Anda di halaman 1dari 35

Pendekatan Kognitif

 Prinsip pembelajaran dari perspektif


kognitif
 Psikologi Gestalt-Weithermer,
Kofka, Kohler
 Aplikasi prinsip pembelajaran
kognitif dalam pengajaran dan
pembelajaran – Gagne, Bruner,
Ausubel
Pengenalan

 Ahli psikologi kognitif – Max Wertheimer, Kurt Koffka


dan Wolfgang Kohler (dikenali juga ahli psikologi
Gestalt)
 Kohler dalam kajiannya ke atas cimpanzi, Sultan
menemui pembelajaran melalui ‘celik akal’ (insight).
 Oleh itu, ia dikenali sebagai Teori pembelajaran
Gestalt.
 Ahli psikologi kognitif berpendapat pembelajaran
adalah proses mental yang aktif untuk mendapat ilmu,
menyimpan, mengingat ilmu dan menggunakan ilmu.
 Fokus kajian ahli psikologi kognitif ialah terhadap
proses aktif minda individu untuk memahami
persekitarannya.
 Ahli psikologi kognitif berpendapat ilmu pengetahuan
yang diperoleh adalah hasil pembelajaran dan kuasa
ilmu yang mendorong seseorang belajar.
Pembelajaran dari
perspektif Kognitif
 Menurut Slavin (1997), pembelajaran
adalah proses aktif minda yang fokus
kepada maklumat penting, menapis
maklumat tidak penting dan
mengguankan maklumat sedia ada untuk
buat pemilihan.
 Perbezaan pandangan Behaviorisme dan
Kognitif Terhadap Pembelajaran, iaitu:
A) Pandangan tentang jenis pembelajaran
B) Metodologi Kajian
C) Skop kajian pembelajaran manusia
dihadkan
A) Pandangan tentang
jenis Pembelajaran
 Aliran Behaviorisme mengkaji tingkah laku
yang dapat diperhatikan dan lebih
berminat membetulkan persekitaran dalam
usaha supaya individu dapat menghasilkan
lebih banyak jawapan betul.
 Sementara aliran kognitif pula
menumpukan perhatian kepada proses
berfikir yang menyebabkan seseorang
dapat memberi jawapan betul kepada
soalan.
B) Metodologi Kajian
 Aliran Behaviorisme mengkaji
pembelajaran pada haiwan dan prinsip
yang didapati diaplikasi untuk
menerangkan pembelajaran manusia.
 Sementara aliran kognitif mengkaji
pembelajaran manusia secara eksklusif.
Mereka memberi individu tugas
pembelajaran yang kompleks dan
mengkaji atau mengukur angkubah yang
terlibat dalam aksi atau tingkah laku
pembelajaran.
C) Skop Pembelajaran
manusia dihadkan
 Aliran Behaviorisme cuba menegakkan
satu sistem yang cuba memahami semua
jenis pembelajaran manusia – tingkah
laku, emosional dan sosial.
 Aliran kognitif mengehadkan kajian
kepada proses berfikir manusia yang
kompleks seperti kepada konsep dan
strategi pembelajaran, proses membuat
keputusan, menyelesai masalah dan
bagaimana individu memperoleh atau
membina ilmu.
Ahli Psikologi Gestalt
 Fahaman Gestalt Psikologi telah menjadi asas
kepada perkembangan Psikologi Kognitif.
 Ia diasaskan di Jerman. Perkataan Gestalt adalah
perkataan dalam bahasa German yang bermaksud
‘pattern’ (pola) atau ‘configuration’ (konfigurasi).
 Tetapi, Fahaman Gestalt lebih mendalam dari kata-
kata tersebut.
 Mereka berpendapat dalam mengkaji subjek dari
aspek psikologikal daripada proses pemerhatian
yang mudah kepada personalitinya kita perlu
melihat polanya sebagai satu keseluruhan (as a
whole).
