Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI MINGGUAN

Pada 20 April 2018, aktiviti pertama diteruskan dengan persembahan gitar oleh
saudari Der Shin. Persembahan Der Shin sangat menarik dan hebat permainan gitarnya.
Walaubagaimanapun, aktiviti kedua diteruskan dengan persembahan gitar oleh saudari
Kimberley. Kimberley membuat persembahan pada minggu ini bersama dengan Der Shin
kerana sepatutnya dia perlu membuat persembahan pada minggu lepas.

Pada minggu ini, telah berlangsungnya satu bengkel kenali budaya selama tiga jam.
Bengkel tersebut mempunyai empat slot utama yang dikendalikan oleh pelajar guru dalam
kelas tersebut. Slot pertama bertemakan jenis tarian, slot kedua bertemakan pakaian, slot
ketiga bertemakan tulisan dan slot terakhir iaitu slot permainan tradisional. Kesemua aktiviti
yang disediakan di dalam slot tersebut amat menyeronokkan.

Slot pertama dimulakan dengan dipaparkan video mengenai tarian ngajat yang
diketuai oleh saudara kevin. Kami semua perlu perhatikan setiap pergerakan yang ditunjukkan
dalam video tersebut kemudian perlu meniru tarian tersebut. Pada masa ini, kami amat
seronok melihat perangai masing-masing. Setelah itu, video dan pertunjukan tarian diteruskan
dengan tarian zapin dan tarian kipas.

Seterusnya, bagi slot kedua satu pertunjukan pakaian tradisi setiap kaum
diperkenalkan oleh pelajar guru lain dan slot ini diketuai oleh saudari Fahda. Dalam slot
tersebut kami diperkenalkan dengan pakaian tradisi cina iaitu chongsam, pakaian india iaitu
sari dan pakaian melayu iaitu baju melayu bagi lelaki dan baju kebaya bagi perempuan.

Dalam slot ketiga, kami dibaahgikan kepada dua kumpulan dimana kumpulan pertama
perlu belajar tulisan khat yang diajar oleh saudari Hannah manakala kumpulan kedua perlu
belajar tulisan Cina dengan saudari Der Shin. Setiap pelajar mempunyai gaya penulisan yang
tersendiri dan cantik walaupun masih baru belajar.

Slot terakhir dikendalikan oleh saudari Adillin iaitu slot permainan tradisional. Dalam
slot ini terdapat permainan seperti cungkil lidi, baling getah dan gusti tangan. Ketiga-tiga
permainan ini dapat memberikan keseronokan kepada semua orang di dalam kelas tersebut.
Permainan yang dimainkan ini amat mendapat sambutan daripada pelajar-pelajar di dalam
kelas tersebut kerana permainan tersebut tidak membosankan.

Akhir sekali, pembahagian hadiah kepada para pemenang dalam acara kumpulan dan
individu. Setelah berakhir acara bagi kesemua blog tersebut, kami dihidangkan dengan
makanan KFC yang telah ditaja oleh pensyarah kami iaitu Dr. Khoo. Suasana pada hari
tersebut amat menyeronokkan dan meninggalkan kesan kepada memori kehidupan kami
semua sepanjang tempoh mengikuti kursus ini.

Anda mungkin juga menyukai