Anda di halaman 1dari 6

SARI Membantu Masalah Menulis Koleksi Inovasi Jilid 2

SARI Membantu Masalah Menulis


Shamsiah Md Nasir, Nurul Nazierah Omar,
Mahani Ibrahim, Fauziah Hashim & Zaiton Sharif
(IPG Kampus Pendidikan Teknik)

SINOPSIS

Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang harus dikuasai pada peringkat awal
persekolahan lagi supaya dapat menyediakan peluang pembelajaran yang lebih luas
pada masa akan datang. Namun begitu, kemahiran menulis didapati kurang
dititikberatkan dalam kalangan murid khususnya murid bermasalah pembelajaran
kerana melalui pemerhatian yang dijalankan, didapati bahawa guru jarang mengajar
murid cara untuk memegang alat tulis dengan betul semasa menulis. Masalah
kekemasan tulisan oleh seorang murid pemulihan Tahun 3 di sebuah sekolah
daerah Sepang telah mendorong guru untuk membantu murid tersebut. Rentetan
itu, satu inovasi yang bertujuan untuk membantu murid memperbaiki kekemasan
tulisan melalui peralatan yang dinamakan Sarung Jari (SARI) telah dihasilkan.
Setelah intervensi dilaksanakan, tulisan murid semakin kemas dan keyakinan murid
semasa menulis telah meningkat. SARI kemudiannya diperkenalkan kepada murid
berkeperluan khas di tiga buah sekolah di Daerah Sepang, Selangor. Sebahagian
besar murid-murid ini mempunyai gaya genggaman pensil yang kurang sesuai atau
kurang matang. Ini mengakibatkan hasil tulisan mereka tidak kemas, jari mereka
sakit kerana menggenggam pensil dengan kuat dan akhirnya mereka rasa kurang
bermotivasi. Hasil daripada intervensi yang dijalankan menggunakan SARI telah
dapat membantu meningkatkan kekemasan tulisan murid yang dikaji. Dapatan juga
menunjukkan berlaku peningkatan terhadap aspek kesediaan menulis murid serta
cara menulis huruf dengan betul. Masalah jari sakit kerana memegang pensil
dengan kuat dan dengan cara menekan semasa menulis juga telah dapat diatasi.

OBJEKTIF
SARI dihasilkan dengan objektif untuk:
i. Membantu pelajar memperbaiki kekemasan tulisan.
ii. Membantu pelajar menggenggam pensil dengan betul.
iii. Membantu pelajar kelainan upaya yang lemah genggaman pensil
untuk menulis.

26
Koleksi Inovasi Jilid 2 SARI Membantu Masalah Menulis

27
SARI Membantu Masalah Menulis Koleksi Inovasi Jilid 2

SARI menggunakan strategi kawalan pensil dan jari. Dengan adanya bahagian
untuk meletakkan alat tulis maka pelajar tidak perlu menggenggam dengan kuat
alat tulis tersebut. Jari pula dikawal oleh bahagian sarung jari yang akan
menyebabkan jari mudah dikawal semasa menulis.

Pada prototaip yang pertama SARI dihasilkan tanpa lubang-lubang


pengudaraan. Namun, selepas mendapat maklum balas daripada murid yang
menyatakan jari mereka berpeluh, maka prototaip kedua SARI dihasilkan dengan
lubang-lubang pengudaraan untuk mengelakkan perpeluhan. SARI dihasilkan
dalam pelbagai warna bagi menarik minat murid.

Sarung alat

Sarung jari
Lubang
pengudara
Rajah 1: Deskripsi SARI Rajah 2: SARI pelbagai warna

Rajah 3: Kombinasi jari dalam penggunaan SARI


bagi murid bermasalah jari.