 Teori Gestalt dirumuskan sebagai ‘the whole is
greater than the sum of its parts’
Gestalt
 Kohler salah seorang pengasas psikologi gestalt.
 Melalui kajiannya ke ata seekor cimpanzi (Sultan) telah
mengemukakan konsep ‘celik akal’ (insight).
 Celik akal bermaksud penyelesaian masalah berlaku secara
mendadak atau tiba-tiba dan lengkap.
 Tetapi individu memerlukan masa untuk berfikir sebab dia perlu
melihat unsur-unsur berkaitan yang ada di persekitarannya dan
mengaitkannya dengan pengalaman lepas.
 Kohler, Koffka dan Wertheimer telah menubuhkan psikologi
‘GESTALT’.
 Ahli Psikologi ini banyak memperkatakan tentang persepsi dan
pembentukan konsep.
 Mereka telah mengemukakan prinsip yang berkaitan dengan
organisasi persepsi dan penanggapan manusia.
 Walaupun fahaman gestalt ini telah berkubur tetapi kebanyakan
idea yang telah dikemukakannya telah diguna pakai dan
dikembangkan lagi oleh aliran atau ahli psikologi kognitif dan
aliran humanistik.
Pandangan Ahli Psikologi
Kognitif
 Pembelajaran melibatkan dua proses mental
penting iaitu persepsi (pengamatan) dan
pembentukan konsep (penanggapan).
 Gagne pula melihat proses pembelajaran
sebagai langkah-langkah individu memproses
maklumat ‘Teori Pemprosesan Maklumat’
 Ausebel telah mengemukakan pembelajaran
resepi dan penemuan.
 Bruner pula telah mengemukakan
pembentukan konsep dan pembelajaran
penemuan.
Eksperimen Kohler –
Celik Akal
 Kohler telah meletakkan seekor cimpanzi bernama
Sultan yang lapar dalam sebuah sangkar.
 Di luar sangkar terdapat sebiji pisang dan beberapa
batang buluh yang panjangnya berbeza-beza.
 Sultan cuba mendapatkan pisang menggunakan
buluh-buluh dan memikirkan alternatif-alternatif
untuk menyelesaikan masalahnya.
 Tiba-tiba ia mendapat idea. Di saat tercetusnya idea
itulah yang dikenali sebagai celik akal.
 Dia mendapat buluh pendek dan menggunakannya
untuk mendapat buluh panjang dan seterusnya
menggunakannya untuk mengambil pisang.
Prinsip/Organisasi
Persepsi dan Pengamatan
 Ahli-ahli psikologi gestalt dalam mengkaji
persepsi dan penanggapan telah
mengemukakan beberapa prinsip, iaitu:
 Prinsip Kedekatan
 Prinsip Latar Bentuk
 Prinsip Kesamaan
 Prinsip kesinambungan Baik
 Prinsip Simetri
 Prinsip Lengkapan
 Prinsip Nasib Sama
 Prinsip Terangkum
 Prinsip Kedekatan
-Rangsangan-rangsangan yang
terletak dekat antara satu sama lain
akan terkumpul bersama dalam
bidang pengamatan kita.
Cn: 3 batang tiang – 6 garisan
 Prinsip Latar dan Bentuk
Cn: Epal - kerusi
 Prinsip Kesamaan
Cn: warna pakaian yang sama.
 Prinsip simetri
-Mudah mengingati bentuk simetri (sama ukuran) daripada
bentuk yang tidak simetri.
 Prinsip Lengkapan
individu cenderung untuk melengkapkan sesuatu yang
tidak lengkap dalam pengamatan mereka. Cn: kepala
lembu? Mungkin tidak benar. Cn: Melengkapkan khabar
angin mengikut persepsi dan pengalaman sendiri.
 Prinsip terangkum
-Individu cenderung melihat bentuk yang lebih besar
walaupun ada bentuk kecil di dalamnya.
Cn. Kapal, ikan dan jala. Murid kata ‘Nelayan’
 Prinsip Nasib sama
Cn: berkelip-kelipan pada waktu
malam/ tidak semestinya bintang
tetapihelikopter.
