitif
1. Mengumpul,
2. Menyimpan,
3. Mengingat dan
4. Menggunakan ilmu/maklumat/fakta
konsep lama dan baru untuk sesuatu
menyelesaikan masalah
Celik Akal dalam Teori Kognitif
 Idea (ilham) timbul secara spontan
 Bagaimanakah individu memperoleh idea yang
baik atau bernas?
 Jawapan: Berfikir secara serius (brainstorming)
 Kebolehan mental seseorang untuk
menyelesaikan masalah secara spontan.
 Keupayaan mental untuk menggabungkan unsur-
unsur berlainan untuk membuat pertalian
antaranya.
Teori Pembelajaran Celik Akal
Wolfgang Kohler (1887-1967)
Eksperimen Kohler (1925)
 Mengkaji cara cimpanzi menyelesaikan masalah
 Cimpanzi (binatang) mampu berfikir seperti manusia –
Sifat-sifat fizikalnya hampir sama dengan manusia
 Pendekatan kognitif
 Mengkaji cara seekor cimpanzi (Sultan) untuk
menyelesaikan masalah:
Mendapatkan sebiji pisang yang tergantung di
bumbung sangkarnya.
 Melompat-lompat untuk mendapatkan pisang - gagal
Teori Pembelajaran Celik Akal Wolfgang Kohler

Eksperimen Kohler (1925)


• Cimpanzi itu tiba-tiba dapat melihat pertalian antara
susunan kotak-kotak dengan cara mendapat pisang
tersebut.
• Akhirnya, cimpanzi itu dapat menyelesaikan masalah
untuk memperoleh pisang yang tergantung di
bumbung sebuah bilik dengan menyusun kotak-kotak
yang terdapat di dalam sangkarnya dan berjaya
mendapatkannya.
• Cimpanzi itu telah menggunakan celik akalnya untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Teori Pembelajaran Celik Akal Wolfgang
Kohler
Eksperimen Kohler (1925)
Teori Pembelajaran Celik Akal Wolfgang Kohler

Implikasi Teori Pembelajaran Celik Akal Kohler terhadap


PdP
1.Guru perlu menggalakkan murid agar menggunakan celik
akalnya untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam
pelajarannya.
2.Membimbing murid untuk menggunakan persepsinya
untuk menghubungkaitkan masalahnya dengan elemen-
elemen persekitaran
3.Menyampaikan pengajaran secara sistematik iaitu menurut
langkah demi langkah dan mengikut urutan yang sesuai
4.Membimbing murid untuk menyelesaikan masalah dengan
menggunakan teknik penyoalan yang baik
Teori Pembelajaran Celik Akal Wolfgang Kohler

