Anda di halaman 1dari 17

Pendekatan Inkuiri Penemuan

MAKSUD

INKUIRI
Definisi: Usaha mencari kebenaran, informasi, atau pengetahuan dengan bertanya. Proses mencari dan menyiasat masalah, membina hipotesis, mereka bentuk eksperimen, mengumpul data dan membuat kesimpulan untuk menyelesaikan masalah. Proses inkuiri dimulakan dengan mengumpulkan informasi dan data dengan melibatkan panca indera seperti melihat, mendengar, menyentuh, merasakan dan mencium. Penemuan merupakan ciri utama dalam inkuiri.

PENEMUAN
Berlaku apabila seseorang itu menggunakan proses mentalnya dalam usaha mendapatkan sesuatu konsep atau prinsip. Proses mental itu adalah seperti membuat pemerhatian, pengelasan, pengukuran, ramalan, penerangan, inferens. (Bruner, 1966)

INKUIRI PENEMUAN
Bermaksud mencari maklumat, menyoal, menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekelilingnya. Secara umumnya, inkuiri penemuan merupakan proses yang aktif terlibat dalam pemikiran sains, penyiasatan dan membina pengetahuan.

PENDEKATAN INKUIRI PENEMUAN


Pendekatan inkuiri penemuan membolehkan murid membina pengetahuan melalui penyiasatan dan penyelesaian masalah. Dengan itu, pendekatan inkuiri penemuan boleh dikatakan menekankan pembelajaran melalui pengalaman.

Kelebihan Pendekatan Inkuiri Penemuan (Menjalani Eksperimen Telur)

Murid melibatkan diri sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid dapat memahami suatu konsep dengan lebih jelas dan mendalam. Ia dapat memenuhi kehendak naluri ingin tahu muridmurid. Menggalakkan pemikiran yang kritis dan kreatif.

Meningkatkan dan mengekalkan ingatan murid-murid.

Pengetahuan sedia ada murid-murid dapat digunakan


dalam situasi sebenar.

Murid-murid berasa bangga dan puas hati ketika


mencapai hasil pembelajaran yang diingini.

Ini akan meningkatkan motivasi mereka.

1. Pembelajaran ini memerlukan kecerdasan yang tinggi, jika kurang cerdas hasil pembelajarannya kurang efektif. 2. Cara ini kurang sesuai bagi murid yang terlalu kecil. 3. Menimbulkan kesulitan kepada murid-murid

yang kurang pengalaman atau lemah.

5. Perubahan cara belajar yang menerima informasi dari guru kepada penerokaan diri. 6. Guru hanya sebagai pemberi informasi (fasilitator, motivator, dan pembimbing).

7. Kebanyakan dilaksanakan secara kumpulan,


bukan semua ahli terlibat dengan aktif.

8. Memerlukan bimbingan guru yang lebih baik.


Pembelajaran akan kurang efektif jika guru tidak menguasai kelas.

9. Mengambil masa yang lama


10. Memberikan kebebasan kepada murid-murid

dalam belajar, tetapi hasil pembelajaran tidak


terjamin 11. Memerlukan penyediaan pelbagai sumber Dapatan-dapatan yang diperolehi mungkin kurang tepat. Ini boleh melemahkan semangat murid-murid.

Perkaitan langkah dalam inkuiri penemuan dengan aktiviti yang telah anda jalankan. Dengan menggunakan langkah dalam inkuiri penemuan telah membolehkan penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran yang dirancangkan oleh guru.

Langkah 1: Mengenal pasti masalah.


Kami dapat mengkaji masalah yang diberi dan menemui konsep dan prinsip utama dengan secara tersendiri. Kami cuba mengenalpasti masalah yang diberi oleh pensyarah iaitu bagaimana membolehkan telur tersebut boleh mengambil masa yang panjang semasa jatuh dari tingkat 4 dan telur itu masih dalam keadaan selamat.

Langkah 2. Merancang cara penyelesaian


Kami cuba meramal dan membuat hipotesis untuk mencari kaedah yang paling sesuai. Kami juga menjalankan perbincangan antara kumpulan untuk menentukan sama ada tali yang diikat harus panjang/pendek , plastik yang digunakan harus besar/kecil dan sebagainya. Melalui soalan dan perbincangan yang dijalankan, pembelajaran kendiri dapat melaksanakan eksperimen telah dijalankan.

Langkah 3. Mengumpul maklumat


Melalui pemerhatian, masa yang diambil dan keadaan telur tersebut telah dicatatkan. Semua data yang berkaitan dikumpul. Pelajar lebih berdikari dan memperoleh pengetahuan serta pemahaman

Langkah 4. Mengkaji maklumat terkumpul dan membuat keputusan


Menjalankan analisis dan membuat keputusan merujuk kepada data yang dikumpul. Proses membincang juga dijalankan Ini dapat menggalakkan pelajar menyoal, mengkaji, menilai, menyangkal pendapatpendapat berdasarkan data dan maklumat yang didapati.

Langkah 5. Membuat rumusan.


Pelajar membuat rumusan berdasarkan maklumat yang dikumpul. Dapat menggalakkan penggunaan fikiran yang munasabah terhadap masalah-masalah dan mengaplikasi pengetahuan. Kami telah membuat rumusan bahawa tali yang terlalu pendek dan plastik yang terlalu kecil akan menyebabkan kegagalan eksperimen. Akhirnya konsep yang didapati dalam eksperimen akan difahami dengan jelasnya.

Anda mungkin juga menyukai