Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN

Pada umumnya, pembelajaran merupakan satu proses mengakumulasi

maklumat dan pengalaman secara berterusan dalam diri seseorang individu sejak

kelahirannya. Manakala, dari sudut pandangan teori kognitif, pembelajaran didefinisikan

sebagai perubahan kekal dalam perkaitan mental seseorang individu, hasil daripada

pengalaman yang diperolehi akibat perubahan persekitaran.

Ia adalah fenomena utama yang melibatkan perkembangan dan pertumbuhan

individu, komuniti serta sesuatu tamadun. Maka, kepentingan ini telah mendorong para

cendiakawan seperti ahli – ahli psikologi untuk menerokai fenomena ini untuk dapat

dimanfaatkan dalam bidang pendidikan secara efektif. Kajian terhadap fenomena ini

bermula kira – kira seratus tahun yang lalu misalannya oleh James pada 1890. Hasil

daripada matlamat inilah lahirnya pelbagai prinsip dan teori yang dipraktikkan dalam bidang

pendidikan. Walaupun pelbagai prinsip dan teori telah diutarakan, namun pada dasarnya ia

merangkumi dua mazhab utama. Salah satu daripadanya ialah mazhab kognitif.

Setiap perspektif aliran kognitif ini telah diasaskan melalui penyelidikan yang

bertahun - tahun lamanya dan semenjak itu berbagai – bagai huraian tentang proses

pembelajaran telah muncul dan ini mampu memberi implikasi dalam pembelajaran,

pengajaran serta kurikulum.

Perspektif kognitif berfokuskan keupayaan berfikir. Ia menegaskan kepentingan

keupayaan manusia berfikir serta memproses dan menilai data sebelum sesuatu reaksi

atau respons dilakukan. Menurut ahli – ahli psikologi kognitif, manusia juga ibarat haiwan,

menggunakan pola pemikiran tetapi mempunyai kelebihan iaitu bersifat lebih rasional dan

aktif dalam menyelesaikan masalah mereka. Oleh kerana itu, sistem pengolahan informasi

19
manusia dapat dikawal dengan baik melalui fikiran dan pengetahuan yang sentiasa berada

dalam keadaan sedar berbanding dengan haiwan.

Semenjak 1920-an, beberapa ahli psikologi beraliran kognitif telah mengusulkan

bahawa pembelajaran tidak dapat kita fahami sepenuhnya kecuali jika proses pemikiran

diambil kira. Berikut adalah beberapa pelopor teori kognitif tersebut.

A.ii) PELOPOR – PELOPOR DAN PRINSIP – PRINSIP TEORI KOGNITIF.

Pelopor - pelopor teori kognitif yang terkenal ialah Wolfgang Kohler di Jerman, Jean

Piaget di Switzerland, Jerome Seymour Bruner, Robert Mills Gagne dan David Ausubel di

Amerika Syarikat. Tetapi disini hanyatiga pelopor sahaja akan diteliti teorinya.

WOLFGANG KOHLER

(1187 -1967)

Kohler adalah seorang ahli psikologi yang mempelopori teori kognitif . Beliau

merupakan salah seorang pengasas ‘Psikologi Gestalt’ bersama – sama dengan Max

Wertheirmer dan Kurt Koffka semasa bertugas di Institut Psikologi Frankfort – am – Main.

‘Gestalt’ merupakan perkataan German yang bermaksud ‘satu keseluruhan, pola atau

konfigurasi’. Beliau dan rakan - rakannnya menegaskan bahawa bagi proses pembelajaran,

20
terutamanya yang melibatkan persepsi, keseluruhan itu adalah lebih penting daripada

bahagian – bahagian yang menjadikannya.

Konsep gestalt kognitif yang diusulkan oleh Wolfgang Kohler dan rakan –rakannya

telah mencetuskan beberapa hukum. Misalannya, Hukum Kedekatan iaitu andaian bahawa

dalam suatu persepsi, objek yang terletak berdekatan akan digolongkan dalam satu

kumpulan yang sama, bagi Hukum Keserupaan pula objek – objek yang serupa kerap

digolongkan dalam kelompok yang sama , Hukum Kesinambungan menyatakan

kecenderungan menyambungkan sesuatu mengikut arah tertentu seperti dalam sesuatu

pola dan Hukum Tutupan pula menyatakan kecenderungan menutup atau melengkapkan

sesuatu ruang yang tidak lengkap.