Kesimpulan Teori Pembelajaran Celik Akal Kohler


1. Manusia mempunyai struktur kognitif
2. Minda akan menyusun maklumat-
maklumat yang terpisah sebagai suatu organisasi.
3. Individu menggunakan celik akal untuk
menambahkan maklumat kepada pengalaman dan
input melalui anggota deria untuk menghasilkan
gambaran baru.
Teori Pembelajaran Jean Piaget
(1970)
 Seorang ahli psikologi yang berasal dari
Switzeland dan terkenal dengan kajian
perkembangan kognitif kanak-kanak
 Perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza-beza
mengikut peringkat umur:
 Peringkat Deria Motor (0-2 tahun)
 Peringkat Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)
 Peringkat Operasi Konkrir (7-12 tahun)
 Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)
Teori Pembelajaran Jean Piaget (1970)
1. Peringkat Deria Motor (0-2 tahun)
 Kemampuan terbatas
 Otaknya masih baru- belum banyak berkerja
 Suka membuat pemerhatian diikuti dengan gerak balas
 Belum menguasai simbol/bahasa
 Berkomunikasi melalui gerak-geri/ memegang/
menghisap
 Tidak mempunyai konsep pengekalan
Teori Pembelajaran Jean Piaget (1970)
2. Peringkat Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)
 Telah mula menguasai bahasa/bercakap
sendiri/egosentrik (peringkat awal)
 Boleh menggunakan simbol
 Mula meneroka alam sekitar/suka bertanya
 Boleh berimaginasi/mencipta pelbagai benda
 Cuba menghubungkan simbol dan perkataan dengan
objek dengan cara intuisi – bukan dengan cara
penaakulan (reasoning)
 Pemikiran sehala merasa/sentiasa benar
Teori Pembelajaran Jean Piaget (1970)
3. Peringkat Operasi Konkrir (7-12 tahun)
 Perasaan ingin tahu/belajar semakin tinggi
 Penguasaan pertuturan yang baik
 Menguasai konsep
pengekalan/paduan/nombor/berat/padatan
 Boleh mengklafikasikan
 Minat sentiasa berubah-ubah
 Selalu putus asa bila/kecewa bila keinginan tidak
tercapai
 Boleh menimbangkan sesuatu perkara sebelum
membuat keputusan.
Teori Pembelajaran Jean Piaget (1970)
4. Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)
 Peringkat perkembangan kognitif tertinggi
 Dapat mengurus/mengolah persekitaran
 Mampu untuk menerima pelbagai kemungkinan
daripada tindakan mereka
 Perkembangan fizikal lebih pantas berbanding mental
 Boleh memahami konsep abstrak
 Sedar tentang falsafah hidup/etika/politik/agama
Teori Pembelajaran Jean Piaget (1970)
Piaget mencadangkan lima konsep asas dalam pembelajaran
iaitu:
1. Skema (Schema)
2. Adaptasi (Adaptation)
3. Keseimbangan(Equilibration)
4. Asimilasi (Assimilation)
5. Akomodasi (Accomodation)
Teori Pembelajaran Jean Piaget (1970)
1. Skema (Schema)
 Proses penyusunan dan pembentukan skema ini dipanggil
ORGANISASI dan bermula sebaik sahaja seseorang individu
dilahirkan.
 Bermula dengan pembentukan skema yang mudah kemudian
beransur kepada skema yang lebih kompleks. Contoh : Kanak-
kanak membina skema-skema untuk mengkategori sesuatu
benda/skema untuk mengenal huruf.
 Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk ini akan
berdepan dengan situasi yang baru. Contoh : Kanak-kanak
yang telah mengenal huruf berdepan dengan situasi baru
untuk menyusun huruf-huruf tersebut membentuk perkataan.
Teori Pembelajaran Jean Piaget (1970)
2. Adaptasi (Adaptation)
 Adalah Proses perubahan/pertukaran skema lama kepada
skema baru dimana melibatkan dua proses yang saling berkait
iaitu akomodasi dan asimilasi untuk mencapai keseimbangan.
 Jika kita menggunakan skema baru untuk sesuatu situasi
maka keseimbangan akan berlaku tetapi sekiranya skema
baru tidak memberi penyesuaian yang baik maka
ketidakseimbangan akan berlaku
 Jika ketidakseimbangan berlaku, kita akan terus membina
skema-skema baru untuk disesuaikan dengan situasi baru
tersebut.
Teori Pembelajaran Jean Piaget (1970)
1. Keseimbangan(Equilibration)
 Proses mengorganisasi,mengasimilasi dan
mengakomodasi adalah proses yang digunakan oleh
individu untuk mencapai keseimbangan dimana
individu akan terus menguji minda mereka untuk
mencari keseimbangan.
 Keseimbangan akan berlaku jika berjaya menggunakan
skema baru untuk sesuatu situasi / pengalaman yang
baru.
Teori Pembelajaran Jean Piaget (1970)
4. Asimilasi (Assimilation)
 Berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman
baru dan cuba untuk menyesuaikan pengalaman ini
dengan skema-skema yang telah sedia ada.
 Contoh: dalam mengenal huruf, kanak-kanak mungkin
akan menyatakan ‘d’ sebagai ‘b’ apabila diperkenalkan.
 Melalui pengalaman dan bimbingan, kanak-kanak
akan cuba memadankan pengetahuan baru ini dengan
skema lama yang telah ada.
Teori Pembelajaran Jean Piaget (1970)
5. Akomodasi (Accomodation)
 Berlaku apabila individu dapat menukar skema lama
untuk disesuaikan dengan pengalaman baru.
 Individu akan mengubah cara pemikiran untuk
disesuaikan.
 Akomodasi dengan pengalaman baru dan seterusnya
membentuk skema baru.
 Contoh: Apabila kanak-kanak dapat mengenal dan
membezakan ‘d’ daripada ‘b’.
Teori Pembelajaran Robert Gagne
(1916-2002)

