Anda di halaman 1dari 19

KRS3023

[KURIKULUM DAN PENGAJARAN SAINS

1.
2.
3.
4.

PEMARKAHAN
RPH 1
REFLEKSI 1
RPH 2
REFLEKSI 2
JUMLAH

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA


SEMESTER 1 SESI 2013/2014

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PJJ)

KRS 3023:
KURIKULUM PENGAJARAN SAINS

TAJUK

TUGASAN 1(a)

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. MATRIK

SALWA BINTI IBRAHIM

D20121061497

PUSAT PEMBELAJARAN: UPSI 01

NAMA TUTOR E-LEARNING: Prof

Madya Dato' Dr Abd Latif Haji Gapor

TARIKH SERAH: 21 November 2013

1|

KRS3023

[KURIKULUM DAN PENGAJARAN SAINS

ISI KANDUNGAN
Halaman

1.0

RPH 1

2.0

Refleksi PdP Makropengajaran 1

3.0 RPH 2

11

4.0

17

2|

Refleksi PdP Makropengajaran 2

KRS3023

[KURIKULUM DAN PENGAJARAN SAINS

1.0 RANCANGAN PENGAJARAN 1


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
TAHUN 4
Mata pelajaran

Sains

Tarikh / Hari

12 hb. November 2013 (Jumaat)

Masa

8.00 hingga 8.30 pagi (30 minit)

Kelas

4 Melati

Bilangan Murid

30 orang

Kaedah

Inkuiri Penemuan

Tema

Menyiasat Alam Kehidupan

Topik

3. Tumbuhan Membiak

Objektif Pengajaran

3.1 Memahami tentang proses hidup tumbuhan.

Hasil Pembelajaran

3.1.1 menyatakan bahawa tumbuhan membiak


3.1.2 menerangkan keperluan tumbuhan membiak
3.1.3 meramalkan apa yang akan berlaku kepada Bumi
sekiranya tumbuhan tidak membiak.
3.1.4 menerangkan cara-cara tumbuhan membiak .

Kemahiran Proses Sains :

3|

1. Memerhati

5. Inferens

2. Meramal

6. Hipotesis

3. Berkomunikasi

7. Mendefinisi

KBKK

Menjana Idea

Penyerapan Nilai

1. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.

KRS3023

[KURIKULUM DAN PENGAJARAN SAINS

2. Menyedari dan menghargai alam semulajadi


3. Bekerjasama.
Pengetahuan Sedia Ada :

Murid mengetahui

Konsep

Bahan diperolehi daripada sumber asas

Pengabungjalinan

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Sumber P & P

1. Kotak bahan
2. Pelbagai jenis objek

Langkah/
masa

Isi pelajaran

Set Induksi
(4 minit)

-Memberi tekateki untuk


mengaitkan
dengan tajuk.

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran


Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
-Tunjukkan kotak
legap dan mulakan
kelas dengan
menyoal teka-teki
kepada murid:-beri sedikit
gambaran:
Ianya makanan
Sebahagian
drpd pokok
Ada hijau, ada
merah
Kekadang rasa
masam/manis

-Cuba menjawab tekateki berdasarkan


penyataan guru.
Jawapan murid:

mempelam
epal.
rambutan

Catatan

Tahap kognitif:
Pengetahuan
KPS:Meramal
BBM:Kotak legap,
epal, pisau

(Jawapan : epal )
Pencetus
idea
(8 minit)

-Mengenalpasti
fakta tentang
tumbuhan
membiak

-Membelah buah
epal dan minta
murid perhatikan
kandungan buah.

-Mencungkil

pengetahuan dan
pengalaman

4|

Apa ada di
dalam epal?
Kenapa ada

- Murid menjawab soalan Tahap


guru.
kognitif:Pengetahuan
Pemahaman
Ada biji.
Untuk tumbuh pokok
KPS:baru.
Pemerhatian
Untuk membiak.
Komunikasi

KRS3023

[KURIKULUM DAN PENGAJARAN SAINS

murid tentang
cara tumbuhan
membiak

biji?
-Tunjukkan halia
dan soal.
Ini apa?
Halia ada biji
seperti epal?
Bagaimana
halia membiak?
Bagaimanakah
keadaan
permukaan
Bumi sekiranya
tumbuhan tidak
membiak?

Murid menjawab soalan


guru.
Itu halia
Tiada biji
Kena tanam halia itu.
Ada tunas keluar.