Kohler terkenal dengan jenis pembelajaran celik akalnya. Beliau melalui kajiannya

mendapati bahawa haiwan seperti cimpanzi mempunyai keupayaan membentuk celik akal.

Dalam eksperimen pertamanya, cimpanzi yang bernama Sultan berjaya menyambung dua

buluh yang berlainan panjang sehingga dapat menarik pisang yang terletak di luar

sangkarnya. Cimpanzi dan beberapa kotak diletakkan dalam sangkar dan pisang digantung

tinggi pada bumbungnya. Cimpanzi tersebut selepas beberapa cubaan lompatannya gagal,

kemudian menyusun kotak tersebut dan melompat dari susunan kotak dan berjaya

mencapai pisang tersebut. Maka. Kohler mendapati bahawa cimpanzi itu meneliti pelbagai

aspek masalah tersebut dan akhirnya menemui bagaimana semua bahagian iaitu buluh –

buluh, kotak –kotak dan pisang tersebut berkaitan dalam penyelesaian masalahnya.

Ciri – ciri dalam prinsip celik akal yang diketengahkan oleh beliau ialah penyelesaian

masalah berlaku secara mendadak iaitu fenomena “aha!” dan dapat dipindahkan kepada

situasi lain, seseorang individu mampu melihat persepsi perkaitan yang boleh diaplikasikan

dalam persekitaran.

21
JEAN PIAGET

(1896 – 1980)

Jean Piaget merupakan seorang tokoh yang amat penting dalam bidang psikologi di

abad ke dua puluh. Semasa beliau bekerja dengan Binet bagi membentuk ujian

kecerdasan mental, Jean tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberi oleh

kanak – kanak tetapi lebih berminat untuk melihat pola – pola perlakuan yang ditunjukkan

oleh mereka apabila jawapan yang diberikan adalah salah.

Beliau berpendapat bahawa pola –pola perlakuan ini boleh memberi petunjuk bagi

pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak –

kanak . Justeru itu, teori yang beliau utarakan adalah menjurus kepada perkembangan

kognitif kanak –kanak.

Jean Piaget menyarankan bahawa proses perkembangan kognitif kanak –kanak

terbahagi kepada dua bahagian iaitu proses penyerapan dan proses pengubahsuaian.

Beliau telah mengemukakan beberapa konsep penting berkaitan perkembangan mental.

Konsep pertama iaitu Skema. Skema adalah satu model tingkah laku am individu

yang sedia ada yang ditonjolkan semasa berlakunya proses pengubahsuaian diri dalam

alam sekitar.

Konsep keduanya, Adaptasi. Jika seseorang tidak dapat menggunakan skema yang

sedia ada untuk mengadaptasikan keperluan alam sekitar, maka keadaan keseimbangan

22
di antara individu itu dengan alam sekitar akan hilang. Menurut teori Piaget, adaptasi

adalah proses perubahan skema sejajar dengan keperluan situasi bagi mengekalkan

keseimbangan yang hilang.

Seterusnya, konsep Asimilasi iaitu proses adaptasi tanpa mengubah skema

asasnya di mana pengalaman baru digunakan dalam sesuatu bentuk yang dapat

diterapkan ke dalam pengalaman lamanya.

Jikalau, keseimbangan tidak dapat dicapai melalui asimilasi dalam sesuatu

perubahan situasi yang dinamik dan kompleks maka proses akomodasi akan digunakan di

mana struktur kognitif atau skema asas akan diubah untuk tujuan memenuhi keperluan

situasi pembelajaran baru sehingga keseimbangan atau “Equilibration” dicapai.

Beliau berpendapat bahawa perkembangan kognitif secara berperingkat dan

peringkat yang lebih awal adalah amat penting. Menurut Teori Piaget, terdapat empat

peringkat perkembangan kognitif kanak – kanak iaitu :

Peringkat Sensorimotor iaitu dari usia 0 – 2 tahun. Di tahap ini bayi yang baru lahir

mengenali hubungan antara tubuh dan persekitarannya. Keupayaan deria motornya

berkembang dari masa ke semasa dengan melihat, menyentuh dan mendengar di

sekelilingnya dan meniru.

