Anda di halaman 1dari 5

1.

0 CADANGAN AKTIVITI
Untuk mencadangkan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP), saya telah
memilih topik “Ruang” dalam subjek matematik untuk murid Tahun 2, iaitu mengenal pasti
bentuk dua dimensi (2D) sebagai objektif aktiviti PdP.

Aktiviti yang saya cadangkan adalah aktiviti melukiskan alam sekitar dengan
menggunakan bentuk-bentuk 2D seperti bulatan dan sebagainya. Untuk melaksanakan
aktiviti ini, guru akan memperkenalkan bentuk-bentuk 2D secara umun kepada pelajar.
Seterusnya, pelajar akan dibahagikan ke dalam kumpulan 3-4 orang dan diberi masa
seminggu untuk memerhatikan bentuk 2D dalam alam sekitarnya. Pada minggu yang
berikut, pelajar diminta untuk menghasilkan satu lukisan secara kreatif berdasarkan alam
sekitarnya seperti padang sekolah dengan menggunakan pelbagai bentuk 2D yang telah
dipelajari dan seterusnya menjalankan perbincangan secara berkumpulan mengenai ciri-ciri
bentuk berdasarkan pemerhatian.

Aktiviti ini dapat membantu pelajar untuk mengukuhkan dan mengaplikasikan


pengetahuan yang dipelajari ke dalam kehidupan seharian.

2.0 PENGAPLIKASIAN TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVIS


Dalam aktiviti yang dicadangkan, saya telah mengaplikasikan teori konstruktivisme
sosial Lev Vygotsky. Vygotsky (1978) telah menyatakan bahawa individu berkongsi dan
saling membina pengetahuan baharu melalui sosial. Melalui perbincangan berkumpulan,
murid-murid perlu membincangkan ciri-ciri bentuk 2D berdasarkan pemerhatian mereka
terhadap alam sekitar. Hal ini demikian dapat memanfaatkan murid yang lain apabila
mereka berkongsi pendapat dan persepsi mereka yang berlainan kepada rakan-rakan. Ini
dapat mencetus minda mereka pengetahuan baharu dapat dibina secara tidak langsung
melalui perbincangan.

Seterusnya, aktiviti perbincangan ini juga merupakan aktiviti memusatkan murid


dimana guru hanya berperanan sebagai fasililator untuk memberi bimbingan dan sokongan
kepada murid supaya perbincangan dapat berjalan dengan lancar. Selakunya pembimbing,
guru haruslah mengaplikasikan teknik scaffolding seperti memberikan petunjuk atau
menggalakkan murid bertanya dan memberi jawapan yang munasabah bagi soalan seperti
‘mengapa’ dan ‘bagaimana’ supaya murid dapat menguasai pengetahuan melalui
bimbingan. Dengan ini, guru dapat membantu murid-murid untuk memperkembangkan
prestasinya supaya mencapai Zon Perkembangan Terdekat (ZPD).
Akhirnya, aktiviti pemerhatian terhadap alam sekitar merupakan tugasan berasaskan
alam nyata dan aktiviti melukiskannya dengan menggunakan bentuk 2D merupakan aktiviti
hands on dan minds on. Aktiviti-aktiviti ini dapat memberi kesan yang efektif dalam
pembinaan pemahaman baru dan pembelajaran yang praktikal individu murid selaras
dengan teori konstruktivisme sosial.

3.0 PENDEKATAN TEMATIK


Aktiviti ini bertemakan bentuk 2D dan murid-murid dikehendaki untuk menganalisis,
membuat generalisasi dan mengaplikasikan pengetahuan mengenai bentuk ke dalam
kehidupan harian.

Aktiviti pemerhatian dan perbincangan memerlukan murid-murid untuk menganalisis


dan membuat generalisasi mengenai hubungan antara objek-objek di alam sekitarnya
dengan bentuk-bentuk 2D. Apabila murid-murid telah dapat menganalisis dan menbuat
generalisasi, maka seterusnya murid-murid akan cuba untuk mengaplikasikan pengetahuan
mengenai bentuk 2D ke dalam kehidupan harian dengan menggunakan aktiviti melukis.
Walaupun pelbagai aktiviti yang berlainan dijalankan, aktiviti-aktiviti tersebut mempunyai
tema yang sama iaitu bentuk 2D.

4.0 STRATEGI PENGAJARAN PEMUSATAN MURID


Aktiviti berkumpulan merupakan satu strategi pemusatan murid. Ianya memberi
tumpuan kepada murid dalam melaksanakan aktiviti pengajaran. Dengan ini, murid-murid
dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti (Orlich et al, 2007).

Seterusnya, aktiviti perbincangan memberi kebebasan kepada murid untuk


membincangkan ciri-ciri bentuk 2D. Hal ini membolehkan murid-murid untuk membuat
penemuan, penerokaan idea-idea dan konsep-konsep baharu secara kreatif.