Gagne telah memperkenalkan Pemprosesan maklumat


 Organisma menerima pelbagai rangsangan daripada
persekitaran secara sedar atau tidak sedar
 Rangsangan diproses oleh pancaindera
 Maklumat disimpan dalam ingatan jangka pendek atau
ingatan jangka panjang
Teori Pembelajaran Robert Gagne (1916-2002)

Teori Pemprosesan Maklumat


 Gagne telah menganjurkan tugas pembelajaran bagi
kemahiran intelektual disusun dalam bentuk hiraki.
 Pembelajaran mengikut peringkat daripada asas sehingga
peringkat yang lebih kompleks
 8 peringkat dalam proses mengubah maklumat kepada
pengetahuan yang dipelajari (learned knowledge)
Teori Pembelajaran Robert Gagne (1916-2002)

Hierarki Pembelajaran Gagne


 Pembelajaran Isyarat
 Pembelajaran Gerak balas
 Pembelajaran Rangkaian motor
 Pembelajaran Pertalian bahasa
 Pembelajaran Diskriminasi
 Pembelajaran Konsep
 Pembelajaran Prinsip/hukum
 Pembelajaran Penyelesaian masalah
Teori Pembelajaran Robert Gagne (1916-2002)
Teori Pembelajaran Robert Gagne (1916-2002)
Fasa Pembelajaran Gagne
1) FASA MOTIVASI
Jangkaan

2) FASA KEFAHAMAN
Perhatian dan pemilihan persepsi

3) FASA PEMEROLEHAN
Pengekodan-maklumat disimpan

4) FASA PENAHANAN
Menyimpanan ingatan
Teori Pembelajaran Robert Gagne (1916-2002)
Fasa Pembelajaran Gagne (sambungan)
5) FASA INGATAN KEMBALI

