Anda di halaman 1dari 6

1.

TEORI KOGNITIF JEAN PIAGET

2. SIAPAKAH JEAN PIAGET • Seorang pakar biologi Switzerland dan pakar psikologi kanak-kanak •
Dilahirkan pada 9th Ogos 1896 di Neuchâtel, Switzerland. • Banyak membuat kajian ke atas tingkah
laku kanak-kanak. • Menghuraikan bagaimana minda manusia membina skemata dan melaksanakan
proses asimilasi dan akomodasi dalam membina ilmu. • Mengemukakan konsep-konsep tentang
perkembangan kanak- kanak yang telah diterima sebagai satu teori komprehensif yang meliputi
kesemua budaya dan masyarakat. • Meninggal pada 17th September 1980 di Geneva.

3. TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF • Menurut Jean Piaget, proses pemikiran kita berubah secara
menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan. • Setiap individu akan sentiasa
mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran
mereka.

4. PENGALAMAN KEMATANGAN SOSIAL BIOLOGI Perkembangan kognitif juga Proses pemikiran yang
dipengaruhi oleh pergaulan dipengaruhi oleh individu dengan orang-orang faktor genetik persekitaran :
ibu bapa, adik beradik, rakan, guru. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PROSES PEMIKIRAN INTERAKSI
NDIVIDU INDIVIDU KESEIMBANGAN DENGAN PERSEKITARAN  Individu berinteraksi dengan Proses
keseimbangan adalah persekitaran untuk memahami merupakan salah satu cara yang perkara-perkara
yang berlaku. digunakan oleh individu untuk  Mereka akan mengadaptasi dengan situasi- meneroka,
menguji, memerhati dan situasi yang baru dialami menyusun maklumat yang didapati

5. PROSES MENCAPAI KESEIMBANGAN • Menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami
persekitaran mereka. • Individu sentiasa cenderung untuk memahami sesuatu situasi, menyelesaikan
sesuatu kekusutan. • Setiap kali individu memperolehi sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun
pengalaman-pengalaman tersebut dalam minda dan membentuk 1 sistem yang dipanggil SKEMA.

6. SKEMA • Proses penyusunan dan pembentukan skema ini dipanggil ORGANISASI dan bermula sebaik
sahaja seseorang individu dilahirkan. • Bermula dengan pembentukan skema yang mudah kemudian
beransur kepada skema yang lebih kompleks. Contoh : 1. Bayi membentuk skema untuk mencapai
sesuatu objek, 2. Kanak-kanak membina skema-skema untuk mengkategori sesuatu benda/skema untuk
mengenal huruf. 3. Anda membentuk skema untuk memandu/memasak • Dalam banyak situasi, skema-
skema yang dibentuk ini akan berdepan dengan situasi yang baru. Contoh : 1. Kanak-kanak yang telah
mengenal huruf berdepan dengan situasi baru untuk menyusun huruf-huruf tersebut membentuk
perkataan. 2. Anda yang mempunyai skema untuk memasak nasi putih akan buntu sekiranya diminta
memasak nasi tomato.

7. ADAPTASI • ADAPTASI adalah Proses perubahan/pertukaran skema lama kepada skema baru dimana
melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu ASIMILASI dan AKOMODASI. ASIMILASI AKOMODASI
Berlaku apabila individu cuba memahami Berlaku apabila individu dapat menukar skema pengalaman
baru dan cuba untuk lama untuk disesuaikan dengan pengalaman menyesuaikan pengalaman ini dengan
baru dengan mengubah cara pemikiran untuk skema yang telah sedia ada. disesuaikan dengan
pengalaman baru dan seterusnya membentuk skema baru. Contoh : Contoh : Dalam mengenal huruf,
kanak-kanak Dalam contoh asimilasi, akomodasi berlaku mungkin akan menyatakan “d” sebagai apabila
kanak-kanak dapat mengenal dan “b”apabila diperkenalkan. Melalui membezakan “d” daripada “b”
pengalaman dan bimbingan, kanak-kanak akan cuba memadankan pengetahuan baru dengan skema
lama yang telah ada.
8. KESIMPULAN • Menurut Jean Piaget, proses mengorganisasi,mengasimilasi dan mengakomodasi
adalah proses yang digunakan oleh individu untuk mencapai keseimbangan dimana individu akan terus
menguji minda mereka untuk mencari keseimbangan. • KESIMPULAN : Jika kita menggunakan skema
baru untuk sesuatu situasi / pengalaman yang baru dan ianya berjaya, maka keseimbangan akan berlaku
tetapi sekiranya skema baru tidak memberi penyesuaian yang baik maka ketidakseimbangan akan
berlaku dan kita akan terus membina skema-skema baru untuk disesuaikan dengan situasi baru
tersebut.

9. TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PERINGKAT SENSORIMOTOR (SEJAK LAHIR ~ 2 TAHUN) PERINGKAT


PRA OPERASI (2 ~ 7 TAHUN) TEORI KOGNITIF JEAN PIAGET PERINGKAT OPERASI KONKRIT (7 ~ 11
TAHUN) PERINGKAT OPERASI FORMAL (12 TAHUN KE ATAS)

10. PERINGKAT SENSORIMOTOR (0 – 2 TAHUN)

11. PERINGKAT SENSORIMOTOR • Peringkat permulaan (0 ~ 2 TAHUN) dalam perkembangan kognitif


dimana bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang persekitarannya.
PERKEMBANGAN KOGNITIF CONTOH Skema-skema yang terbentuk adalah hasil dari Menggunakan
mulut untuk merasa objek, interaksi fizikal bayi dengan persekitaran. mengkoordinasi mata dan tangan
untuk mencapai objek. • Kanak-kanak pada peringkat ini akan merasa puas menggunakan mulut untuk
merasa dan menghisap Menghisap ibu jari, memasukkan objek kedalam dan juga berminat dengan
objek yang berada di mulut, mencapai objek yang berbunyi,bunyi yang persekitarannya. dihasilkan akan
mendatangkan kepuasan yang • Kepuasan akan terhasil apabila mereka berupaya menyebabkan kanak-
kanak mengulang perbuatan mengenakan tindakan terhadap objek dan tersebut. menyebabkan mereka
melakukan tindakan tersebut berulang-ulang. Selain itu, mereka juga mula menunjukkan Kanak-kanak
yang telah mencapai tahap ini dapat permulaan pemikiran logik dimana aktiviti-aktiviti mengatur skema-
skema yang mudah dan logik fizikal mereka mula mempunyai matlamat-matlamat untuk mengeluarkan
barang-barang daripada yang mudah. sebuah bekas yang bertutup atau boleh mengatur langkah untuk
mengambil objek yang jauh.

12. PERINGKAT SENSORIMOTOR • Pada peringkat akhir sensorimotor, kanak-kanak boleh melakukan
imitasi terhadap tingkahlaku yang dilihat atau diperhatikan seperti meniru perlakuan melambaikan
tangan,memasukkan sudu ke dalam mulut untuk menyuap makanan. • Semakin kanak-kanak ini
membesar, tindakan perlakuan ini akan menjadi semakin tepat. • Kanak-kanak akan mencapai tahap
pengekalan objek iaitu kebolehan untuk menggambarkan objek di dalam memori. • Sebelum ini berlaku,
kanak-kanak tidak akan mempunyai memori terhadap objek yang tiada dipenglihatan mereka “out of
sight, out of mind”

13. PERINGKAT SENSORIMOTOR FIZIKAL KOGNITIF Daripada aksi refleks kepada aktiviti Mengkoordinasi
maklumat deria dengan bermatlamat. pergerakan motor. Saiz dan komposisi otak bertambah Kepuasan
mengenakan tindakan terhadap objek Gigi susu pada gusi bawah mula kelihatan Permulaan pemikiran
logik dengan aktiviti-aktiviti (6-8 bulan) mudah Mula perkembangan otot halus: Mula menggunakan
imitasi,memori dan menggenggam dan mengkoordinasi pemikiran antara tangan dan mata.
Menunjukkan autonomi dan kekuatan Konsep pengekalan objek pergerakan KEBOLEHAN FIZIKAL DAN
KOGNITIF KANAK-KANAK PERINGKAT SENSORIMOTOR

14. PERINGKAT PRA - OPERASI (2 – 7 TAHUN)


15. PERINGKAT PRA - OPERASI • Pada peringkat ini, kanak-kanak akan beralih ke peringkat di mana
mereka mula menggunakan minda untuk membentuk skema-skema baru. • Kanak-kanak boleh
menggambarkan dan merancang pergerakan/aktiviti dengan menggunakan minda mereka untuk
membentuk skema dan perkembangan berlaku apabila kanak-kanak dapat mewakili sesuatu dengan
simbol mental. • Simbol yang digunakan termasuk bahasa, isyarat,gambar dan digunakan untuk
menyatakan objek,orang atau peristiwa yang dialami oleh kanak- kanak.

