Anda di halaman 1dari 27

PSIKOLOGI

KOGNITIF
DEFINISI
 Ensiklopedia Psikologi mendefinisikan kebolehan kognitif sebagai gaya
manusia yang membolehkan untuk bertindak mengikut pemikirannya

 Stanley dan Hopkins (1990), pengetahuan kognitif termasuklah


kegiatan-kegiatan yang berhubungan dengan proses mengingati atau
mengenal pasti maklumat. Mereka berpendapat bahawa pengetahuan
kognitif wajar dianggap sebagai asas kepada kurikulum dan
perkembangan pendidikan.

 Richard C. Sprinthall, Norman A. Saprinthall dan Sharon N. Oja (1)


sebagai hal-hal yang berkait rapat dengan daya pemikiran dan yang
berkaitan dengan proses rasional. Pada pendapat mereka, kognitif
adalah proses perhubungan antara manusia dan persekitaran.
 Robert L Solso (1998), “psikologi kognitif adalah satu kajian sains
mengenai penumpuan dan proses pemikiran bagaimana penerimaan
maklumat dijalankan dan bagaimana ia digunakan untuk
menyelesaikan masalah dan bagaimana cara kita menuturkannya”.

 Kamus Dewan Edisi Keempat (2005),“ kognitif bermaksud segala


perkara yang berkaitan dengan proses mental untuk mentafsir,
mempelajari dan memahami sesuatu seperti proses pembelajaran,
pemahaman dan perolehan pengetahuan
SEJARAH
Terdapat dua pendekatan dalam mengkaji sejarah psikologi kognitif :

1. Melihat perkembangan disiplin :


melalui apa yang diistilahkan sebagai perkembangan melalui
penimbunan teknik saintifik

2. Penghuraian berasaskan pendekatan penimbunan pengetahuan:


dianggap terlalu lemah untuk digunakan bagi menghuraikan
perkembangan disiplin saintifik.
1956 merupakan tahun bersejarah bagi sains kognitif – muncul karya
tentang pendekatan bagi memahami pemikiran manusia. Antara karya
tersebut ialah

i) A Study of thinking oleh Brunner, Goodnow dan Austin (1956),


Brunner mengemukakan huraian strategi sebagai gagasan perantaraan
bagi memahami pengamatan dan fikiran manusia.

ii) The logic Theorist oleh Simon dan Alen Newell (1956).
“Mengatakan program komputer dianggap mampu menyelesaikan masalah
sebagai tiruan penyelesaian masalah manusia ”.

iii) The magical number seven, plus or minus two: some limits of our
capacity for processing information oleh George A. Miller (1956).
Dalam artikel ini Miller melaporkan beberapa penemuan kajian eksperimen
tentang pemprosesan maklumat yang memperlihatkan ciri-ciri kapasiti
terbatas ingatan jangka pendek (ingatan bekerja) manusia.

iv) Syntactic Structure oleh Noam Chomsky (1957).


Chomsky mengemukakan analisis pertama sifat-sifat formal atau
tranfomasi, kemudian mempengaruhi bukan sahaja pengkaji linguistik juga
pengkaji psikologi kognitif dan sains kognitif secara keseluruhan.
FALSAFAH
1) Plato (427-347 s.m)
 Memperkenalkan tradisi nativisme, beliau percaya pengetahuan adalah
semulajadi dan manusia akan mencari pengetahuan apabila
diperlukan.

2) David Hume (1711-1776)


 Merupakan seorang emperialisme
 Percaya bahawa pengetahuan adalah berpunca dari deria kita dan
minda akan menyimpan pengetahuan ini.
 Minda merupakan agen yang sangat aktif, ia mengumpul dan
membandingkan pendapat dari deria dan menghasilkan satu
pandangan yang sangat kompleks.

3) Immanuel Kant (1724-1804)


 Menerima pendapat Descrates dan Hume – percaya pendapat mereka
menjurus kepada pengetahuan manusia
 Kant berpendapat, minda manusia mempunyai fakulti, dimensi,
kategori dan skema untuk menyusun limpahan data yang masuk
melalui deria.
4) Rasionalisme Renè Descrates (1956-1650)
- Percaya pada pengetahuan yang berdasarkan kepada alasan yang
kukuh,
contohnya hukum matematik, ia lebih nyata dari anggapan sementara
yang bergantung pada pengalaman.
- Idea tentang gambaran minda, ia adalah simbol utama dalam realiti
kehidupan yang sangat abstrak.

