Anda di halaman 1dari 3

Pembelajaran Berasaskan Proses Inkuiri Terbimbing

Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

-pendekatan di mana murid membina pengetahuan dan kefahaman sendiri melalui


penyiasatan dan penerokaan berasaskan pengetahuan sedia ada.

Definisi Inkuiri:

 Proses mencari dan menyiasat masalah, membina hipotesis, mereka bentuk


eksperimen, mengumpul data dan membuat kesimpulan untuk menyelesaikan
masalah.
 Pembelajaran secara tidak langsung melibatkan aktiviti penerokaan dan
penemuan yang berkaitan dengan proses untuk mendapatkan maklumat
melalui penyoalan dan penyelesaian masalah dalam p&p.
 Pembelajaran yang berpusatkan murid dan melibatkan aktiviti hand-on.
 Kaedah pembelajaran yang melibatkan pertanyaan, mencari jawapan melalui
pemerhatian, pengukuran, hipotesis, mengumpul data, menterjemah dan
membina rumusan.

Ciri-ciri inkuiri:

 Berpusatkan murid
 Merangsang minat dan sikap ingin tahu
 Mengemukakan soalan dan membuat inferens dalam proses pencarian
maklumat
 Melibatkan proses kognitif,afektif dan psikomotor

Model inkuiri

Model Pembelajaran 5E

1. Penglibatan –merangsang minda murid untuk menimbulkan rasa ingin tahu


2. Penerokaan – murid menjalankan penyiasatan secara terbimbing atau
terbuka bagi menjawab persoalan yang telah timbul.
3. Penerangan – murid membina penerangan dan idea lanjutan melalui refleksi
& guru memberi input bagi menyemak pemahaman konsep
4. Pengembangan – pengakplikasian dalam situasi baharu
5. Penilaian – mentaksir perkembangan murid & boleh berlaku serentak dalam
fasa-fasa yang lain

Jenis –jenis inkuiri

1. Inkuiri pengesahan : murid mengesahkan prinsip / konsep tertentu


berdasarkan keputusan penyelidikan terdahulu.
2. Inkuiri Berstruktur : murid melakukan penyelidikan berdasarkan persoalan dan
langkah-langkah yang ditetntukan oleh guru
3. Inkuiri Terbimbing : murid melakukan penyelidikan berdasarkan soalan-soalan
yang disediakan oleh guru dan pemilihan langkah-langkah penerokaan
ditentukan sendiri oleh murid .
4. Inkuiri Terbuka : melakukan penyelidikan berdasarkan soalan dan langkah-
langkah yang dibina dan ditentukan sendiri berdasarkan topik tertentu

Ciri-ciri Inkuiri Terbimbing

1. Guru mencetuskan persoalan untuk merangsangkan murid supaya terus


membuat penerokaan .
2. Murid mereka bentuk dan menyediakan prosedur penyelidikan.
3. Murid melaksanakan penyelidikan mengikut prosedur dan soalan yang
disediakan
4. Murid mengurus dan merekod data.
5. Murid berkongsi dapatan penyelidikan dengan rakan-rakan.

Definisi inkuiri terbimbing

 proses pembelajaran di mana guru menyediakan unsur-unsur asas dalam


satu pelajaran dan kemudian meminta pelajar membuat generalisasi.
 Guru bertindak sebagai fasilitator yang mencetuskan persoalan-persoalan
untuk merangsang pelajar supaya terus membuat penerokaan.
 Pendekatan tersebut selari dengan model Kitar Pembelajaran Lawson (1995)
dan Teori Pengajaran Inkuiri Collins dan Stevens (1983) yang mementingkan
aktiviti pengajaran guru untuk menjamin keberkesanan sesuatu pembelajaran
penemuan.
 Di dalam membina bahan pengajaran berasaskan komputer dan laman web,
peranan guru sebagai pembimbing boleh digantikan dengan arahan bahan
yang boleh diprogramkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan
yang tertentu.

Contoh Pembelajaran Berasaskan proses inkuiri terbimbing

https://www.sajadstudio.info/paperwork/meta_terengganu.pdf

https://www.slideshare.net/SitiAyuMegawati/buku-panduan-pembelajaran-berasaskan-inkuiri

Anda mungkin juga menyukai