16. PERINGKAT PRA - OPERASI KEBOLEHAN YANG DIPEROLEH PADA PERINGKAT PRA - OPERASI Mewakili
imej sebenar buku dengan perkataan “buku” atau dengan menggunakan gambar. Proses ini dinamakan
fungsi semiotik dimana perkembangan bahasa akan berlaku dengan pesat Permainan membayangkan
(pretend play) seperti mengambil watak kartun/karektor kegemaran (boboiboy,upin & ipin) atau
menjadi ibu,ayah atau doktor. Memberi kualiti atau ciri benda hidup kepada benda bukan hidup
(animisme) seperti hari hujan sebab hari menangis, kereta minum apabila menuang minyak.

17. PERINGKAT PRA - OPERASI • Pemikiran kanak-kanak pada peringkat ini lebih bersifat intuitif iaitu
pemahaman kanak-kanak mengenai objek bergantung pada ciri-ciri yang nampak jelas dan nyata dimana
mereka masih belum berupaya berfikir secara logik dan rasional. • Ciri-ciri ini dikatakan sebagai
“centered”/permusatan. Oleh itu, mereka masih tidak dapat menguasai proses
transformasi,keterbalikan dan penaakulan.

18. PERINGKAT PRA - OPERASI SIKAP EGOSENTRIK • Menurut Jean Piaget, kanak-kanak peringkat ini juga
menunjukkan sikap egosentrik dimana bermaksud mereka melihat dan memahami persekitaran melalui
perspektif sendiri. • Mereka selalu menyangka orang lain mempunyai perasaan, reaksi dan perspektif
yang sama dengan mereka. • Contoh : Seorang kanak-kanak yang suka melihat 1 siri kartun (boboiboy)
beranggapan semua orang lain juga mempunyai minat yang sama dengannya.

19. PERINGKAT PRA - OPERASI FIZIKAL KOGNITIF Memegang objek-objek besar dan Mula
menggambarkan dan merancang skema memanipulasi objek-objek kecil Mewakili sesuatu dengan
simbol mental iaitu Menunggang basikal roda tiga dengan bahasa, gambar / isyarat Berupaya mengingat
semula peristiwa yang Melompat dan berlari sudah berlaku dan boleh membanding 2 peristiwa yang
berlaku Menulis huruf-huruf dan perkataan- Permainan membayangkan (pretend play) perkataan
mudah Pemahaman kanak-kanak mengenai objek bergantung pada ciri-ciri yang nampak yang jelas dan
nyata KEBOLEHAN FIZIKAL DAN KOGNITIF KANAK-KANAK PERINGKAT PRA - OPERASI

20. PERINGKAT OPERASI KONKRIT (7 – 11 TAHUN)

21. PERINGKAT OPERASI KONKRIT • Kanak-kanak peringkat ini berkebolehan berfikir secara logik
walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi yang konkrit • Mereka sepatutnya memahami
proses transformasi, keterbalikan dan penaakulan.

22. PERINGKAT OPERASI KONKRIT • Menurut Jean Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini sudah boleh
menguasai konsep pengekalan (conservation). PRINSIP ASAS PRINSIP PRINSIP GANTI RUGI PRINSIP
IDENTITI (COMPENSATION) KETERBALIKAN Mereka tahu sekiranya tiada Mereka tahu sesuatu Pelajar
boleh bilangan yang ditambah / perubahan pada satu segi mengulang proses dikurangkan, bilangan
/amaun akan diganti oleh perubahan yang berlaku secara objek adalah sama walaupun dalam satu
aspek yang lain mental kepada asal bentuknya berubah semula
23. PERINGKAT OPERASI KONKRIT PROSES CONTOH PROSES PENGELASAN : Pengelasan mengikut ciri
warna, saiz & Mengklasifikasikan objek ke dalam set atau bentuk. kumpulan berdasarkan sesuatu ciri.
PROSES MENYUSUN SECARA BERSIRI : Membuatsusunan logik seperti A<B<C , Mengatur atau menyusun
mengikut susunan 1<2<3<4 menaik dan menurun. • Penguasaan kemahiran seperti
pemuliharaan,pengelasan dan penyusunan bersiri menunjukkanpelajar pada peringkat ini telah
mencapai satu peringkat pemikiran logik. • Walau bagaimanapun sistem pemikiran ini masih terikat
dengan situasi fizikal di mana pelajar boleh menyusun, mengelas, memanipulsi dalam situasi yang
berbentuk konkrit.