-Guru
mengingatkan
murid seharusnya
menghargai alam
semulajadi,
memandangkan
semua hidupan
saling bergantung
antara satu sama
lain.

-Murid menjawab soalan.

BBM:Epal. Halia,
aloe vera,
batang ubi
kayu, pakis

Nilai:
Menghargai
semua hidupan
di muka Bumi.
-Hasil cetusan idea,
murid mendapat 6 cara
tumbuhan membiak.

-Terus menyoal
1. biji benih
untuk aloe vera, ubi 2. daun
kayu,pakis dsb.
3. keratin batang
4. spora
5. batang bawah
-Melukis jadual di
tanah
papan putih bagi
6. anak pokok
menyenaraikan 6
cara tumbuhan
membiak.
Penstruktur
an semula
Idea
(15 minit)

5|

Menjalankan
perbincangan
kumpulan.

-Arahkan murid
dalam kumpulan
ujikaji; 5 orang
dalam satu
kumpulan.

Dalam kumpulan ujikaji,


murid menjalankan
perbincangan untuk
mendapatkan hasil
dapatan. Contoh:-

KPS:
Pemerhatian,
membuat
kesimpulan

KRS3023

[KURIKULUM DAN PENGAJARAN SAINS

-Minta murid
keluarkan
bahan/bahagian
tumbuhan yang
disuruh bawa
sebelum ini untuk
setiap kumpulan.

i. Bincang dengan
rakan kumpulan
tentang cara
pembiakan tiap
jenis tumbuhan
yang dikenalpasti.

iii. Tuliskan
-Minta murid
dapatan dalam
jalankan
buku Jurnal
perbincangan untuk
Sains.
mengesan cara
tumbuhan
dibiakkan.
Refleksi
(3 minit)

Merumus

Minta murid buat


rumusan dan
mencatat dapatan
ke dalam Sains
Jurnal.

Murid merumus hasil


pembelajaran hari ini
Murid membuat latihan
kerja yang diberikan.

BBM:Pelbagai bahan
/bahagian
tumbuhan.
Cth:- bendir,
kacang, lidah
jin,bunga raya
dsb.
Nilai:
Bekerjasama
dan bertolak
ansur semasa
menjalankan
perbincangan.
Tahap
Kognitif:
Membuat
kesimpulan
BBM:
Lembaran
kerja

Epal
Aloe vera

Ubi kayu
pakis

tebu
Pokok lidah jin

rambutan

cendawan

Di antara bahan bahan maujud sebagai BBM

6|

KRS3023

[KURIKULUM DAN PENGAJARAN SAINS

Lembaran Kerja

Nama : .

Tahun :.

Arahan : Senaraikan nama tumbuhan mengikut cara tumbuhan membiak.


Keratan
batang

Biji benih

Anak pokok

daun

spora

Batang
bawah tanah

1.

1.

1.

1.

1.

1.

2.

2.

2.

2.

2.

2.

3.

3.

3.

3.

3.

3.

4.

4.

4.

4.

4.

4.

5.

5.

5.

5.

5.

5.

6.

6.

6.

6.

6.

6.

7.

7.

7.

7.

7.

7.

2.0

7|

Refleksi Pembelajaran Makropengajaran 1

KRS3023

[KURIKULUM DAN PENGAJARAN SAINS

2.0 REFLEKSI PdP MAKROPENGAJARAN 1


Tajuk :

Tumbuhan Membiak ( Plants Reproduce)

KEKUATAN

Semasa menjalankan makropengajaran saya telah dapat mengesan beberapa kekuatan


dan dan kelemahan pengajaran saya. Antara kekuatannya adalah saya dapat mengawal kelas
dengan baik. Persediaan awal dan rapi telah dibuat sebelum memulakan makropengajaran ini.
Persediaan awal adalah sangat penting bagi membantu saya menyampaikan isi kandungan
pelajaran dengan baik, mematuhi masa yang telah ditetapkan dan menjalankan segala aktiviti
yang dirancang dengan kemas dan teratur. Pemilihan kaedah yang sesuai dapat menarik
minat murid dan dapat memastikan murid-murid berada dalam keadaan terkawal supaya
aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Saya dapati mereka cukup
seronok dan teruja