 Prinsip Kesinambungan Baik
Cn: Jawab 2 utas rantai/gelang
manik, tetapi sebenarnya hanyalah
titik-titik bulat berwarna hitam dan
kecil
Teori Pembelajaran Gagne,
Bruner dan Ausubal
 Gagne
 Robert m. Gagne telah dilahirkan pd th 1916.
 Seorang ahli psikologi eksperimental yang
berpengalaman di dalam penyelidikan pembelajaran
dan terlibat di dalam latihan serta masalah-masalah
pendidikan yang lain.
 Teori Gagne mengatakan pembelajaran bergerak
daripada aras yang paling mudah kepada yang paling
kompleks.
 Gagne telah mengenal pasti 8 jenis pembelajaran.
 Setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya
pelajar telah menguasai pembelajaran di peringkat
yang lebih awal.
 Gagne berminat dengan teori pembelajaran bukan
perkembangan seperti Piaget.
Gagne (Sambung)
 Pada pendapat Gagne, kemahiran intelek atau kebolehan
kognitif sebagai tingkah laku yang dipelajari.
 Menurut Gagne, individu berkembang dari satu tahap ke satu
tahap dalam perkembangan kognitif Piaget adalah hasil
himpunan kemahiran intelektual yang telah dipelajari oleh
individu, bukan hasil ubahsuai skemata.
 Pelajar 17 tahun mempunyai lebih keupayaan kognitif
daripada yang berumur 7 tahun sebab dia telah belajar lebih
banyak kemahiran intelektual daripada yang 7 tahun, bukan
disebabkan mempuanyai struktur kognitif “differentiated”
(lebih kompleks) yang lebih baik.
 Oleh itu, perubahan pada pelajar iaitu memperoleh
kemahiran intelektual dan boleh menguasai tugas
perkembangan adalah hasil “cumulative effects of learning”.
 Umur dan kematangan penting untuk membolehkan individu
mendapat lebih peluang mempelajari perkara baru.
Gagne (sambung)
 Gagne mengatakan perkembangan kognitif adalah
berterusan bila individu bertemu situasi dan orang baru.
 Bila individu membesar dan menjadi matang, ibu bapa
menjangkakan tingkah laku yang berlainan darinya dan
cara mereka berinteraksi dengannya juga berubah.
 Hasilnya individu belajar tingkah laku baru seperti gaya
bahasa, berjalan, memanjat, bersukan dan membaca.
 Perkembangan ini bukan sahaja berterusan tetapi
bertimbun-tambah (cumulative).
 Kanak-kanak bertemu pengalaman baru,mereka
menambah penglaman baru kepada sedia ada untuk
membentuk tingkah laku baru.
 Tingkah laku yang lebih awal dipelajari akan menjadi asas
untuk mempelajari tingkah lau baru.
 Tingkah laku mudah akan menjadi asas untuk
mempelajari tingkah laku baru yang lebih kompleks atau
rumit.
Gagne (Sambung)
 Fokus gagne mengenai pentingnya pengalaman awal atau
pengalaman sedia ada untuk memungkinkan
pembelajaran seterusnya muncul pendapatnya tentang
perkembangan pembelajaran adalah “berhiraki”.
 Pembelajaran baru bergantung kepada penguasaan
kemahiran asas.
 Misalnya, kanak-kanak mesti boleh menseimbangkan
basikalnya terlebih dahulu sebelum dia boleh mula
mengayuh basikal atau menggerakkan basikal.
 Gagne berpendapat, belajar kemahiran baru bukan
bergantung kepada umur individu atau tahap kognitif di
mana dia berada tetapi bergantung kepada
penguasaannya kepada kemahiran asas.
 Seseorang kanak-kanak tidak boleh belajar operasi
tambah kalau dia belum menguasai konsep dan simbol
nombor.
