Anda di halaman 1dari 3

INTERNSHIP

JURNAL

Nama Pelajar : GAITHIRY A/P CHANDRA SEGARAN


MINGGU
Bidang Teras : BAHASA TAMIL
Bilangan Jurnal :2
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 01 / 03 / 2019 2
Tajuk : Kekemasan Tulisan

JURNAL
1. ISU YANG DIFOKUSKAN
Pada minggu kedua, semasa penjalanan aktiviti pengajaran dan pemudahcara saya mendapati
terdapat segelintir murid yang mempunyai tulisan yang tidak kemas. Saya memerhati hal ini
semasa kemahiran bertulis, di mana aspek kemahiran menulis murid-murid akan dinilai.Tulisan
murid-murid kurang jelas dan ada tulisan segelintir murid yang tidak dapat dibaca.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :


Saya mendapati murid-murid mengalami masalah ini kerana ada yang tidak mengetahui cara
memeagang pensel yang betul. Mereka tidak selesa semasa memegang pensel dan mengalami
kesukaran. Bagi murid-murid yang mempunyai tulisan tidak kemas adalah saya mendapati ada
yang malas dan ingin menyiapakan kerja diberi secepat mungkin, jadi mereka bergesa-gesa
menulis untuk menyiapkan dan tulisan mereka menjadi tidak kemas kelihatan seperti contengan.
Oleh disebabkan ini, murid-murid tersebut tidak dapat membaca semula tulisan mereka dan juga
mereka tidak akan dapat mengulang kaji pelajaran mereka.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU KAJIAN


LEPAS) :
Menurut Levin (1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang
dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor halus menyebabkan kanak-kanak menghadapi
kesukaran memegang pensel,memasang butang baju dan memasang manik. Kanak-kanak yang
tidak menggunakan motor halus ketika menulis menyebabkan cengkaman pensel yang tidak kuat.
Mereka sebenarnya menggunakan lengan dan pergelangan tangan, dan bukan jari untuk menulis.
Cengkaman yang terlalu kuat pada alat tulis dan jari yang terlalu dekat dengan mata pensel
menimbulkan kesakitan kepada kanak-kanak.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :


Saya bercadang untuk memulakan langkah penyelesaian dengan latihan pra tulisan. Latihan-
latihan pratulisan menitikberatkan beberapa perkara seperti melakukan latihan-latihan pergerakan
tangan terlebih dahulu seperti mengerakkan jari di atas garisan atau corak yang dilakarkan pada
kertas. Tujuannya ialah supaya murid-murid dapat menguasai gerak tangan yang bebas untuk
menulis dengan selesa dan sempurna. Saya juga akan memperbanyakkan aktiviti tulisan, dengan
permulaan menulis atas pasir atau kaca.

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
INTERNSHIP
5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :
2 Minggu

6. TINDAKAN SUSULAN :
Saya telas menyediakan satu kertas yang dilamined dengan huruf huruf bahasa tamil.Murid-murid
dikehendaki menulis di atas kertas tersebut supaya kekemasan tulisan dimulakan dengan huruf
huruf terlebih dahulu. Bagi murid yang mempunyai masalah memeagang pensel saya telah
menunjukkan cara pemegangan pensel yang betuk serta postur badan yang betul semasa
menulis.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN :


15 March 2019

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :


Keberkesanan langkah yang dijalankan dapat dilihat dengan baik kerana tulisan murid murid
beransur baik dan kemas. Manakala, murid yang mempunyai masalah pegangan pensel,
mengambil masa yang agak lama namun jika dibanding tulisan dahulu dan sekarang kita dapat
melihat peningkatan. Contohnya, ada segelintir hurf yang dapat ditulis dengan bentuk yang betul
dan jelas.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA ADA) :


Secara kesimpulannya, langkah yang dijalankan berkesan dan perlu pengubah suaian seperti
murid-murid diberi aktiviti pergerakkan tangan seperti berlukis atas garisan. Ini akan memudahkan
pergerakkan tangan murid-murid untuk menulis secara selesa dan baik. Selain itu, guru-guru perlu
memberi penekanan kepada pengajaran menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis
dengan betul, menulis huruf mengikut pergerakan yang betul, menentukan saiz huruf dan
menentukan ruang antara huruf dan perkataan. Kanak-kanak sepatutnya didedahkan kepada
kaedah menulis yang betul pada peringkat awal lagi supaya kanak-kanak minat untuk melahirkan
idea melalui tulisan yang cantik dan penuh dengan kesenian. Dengan ini, kita dapat
mengurangkan masa tidak kekemasan tulisan pada peringkat awal lagi.

RUJUKAN
Noraini Binti Ombi. (2009). KAJIAN KES KE ATAS KEKEMASAN TULISAN MURID TAHUN 2
DALAM KELAS PEMULIHAN KHAS BAHASA MELAYU. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar
Penyelidikan IPGM KBL, 215-227. Retrieved from
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2009/23%20Noraini.pdf

Disemak oleh Mentor (Guru Pembimbing)

__________________________
Tandatangan
Nama : _____________________
Tarikh : _____________________

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
INTERNSHIP

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/

Anda mungkin juga menyukai