Mengingat Kembali-Mencari

6) FASA GENERALISASI

Pemindahan pembelajaran
7) FASA PERLAKUAN
Gerak balas

8) FASA MAKLUM BALAS


Peneguhan
Teori Pembelajaran Penemuan
Jerome S. Bruner (1915 – 2009)
1.S.Bruner seorang ahli psikologi dari
Universiti Harvard, Amerika Syarikat.
2.Mempelopori aliran psikologi kognitif yang
memberi dorongan  agar memberikan perhatian
pada pentingnya pengembangan berfikir.
3.Banyak memberikan pandangan mengenai
perkembangan kognitif manusia, bagaimana
manusia belajar, atau memperoleh pengetahuan
dan mentransformasi pengetahuan.
Teori Pembelaran Penemuan Bruner (1915 – 2009)
4. Memandang bahawa manusia sebagai
pemproses, pemikir dan pencipta informasi.
5.Bruner menyatakan belajar merupakan suatu
proses aktif yang memungkinkan manusia
untuk menemukan hal-hal baru di luar
informasi yang diberikan kepada dirinya.
Teori Pembelaran Penemuan Bruner (1915 – 2009)
Menurut Bruner, dalam proses pembelajaran murid akan
melalui tiga tahap, iaitu:
1.Tahap informasi (tahap penerimaan bahan/maklumat)
• Dalam tahap ini, seorang murid yang sedang belajar
memperoleh sejumlah keterangan mengenai bahan
yang sedang dipelajari.
2. Tahap transformasi (tahap pengubahan
bahan/maklumat)
• Dalam tahap ini, informasi yang telah diperoleh itu
dianalisis, diubah atau ditransformasikan menjadi
bentuk yang abstrak atau konseptual.
Teori Pembelaran Penemuan Bruner (1915 – 2009)
Menurut Bruner, dalam proses pembelajaran murid
akan melalui tiga tahap, iaitu:
3. Tahap evaluasi/penilaian
• Dalam tahap evaluasi, seorang murid menilai
sendiri sejauh mana informasi yang telah
ditransformasikan tadi dapat dimanfaatkan
untuk memahami gejala atau masalah yang
dihadapi.
Teori Pembelaran Penemuan Bruner (1915 – 2009)
Menurut Bruner, perkembangan kognitif seseorang
terjadi melalui tiga tahap, iaitu:
1.Tahap enaktif (0-3 tahun)
• Dalam memahami dunia kanak-kanak mengunakan
pengetahuan psikomotor: sentuhan, pegangan dll.
2. Tahap ikonik (3-8 tahun)
• Seseorang memahami objek-objek atau dunianya
melalui gambar-gambar atau visual.
3. Tahap simbolik (lebih 8 tahun)
• Seseorang memahami dunia melalui simbol-simbol
bahasa, logik, matematik dll.
Teori Pembelaran Penemuan Bruner (1915 – 2009)
Bruner telah memperkenalkan pembelajaran
konsep melalui penemuan/Penerokaan.
 Pembelajaran konsep melibatkan tiga proses:
i. Mengingat kembali.
ii. Membuat perkaitan antara maklumat baru
dengan maklumat lama
iii. membuat subkategori
 Pembelajaran konsep merupakan proses pembinaan
pengetahuan.
Teori Pembelaran Penemuan Bruner (1915 – 2009)
Langkah-langkah pembelajaran
penemuan/discovery iaitu:
1.Menentukan tujuan pembelajaran
2.Melakukan analisis kebolehan pelajar
(kemampuan awal, minat, gaya belajar dan
sebagainya)
3.Memilih bahan pelajaran
Teori Pembelaran Penemuan Bruner (1915 – 2009)