Gagne (Sambung)
 1) Pembeajaran Isyarat
 Seseorang individu mempelajari gerak balas
terhadap sesuatu isyarat.
 Contohnya, apabila ayah pulang ke rumah dengan
wajah masam, anaknya dapat isyarat ayah mereka
tidak suka diganggu.
 2) Pembelajaran Gerak Balas
 Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan
pertalian antara rangsangan dengan gerak balas.
 Peneguhan mesti diberi konsisten dan tekal supaya
gerak balas yang positif dapat dikekalkan.
 Contoh: Ahmad menunjukkan kerja sekolah yang dia
dapat 80% ibunya puji, “Bagus, Ahmad pandai!”.
 Dengan itu, Ahmad akan menunjukkan prestasi
akademik yang cemerlang.
Gagne (Sambung)
 3) Rangkaian Motor
 Pembelajaran rangkaian digunakan dalam pembelajaran
kemahiran spt permainan, muzik, elektroik, mekanikal dll.
 Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang
berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan.
 4) Pertalian Bahasa
 Pelajar memerlukan kemahiran bahasa untuk mengaitkan
fakta, data dan konsep.
 Pertalian bahasa merupakan satu rangkaian berbahasa.
 Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dipelajari
dahulu.
 5) Pembelajaran diskriminasi
 Ia penting dalam proses pembelajaran. Pelajar dapat
menapis maklumat penting dari maklumat tidak penting
dan ini memudahkan proses pengenkodan maklumat
untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang.
Gagne (Sambung)
 6) Pembelajaran Konsep
 Pelajar dapat membentuk konsep yang baik setelah membuat persepsi
dan pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa.
 Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh yang jelas supaya dia
dapat membentuk konsp yang betul dan tepat.
 7) Pembeljaran Hukum
 Ini melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam
sesuatu urutan atau rangkaian.
 Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip dan generalisasi.
 8) Penyelesaian masalah
 Ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan
hukum untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru.
 Terdapat langkah-langkah dalam proses penyelesaian masalah seperti
berikut:
 Mengenal masalah
 Mencari maklumat
 Membuat hipotesis
 Memilih cara menyelesaikan masalah
 Menguji hipotesis
 Membuat rumusan
Gagne (Sambung)
 Fasa pembelajaran dan peristiwa Pengajaran.
(Events of Instruction)
 Gagne mengemukakan satu model pembelajaran
langsung yang berasaskan model teori memproses
maklumat di mana fasa pembelajaran disesuaikan
dengan proses pembelajaran.
 Didedahkan kepada kemahiran /pengetahuan lalu
 Tajuk terbaru
 Mengajar kemahiran
 Mempraktis kemahiran
 Menerangkan semula pengetahuan yang dipelajari.
 Memberi kuiz/ soal jawab untuk memastikan objektif
pengajaran tercapai.
Gagne (Sambung)
 Klasifikasi Hasil Pembelajaran
 Gagne telah mengklasifikasi hasil pembelajaran kepada
lima:
 Maklumat lisan – menghafal huruf, nombor,tarikh dll
 Kemahiran Intelek – membuat diskriminasi, konsep,
peraturan dan generalisasi.
 Strategi Kognitif – pelajar belajar urutan proses dalam
penyelesaian masalah, memahami petikan dan menulis
esei.
 Sikap – menggemari gaya belajar tertentu, menghargai
idea tertentu, cara bekerja dll ke arah pembentukan
sikap.
 Kemahiran motor – Guru membentup pelajar membuat
tindakan yang tepat, hasil pergerakan otot besar/kecil Cn:
ikat tali kasut, menunggang basikal, membelah katak dll
Aplikasi Prinsip Pembelajaran Gagne
dalam Pengajaran dan Pembelajaran

 Teori Pembelajaran gagne


menekankan sistem pembelajaran
harus bermula daripada yang
mudah /asas kepada yang rumit.
 Guru harus memastikan pelajar
telah menguasai kemahiran asas
sebelum mengajar kemahiran tinggi.
