Anda di halaman 1dari 31

Perancangan Aktiviti

Pengajaran dan Pembelajaran


berdasarkan Pengajaran
Berasaskan Inkuiri

NAMA: TAN JIAN HUA


I/C: 970723-01-6557
Perancangan Aktiviti
Pengajaran dan
Pembelajaran
berdasarkan
Pengajaran
Berasaskan Inkuiri
(Inquiry-based
Education)
Pengertian Inkuiri

Proses mencari dan menyiasat masalah,


membina hipotesis, mereka bentuk eksperimen,
mengumpul data dan membuat kesimpulan
untuk menyelesaikan masalah (Shulman,1968).
Pembelajaran secara tidak langsung melibatkan
aktiviti penerokaan dan penemuan yang
berkaitan dengan proses untuk mendapatkan
maklumat melalui penyoalan dan penyelesaian
masalah dalam p&p (Carin & Sund,1971).
Konsep Pengajaran Berasaskan Inkuiri

Kaedah pembelajaran yg memberangsangkan


celik akal, komunikasi berkesan, kolaborasi,
pengajaran berpusatkan kepada murid,
dipengaruhi teknologi komputer dan aplikasi
peralatan digital.
Pendekatan di mana murid membina
pengetahuan dan kefahaman sendiri melalui
penyiasatan dan penerokaan berasaskan
pengetahuan sedia ada.
Fokus kpd perolehan pengalaan oleh murid itu
sendiri.
Murid memahami sesuatu aspek melalui tafsiran
soalan @ tugasan yg diberi.
Membantu guru membangunkan KBAT spt
menganalisis, mensistesis, menilai & mereka cipta.
Membantu murid memperoleh kemahiran
pemikiran kritikal.
Nilai tambah boleh dipupuk dlm kalangan murid
apabila pengajaran berasaskan unsur kreatif &
inovatif.
Berpusatkan
Murid

Melibatkan Merangsang
proses kognitif, Ciri-ciri minat & sikap
afektif &
psikologi ingin tahu

Mengemukakan
soalan & membuat
inferens dalm
pencarian
maklumat
Berpusatkan Murid

Murid melakukan operasi intelektual semasa melakukan


aktiviti.
Murid melakukan aktiviti meneroka, mengenal pasti,
mencari dan menguji pengetahuan.
Murid menggunakan akal fikiran/idea yang munasabah
terhadap sesuatu isu, masalah atau pengetahuan
dengan keadaan masa kini.
Menggalakkan penglibatan murid secara aktif. Murid
bertindak memainkan peranan sebagai perancang dan
pelaku dalam proses pembelajaran.
Merangsang Minat & Sikap
Ingin Tahu
Merangsang minat dan sikap ingin
tahu murid bagi meroka, mencari
maklumat, menyoal dan menyiasat
situasi atau masalah yang berlaku
dari situasi yang diwujudkan oleh
guru.
Mengemukakan Soalan & Membuat
Inferens dalam Proses Pencarian
Maklumat

Mementingkan soalan yang


mencabar pemikiran murid.
Melibatkan Proses Kognitif, Afektif &
Psikologi
Bermula dengan pemerhatian, penerokaan, pengumpulan
dan interpretasi data, menerangkan serta refleksi.
Berorientasikan teknik, prosedur dan cara-cara melihat
masalah serta menyelesaikan masalah dalam
pembelajaran.
Proses mental berkembang semasa melakukan aktiviti
dalam penyelesaian masalah, membuat pemerhatian,
membuat andaian/membina hipotesis, menguji hipotesis,
mengumpul data dan akhirnya membuat kesimpulan
berdasarkan pelbagai maklumat yang dapat dibuktikan.
Inkuiri
Pengesahan