4.Menentukan topik-topik yang dapat dipelajari


murid secara induktif (dari contoh-contoh kepada
generalisasi).
5.Mengembangkan bahan-bahan pembelajaran yang
berupa contoh-contoh, ilustrasi, tugasan, dan
sebagainya untuk dipelajari murid.
6.Menyusun topik-topik pelajaran dari yang
sederhana kepada yang kompleks, dari yang konkrit
kepada yang abstrak, atau dari tahap enaktik, ikonik
sampai kepada tahap simbolik melakukan penilaian
proses dan hasil pembelajaran murid.
Teori Pembelaran Penemuan Bruner (1915 – 2009)
Dasamping itu ada beberapa cadangan tambahan yang
berdasarkan pendekatan pembelajaran penemuan/discovery
learning terhadap pengajaran.
1.Mendorong memberikan “dugaan sementara” dengan
mengemukakan soalan-soalan.
2.Menggunakan berbagai alat persembahan dan permainan
3.Guru harus mendorong murid untuk memuaskan
keingintahuan jika mereka ingin mengembangkan
pikirannya atau idea-idea yang kadang-kadang tidak ada
kaitan dengan mata pelajaran
4.Gunakan sejumlah contoh yang belawanan dengan mata
pelajaran yang berkaitan dengan dengan topik.
Teori Pembelaran Penemuan Bruner (1915 – 2009)
Implikasi Teori Pembelajaran Penemuan Bruner.
1. Menurut Bruner pembelajaran bermakna hanya
akan berlaku melalui pembelajaran penemuan
(discovery learning).
2. Pengetahuan yang diperoleh melalui pembelajaran
penemuan bertahan lama, dan mempunyai kesan
yang lebih baik.
Teori Pembelaran Penemuan Bruner (1915 – 2009)
Implikasi Teori Pembelajaran Penemuan Bruner.
3. Pembelajaran penemuan meningkatkan
kemampuan berfikir secara bebas, dan memilih
keterampilan-keterampilan kognitif untuk
penemuan dan penyelesaian masalah.
4. Lebih mengutamakan proses pembelajaran
berbanding hasil tingkahlaku yang dapat
perhatikan (seperti dalam pembelajaran
behavioris)
Teori Pembelaran Resepsi David P. Ausubel
(1918-2008) 
 Seorang ahli psikologi Amerika.
 Telah memberi banyak sumbangan yang
penting khususnya dalam bidang psikologi
pendidikan, sains kognitif dan juga pembelajaran
pendidikan sains.
 Mengemukakan teori pembelajaran yang
mengatakan manusia memperoleh ilmu
kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi
dan bukan daripada pembelajaran penemuan atau
dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori.
Teori Pembelajaran Resepsi David P. Ausubel (1963, 1977)
Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan
dalam pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua
perkara berikut:
 Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan
pembelajaran resepsi (penerimaan) atau model pengajaran
ekspositori kerana guru dapat menyampaikan maklumat yang
lengkap dalam susunan yang teratur seperti dalam kaedah
kuliah.  
 Menggunakan penyusunan awal dalam pengajaran untuk
menggalakkan pelajar mengingat semula konsep yang telah
dipelajari dan mengaitkannya dengan konsep baru yang akan
dipelajari serta mengingatkan mereka tentang perkara-
perkara penting dalam sesuatu tajuk pelajaran.
Teori Pembelajaran Resepsi David P. Ausubel (1963, 1977)
 Model pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh
Ausubel menekankan penerangan bahan pembelajaran
oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun dan dijelaskan
menurut urutan serta fakta yang lengkap.
 Menegaskan pembelajaran sepatutnya berkembang dalam
bentuk deduktif daripada am kepada spesifik atau daripada
prinsip kepada contoh (Woolfolk, 1998).
Teori Pembelajaran Resepsi David P. Ausubel (1963, 1977)
 Penyusunan awal (advance organizer) telah diperkenalkan
oleh Ausubel untuk menyesuaikan skema pelajar dengan
bahan pembelajaran, supaya pembelajaran optimal berlaku.
 Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian
tersebut ialah memulakan pembelajaran berpandukan
kepada “penyusunan awal”.
 Ia merupakan struktur yang menerangkan hubungan antara
konsep-konsep yang hendak disampaikan pada hari tersebut.
Teori Pembelajaran Resepsi David P. Ausubel (1963, 1977)
 Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan kepada
guru dan pelajar tentang perkara-perkara yang perlu
difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran.
 Penyusunan awal juga boleh menghubungkan konsep baru
dengan konsep yang telah dipelajari. Jadi terdapat tiga
tujuan penggunaan penyusunan awal, iaitu
i. memberi gambaran tentang apa yang penting dalam
pelajaran.
ii. menjelaskan hubungan antara konsep yang akan
dihuraikan.
iii.menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula
konsep berkaitanyang telah dipelajari.
Teori Pembelajaran Resepsi David P. Ausubel (1963, 1977)
  Ausubel telah memperjelaskan pembelajaran resepsi
(reception learning)
 Dalam pembelajaran resepsi, isi kandung (content) penting
pelajaran yang hendak disampaikan kepada pelajar adalah
dalam bentuk yang lengkap.
 Pembelajaran tidak melibatkan sebarang penemuan
maklumat tetapi pelajar-pelajar hanya perlu
menginternalisasikan bahan atau mencantumkan maklumat
dalam struktur kognitifnya dan mengeluarkannya pada masa
yang diperlukan.
Teori Pembelajaran Resepsi David P. Ausubel (1963, 1977)
 Dalam pengajaran eksposisi yang baik, guru akan