Teori Pembelajaran
Ausubel
 David Ausubel mengatakan manusia memperoleh ilmu
dalam bentuk resepsi dan bukan daripada pembelajaran
penemuan.
 Ausubel mengemukakan pembelajaran lisan bermakna
(meaningful verbal learning), termasuk pentingnya
maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea.
 Hafalan (rote memorization) tidak dianggap pembelajaran
bermakna.
 Model Pembelajaran Expository menekankan penerangan
bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang
tersusun da dijelaskan menurut urutan serta fakta yang
lengkap.
 Ausubel menegaskan pembelajaran sepatutnya
berkembang dalam bentuk deduktif (rule-eg method), iaitu
daripada am kepada khusus/spesifik atau daripada
prinsip kepada contoh.

Ausubel (Sambung)
 A) Penyusunan Awal (Advance Organizer)
 Ia merupakan pendahuluan atau permulaan yang
menerangkan hubungan antara konsep-konsep
penting yang akan mencakupi keseluruhan
pelajaran pada hari tersebut.
 Ada 3 tujuan penggunaan penyusunan awal, iaitu:
 A) Memberi gambaran apa yang penting dalam
pelajaran seterusnya.
 B) Menjelaskan hubungan antara konsep yang akan
dihuraikan guru.
 C) Seterusnya, menggerakkan minda pelajar
mengingat semula konsep berkaitan yang telah
dipelajari.
Ausubel (Sambung)
 Terdapat 2 kategori penyusunan awal, iaitu:
 A) Comparative- mengaktifkan semula skema
relevan yang terdapat dalam ingatan jangka pendek.
 B) Expository – memberi gambaran mengenai
maklumat seterusnya yang akan dipelajari.
 Langkah-langkah Dalam Pengajaran Expository
 Selepas memulakan pengajaran dengan
menghuraikan penyusunan awal, langkah berikut
ialah menerangkan isi kandungan pelajaran,
menjelaskan persamaan dan perbezaan konsep-
konsep atau fakta-fakta beserta contoh-contoh.
 Pendekatan Expository sesuai untuk pelajar di
tahap dua sekolah rendah dan sekolah menengah
sebab pendekatan ini memerlukan pelajar
memanipulasi idea dalam mental.
Ausubel (Sambung)
 Subsumption Terbitan (Derivative Subsumption) dan
Subsumption Korelatif (Correlative Subsumption)
 Ausubel dalam bukunya, The Psychology of Meaningful
Verbal Learning, mengatakan maklumat yang dipelajari
akan diasimilasikan dalam kognitif sedia ada melalui
subsumption terbitan atau subsumption korelatif.
 Dalam Subsumption Terbitan,bahan pembelajaran
meliputi suatu penghususan terhadap konsep yang
terdapat dalam struktur kognitif, atau adalah suatu yang
menyokong atau mempunyai penerangan terhadap suatu
yang telah dipelajari sebelumnya.
 Cn: kanak-kanak telah mempelajari bahawa manusia
memelihara binatang yang jinak.
 Bila dia balik ke rumah dan dapati ibu memelihara kucing
dan terbitlah dalam mindanya bahawa binatang jinak
tersebut adalah kucing.
Ausubel (Sambung)
 Subsumption Korelatif – maklumat yang
baru dipelajari merupakan penerangan
atau huraian tentang andaian atau konsep
yang baru dipelajari.
 Cn: logam boleh cair pada suhu tinggi,
tetapi pada suhu berapa?
 Dari bacaan atau penerangan guru,
pelajar akan mendapati bahawa logam-
logam tersebut menjadi cair pada suhu
yang berlainan.
 Oleh itu, pengetahuan mereka
berkembang.
Ausubel (Sambung)
 Aplikasi Prinsip Pembelajaran Ausubel Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran
 Ausubel mencadangkan supaya guru menggunkan
resepsi (penerimaan) atau model pengajaran
expository sebab guru dapat menyampaikan
maklumat yang lengkap dalam susunan yang teratur
seperti dlam kaedah kuliah.