Jenis-
Inkuiri Inkuiri
Terbuka jenis Berstruktur
Inkuiri

Inkuiri
Terbimbing
Inkuiri Pengesahan

Murid mengesahkan prinsip/konsep


tertentu berdasarkan keputusan
penyelidikan terdahulu.
Inkuiri Berstruktur
Murid melakukan penyelidikan
berdasarkan persoalan dan langkah-
langkah yang ditentukan oleh guru.
Inkuiri Terbimbing
Murid melakukan penyelidikan
berdasarkan soalan-soalan yang
disediakan oleh guru dan pemilihan
langkah-langkah penerokaan
ditentukan sendiri oleh murid.
Inkuiri Terbuka
Murid melakukan penyelidikan
berdasarkan soalan dan langkah-
langkah yang dibina dan ditentukan
sendiri oleh mereka berdasarkan topik
tertentu.
Ciri-ciri Inkuiri Pengesahan
Guru menyediakan soalan dan prosedur
penyelidikan.
Hasil yang perlu dicapai sudah diketahui.
Murid mengikut prosedur yang diberikan
untuk mengesahkan hasil atau konsep yang
telah diketahui.
Sesuai digunakan untuk mengukuhkan idea
atau konsep yang dipelajari untuk memberi
pengalaman menjalankan penyelidikan.
Sebagai latihan untuk memperoleh kemahiran
tertentu seperti merekod dan menganalisis
data.
Guru menyediakan prosedur penyelidikan yang
melibatkan hands-on, namun pemikiran murid
perlu juga dirangsang bagi memastikan minds-
on.
Merupakan Inkuiri tahap rendah tetapi
membantu murid meningkatkan kemahiran
secara beransur-ansur ke tahap inkuiri terbuka.
Ciri-ciri Inkuiri Berstruktur
Guru menyediakan persoalan dan prosedur
penyelidikan.
Hasil yang perlu dicapai belum diketahui murid.
Murid melaksanakan penyelidikan mengikut
arahan guru.
Murid mendapatkan hasil dapatan dan membuat
kesimpulan daripada data/evidens yang
dikumpul.
Ciri-ciri Inkuiri Terbimbing
Guru mencetuskan persoalan untuk merangsang
murid supaya terus membuat penerokaan.
Murid mereka bentuk dan menyediakan
prosedur penyelidikan.
Murid melaksanakan penyelidikan mengikut
prosedur dan soalan yang disediakan.
Murid mengurus dan merekod data.
Murid berkongsi dapatan penyelidikan dengan
rakan-rakan.
Ciri-ciri Inkuiri Terbuka
Persoalan dicetuskan oleh murid secara
individu atau berkumpulan.
Murid merancang, mereka bentuk dan
melaksanakan penyelidikan.
Memerlukan penaakulan dan tuntutan
kognitif yang tinggi sepanjang proses
Inkuiri.
Guru mencabar minda murid dengan mengemukakan soalan
bagi memastikan penyelidikan mereka bermakna.
Mencerminkan proses kerja sebenar kerana murid berpeluang
untuk menjadi penyelidik.
Murid merekod menggunakan pelbagai bentuk perwakilan data,
menganalisis data, dan membuat kesimpulan berasaskan
data/evidens yang diperoleh dengan mengaplikasikan sikap
penyelidikan dan nilai murni.
Sesuai dilaksanakan bagi murid yang telah menunjukkan
kebolehan merancang dan melaksanakan penyelidikan apabila
persoalan ditimbulkan.
Pendekataan inkuiri boleh dilaksanakan
dalam p&p di dalam dan luar bilik
darjah.
Pendekatan inkuiri juga boleh berlaku
melalui pelbagai strategi seperti:
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan masalah.
Kepentingan terhadap murid
Mengintegrasikan pengetahuan,
kemahiran dan nilai secara berfikrah
semasa meneroka ilmu.
Mengaplikasi kemahiran meneroka,
menganalisis, menilai, menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan.
Meningkatkan kemahiran berfikir aras
tinggi.
Aktiviti PdP
menggunakan teknik
Inquiry Based Education
TAJUK: KEUPAYAAN BAHAN MENYERAP AIR
DARJAH: TAHUN 1A
Dalam pengajaran ini…
Kami telah mengadakan satu pengajaran
menggunakan teknik Inquiry Based Education.
Jenis Inkuiri yang telah kami pilih adalah Inkuiri
Berstruktur.
Sebelum Pengajaran
1. Guru bertanya soalan kepada murid-murid:
- Apakah yang akan anda buat sekiranya air tertumpah di atas meja anda?
2. Jawapan yang mungkin dijawab oleh murid-murid:
- Lap dengan tisu.
- Menggunakan kain.
3. Guru bertanya balik murid-murid:
- Selain daripada bahan-bahan yang telah disebutkan, apakah lagi bahan yang
boleh mengeringkan air?
- Kenapa air itu akan hilang?
5. Guru akan menayangkan satu video tentang
penyerapan air.
Semasa Pengajaran
1. Guru membahagikan murid-murid kepada kumpulan yang terdiri daripada 5 orang murid.
2. Setiap kumpulan diberikan bahan-bahan yang tertentu untuk membuat eksperimen.
3. Antara bahan-bahan yang diberikan adalah:
- Kertas A4
- Surat Khabar
- Span (sponge)
- Bungkus Plastik
- Botol air
- Daun
4. Guru juga memberikan satu basin yang penuh dengan air.
5. Sebelum eksperimen dimulakan, guru memberikan soalan:
- Apakah bahan yang boleh menyerap air?
6. Murid akan membuat hipotesis tentang bahan yang boleh
menyerap air.
7. Murid akan cuba untuk mendapatkan jawapan dengan
menggunakan bahan yang diberikan.
8. Apabila eksperimen dilaksanakan, guru haruslah memberikan
bimbingan kepada murid-murid sekiranya diperlukan.
9. Murid-murid akan merekodkan keputusan yang didapati.
Selepas Pengajaran
1. Murid-murid dikehendaki membentangkan keputusan yang telah didapati
mengikut kumpulan.
2. Guru akan memberikan komen dan ulasan terhadap pembentangan murid.
3. Selain itu, guru hendak memberi dorongan kepada murid-murid selepas
pembentangan murid.
Contohnya: “Good try!”
“Well done!”
4. Setiap wakil kumpulan akan diminta untuk membuat kesimpulan daripada
keputusan yang diperolehi.
5. Akhirnya, guru akan membuat kesimpulan umum terhadap pengajaran hari
ini.
Rujukan
Shulman, L. S. (1968). The Science Teacher. Psychological
Controversies in Teaching of Science and Mathematics,
(1)35, 34-39.
Carin, A.A. & Sund, R.B. (1971). Developing question
techniques: A self concept approaches. Columbus, OH:
Charles E. Merrils.
Savery, J. R. (2006). Distinctions, Interdisciplinary Journal of
Problem-Based Learning. Overview of Problem-based
Learning: Definitions and Distinctions, (1)1, 1-13.

Anda mungkin juga menyukai