 Kesan dari pendapat ketiga-tiga ahli ahli falsafah tersebut mempengaruhi


manusia pada kurun ke 17 dan 18
 Namun persoalan tersebut tidak menjerumus kepada kajian tentang
psikologi kognitif, ahli falsafah meneruskan minat mereka tentang kognitif.
Psikologi kognitif menggunakan konsep istilah-istilah tertentu seperti
gambaran, simbol dan gabungan, ahli falsafah memberikan kajian
sepenuhnya terhadap konsep ini. Mereka mencari penjelasan tentang isu
tersebut dengan membetulkan pendapat-pendapat yang salah.
TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF

Teori Perkembangan Kognitif yang telah dikemukakan oleh beberapa


tokoh yang terkemuka seperti :

 Piaget
 Vygotsky
 Teori Hieraki Pembelajaran oleh Gagne
 Teori Pengukuhan oleh Skinner
 Teori Geneatif oleh Wittrock
 Teori Konstruktif oleh Driver .
ASAS PERKEMBANGAN KOGNITIF

Piaget menyifatkan perkembangan kognitif diasaskan oleh dua


perkara utama iaitu organisasi dan adaptasi.
 Organisasi
 Adaptasi

Organisasi - individu cantum skemata sedia ada untuk bentuk


skemata baru yang kompleks

Adaptasi - mengubah skemata semasa menemui objek, maklumat


atau pengalaman baru melalui proses asimilasi dan akomodasi
JEAN PIAGET
TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF
MENURUT JEAN PIAGET
 Piaget telah menyelidik secara mendalamnya tentang perkembangan
proses kognitif kanak-kanak dan beliau dikenali sebagai BAPA
PSIKOLOGI KANAK-KANAK

 Beliau berpendapat kanak-kanak lahir dengan tingkah laku refleks


(menangis, menghisap dan menggapai), berkembang kepada tingkah
laku bermatlamat dan kemudian berkembang kepada tingkah laku
menyelesai masalah.

 Menurut Piaget, kanak-kanak bina skemata atau struktur kognitif dalam


usahanya memahami persekitarannya atau pengalamannya.

 Menfokuskan kepada bagaimanakah seseorang itu memperolehi ilmu


contohnya nombor, hubungan fizikal, sebab dan akibat serta objek itu
sendiri.
Piaget berpendapat bahawa kanak-kanak bertindak berdasarkan mental
skema dan skemata:
i) Skema
 struktur kognitif yang berbentuk idea dan konsep yang
diguna oleh individu untuk menafsir persekitaran dan
sebagai panduan tingkah laku.
 satu struktur kognitif sahaja

ii)Skemata
 rangkaian pemikiran bagi konsep berkaitan yang
mempengaruhi pemahaman tentang maklumat baru
 lebih dari satu struktur kognitif
 terbahagi kepada tiga iaitu skemata tingkah laku, skemata
simbolik dan skemata operasi.
Asimilasi (proses penyerapan)
suatu proses pemahaman berkenaan sesuatu peristiwa atau
perkara baru berdasarkan skema yang sedia ada. (Robert
E.Slavin,2003).

Akomodasi (proses pengubahsuaian)


suatu proses pengubahsuaian dimana seseorang akan
mengubahsuai skema yang sedia ada untuk disesuaikan
dengan situasi baru. (Robert E.Slavin,2003)
PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF
MENURUT TEORI PIAGET

 Menurut pandangan Piaget terdapat empat fasa perkembangan


pemikiran manusia yang berlaku secara berperingkat.
 Beliau telah menegaskan bahawa perubahan – perubahan dengan
pemberian masa kebiasaannya adalah kuantitatif dan linear.
 Ini bermakna setiap kanak – kanak perlu melalui setiap peringkat
pemikiran bagi mencapai peringkat yang seterusnya.