 Tetapi kaedah ini lebih sesuai untuk pelajar tahap
dua dan seterusnya.
 Menggunakan sistem maklumat awal (advance
organizer) dalam pengajaran untuk menggalakkan
murid mengingat semula maklumat yang telah
dipelajari dan dikaitkan dengan maklumat yang
akan dipelajari.
Teori Pembelajaran Bruner
 Pengenalan
 Jerome S. Bruner telah dilahirkan pada tahun 1915 dan merupakan
seorang ahli psikologi yang berpengaruh di A. Syarikat.
 Ijazah pertama di Duke University (1973).
 Ph. D. dalam bidang psikologi di Universiti harvard (1941).
 Dilantik Pengarah Pusat Kajian kognitif di Universiti Harvard.
 Beliau telah menghasilkan banyak karya tentang proses
perkembangan pemikiran manusia dan hubungannya dengan
pembelajaran.
 Karya beliau banyak memberi penekanan kepada penglibatan murid
dalam proses pengajaran-pembelajaran yang bermakna.
 Karya-karya:
 The Process of Education (1960).
 A Study of Thinking and Towards a Theory of Instruction (1966).
 Acts of Meaning (1991)
 The Culture of education (1966).
 Pernah menjawat jawatan Profesor Psikologi di Universiti Harvard
dan Oxford.
Bruner (Sambung)
 Bruner telah mengemukakan Perkembangan Mental
Manusia dalam 3 tahap:
 Peringkat Enaktif (0-2 tahun)
 Kanak-kanak banyak menggunakan anggotanya
untuk menyelesaikan masalah.
 Mereka belum pandai berbahasa atau
berkomunikasi dengan baik.
 Peringkat Ikonik (2-4 tahun)
 Kanak-kanak berupaya menggambarkan sesuatu
dalam fikirannya.
 Dia mampu menyimpan imej-imej tertentu.
 Peringkat Simbolik (5-7 tahun)
 Kanak-kanak menggunakan simbol perkataan,
bahasa untuk menghuraikan pengalamannya.
Bruner (Sambung)
 Bruner menggariskan beberapa prinsip untuk
membuat rancangan pengajaran bagi apa jua subjek
dan tahap yang diajar.
 A) Persekitaran untuk belajar
 B) Struktur dan Bentuk Pengetahuan
 Senang kepada susah
 Konkrit kepada abstrak
 C) Urutan
 D) Pembelajaran Penemuan
 Mengkategori/mengorganisasi maklumat / ilmu
 Sistem koding/sistem berhiraki
Bruner (Sambung)
 Pembelajaran Penemuan mempunyai 5 ciri:
 Set pengajaran
 Set motivasi
 Asas pengetahuan
 Contoh Pelbagai
 Kurikulum disusun secara berhiraki
 Langkah-langkah dalam merancang Pembelajaran penemuan
 Pilih tajuk yang kita mahir
 Mulai pelajaran dengan sesuatu yang menyebabkan pelajar
meneka.
 PElajar diarah untuk mencari fakta yang tidak diberi.
 Berikan bahan kepada pelajar untuk membuat eksperimen
 Galakkan pelajar untuk meneulis generalisasi yang
diperoleh.
 Galakkan untuk mengadakan diskusi mengenai
generalisasi./contoh-contoh.
Bruner (Sambung)
 Aplikasi Prinsip Pembelajaran Bruner dalam
Pengajaran dan Pembelajaran
 Bruner mencadangkan subjek diajar melalui cara
kanak-kanak melihat dunia iaitu melalui peringkat
enaktif, ikonik dan seterusnya simbolik.
 Kaedah Penemuan/meneroka/projek/uji
kaji/menemubual dll
 Interaksi murid dengan guru.
 Guru disaran memberi contoh-contoh semasa
pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar boleh
membentuk konsep, membuat kategori dan
membuat perbandingan di antara konsep-konsep.

Anda mungkin juga menyukai