Peringkat Praoperasi, semasa usia 2 – 7 tahun. Piaget menyatakan perkembangan

yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Kanak – kanak pada peringkat

ini lazimnya mula menggunakan simbol dalam permainan. Misalannya, mengandaikan

buku sebagai kereta apabila menolaknya di atas lantai. Selain itu, pemikiran kanak – kanak

masih egosentrik iaitu tidak boleh menerima sudut pandangan orang lain.

Peringkat Operasi Konkrit, muncul antara usia 6 – 12 tahun. Kanak – kanak pada

tahap ini telah dapat menguasai konsep pengekalan tentang panduan, nombor, berat dan

angka kardinal. Proses – proses penting dalam peringkat ini adalah pengurutan objek,

23
klasifikasi dan identifikasi serangkaian benda menurut tampilannya,’ Decentering’ di mana

dapat pertimbangkan aspek –aspek sesuatu masalah, Reversibilty’ iaitu kanak – kanak

memahami jumlah atau benda – benda boleh diubah dan dikembalikan ke keadaan asal.

‘Konservasi, dapat memahami bahawa kuantiti, panjang atau jumlah benda – benda

adalah tidak berkaitan dengan susunan atau tampilan. Akhir sekali,’Kehilangan Sifat

Egosentrisme’ iaitu mampu melihat dari sudut pandangan orang lain.

‘Peringkat Operasi Formal’,dari usia 12 – dewasa. Piaget menyatakan pada tahap

ini perkembangan kecerdasan kognitif manusia telah sampai ke tahap maksima. Pemikiran

dan penghuraian pendapat individu adalah lebih matang dan nyata di mana berupaya

membuat sintesis.

Meskipun, teori Piaget ini hanya berasaskan pada penyelidikannya yang hanya

merangkumi golongan kanak – kanak yang spesifik sahaja, namun setelah dijalankan

banyak kajian mengenainya, ternyata teori yang dikemukakan beliau bersifat universal.

JEROME SEYMOUR BRUNER

(1915 )

Jerome Seymour Bruner atau lebih dikenali sebagai Bruner adalah salah seorang

ahli psikologi Amerika yang memberi sumbangan yang besar dalam revolusi kognitif

24
khususnya dalam bidang pendidikan. Beliau sinonim dengan pembelajaran penemuan.

Beliau sememangnya memberi penekanan kepada kepentingan pembelajaran

pembentukan konsep secara global, pembinaan generalisasi secara harmoni dan akhirnya

membentuk sesuatu gestalt kognitif. Beliau amat menitik beratkan pertalian pengajaran dan

pembelajaran melalui penemuan bebas dan berpandu.

Bruner menggalakkan kanak – kanak berfikir secara logik dan membuat ramalan.

Selain itu, beliau mementingkan pemikiran intuitif, kreatif serta analitis. Dari perspektif

pembelajaran pula, ahli psikologi ini memberi penekanan kepada proses induktif di mana

aktiviti pembelajaran yang bermula daripada pemerhatian yang umum dan menjurus

kepada pemerhatian yang spesifik. Bruner juga menyarankan satu sistem pengekodan di

mana manusia membina susunan berhierarki terhadap sesuatu kategori yang terlibat iaitu

pembentukan konsep dan pencapaian konsep.

Tiga konsep yang termaktub dalam teori beliau adalah konsep konjuktif , disjuntif

dan hubungan. Kategori konjuktif dibataskan kepada dua atau lebih atribut (ciri) yang

tergabung. Contohnya, kain berwarna di mana atribut atau ciri warna tersebut telah

digabungkan dengan kain.

Manakala kategori disjuntif pula, melibatkan semua kategori yang mempunyai atribut

yang berbeza. Dalam kategori hubungan, atribut - atribut dalam konsep itu mempunai

hubungan khas. Misalannya, Nepal terletak antara India dan China. Maka ia mempunyai

atribut ruang iaitu konsep terletak antara dua buah Negara. Konsep ini pula mencakupi

perhubungan peta – peta negara dan seterusnya merangkumi perhubungan negara –

negara itu dengan peta dunia.