 Empat peringkat perkembangan intelektual manusia ialah:


i) Peringkat deria motor ( Lahir – 2 tahun )
ii) Peringkat Praoperasi (2 – 7 tahun)
iii) Peringkat Operasi Konkrit (7 – 11 tahun)
iv) Peringkat Operasi Formal
PERINGKAT PERKEMBANGAN INTELEKTUAL MANUSIA

i) Peringkat Deria Motor ( Lahir – 2 tahun )


Pada peringkat ini bayi mengkoordinasi maklumat deria dengan
kebolehan motor untuk membentuk skema tingkahlaku yang
membolehkan mereka bertindak dan mengetahui persekitarannya.

ii) Peringkat Praoperasi (2 – 7 tahun)


Pada peringkat ini berlaku perkembangan drastik dalam penggunaan
simbol mental (perkataan dan imej) untuk menyatakan objek, orang
dan peristiwa yang dialami oleh
kanak-kanak
iii) Peringkat Operasi Konkrit (7 – 11 tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak mengalami perkembangan pesat
dalam proses operasi kognitif dan mengaplikasi kemahiran ini bila
berfikir tentang objek, situasi dan orang yang telah mereka lihat

iv) Peringkat Operasi Formal


Pada peringkat operasi formal, kanak-kanak boleh melakukan
proses mental ke atas idea atau fakta dan andaian-andaian
(propositions)
TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
MENURUT PIAGET

 Menurut piaget perkembangan bahasa dari umur dua hingga tujuh


tahun ini boleh dibahagi kepada dua tahap, iaitu:

i Tahap umur dua tahun hingga empat tahun :


Pada tahap ini, pemikiran kanak-kanak bercorak egosentrik.
Maksudnya, kanak-kanak itu suka bermain dan sambil
bermain bercakap seorang diri

ii Tahap umur lima hingga tujuh tahun


Umur dalam lingkungan ini memperlihatkan bahasa dan
perlakuan kanak-kanak mula bercorak sosial. Kanak-kanak
ini akan mula menggunakan bahasa untuk berkomunikasi
dan berinteraksi dengan orang lain. Bahasa digunakan
sebagai alat sosial
VYGOTSKY
TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF
MENUTUR VYGOTSKY
Vygotsky berpendapat terdapat tiga (3) implikasi dalam bidang pendidikan
iaitu;
1. Pengajar haruslah bertindak seumpama penyokong bangunan
(scaffolding) yang mana ianya menyokong bangunan dari tumbang
ataupun runtuh. Dalam hal ini, pengajar haruslah memberikan bantuan
yang sesuai untuk membolehkan pelajar tersebut berusaha dengan
sendiri dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
2. Arahan haruslah diberikan secara lebih lanjut dari peringkat dimana
pelajar tersebut berada. Iaitu, arahan mendahului dari peringkat
pemahaman pelajar
3. Dalam proses untuk pelajar memahirkan kepada sesuatu ilmu,
perlaksanaan arahan haruslah dilakukan pada empat (4)peringkat iaitu,
• Peringkat pertama- pengajar haruslah menunjuk dan mengajar secara
verbal tentang sesuatu ilmu.
• Peringkat kedua- pelajar haruslah meniru apa yang telah diajarkan oleh
pengajar.
• Peringkat ketiga- pengajar haruslah meninggalkan pelajar supaya
mereka dapat memahirkan diri mereka pada peringkat yang lebih tinggi.
• Peringkat Keempat- kesemua pelajar haruslah bertindak sebagai guru
secara bergilir-gilir sehingga kesemua pelajar tersebut dapat
memahirkan diri mereka (Byrnes,1996).
TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
VYGOTSKY
PERKEMBANGAN PSIKOLOGI
KOGNITIF DALAM ISLAM.
 Pada Usia kanak-kanak, pengaruh ibu bapa adalah terlalu tinggi pada
manusia. Kanak-kanak akan memerhati setiap tingkah laku ibubapa
mereka dan mengikutnya. Sehubungan itu, ibubapa seharusnya
menunjukkan contoh yang baik kepada anak-naka mereka. Pada usia
tersebut, ibubapa harus mendidikan anak-mereka dengan didikan
agama yang secukupnya.
 Apabila berusia tujuh tahun, mereka perlulah dipaksa sembahyang dan
apabila berusia sepuluh tahun, ibubapa bolehlah memukul anak mereka
apabila mereka tak bersembahyang. Itulah antara cara didikan agama
islam dalam memperkembangkan kognitif manusia kearah
perkembangan yang baik.
 Setelah meningkat remaja, para remaja akan terdedah dengan
perkembangan dunia luar tanpa sempadan. Ibubapa haruslah
memberikan didikan yang secukupnya supaya dapat menjadi benteng
kepada diri remaja terhadap pengaruh luar. Pada peringkat ini, manusia
mempunyai perasaan ingin tahu dan mahu mencuba sesuatu yang baru.
Didikan agama yang diberikan akan menjadi batas sempadan kapada
remaja. Agama jugalah yang membolehkan mereka membezakan
antara yang baik dan yang buruk, yang boleh dilakukan dan tidak boleh
dilakukan. Ibubapa harus memantau setiap perkembangan remaja.
SUMBANGAN AHLI-AHLI PSIKOLOGI
KOGNITIF KEPADA DUNIA PENDIDIKAN
SUMBANGAN PIAGET DALAM DUNIA PENDIDIKAN
 Teorinya fokus kepada idea memperkembangkan pendidikan yang
sepadan atau bersesuaian dengan kebolehan kognitif dan fizikal
pelajar-pelajar.
 Salah satu daripada sumbangan besar beliau ialah Guru harus
berfokus kepada proses pemikiran pelajar dan bukan hanya kepada
hasil atau produk akhir untuk memastikan pelajar telah mengalami
proses berfikir yang betul
 Piaget menggalakkan pelajar memainkan peranan penting dan
melibatkan diri di dalam aktiviti pembelajaran. Tindakan guru sebagai
pemindah pengetahuan tidak digalakkan, sebaliknya pelajar perlu
meneroka dan mendapatkannya sendiri pengetahuan melalui
interaksi dengan persekitaran.
SUMBANGAN VYGOTSKY DALAM DUNIA PENDIDIKAN
Teori Vygotsky telah juga meninggalkan dua sumbangan yang
penting dalam dunia pendidikan, iaitu:

 Pembelajaran Cooperative
Pembelajaran Cooperative merupakan pembelajaran dalam satu
kumpulan pelajar yang heterogenous dalam membantu murid yang
lemah atau masih belum boleh menguasai kemahiran tertentu.
Pengajaran atau bantuan daripada rakan sebaya yang lebih mahir
sangat efektif dalam zon perkembangan proximal.

 Penggunaan ’Scaffolding’
Vygotsky menegaskan penggunaan ’scaffolding’ dalam kaedah
pengajaran di mana pelajar beransur-ansur menerima
tanggungjawab dari sedikit kepada sepenuhnya ke atas
pembelajaran atau pencarian ilmu. Perkataan ’scaffolding ’ telah
dikemukakan oleh Bruner untuk menyatakan prinsip dalam teori
Vygotsky (Woolfolk, 1998).
APLIKASI KOGNITIF DALAM DUNIA
PENDIDIKAN
 Secara praktikalnya, perkembangan kognitif telah diaplikasikan
dalam kaedah-kaedah pengajaran iaitu:

i. Kemahiran Pembaca
ii. Penggunaan kemahiran menyimpan dan mengambil kembali
maklumat oleh guru dan pelajar
iii. Guru juga dapat memahami pemikiran pelajar.
iv. Kemahiran Penyelesaian Masalah
v. Penggunaan Teori Pembudayaan Sosial Dalam Pendidikan
KESIMPULAN

 Proses kognitif merupakan proses pembelajaran yang melibatkan


minda manusia melalui proses-proses tertentu. Terdapat pelbagai teori
mengenai psikologi kognitif yang digunakan dalam
memperkembangkan proses kognitif itu sendiri. Antara yang utama
adalah seperti teori Piaget dan Vygotsky.

 Ahli psikologi yang hebat seperti Piaget dan Vygotsky memberikan


sumbangan yang amat bernilai pada dunia psikologi hari ini. Piaget
dengan ilmunya di bahagaian barat dunia manakala Vygostky pula di
Rusia.
 Teori-teori berkenaan psikologi kognitif ini turut disumbangkan dalam
arena pendidikan. Justeru itu, jika diteliti falsafah pendidikan negara,
bahawa psikologi kognitif adalah relevan dengan pendidikan di
Malaysia yang mana telah menekankan perkembangan individu secara
menyeluruh dan mementingkan penggunaan pemikiran serta minda
dalam proses pengajaran dan pembelajaran yakni mengikut psikologi
kognitif, pembelajaran adalah satu proses yang menggunakan akal dan
otak.

 ilmu psikologi kognitif ini sentiasa berkembang seiring dengan


masa.Namun begitu dalam proses memperkembangkan pemikiran
koginitif yang berkesan, perlu kita memahami cara pemprosesan
maklumat yang dilakukan oleh otak, peringkat pemikiran minda serta
kaedah atau bentuk yang paling efektif bagi mencapai tujuan tersebut

Anda mungkin juga menyukai