dengan aktiviti-aktiviti

pembelajaran

yang

diadakan. Dalam

mikropengajaran ini. saya telah menyediakan alat bantu mengajar yang mencukupi bagi tajuk
tersebut agar murid dapat memahami topik yang disampaikan dengan jelas. Pelbagai strategi
perlu diamalkan dalam pendidikan sains. Dalam makropengajaran ini, saya telah mengunakan
strategi inkuiri penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran sains dengan melakukan
secara amali. Pendekatan yang diberi fokus pada masa kini ialah pendekatan berpusatkan
murid. Pendekatan yang berpusatkan murid lebih efektif berbanding pendekatan tradisional
yang berpusatkan guru. Kelantangan suara guru juga memainkan peranan yang penting
kerana suara yang lantang dan tegas akan memudahkan murid mendengar dengan teliti dan
sekaligus membantu pemahaman mereka terhadap pelajaran yang ingin disampai oleh guru.
Segala arahan guru juga akan dapat dipatuhi oleh murid dan ini akan memudahkan guru
menjalankan aktiviti yang telah dirancang dengan baik dan lancar. Ketegasan dalam
menyampaikan pelajaran akan membuatkan pelajar lebih hormat kepada guru. Kejelasan dan
memberi arahan merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu ada boleh
mempengaruhi peribadi murid agar lebih berkeyakinan untuk menimba ilmu. Selain itu,
pertuturan yang baik dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu
menggunakan bahasa yang standard dan mudah difahami oleh pelajar ketika mengajar, suara
jelas dan lantang serta penyampaian yang lancar. Arahan yang diberikan dengan jelas,
memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang
diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap
penyampaian guru berkenaan isi pelajaran. Saya menunjuk juga keyakinan diri yang tinggi di
8|

KRS3023

[KURIKULUM DAN PENGAJARAN SAINS

samping menggunakan bahasa badan (body language) disertai dengan sedikit humor untuk
keseronokkan dan menarik perhatian murid.

KELEMAHAN

Antara kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan makropengajaran ini ialah


saya tidak mencadangkan aktiviti susulan kepada murid. Lembaran kerja yang disediakan
tidak mengikut aras kebolehan murid. Saya dapati murid yang lemah agak sukar menyiapkan
tugasan yang diberikan. Pengajaran dan pembelajaran sains juga banyak melibatkan
kemahiran proses sains dan manipulatif memerlukan daya pemikiran dan kreativiti yang
tinggi.
Semasa menonton sesi rakaman, saya sedar saya agak banyak mengambil bahagian
dalam soal-jawab. Saya rasa saya agak kurang sabar dan tidak memberi masa yang cukup
kepada murid untuk menjawab sendiri.
Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas.

PENAMBAHBAIKKAN

Setelah kajian dijalankan terhadap makropengajaran yang telah saya jalankan, terdapat
beberapa kelemahan yang telah saya lakukan dan penambahbaikan perlu dilakukan bagi
memperbaiki kelemahan pengajaran saya. Antaranya adalah ketepatan masa dalam
menyampaikan pelajaran dan pemantauan murid di dalam kelas.
Guru tidak seharusnya berdiri dihadapan kelas semasa menyampaikan pengajaran,
sebaliknya guru perlu sentiasa bergerak bagi memantau setiap aktiviti yang dilakukan oleh
murid semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Aktiviti pemantauan ini
dapat membantu guru mengawal disiplin murid di dalam kelas sama ada mengawal tingkah
laku murid atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara serta merta.
Pada pelajaran yang akan datang, saya akan melakukan penambahbaikan yang sepatutnya
dengan mengambil tindakan-tindakan seperti memperbaiki set induksi agar lebih mengujakan
murid, memperbanyakkan aktiviti berpasangan dan berkumpulan, memperbanyakkan aktiviti
menjana idea dan sumbang saran oleh murid, pengawalan masa setiap aktiviti dan memberi
nasihat dan dorongan kepada murid.
9|