menstrukturkan dan menerangkan tajuk-tajuk
matematik supaya pelajar boleh mengorganisasikan
atau menyusun tajuk tersebut dan
menghubungkaitkan dengan tajuk yang lepas yang
telah dipelajarinya.
 Ini akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan
dan efisien.
Teori Pembelajaran Resepsi David P. Ausubel (1963, 1977)
 Mengikut Ausubel terdapat dua prasyarat bagi
pembelajaran resepsi bermakna (meaningful reception
learning)
i. pembelajaran resepsi bermakna hanya akan berlaku jika
pelajar mendapat set pembelajaran yang bermakna.
ii.tugasan pembelajaran yang diberikan mempunyai kaitan
dengan struktur kognitif yang sedia wujud. Dengan
menghubungkaitkan konsep dan prinsip matematik yang
baru dengan konsep dan prinsip yang telah dipelajari,
pelajar berkemampuan untuk mengasimilasikan bahan
baru ke dalam struktur kognitif yang lama.
TEORI PEMBELAJARAN
KONSTRUKTIVISME
Teori Pembelajaran Konstruktivisme
1. Pendekatan pembelajaran secara
konstruktivisme menekankan bahawa
manusia memperoleh pengetahuan hasil
daripada usaha-usaha mentalnya.
2. Konstruktivisme melibatkan pelajar ke dalam
pengalaman yang bermakna di mana pelajar
menginterpretasi sendiri maklumat tanpa
mengikut apa yang dipetakan oleh orang lain.
(Heinich, Molenda, Russel & Samaldino, 1999
Teori Pembelajaran Konstruktivisme
3. Pendekatan ini menumpukan kepada
bagaimana untuk belajar, menjana dan
menguji pengetahuan yang diperolehi.
4. Menurut Brunner (1974), semasa pelajar
belajar, dia perlu membentuk konsep-konsep
dan membuat kategori dengan membezakan
benda-benda yang beraneka jenis dan rupa
yang terdapat di persekitaran.
TEORI KONSTRUKTIVISME
LEV VYGOTSKY (1896 – 1934)
1. Vgotsky sebagai orang yang
dianggap pelopor dalam falsafah
pembelajaran konstruktivisme.
2. Konstruktivisme dari perkataan asal
Inggeris Construct/pembina
TEORI KONSTRUKTIVISME LEV VYGOTSKY
(1896 – 1934)
3. Pelajar sebagai PEMBINA pengetahuan,
melalui pengetahuan dan pengalaman sedia
ada
4. PELAJAR bukan PENERIMA pengetahuan
yang pasif (menerima bulat-bulat
pengetahuan daripada guru).
TEORI KONSTRUKTIVISME LEV VYGOTSKY
(1896 – 1934)
5. Teori Vygotsky lebih menekankan kepada 
interaksi antara aspek internal dan eksternal
dalam pembelajaran.
6. Menurut Vygotsky,  sistem sosial sangat penting
dalam perkembangan kognitif  kanak-kanak.
Mereka akan berinteraksi  dan berkolaborasi
untuk mengembangkan sesuatu yang baru.  
7. Vygotsky menekan bahawa perkembangan
kognitif seseorang kanak-kanak sangat
dipengaruhi oleh sosial dan budaya 
TEORI KONSTRUKTIVISME LEV VYGOTSKY
(1896 – 1934)
TEORI KONSTRUKTIVISME LEV VYGOTSKY
(1896 – 1934)
TEORI KONSTRUKTIVISME LEV VYGOTSKY
(1896 – 1934)
 Vygotsky memperkenalkan Zon Perkembangan
proksima (zone of proximal development – ZPD
 Konsep ini adalah “tahap jurang atau jarak yg
dikenal pasti antara tahap perkembangan
sebenar individu dalam menyelesaikan masalah
tanpa dibantu dengan tahap maksimum
potensi perkembangan individu yang dibantu
atau dibimbing oleh orang dewasa atau yang
dibimbing secara kolaborasi daripada rakan
sebaya yang lebih pandai atau berpengalaman.
TEORI KONSTRUKTIVISME LEV VYGOTSKY
(1896 – 1934)
TEORI KONSTRUKTIVISME LEV VYGOTSKY
(1896 – 1934)
 Dalam pembelajaran, guru adalah sebagai
pembimbing.
 Guru akan memberi panduan supaya murid
menghayati fungsi ini.
 Apabila kemahiran ini diperoleh, murid akan
memperoleh alat atau cara tertentu untuk
pembelajaran terarah kendiri (self-guided
learning).
 Amalan pembelajaran dengan bantuan dan
panduan ini juga dikenali sebagai scaffolding.
TEORI KONSTRUKTIVISME LEV VYGOTSKY
(1896 – 1934)
 Scaffolding: iaitu memberikan sejumlah besar bantuan
pada tahap awal pembelajaran dan kemudian
mengurangi bantuan tersebut dan memberikan
kesempatan kepada kanak-kanak mengerjakan sendiri.
 Bantuan yang diberi adalah seperti  peringatan,
petunjuk dan dorongan  sehingga kanak-kanak tersebut
boleh  melakukannya.
 Dalam teori ini menyatakan potensi murid dapat
dikembangkan melalui usaha dan pengalaman sendiri
dalam proses pembelajaran, sehingga ke satu peringkat
kanak-kanak akan boleh melakukannya sendiri tanpa
bantuan orang lain
TEORI KONSTRUKTIVISME LEV VYGOTSKY
(1896 – 1934)
Aplikasi teori Konstruktivisme dalam PdP
1.Pembelajaran dijalankan secara koperatif
supaya murid-murid dapat berinteraksi antara
satu sama lain.
 Contoh: dalam mata pelajaran sains, murid
akan diminta membuat satu uji kaji
mengenai tumbuhan dalam kumpulan.
Mereka akan berbincang dan mengeluarkan
pendapat masing-masing dengan
menggunakan pengetahuan sedia ada untuk
mencapai satu keputusan.
TEORI KONSTRUKTIVISME LEV VYGOTSKY
(1896 – 1934)
Aplikasi teori Konstruktivisme dalam PdP
2.    Konsep bantu sepenuhnya dan cuba sendiri
dalam pembelajaran  merupakan satu interaksi
pengalaman yang berkesan.
Contoh: ada sekumpulan murid dalam ujikaji
sains seperti di atas memerlukan bantuan guru
untuk memberi idea dan menggerakkan mereka
dalam aktiviti tersebut sehingga mencapai satu
keputusan.
TEORI KONSTRUKTIVISME LEV VYGOTSKY
(1896 – 1934)
Aplikasi teori Konstruktivisme dalam PdP
3. Perkembangan kognitif murid akan lebih
    

