Penulisan refleksi adalah satu komponen penting dalam penyediaan
RPH. Pentingnya refleksi adalah kerana:
- Guru memberi pendapat dan ulasan tentang PdPc yang telah dijalankan - Membina intervensi - Mengenalpasti langkah seterusnya untuk PdPc akan datang - Memahami prestasi murid - Mempelbagaikan pendekatan dalam PdPc - Membuat penilaian PdPc yang lebih jelas Tiada format tetap tentang penulisan refleksi. Yang ada hanyalah pembudayaan. Berikut adalah serba sedikit panduan untuk penulisan refleksi yang berkesan. 1. Apakah pencapaian murid? - Berapakah bilangan murid yang telah mencapai objektif pembelajaran? - Berapakah bilangan murid yang belum mencapai objektif pembelajaran? (dalam bentuk nombor atau pecahan jika perlu)
2. Apakah aspek/ bahagian / kriteria kejayaan yang masih belum
dicapai? - Aktiviti yang mana, kemahiran apa, dan sebagainya.
3. Apakah kekuatan dalam PdPc saya (berdasarkan pemerhatian?- Apakah
aktiviti yang paling murid enjoy? - Apakah sesuatu dalam PdPc yang pertama kali / pendekatan baru kita cuba dan membuahkan hasil?
4. Apakah intervensi yang akan saya lakukan?
- Apa aktiviti yang saya boleh lakukan untuk membantu murid yang masih belum mencapai objektif pembelajaran (nama aktiviti atau intervensi perlu spesifik).
Contoh (intervensi) penambahbaikan:
- menyediakan bahan sumber pembelajaran maujud dan bukannya visual semata- mata - mengolah soalan agar murid memahami soalan - menyediakan aktiviti mengikut pelbagai aras - mengunakan isyarat tangan untuk mengawal murid - menggunakan sistem penolakan ganjaran jika murid tidak mendengar arahan - memberi lebih 'wait time' untuk murid respon - menghadkan masa untuk aktiviti 'running dictation' dan sebagainya.