Anda di halaman 1dari 1

Pengurusan dan pengelolaan permainan tradisional Sebelum menjalankan permainan ini, kumpulan kami telah mencari dan memahami

maklumat tentang permainan tradisional congkak. Kami membuat perbincangan untuk merancang pelan permainan. Prosedur dan syarat-syarat permainan juga ditetapkan dalam peringkat persediaan awal. Hadiah juga telah disediakan untuk pemenang. Maka dengan ini dapat menambahkan keseronokan permainan. Pensyarah turut dijemput untuk menyaksikan pertandingan ini. Sebelum pertandingan dimulakan, pengadil memastikan bilangan peserta mencukupi.Kemudian, kami akan memberi penerangan dan demonstrasi langkahlangkah permainan kepada semua peserta. Pengira markah akan menerangkan cara pengiraan mata. Seterusnya, pemantau akan menerangkan cara-cara dan syarat-syarat permainan congkak. Ini adalah kerana kami ingin memastikan semua peserta mempunyai kefahaman yang cukup mengenai prosedur permainan. Kemudian, pertandingan dimulakan. Semua peserta diwajibkan untuk memakai pakaian sukan. Mereka juga harus melaporkan diri di tempat pendaftaran. Semua peserta memulakan pertandingan berdasarkan carta aliran pertandingan yang telah ditetapkan. Pertandingan ini dijalankan secara kalah mati. Disiplin pemain akan dikawal oleh pengadil untuk memastikan pertandingan dijalankan dengan lancar. Pertandingan ini akan dijalankan di gelanggang. Kami akan memastikan tempat pelaksanaan permainan dikosongkan. Peralatan yang cukup disediakan iaitu 4 set congkak dan guli yang secukupnya. Teach microphone juga digunakan. Semasa permainan dijalankan, terdapat pengira markah mengambil kira markah perlawanan. Pengadil perlu memastikan pertandingan dijalankan dengan adil dan saksama. Setelah pertandingan tamat, keputusan diumumkan. Pensyarah dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang. Selepas itu, semua ahli kumpulan kami bekerjasama untuk mengemaskan tapak perlawanan. Semua peralatan dikemas dan dipulangkan. Akhirnya, refleksi dibuat bersama-sama ahli kumpulan.

Anda mungkin juga menyukai