terangsang sekiranya pengetahuan sedia ada


digunakan dalam proses pembelajaran.
Contoh: dalam aktiviti seperti di atas juga, murid
akan cuba menggunakan pengalaman masing-
masing untuk diadaptasikan dalam ujikaji sains
tersebut. Semasa proses ini berlansung pelbagai
percubaan yang berulang kali dilakukan sehingga
objektif dapat dicapai.
SEKIAN,
TERIMA KASIH
Rujukan:
Ewell, P.T. (1997), Organizing for Learning: A point of entry. Draft. Dipetik dari
http://www.intime.uni.edu/model/learning/learn_summary.html
Gagne, R. (1985), Conditions of Learning. New York: Holt, Rinehart and Winston
Halim Ahmad (2013), Teori pembelajaran social Albert Bandura. Dipetik dari
http://http://greenlanternroom.blogspot.my/2013/05/teori-pembelajaran-
sosial-albert-bandura.html
Mok Soon Sang.(2009), Psikologi Pendidikan untuk pengajaran &
pembelajaran.Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd
Noriati A. Rashid, Boon, P.Y dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2015), Murid
dan Alam Belajar (Edisi Kedua).Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon, P.Y dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2015), Murid
dan Pembelajaran.Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Slavin, R.E. (2011). Educational psychology.Theory and practice.(10th ed.).
Boston: Allyn and Bacon.

Anda mungkin juga menyukai