Anda di halaman 1dari 5

rnya akan memberi implikasi positif dalam pengajaran pembelajaran iaitu melicink Alhamdullillah , saya rasa amat bersyukur

dan gembira ke hadrat ilahi kerana dapat meneruskan lagi perjuangan kami yang terhenti selama setahun ini. Saya berharap perjuangan kali ini akan berjaya hingga ke akhirnya insyallah. Ini adalah kerana menjadi cita-cita saya untuk menggenggam segulung ijazah suatu hari nanti walaupun agak terlambat. Kerja kursus SCE3104 yang saya terima pada kali ini adalah di bawah bimbingan Puan Hamsiah binti Saee. Tugasan ini bermula pada 23 Februari 2013 dan berakhir pada 22 Mac 2013. Tugasan ini saya siapkan bersama rakan sekumpulan saya iaitu cikgu Rahaya bt Yusof. Semasa Puan Hamsiah memberikan penerangan mengenai tugasan SCE3104 ini , kami merasakan tugasan ini agak sukar bagi kami, mungkin kerana kami masih belum faham dan juga masih terkejut dengan tawaran meneruskan pelajaran yang kami terima secara tiba-tiba iaitu pada hari Rabu kami mendapat panggilan dari pihak Institut Perguruan, hari Jumaat kami datang untuk mendengar taklimat dan hari esoknya Sabtu kami perlu memulakan kelas seperti biasa. Segala perjalanan rutin harian kami dan keluarga juga berubah secara mendadak bila kami mengambil keputusan menerima untuk meneruskan pelajaran kami ini. Tapi alhamdulillah berkat sokongan dari keluarga, rakan-rakan dan kata-kata semangat dari semua pensyarah yang masuk ke kelas kami, memberikan kekuatan kepada kami untuk meneruskan cita-cita kami ini. Apabila kami dapat peluang meneliti kerja kursus yang diberi ini, kami dapati tugasan ini tidaklah sesukar yang kami rasakan pada hari mula-mula kami menerimanya. Tambahan pula kami ada mencatat apa yang diterangkan oleh Puan Hamsiah semasa di kelas, jadi kami sudah mula nampak bagaimana caranya . Saya dan rakan sekumpulan mulakan tugasan ini dengan berbincang dan membuat senarai semak tentang apa yang perlu kami cari, buat dan taip .Satupersatu tugasan ini dapat saya dan rakan sekumpulan selesaikan, alhamdulillah.

Kami mulakan kerja kursus dengan mencari bahan-bahan mengenai empat kaedah pengajaran yang dikehendaki iaitu ujikaji, eksperimen, demonstrasi dan peristiwa bercanggah (discrepant event) dan item berkenaan dihighlightkan. Setelah itu kami menaip satu pengurusan grafik banding beza kaedah-kaedah tersebut. Setelah siap menaip pengurusan grafik banding beza barulah kami memulakan aktiviti membuat kit pengajaran dengan memilih kaedah eksperimen sebagai kaedah pengajaran. Ini kerana kaedah eksperimen adalah kaedah yang sering digunakan dalam sessi pengajaran dan pembelajaran sains serta penglibatan yang seimbang antara guru dan murid. Murid dapat melakukan sendiri aktiviti eksperimen dengan bimbingan guru. Ini akan meransang dan memupuk kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam diri murid. Mereka juga akan berinteraksi antara satu sama lain. Perkara yang paling penting adalah guru membimbing murid-murid berdikari dan menyelesaikan masalah sendiri semasa eksperimen dijalankan. Kaedah eksperimen sebenarnya adalah cara yang baik untuk memberikan pengalaman bermakna kepada murid juga dapat mengekalkan ingatan mereka di dalam pelajaran jika mereka melakukan sendiri eksperimen itu. Dalam proses penyediaan rancangan dan kit pengajaran beberapa dapatan telah kami perolehi dari segi kekuatan tentang rancangan dan kit pengajaran. Kekuatan pertama ialah sebelum kami membenarkan murid memulakan sesuatu eksperimen misalnya ,kami dapat memastikan murid telah tahu dengan jelas tentang prosedur melakukan eksperimen tersebut, di samping mengetahui segala langkahlangkah keselamatan dan langkah-langkah ketelitian yang perlu diambil. Kedua, murid dapat menggunakan bahan maujud berserta dengan radas serta bahan sebenar semasa eksperimen dijalankan . Disamping itu murid dapat melihat dengan jelas tentang perubahan warna pada kertas litmus . Murid juga boleh merasa bahan eksperimen itu . Secara tidak langsung ,dapatan yang dibuat akan kekal dan murid dapat mengingat apa yang telah dipelajari.