24. PERINGKAT OPERASI KONKRIT • Mengikut Jean Piaget , gaya pemikiran mereka juga berubah secara
beransur daripada pemikiran egosentrik kepada pemikiran decentered / objektif . • Pemikiran ini
membolehkan kanak-kanak memahami persepsi dan pandangan orang lain yang berlainan daripada
persepsi mereka. • Mereka mula bersosial dan menerima pandangan rakan-rakan semasa bermain /
membuat aktiviti bersama. • Pada peringkat ini, masih tidak boleh membuat hipotesis dan
menyelesaikan soalan-soalan yang abstrak / masalah yang melibatkan gabungan faktor yang kompleks.

25. PERINGKAT OPERASI KONKRIT FIZIKAL KOGNITIF Berkebolehan berfikir secara logik walaupun
Pertumbuhan dan perkembangan pemikiran mereka masih terikat dengan situasi kemahiran-kemahiran
psikomotor. yang konkrit Sudah boleh menguasai konsep Psikomotor halus lebih baik. pengekalan
(conservation) Kanak-kanak pada peringkat ini juga menguasai Psikomotor kasar lebih cekap proses
pengelasan Proses menyusun secara bersiri mengikut Pertumbuhan gigi kekal bermula susunan menaik
dan menurun. Mula bersosial dan menerima pandangan rakan- Kanak-kanak menghampiri akil baligh
rakan semasa bermain / membuat aktiviti bersama KEBOLEHAN FIZIKAL DAN KOGNITIF KANAK-KANAK
PERINGKAT OPERASI KONKRIT

26. PERINGKAT OPERASI FORMAL (12 TAHUN KE ATAS)

27. PERINGKAT OPERASI FORMAL • Boleh melakukan proses mental ke atas idea-idea dan membuat
jangkaan / andaian berdasarkan fakta. • Pemikiran mereka tidak lagi terikat kepada bahan-bahan konkrit
dan mereka sudah boleh memikirkan idea secara abstrak dan membuat hipotesis walaupun ianya bukan
realiti. • Contoh : Mereka boleh berhipotesis dan memberi idea tentang masalah pencemaran alam
sekitar di dunia /apa yang akan berlaku di Malaysia pada tahun2020. • Mereka boleh mengkaji masalah-
masalah abstrak secara sistematik dan membuat generalisasi terhadap masalah tersebut.

28. PERINGKAT OPERASI FORMAL CIRI-CIRI PEMIKIRAN FORMAL BOLEH BERFIKIR SECARA BERFIKIR
SECARA MEMBUAT ABSTRAK SISTEMATIK HIPOTESIS Kanak-kanak boleh berfikir Mereka juga boleh
berfikir secara Mereka juga boleh secara abstrak seperti sistematik untuk memberi beberapa membuat
hipotesis dan menyelesaikan masalah kemungkinan penyelesaian. mencari alternatif matematik di mana
Contoh : Sekiranya anda pergi penyelesaian melibatkan perwakilan bercuti dengan hanya membawa 3
masalah.Mereka boleh abstrak. helai kemeja-T, 3 helai blaus dan 3 menaakul secara induktif Contoh :
4x+x=10. Apakah helai jaket, berapa kombinasi dan deduktif. Penaakulan nilai x? pakaian yang anda
boleh dapat dari deduktif bermaksud set ini? pemikiran daripada yang am kepada khusus.