25
Teori pembelajaran Bruner terdiri daripada empat prinsip utama iaitu ‘Motivasi,

Struktur, Sekuen (Turutan) dan Peneguhan’. Prinsip motivasi menetapkan syarat –

syarat yang membolehkan seseorang belajar iaitu persoalannya ialah tentang apakah

pemboleh ubah penting yang membantu dalam memotivasikan seseorang untuk belajar.

Beliau lebih mengutamakan motivasi intrinsik daripada ekstrinsik. Motivasi instrinsik berkait

rapat dengan naluri ingin tahu seseorang individu, justeru itu pembelajaran dan

penyelesaiaian masalah melibatkan penerokaan pelbagai alternatif. Ia terbahagi kepada

tiga fasa.

Fasa penggiatan di mana untuk menggiatkan penerokaan, kanak – kanak perlu

menghadapi sesuatu asas ketidaktentuan. Jika ia terlalu mudah,mereka hilang minat dan

jika terlalu sukar akan menyebabkan kekeliruan. Oleh itu, seseorang guru harus

menyajikan masalah yang sesuai dari tahap kesukarannya untuk merangsangkan motivasi

intrinsik untuk menggiatkan penerokaan.

Sesuatu penerokaan haruslah dikekalkan setelah dimulakan, ini dikenali sebagai

fasa pengekalan dan ia melibatkan proses menyakinkan kanak –kanak bahawa

penerokaan tidak berbahaya atau menyakitkan.

Arah adalah penentu penerokaan yang bermakna. Fasa arahan memberi

penerokaan terbimbing supaya kanak –kanak tahu matlamatnya dan kedudukan mereka

berbanding dengan matlamatnya.

Menurut prinsip pertamanya, Bruner merumuskan kanak –kanak mempunyai

keinginan semula jadi untuk belajar. Maka, guru harus mengurus dan tingkatkan motivasi

tersebut supaya kanak –kanak jelas bahawa penerokaan terbimbing lebih efektif dan

memuaskan daripada belajar sendiri.

Prinsip kedua Bruner adalah Struktur. Ia menyarankan bahawa dalam semua

bidang mata pelajaran, sebarang pengetahuan boleh disusun dengan cara tertentu yang

26
membolehkan penyampaiannya difahami oleh hampir semua pelajar. Struktur sesuatu

pengetahuan mencakupi tiga aspek utama iaitu kaedah penyampaian, ekonomi dan kuasa.

Faktor Kaedah Penyampaian, menurut Bruner, adalah punca utama mengapa guru

tidak berjaya menyampaikan maklumat –maklumat yang hendak disalurkan.Faktor ini

berkait rapat dengan pendapat Bruner bahawa seseorang individu memiliki tiga peringkat

untuk mencapai kefahaman.

Peringkat pertama iaitu Enaktif adalah sekitar usia 0 – 2 tahun di mana

pengetahuan paling berkesan penyampaiannya dalam bentuk gerakan yang melibatkan

anggota badan dan deria. Peringkat kedua,Ikonik, berlaku antara 2 - 4 tahun iaitu kanak –

kanak belajar berfikir. Mereka berkebolehan membayangkan dan menggambarkan sesuatu

dalam fikiran dan menstor imejnya. Oleh itu penggunaan gambar atau visual sangat

bersesuaian pada peringkat ini. Akhir sekali, peringkat Simbolik semasa usia 5 – 7 tahun

akan memperlihatkan keupayaan berfikir dengan menggunakan bahasa dan tidak lagi

terikat dengan gerakan enaktif atau bayangan ikonik. Secara amnya, pemilihan antara tiga

mod di atas bergantung kepada umur dan latar belakang pelajar serta kandungan mata

pelajaran itu sendiri.

Faktor kedua dalam Prinsip Struktur ialah ekonomi. Kuantiti maklumat yang perlu

distor dalam minda murid untuk meneruskan pembelajaran adalah dianggap sebagai faktor

ekonomi dalam penyampaian sesuatu pengetahuan. Semakin kurang maklumat yang perlu

distor dalam minda, maka semakin tinggi ekonominya. Ringkasan yang padat dalam

pengajaran mewujudkan ekonomi yang baik.