KRS3023

[KURIKULUM DAN PENGAJARAN SAINS

Lembaran kerja yang disediakan mesti sesuai mengikut aras kebolehan dan keupayaan
murid. Jika aras pengajaran guru tinggi, pelajar yang lemah tidak dapat mengikutnya,
akhirnya mereka akan ketinggalan dalam pelajarannya. Apabila aras pengajaran itu rendah,
pelajar-pelajar yang cerdik tidak akan memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru. Ini
akan merugikan pelajar yang cerdik, kerana guru terpaksa menumpukan lebih banyak masa
kepada pelajar yang lemah. Salah satu cara untuk mengatasinya ialah guru perlu
mengumpulkan pelajar yang cerdik ke dalam satu kumpulan dan pelajar yang lemah dalam
satu kumpulan yang lain berdasarkan kebolehan dan penguasaan sesuatu kemahiran. Saya
berharap dengan melakukan tindakan seperti ini akan menjadikan pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik dan berkesan serta dapat menarik minat murid untuk mendalami
ilmu sains.
Saya juga berharap saya boleh bersabar dan memberi masa kepada murid untuk memberi
jawapan dan sebarang komentar di masa hadapan.

10 |

KRS3023

[KURIKULUM DAN PENGAJARAN SAINS

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


TAHUN 4
Mata pelajaran

Sains

Tarikh / Hari

12 hb. Oktober 2013 (Khamis)

Masa

8.00 hingga 8.30 pagi (30 minit)

Kelas

4 Cempaka

Bilangan Murid

35 orang

Kaedah

Inkuiri Penemuan

Tema

Menyiasat Alam Bahan

Topik

Asalnya Saya / Bahan Sumber Asas

Objektif Pengajaran

7.1 Memahami tentang sumber asas bahan

Hasil Pembelajaran

:
7.1.1. Menyatakan bahan yang digunakan untuk
membuat objek.
7.1.2 Memadankan bahan dengan sumber asasnya.
7.1.3. Mengelaskan objek berdasarkan sumber asas.

Kemahiran Proses Sains :

1. Memerhati

5. Inferens

2. Meramal

6. Hipotesis

3. Berkomunikasi

7. Mendefinisi

KBKK

Menjana Idea

Penyerapan Nilai

1. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.


2. Menyedari dan menghargai alam semulajadi dan
sumber asas
3. Bekerjasama.

11 |

KRS3023

[KURIKULUM DAN PENGAJARAN SAINS

Pengetahuan Sedia Ada :

Murid telah belajar dan mengetahui tentang jenis bahan


dalam sesi pembelajaran yang lalu.

Konsep

Semua bahan berasal daripada sumber asas tertentu

Pengabungjalinan

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Sumber P & P

1. Pelbagai objek maujud


2. Peta minda

Langkah/
masa

Isi pelajaran

Set Induksi
(3 minit)

-Menarik
perhatian murid
untuk
mengaitkan
dengan tajuk.

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran


Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
-Masuk ke dalam
kelas dengan
membuka payung
dan membawa topi
untuk menimbulkan
rasa tanda-tanya
murid:

Pencetus
idea
(8 minit)

12 |

-Mencungkil
pengetahuan dan
pengalaman
murid tentang
objek dan bahan
serta sumber
asasnya.

Kenapa?
Apa yang berbeza
pada cikgu?
Kenapa kita pakai
payung ketika
hujan?
Payung dibuat
daripada apa?
Topi ini dibuat
daripada apa?

-Meminta murid
menerangkan bahan
dan sumber asas
objek.
-minta beberapa
orang murid
menunjuk dan
menyata bahan dan

-Murid ketawa dan


bertanya kenapa guru
membawa payung dan
topi:-

Catatan

Tahap
kognitif:
Pengetahuan
KPS:Meramal

Kenapa cikgu bawa


payung?
Dibuat daripada
plastik..
Kain..
Nilon..

BBM:Payung
topi

Topi daripada
kulit.
Kain..
Plastik..

- Murid memilih objek


Tahap
dan menerangkan bahan kognitif:dan sumber asas bahan. Pengetahuan
Pemahaman
-Murid memilih objek
daripada dalam kotak
KPS:dan membuat
Pemerhatian
penerangan..
Komunikasi

KRS3023

[KURIKULUM DAN PENGAJARAN SAINS

sumber asas objek


yang mereka pilih.

Murid menyatakan:.

Ini teko. Ia diperbuat


daripada besi. Besi
adalah logam yang
didapati dari dalam
tanah (batuan)

Ini tudung saji. Ia


diperbuat daripada
buluh. Buluh adalah
tumbuhan.
Ini topi. Ia diperbuat
daripada kulit. Kulit
didapati daripada
haiwan.
Ini baju-T. Ia dibuat
daripada kain
sintetik. Kain
sintetik dibuat
daripada campuran
bahan kimia dan
petroleum.