29. PERINGKAT OPERASI FORMAL • Egosentrik remaja muncul dalam peringkat ini.Ianya berlainan
dengan egosentrik di peringkat pra-operasi • Remaja lebih tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka
sendiri, susah untuk menerima pandangan dan pendapat orang lain serta mempunyai perasaan seperti
perbuatan mereka sentiasa diperhatikan oleh orang lain.
30. PERINGKAT OPERASI FORMAL FIZIKAL KOGNITIF Kadar perkembangan dan perkembangan Mereka
juga boleh berfikir secara sistematik pesat. Perubahan fizikal mula ke arah untuk memberi beberapa
kemungkinan dewasa. penyelesaian Mencapai Akil Baligh Egosentrik remaja muncul pada peringkat ini.
Perubahan dan akil baligh berlaku pada remaja perempuan terlebih dahulu Boleh membuat hipotesis
dan mencari alternatif sebelum remaja lelaki, namun tempoh penyelesaian masalah. Mereka boleh
menaakul pertumbuhanl elaki semasa akil baligh secara induktif dan deduktif. lebih lama. KEBOLEHAN
FIZIKAL DAN KOGNITIF KANAK-KANAK PERINGKAT OPERASI FORMAL

31. IMPLIKASI TERHADAP P&P PRA OPERASI (2-7 TAHUN) • i)Menggunakan bahan bantu mengajar yang
konkrit. Contoh : Kanak-kanak menggunakan bahan-bahan maujud seperti guli, batu, batang aiskrim
untuk belajar kemahiran menambah dan menolak. • ii)Arahan yang diberikan haruslah pendek dan
disertai dengan contoh. Contoh : Arahan untuk beratur diluar kelas/bagaimana untuk menjalankan
sesuatu aktiviti diberi dengan menggunakan ayat yang mudah dan jelas. Guru juga boleh demonstrasi
cara melakukan sesuatu dan menyatakan mengikut langkah yang sistematik dan teratur.

32. IMPLIKASI TERHADAP P&P • iii) Mereka susah memahami sesuatu perkara daripada sudut
pandangan orang lain. Contoh :Penjelasan tentang nilai/nasihat harus diberikan dalam ayat yang mudah
difahami kanak-kanak dan harus mempertimbangkan daripada sudut pandangan kanak-kanak tersebut.
• iv) Beri peluang kepada kanak-kanak melakukan “hands-on” terhadap sesuatu kemahiran.Peluang ini
dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak terhadap diri mereka. Contoh : Membentuk perkataan
dengan potongan-potongan huruf.

33. IMPLIKASI TERHADAP P&P OPERASI KONKRIT (7-11 TAHUN) • i) Beri peluang kepada pelajar untuk
memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajar.Bimbing kanak-kanak untuk berfikir secara kreatif
dan kritis. Biarkan mereka mencuba sendiri kemahiran yang dipelajari. Contoh : Membuat eksperimen
dalam subjek sains seperti mengkaji keperluan cahaya matahari untuk proses fotosintesis tumbuhan. •
ii) Gunakan contoh-contoh yang sesuai dan berkaitan dengan pengalaman pelajar untuk mengajar
perkara-perkara yang lebih kompleks.Kaitkan pengalaman mereka seperti program televisyen yang
mereka gemari/pengalaman seharian mereka dengan pengajaran. Pengalaman membantu kanak-kanak
untuk memahami perkara yang lebih kompleks.

34. IMPLIKASI TERHADAP P&P • iii) Perkenalkan soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah yang
memerlukan pemikiran logik dan analitik. Tunjukkan jalan penyelesaian mengikut langkah-langkah yang
mudah dan sistematik.

35. IMPLIKASI TERHADAP P&P OPERASI FORMAL (12 TAHUN KE ATAS) • i) Gunakan bahan yang konkrit
untuk mengillustrasikan konsep yang lebih kompleks. Contoh : penggunaan bahan 3D, model, carta,
rajah, pengalaman pelajar sendiri sebagai permulaan kepada pengajaran yang lebih kompleks. • ii)Beri
peluangkepada pelajar untuk menyelesaikan masalah serta memberi sebab kepada penyelesaian yang
dikemukakan. Suruh pelajar bentangkan idea dankritik idea yang dikemukakan. • iii) Kemukakan konsep
yangluas dan tidak hanya terikat dengan fakta-fakta.Biarkan pelajar meneroka dan mengkaji sendiri
konsep tersebut. Terima pendapat pelajar dan bimbing pelajar untuk belajar menerima pendapat orang
lain.

https://www.youtube.com/watch?v=UZ-p3nio0d4
https://www.youtube.com/watch?v=-iGegxOcFnc

https://www.youtube.com/watch?v=9gr3BccQeWo

Anda mungkin juga menyukai