Anda di halaman 1dari 5

SMK TRIANG 3, FELDA TRIANG 3

28300 TRIANG PAHANG

KERTAS KERJA
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
PERINGKAT SEKOLAH 2015

TARIKH:
10 OGOS 2015 HINGGA 31 OGOS 2015

PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN


SMK TRIANG 03

‘Insan istimewa tanggungjawab bersama’

1. PENGENALAN
Untuk memenuhi keperluan individu, program pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk
adalah fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997,
yang menyatakan “guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran
atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan
bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas untuk melahirkan insan yang berkemahiran,
berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan
serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu, guru pendidikan khas telah
merancang satu program sebagai usaha untuk menambahan lagi pengetahuan tentang
kemerdekaan dan seterusnya dapat menghargai segala pengorbanan yang telah dicurahkan
oleh pemimpin-pemimpin dahulu yang mempertahankan maruah tanah air dan
kemerdekaan negara ini

2. MATLAMAT
Kurikulum Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bermatlamat menyediakan ilmu
pengetahuan dan kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel
untuk memenuhi keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan
bermakna.Perancangan program pendidikan bersempena dengan bulan kemerdekaan ini
bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri pelajar dan mengembangkan bakat dan
potensi pelajar dan juga menyemai semangat nosionalisme dikalangan pelajar. Secara tidak
langsung pelajar akan didedahkan dengan pengalaman dan pengetahuan sejarah
kemerdekaan negara Malaysia. Selain itu pelajar dapat mempraktikkan kemahiran motor
halus dan motor kasar melukis dan mewarna seperti yang telah dipelajari dalam
matapelajaran Pendidikan Seni Visual

3. OBJEKTIF
Membolehkan murid:
i. Membentuk genarasi yang cinta akan negara, perpaduan dan keharmonian
ii. Melahirkan generasi yang menghargai jasa dan pengorbanan para pemimpin di
semua peringkat
iii. memperkembangkan kemahiran motor halus.

4. KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PKIBP) SMK
Triang 03 yang mengalami masalah pembelajaran seperti Slow Learner.

5. TEMPAT DAN TARIKH


Tempat : SMK Triang 03
Tarikh : 10 Ogos 2015 – 31 Ogos 2015

6. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN


Penasihat : En Ghazali b Maharudin (Pengetua)
Penyelaras Program : En Ahmad Akmal Bin Ab Kadir
Setiausaha : Pn Siti Fazliza Binti Rashid
Bendahari : Pn Siti Fazliza Binti Rashid

7. TENTATIF PROGRAM
Sila rujuk lampiran 1

8. ANGGARAN PERBELANJAAN
8.1 Perbelanjaan
Warna Buncho 4set x RM15 = RM60.00
Warna Plaka 4 x RM15 = RM60.00
Kain Cotton Putih 7 meter = RM35.00
Berus 10 batang = RM10.10
Polisterine 3 = RM15.00
_____________
Jumlah RM180.10
----------------------

9. SUMBER KEWANGAN
Unit Panitia Sivik &Kewarganegeraan PKIBP

10. PENUTUP
Adalah menjadi harapan agar segala program yang telah dirancang dapat memberi
faedah dan manfaat yang bermakna kepada pelajar Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah
Pembelajaran SMK Triang 03 serta mampu mencapai objektif-objektif yang telah dinyatakan
dengan jayanya.
Semoga segala usaha dan bakti ikhlas yang telah diberikan dalam menjayakan program ini
akan mendapat ganjaran yang lebih baik disisi Allah S.W.T. InsyaAllah.

Disediakan oleh : Disahkan oleh

...................................... ...................................................
(SITI FAZLIZA BT RASHID) (EN GHAZALI B MAHARUDIN)

Disemak oleh

...............................................
(AHMAD AKMAL B AB KADIR)
LAMPIRAN 1

Tentatif program

AKTIVITI TARIKH

Mewarna Bendera Malaysia menggunakan 12 Ogos 2015 , Rabu


warna Buncho

Melukis Bendera Malaysia dan Logo 19 Ogos 2015, Rabu


Kemerdekaan 2015

Melukis Mural & Majlis Penutupan 26 Ogos 2015, Rabu

Anda mungkin juga menyukai