-Guru menegaskan
dan mencatat di
papan tulis mengenai
4 sumber asas yang
murid nyatakan itu:-Tumbuhan
-Haiwan
-Batuan
-Petroleum
-Guru mengingatkan
murid seharusnya
menghargai dan
mengurangkan
penggunaan bahan
sumber asli yang
semakin pupus
kerana ia sukar
untuk diperbaharui.

Penstruktur
semula idea
(12 minit)
13 |

Mengkelaskan
objek mengikut
kumpulan

-Arahkan murid
dalam kumpulan
ujikaji; 5 orang

Dalam kumpulan
ujikaji, murid
menjalankan

BBM:Topi
Tudung saji
Teko
Baju T

Nilai:
Menghargai
dan berjimat
menggunakan
sumber asas
yang sukar
diperbaharui.

KPS:
Pemerhatian,
membuat

KRS3023

[KURIKULUM DAN PENGAJARAN SAINS

sumber asas
ynag betul.

dalam satu
kumpulan.
-

Aplikasi
Idea
( 4 minit)

Refleksi
(3 minit)

14 |

Menyampaikan
idea /hasil
dapatan ke
dalam peta
minda.

Merumus

Minta setiap murid


keluar memilih
satu objek dan
mengkelaskan
objek tersebut
mengikut
kumpulan sumber
asas; Tumbuhan,
Haiwan, Batuan
dan Petroleum.

Berbincang
dengan murid
tentang dapatan
murid.
Minta wakil
murid
mencatatkan
dapatan di dalam
jadual di papan
tulis

-Minta murid dalam


kumpulan membuat
peta minda
mengenai bahan dan
sumber asasnya

perbincangan untuk
mendapatkan hasil
dapatan. Contoh:i. Bincang dengan
rakan kumpulan
tentang sumber asas
bahan dikenalpasti.
ii. Pilih dan letakkan
objek di dalam
kumpulan sumber
asas yang betul di
hadapan kelas.
iii. Tuliskan hasil
dapatan dalam
jurnal sains masingmasing.

kesimpulan

BBM:Teko,
topi,baju-T,
payung, pasu,
piring kaca,
kipas tangan,
buku, dsb.
Nilai:
Bekerjasama
dan bertolak
ansur semasa
menjalankan
perbincangan
dan aktiviti.

iv. Wakil murid


mencatat dapatan di
papan tulis.

-Setelah berbincang,
wakil murid setiap
kumpulan
mengutarakan hasil
dapatan di hadapan
kelas.

-Minta ahli
kumpulan lain
memberi komen/
pendapat terhadap
dapatan.

-Ahli kumpulkan lain


memberi pendapat/
komen terhadap
dapatan di papan putih

Minta murid buat


rumusan dan
mencatat dapatan ke
dalam Sains Jurnal.

Murid merumus hasil


pembelajaran hari ini
Murid membuat latihan
kerja yang diberikan.

Tahap
Kognitif:
Pemahaman,
Pengetahuan.
KPS:
komunikasi,
Membuat
kesimpulan

Tahap
Kognitif:
Membuat
kesimpulan

KRS3023

[KURIKULUM DAN PENGAJARAN SAINS

Mempamerkan hasil
dapatan dalam peta
minda.