Faktor Kuasa adalah faktor ketiga dalam prinsip ini. Lazimnya, guru menyebabkan

perkara yang senang, sukar untuk difahami oleh murid. Penyampaian yang berkuasa atau

berpengaruh merupakan penyampaian yang ringkas dan mudah difahami supaya murid

dapat melihat perkaitan baru dan imbanginya antara fakta awalnya yang mungkin kabur.

27
Prinsip Bruner yang ketiga adalah turutan (sekuen). Tahap kesukaran yang dihadapi

oleh murid dalam menguasai sesuatu mata pelajaran bergantung kepada turutan atau

sekuen sesuatu bahan itu disampaikan. Ahli psikologi ini percaya bahawa perkembangan

intelek adalah mengikut turutan tiga peringkat iaitu enaktif, ikonik dan simbolik. Lantaran,

sesuatu pelajaran harus berpandukan turutan ini.

Prinsip keempat beliau adalah Peneguhan. Menurutnya, tahap pencapaian

penguasaan sesuatu pelajaran atau masalah hanya boleh diukur melalui maklum balas

kemajuann yang dikecapi. Peneguhan pada masa yang tepat adalah sangat penting untuk

kejayaan pembelajaran. Peneguhan yang dibuat sebelum penilaian prestasi murid

diketahui akan akibatkan kekeliruan. Manakala, peneguhan terlewat pula akan

menyukarkan pembetulan mana –mana maklumat yang salah yang telah diaplikasikan.

J.S Bruner melalui teori pembelajaran penemuannya telah menyarankan bahawa

pembelajaran yang bermakna memerlukan penemuan sebenar. Sebarang fakta serta

perkaitan yang ditemui oleh kanak – kanak secara penerokaannya sendiri adalah lebih

efisien dan akan lebih kekal dalam minda berbanding dengan cara hafalan.

Penyediaan persekitaran yang kondusif dengan pembelajaran penemuan boleh

menjadi pemangkin jenis pembelajaran ini.

Selain itu, Bruner juga menyatakan aktiviti soal jawab antara pengajar dan murid

juga boleh menjana pelbagai bentuk penemuan. Menurut beliau, jenis pembelajaran ini

juga memupuk pemikiran kreatif yang penting utuk perkembangan minda serta boleh

menyumbang kepada penghasilan pelbagai rekaan atau produk baru melalui pemikiran

logik.

28
IMPLIKASI TEORI MENGIKUT TOKOH – TOKOH KOGNITIF:

Wolfgang Kohler : Teori celik akal

Implikasinya terhadap kurikulum ialah memastikan murid memainkan peranan yang

aktif dalam proses pembelajaran di mana murid iaitu berpusatkan murid. Selain itu, murid -

murid juga akan menjadi lebih independen dan tidak mengharapkan guru sepenuhnya.

Guru berperanan sebagai fasilitator sahaja. Melalui teori ini juga ia mendorong murid –

murid menyelesaikan masalah secara sendiri melalui penghayatan dan aplikasi situasi

sesuatu perkara secara teliti dan menyeluruh.

Dari konteks pengajaran pula, murid diterapkan dengan cara mengintergrasikan

maklumat dan pengalaman yang sedia ada bagi menentukan apa yang akan dipelajari,

diingati atau dilupakan. Seterusnya, murid juga dapat diajar bagaimana untuk mengurus

dan menyimpan pengalaman dalam memori atau ingatan supaya dapat digunakan bagi

menyelesaiakan masalah pada masa depan.

Jean Piaget: Teori adaptasi kognitif (struktur kognitif)

Menurut Teori Pembelajaran Kognitif Piaget, sesuatu kandungan pelajaran haruslah

disusun berdasarkan peringkat perkembangan kognitif murid – murid. Misalannya, daripada

konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh , daripada kasar kepada halus

mengikut perkembangan otot –otot individu tersebut.

Dari aspek pengajaran, motivasi intrinsik murid harus dipupuk melalui aktiviti

pengajaran iaitu dengan merancang sesuatu situasi. Murid digalakkan melibatkan diri

secara aktif dalam pembelajaran bagi menjana proses asimilasi serta akomodasi untuk

mencapai ekuilibirasi. Kumpulan Berkognitif tinggi dibentuk unutk membimbing kumpulan

berkognitif rendah.