Selain itu, murid-murid dapat belajar kemahiran berkomunikasi dan berkolaborasi


melalui aktiviti berkumpulan dan hal ini dapat memupuk sifat-sifat sosial yang positif dalam
kalangan murid seperti bekerjasama.

5.0 KAEDAH PENGAJARAN INQUIRY-BASED LEARNING


Aktiviti ini dijalankan dengan menggunakan kaedah pengajaran inquiry-based
learning. Pada mulanya, murid-murid telah diberikan satu tugasan untuk dikaji, iaitu untuk
mengenal pasti bentuk-bentuk 2D yang wujud dalam alam sekitar. Seterusnya, murid-murid
diberi masa selama seminggu untuk mencari dan mengumpulkan maklumat melalui aktiviti
pemerhatian di alam sekitarnya. Hal ini demikian dapat membangkitkan naluri ingin tahu
memupuk tabiat mencari ilmu secara berterusan sepanjang hayat.

Apabila murid telah mengumpulkan maklumat yang diperlukan, murid-murid akan


diminta untuk menganalisis maklumat-maklumat yang dikumpulkan dalam aktiviti
perbincangan berkumpulan. Dalam proses ini, maklumat yang diperolehi akan dibincang dan
dianalisis supaya murid lebih memahami konsep bentuk serta mendorong penjanaan ilmu
baharu. Pada masa yang sama, guru sebagai fasililator boleh memberi bimbingan untuk
mempercepatkan kefahaman konsep hasil daripada pengalaman murid sendiri.

Akhirnya, murid-murid diminta untuk melukiskan alam sekitar menggunakan bentuk-


bentuk 2D sebagai kesimpulan hasil dapatan mereka melalui pengalaman mereka
sepanjang aktiviti ini dijalankan. Hal ini demikian dapat mengukuhkan motivasi murid supaya
bersifat lebih berinisiatif, kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah kehidupan
harian.

6.0 PELBAGAI KECERDASAN MURID-MURID


Aktiviti yang telah saya cadangkan sesuai untuk murid-murid yang mempunyai
kecenderungan kecerdasan logikal-matematik, kecerdasan interpersonal, kecerdasan
ruang-visual dan juga kecerdasan naturalist.

Aktiviti yang saya cadangkan merangkumi beberapa aktiviti. Antaranya, aktiviti


pemerhatian untuk menghubungkaitkan objek-objek dalam alam sekitarnya dengan bentuk-
bentuk 2D sesuai untuk murid-murid yang berkecenderungan kecerdasan logikal-matematik.
Hal ini disebabkan murid tersebut dapat berfikir dengan logik dan mampu untuk menguji
kebenaran hipotesis yang mereka dapati daripada proses pemerhatian mengenai hubungan
antara alam sekitar dengan bentuk 2D. Selain itu, aktiviti ini juga sesuai untuk murid yang
berkecenderungan kepada kecerdasan naturalist. Hal ini demikian kerana murid tersebut
lebih peka dan sensetif terhadap alam sekitar dan hal demikian dapat membantu mereka
dalam membuat pemerhatian terhadap alam sekitar seperti flora dan fauna.

Seterusnya, aktiviti perbincangan sesuai untuk murid berkecenderungan kecerdasan


interpersonal. Hal ini demikian kerana mereka mahir untuk berinteraksi dan bergaul dengan
rakan-rakan. Hal ini dapat membantu mereka untuk belajar melalui perbincangan dan
interaksi antara rakan-rakan. Manakala aktiviti melukis membolehkan murid
berkecenderungan kecerdasan ruang-visual untuk belajar melalui lukisan yang kreatif.
Aktiviti yang telah saya cadangankan ini telah merangkumi pelbagai kecerdasan.
Sekiranya aktiviti ini dijalankan dalam kelas, ia bukan sahaja dapat memberi manfaat
kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan kecerdasan yang disebutkan, malahan ia
dapat memperkembangkan kecerdasan pelajar yang lain supaya menguasai pelbagai cara
belajar dan menjadi seorang insan yang seimbang.
RUJUKAN

Educational Broadcasting Corporation. (2004). Concept to Classroom: What is in Quiry


Based Learning. Didapatkan Mac 06, 2017, daripada
http://thirteen.org/edonline/concept2class/inquiry/
Gardner, H. (1999). Intelligence reframed: Multiple intelligences for the 21st century. New
York: Basic Books.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid dan
Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Orlich, D. C., Harder, R. J., Callahan, R. C., Trevisan, M. S., & Brown, A. H. (2007).
Teaching Strategies: A Guide to Effective Instruction. Boston: Houghton Mifflin Co.
Vygotsky, L. S. (1978). Mind in Society: The Development of Higher Psychological
Processes. Cambridge, MA: Harvard University Press.

Anda mungkin juga menyukai