15 |

BBM:
Lembaran
kerja

KRS3023

[KURIKULUM DAN PENGAJARAN SAINS

CONTOH PETA MINDA

SUMBER ASAS TUMBUHAN

Lampin bayi

kapas
tayar

Susu getah

kayu

TUMBUHAN

Buluh/ rotan

16 |

damar

daun

KRS3023

[KURIKULUM DAN PENGAJARAN SAINS

4. 0 REFLEKSI MAKROPENGAJARAN 2

KEKUATAN
Sepanjang menjalankan pengajaran makro, saya dapat mengurus dan mengawal bilik darjah
dengan tersusun dan berkesan. Saya memastikan murid bersedia untuk belajar sebelum
memulakan pengajaran.
Selain itu, saya juga sedar bahawa saya berupaya untuk mewujudkan komunikasi
yang berkesan dan interaksi dua hala dengan murid dengan baik. Daripada pemahaman yang
lepas, saya sedar bahawa komunikasi yang berkesan dapat menghasilkan iklim pembelajaran
yang kondusif dan murid-murid akan lebih aktif dalam proses P&P (Mok, 2008). Oleh itu,
semasa mengajar, saya sering mengutarakan soalan-soalan yang sesuai dengan tahap kognitif
murid-murid kepada mereka. Di samping itu, supaya murid-murid tidak terlalu tertekan
(stress), saya suka menyelitkan unsur humur serta penggunaan bahasa tubuh (body language).
Semasa membincangkan lembaran kerja, saya akan berinteraksi dengan murid dan
melibatkan murid dalam perbincangan dengan meminta murid-murid memberikan pendapat
atau jawapan mereka, dan bertanya kepada murid-murid yang lain sama ada mereka bersetuju
dengan jawapan murid tersebut.
Saya juga mengaplikasikan teori pembelajaran behavioris, apabila saya meminta
murid-murid bertepuk tangan apabila murid-murid mampu menjawab soalan dengan betul
sebagai satu usaha untuk memotivasi murid-murid agar mereka terus aktif dalam
pembelajaran.
Di samping itu, saya berpendapat bahawa saya mempunyai keyakinan diri yang amat
tinggi sepanjang menjalankan pengajaran makro saya. Pada saya, keyakinan diri ini adalah
amat penting kerana murid hanya akan mendekati, menghormati, dan mencontohi tindakan
gurunya apabila gurunya sentiasa berkeyakinan dalam menjalankan semua tugasannya.
Kesannya, pengajaran saya berjaya dan semua murid membuat apa yang saya minta tanpa
menimbulkan sebarang masalah disiplin.
KELEMAHAN
Saya juga akan berusaha untuk melakukan pergerakan dari satu tempat ke satu
tempat, dengan kadar yang sesuai. Hal ini demikian kerana saya percaya bahawa pergerakan
yang terlampau banyak juga kurang sesuai kerana ia boleh dianggap sebagai satu gangguan
kepada murid-murid. Oleh itu, memiliki sedikit pergerakan di dalam bilik darjah nescaya
mampu menarik perhatian murid dan menyebabkan mereka fokus kepada pembelajaran tanpa
berani melakukan apa-apa perkara yang tidak berkaitan dengan pelajaran.
Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid
begitu terhad. Oleh itu, segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan
sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung
memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh yang sedemikian, saya merasakan
saya masih sukar untuk mengawal diri daripada bercakap banyak, seolah-olah memanipulasi
keadaan dalam kelas.

17 |

KRS3023

[KURIKULUM DAN PENGAJARAN SAINS

PENAMBAHBAIKKAN
Saya rasa tidak banyak penambahbaikkan yang perlu saya pergunakan di masa
hadapan. Mungkin di antara perkara yang perlu saya ambil perhatian ialah mengajar dengan
lebih banyak berpusatkan murid. Memberi keyakinan kepada murid untuk menyuarakan
pendapat dan idea, walau pun tidak sebaik mana.

RUMUSAN
Melalui refleksi pengajaran mikro dan makro, saya dapat mengetahui kekurangan
dan kelebihan saya melalui komen yang dibuat oleh rakan saya. Di samping itu, saya
berpeluang menonton hasil pengajaran melalui rakaman yang dibuat untuk menilai
pengajaran dan pembelajaran itu demi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan saya.
Refleksi pengajaran amat penting untuk mengesan kelemahan-kelemahan setiap bahagian
pengajaran supaya dapat diperbaiki lebih awal demi mencapai matlamat pada masa kelak.
Setiap guru hendaklah kreatif dan menggunakan bahan sumber yang ada di dalam
bilik sumber sekolah. Selain itu, guru juga hendaklah mengambil berat sosio budaya dan
ekonomi setempat agar penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran dapat dimanfaatkan
dengan sepenuhnya. Guru juga boleh menggunakan bahan di sekeliling kelas dan kediaman
murid sebagai sumber pembelajaran demi menepati dan mencapai objek pengajaran.

18 |

KRS3023

[KURIKULUM DAN PENGAJARAN SAINS

Rujukan
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mok, S. S. (2008). Murid dan Alam Belajar. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.

Tay, L. K. (2000, November). Kaedah Pembelajaran Koperatif: Ke Arah Pembelajaran Bacaan


Pemahaman Teks Yang Berkesan. Jurnal Akademik MPSAH, 8, 1-8.

19 |

Anda mungkin juga menyukai