29
Jerome Seymour Bruner: Teori Pembelajaran Penemuan

Dari sudut pandangan kurikulum, isi pelajaran disusun secara sistematik

berdasarkan tahap atau peringkat perkembangan kognitif pelajar iaitu berpandukan mod.

Pembinaan perwakilan untuk mewakili konsep, prinsip atau hukum sesuatu pelajaran diberi

kepentingan misalannya dalam mata pelajaran Matematik.

Implikasinya terhadap pengajaran adalah seperti berikut, mengajar mengikut

keperluan murid - murid supaya dapat melahirkan minat mereka untuk rela dan bersedia

belajar tanpa paksaan. Ini dicapai melalui motivasi serta dorongan terhadap perkara

persekitaran, contohnya dengan penggunaan set induksi. Aktiviti pengajaran dibentuk di

mana ia memberi ruang bagi murid – murid mencubanya dengan menyempurnakannya

dengan sendiri serta menggalakkan pemikiran kreatif.

Aiii) IMPLIKASI TEORI KOGNITIF TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

DARI ASPEK KURIKULUM DAN PENGAJARAN.

Secara keseluruhannya dari segi kurikulum, kandungan pelajaran diolah mengikut

keperluan dan tahap kognitif murid – murid. Ia disusun lebih sistematik supaya

pembelajaran lebih berkesan iaitu dengan pembelajaran penemuan, proses

asimilasi,akomodasi serta celik akal dalam pembentukan konsep serta pembinaan ilmu

pengetahuan. Kurikulum bersifat lebih menggalakkan penglibatan proses mental daripada

mekanikal contohnya dalam mata pelajaran sains yang mengamalkan kaedah pembelajaan

penemuan.

Implikasinya dari pengajaran ialah guru bertindak sebagai fasilitator. Selain itu, pengajaran

diolah untuk memenuhi kehendak murid – murid mengikut mod -mod yang bersesuaian.

30
Bi) BANDING BEZA ANTARA DUA PELOPOR TEORI KOGNITIF:

JEAN PIAGET JEROME SEYMOUR BRUNER

1.Teori yang dikemukakan ialah teori 1.Teori yang dikemukakan ialah teori

perkembangan kognitif yang pembentukan konsep dan menitik

dikenali sebagai teori adaptasi beratkan pembelajaran penemuan.

kognitif.

2. Aspek penting teori : 2. Aspek penting teori :

- berpendapat setiap organisma - berpendapat satu sistem

harus mengadaptasi secara fizikal pengekodan di mana manusia

dengan lingkungan atau skema membina susunan berhierarki

untuk dapat kekal hidup, begitu juga terhadap sesuatu kategori yang

dengan struktur pemikiran manusia. terlibat iaitu pembentukan konsep

3. Merangkumi 5 konsep utama dan pencapaian konsep.

sebagai tunjang teorinya iaitu : 3. Merangkumi 3 konsep utama sebagai

- Skema : kategori – kategori unutk tunjang teorinya iaitu :

identifikasikan rangsangan - Konjuktif : mengabung dua atau

yang diterima dan terus lebih atribut tidak dapat dipisahkan

berkembang. atau kurangkan)

- Adaptasi : proses perubahan - Disinjuktif : gabungan atribut dalam

skema. sesuatu konsep boleh digunakan

dalam satu situasi lain.

JEAN PIAGET JEROME SEYMOUR BRUNER

31
- Asimilasi : proses mental - Hubungan : Atribut –atribut dalam

perubahan skema yang tetap konsep mempunyai hubungan khas

mempertahankan konsep awalnya, antara satu sama lain.

ia hanya menambah atau merinci.

- Akomodasi : proses pembentukan

skema baru unutk memenuhi

situasi baru.