Penggunaan bahan bantu mengajar sebena an proses pengajaran pembelajaran ,menjimatkan masa, tenaga dan kewangan ,mengelakkan salah tafsir, menghiburkan murid sambil belajar ,memberi kelainan kepada murid dan membantu murid menerima kesan pembelajaran yang maksimum .Kami juga memberikan contoh yang secukupnya semasa penerangan .Penggunaan kit pengajaran membantu kami melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan lebih teratur .Eksperimen yang dilakukan dapat membantu murid memahami subjek Sains dengan mengaitkan topik dalam pengajaran dengan kehidupan seharian mereka. Walaupun murid telah biasa dengan rasa bahan makanan yang mempunyai rasa yang berbeza ,namun murid masih tidak memahami tentang sifat-sifat bahan tersebut sama ada berasid ,beralkali atau neutral .Pemerhatian yang dibuat dengan menggunakan kertas litmus iaitu dengan melihat perubahan warna pada kertas litmus mampu memberi impak dan kesan yang mendalam kepada murid setiap bahan yang mereka makan dan masuk ke dalam badan mereka . Ketiga , bahanbahan untuk dibuat eksperimen mudah didapati dari rumah. Guru juga boleh meminta kerjasama murid-murid untuk membawa bahan eksperimen ke sekolah. Ini akan membuatkan mereka merasa dihargai oleh guru. Semasa membuat kit pengajaran ini kami juga menghadapi beberapa masalah iaitu pertama bahan-bahan eksperimen kebanyakannya terdiri daripada bahan yang tidak tahan lama dan susah untuk dibawa kerana ia dalam bentuk cecair atau pekatan. Oleh itu kami hanya menyediakan bahan untuk kit kami ini yang terdiri daripada bahan yang tahan lama sahaja dan ditutup dengan pita pelekat supaya tidak tumpah. . Kedua, ialah kaedah yang kami gunakan walaupun nampak begitu terhibur tetapi boleh menyebabkan murid menjadi leka . Masa yang diperuntukkan menjadi lebih masa dan akan mengambil masa untuk pengajaran dan pembelajaran bagi subjek yang seterusnya .Kerana setiap kali selepas eksperimen ,murid perlu membersihkan setiap peralatan seperti bahan dan radas dan perlu mengemas bahan dan radas tersebut.Ini merupakan salah satu kemahiran yang diterapkan dalam sains iaitu dari segi kemahiran Manipulatif Sains.

Untuk mengelakkan masalah masa berlaku kami perlu menjadi guru yang tegas dan sentiasa mengingatkan murid agar berdisiplin dan menepati masa . Keempat, kami juga menghadapi masalah seterusnya ialah mencari kotak atau
bekas untuk mengisi kit pembelajaran kerana lembaran kerja , kad gambar dan kad perkataan agak besar membuatkan kami terpaksa mencari kotak lain yang lebih besar supaya semuanya boleh dimuatkan bersama. Akhir sekali masalah yang kami hadapi ialah bagaimana hendak mencari bekas yang sesuai untuk bahan eksperimen kami yang berbentuk cecair atau pekatan supaya tidak mudah tumpah apabila kami membawanya. Setelah berbincang kami mengambil keputusan untuk meletakkannya di dalam bekas yang kedap udara, ketat dan kami letakkan pita pelekat di mulut bekas itu supaya bahan yang kami sediakan itu tidak tumpah. Alhamdulillah syukur kepada Allah taala, kami dapat juga menyiapkan kerja kursus ini walaupun kami berada di dalam kesibukan tanggungjawab bekerja dan rumahtangga. Tak lupa juga sokongan dari ahli keluarga kami. Begitu juga dengan sokongan yang Puan Hamsiah berikan kepada kami pelajar ambilan khas ini .

NAMA : JUHAIDA BT ZAINOL NO I/C : 740806026028 TAJUK KURSUS : KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH KOD KURSUS : SCE 3104 NAMA PENSYARAH: PN HAMSIAH BT SAEE

Anda mungkin juga menyukai