- Ekuilibirasi : keseimbangan yang

dicapai dari proses adaptasi

melalui asimilasi dan akomodasi

untuk menyatukan pengalaman 4. Peringkat Pembelajaran :

luar baru dengan struktur kognitif - Peringkat Enaktif adalah sekitar usia

dalaman. 0 – 2 tahun di mana pengetahuan

4. Peringkat Pembelajaran : paling berkesan penyampaiannya

- Peringkat Sensorimotor iaitu dalam bentuk gerakan.

dari usia 0 – 2 tahun. Keupayaan - Peringkat Ikonik, berlaku antara 2 -

deria motornya berkembang. 4 tahun iaitu kanak – kanak belajar

- Peringkat Praoperasi, semasa berfikir. Mereka berkebolehan

usia 2 – 7 tahun. Di tahap ini ialah membayangkan dan menggambarkan

penggunaan bahasa. sesuatu dalam fikiran.

JEAN PIAGET JEROME SEYMOUR BRUNER


.

32
- Peringkat Operasi Konkrit, - Peringkat Simbolik, semasa usia

muncul antara usia 6 – 12 tahun. 5 – 7 tahun akan memperlihatkan

tahap ini telah dapat menguasai keupayaan berfikir dengan

konsep pengekalan. menggunakan bahasa dan tidak lagi

- ‘Peringkat Operasi Formal’,dari terikat dengan gerakan enaktif atau

usia 12 – dewasa. Di tahap ini bayangan ikonik .

perkembangan kecerdasan

kognitif manusia telah sampai ke

tahap maksima.

5. Menyarankan bahawa proses 5. Menyarankan bahawa pembelajaran

perkembangan kognitif kanak – yang bermakna memerlukan

kanak terbahagi kepada dua penemuan sebenar. Sebarang fakta

bahagian iaitu proses penyerapan serta perkaitan yang ditemui oleh

dan proses pengubahsuaian. kanak – kanak secara penerokaannya

sendiri adalah lebih efisien dan akan

lebih kekal dalam minda berbanding

dengan cara hafalan.

Walaupun, kedua – dua tokoh ini berpegang kepada aliran kognitif tetapi terdapat

beberapa perbezaan dari segi konsep serta peringkat pembelajaran yang disarankan.

Bii) TEORI KOGNITIF DAN AMALAN PENGAJARAN DI SEKOLAH:

Menurut Teori Kognitif pembelajaran dipandang sebagai satu proses pemikiran atau

mental. Ia melibatkan aspek aspek intelek dalam memamahi sesuatu. Perspektif kognitif

tertumpu kepada keupayaan berfikir.

33
Proses pembelajaran berdasarkan ini mungkin tidak menghasilkan perubahan

tingkah laku tapi sebaliknya mejadi proses dalaman sahaja. Tetapi nin tidak bermaksud

pembelajaran tidak berlaku. Jika diperhatikan, amalan pengajaran di sekolah pada masa

sekarang lebih cenderung ke arah proses mental dari hanya fizikal atau perubahan tibgkah

laku sahaja.

Terma “Hasil Pembelajaran” juga telah diperkenalkan dalam penulisan rancangan

pengajaran harian untuk membantu mengukur pencapaian dalam sesuatu penyampaian

pengetahuan atau pelajaran.

Teori Kognitif ini terutamanya Teori Kognitif Piaget amat bersesuaian dengan

amalan pengajaran di sekolah. Ini adalah kerana ia memberi peluang kepada guru untuk

mengenali peringkat pembelajaran murid -murid supaya dapat merancang dan

menyampaikan sesuatu mata pelajaran berdasarkan peringkat pembelajaran murid yang

bersesuaian. Demikian, proses pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai tahap yang

optimum. Selain itu, pembelajaran masa kini digalakkan pengintergrasiaan pembelajaran

berfikrah. Teori kognitif ini amat berpadanan dari aspek tersebut di mana pembelajaran

berlaku secara aktif melibatkan keupayaan berfikir.

Jika dimantapkan lagi pengajaran serta pembelajaran berlandaskan teori ini, tahap

pencapaian prestasi yang tinggi mampu diperolehi. Tetapi kekangan masa yang biasanya

menjadi penghalang dalam memberi penelitian untuk penyediaan rapi bagi pemyampaian

pengajaran perlu diatasi supaya matlamat kecemerlangan pendidikan dapat dicapai

melalui teori kognitif yang cukup komprehensif ini.

34

Anda mungkin juga menyukai