28
Koleksi Inovasi Jilid 2 SARI Membantu Masalah Menulis

Inisiatif SARI dapat membantu murid yang menghadapi masalah semasa


menulis. Ianya juga dapat mengurangkan masalah keciciran murid dalam
pembelajaran. Ini adalah kerana murid yang bermasalah semasa menulis akan
memberi tekanan kepada murid itu sendiri dan guru jika masalah ini tidak diatasi.
Lama kelamaan jika masalah berlarutan, murid akan berasa bosan dan tidak akan
memberi tumpuan dalam pelajaran yang akhirnya menyebabkan keciciran berlaku.

KELEBIHAN INOVASI
SARI telah diuji keberkesanan dan faedahnya terhadap murid pemulihan yang
menghasilkan tulisan yang tidak kemas. Dalam tempoh sebulan murid berkenaan
telah menghasilkan tulisan yang lebih kemas dan gaya genggaman pensil juga telah
dapat dibetulkan. Selepas tempoh sebulan, murid sudah tidak perlu lagi
menggunakan SARI semasa menulis. Ini kerana murid tersebut telah dapat
membiasakan jarinya untuk memegang pensil dengan betul semasa menulis. Murid
juga lebih yakin dan bersedia dengan cara yang betul semasa menulis.

SARI juga memberi faedah kepada murid-murid berkeperluan khas yang


menghadapi masalah semasa menulis. SARI telah diuji kepada murid-murid
berkeperluan khas di tiga buah sekolah di daerah Sepang dan Salak, Selangor yang
menghadapi masalah semasa memegang pensil untuk menulis. Dengan penggunaan
SARI, masalah memegang pensil dengan cara yang salah telah dapat diatasi. Murid
juga menyatakan rasa seronok kerana jari mereka tidak lagi sakit semasa menulis.
Ini kerana sebelum menggunakan SARI, mereka memegang pensil dengan kuat dan
menekan semasa menulis kerana rasa kurang yakin. Dengan SARI, mereka tidak
lagi perlu memegang pensil dengan kuat kerana bahagian tengah SARI adalah
sarung untuk pensil. Bagi murid yang lemah genggaman jari, SARI sangat
membantu mereka kerana mereka tidak perlu memegang dengan kuat pensil.

29
SARI Membantu Masalah Menulis Koleksi Inovasi Jilid 2

Inisiatif SARI sangat relevan dengan pengajaran dan pembelajaran kerana


ia membantu murid yang menghadapi masalah semasa menulis. Ini selaras dengan
dasar semasa Kementerian Pendidikan Malaysia untuk sokongan pemulihan bagi
mengatasi masalah menulis sebagaimana yang dinyatakan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Inisiatif SARI berupaya
memenuhi keperluan murid yang menghadapi masalah semasa menulis. Inisiatif ini
dilaksanakan dengan kerjasama dan kolaborasi Institut Pendidikan Guru Kampus
Pendidikan Teknik dan empat buah sekolah. Inisiatif ini juga akan diteruskan
dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan murid
berkeperluan khas.

Gambar 1: Gaya genggaman pensil tanpa SARI (kiri) dan dengan SARI (kanan).

Rajah 4: Hasil tulisan sebelum intervensi (kiri) dan selepas intervensi (kanan)

30
Koleksi Inovasi Jilid 2 SARI Membantu Masalah Menulis

KEJAYAAN INOVASI
Inisiatif SARI berjaya menyelesaikan masalah murid dan memenuhi objektif atau
tujuan penghasilannya. Dengan kos yang sangat minima, penggunaan SARI
mampu mengurangkan masa yang diambil oleh pelajar untuk menulis,
mengurangkan masa yang diperlukan oleh guru dalam membimbing murid
berkeperluan khas atau murid pemulihan dalam sesi pembelajaran dan
mengurangkan tekanan emosi guru dan murid.

Inisiatif SARI mampu menawarkan penyelesaian kepada masalah menulis


bagi murid pemulihan dan murid berkeperluan khas yang selama ini kurang diberi
perhatian dalam aspek memegang alat tulis dengan betul dan aspek kekemasan
tulisan. SARI telah berjaya memperoleh Anugerah Emas, Peringkat Kebangsaan
dalam Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CIC), IPGM 2015.

31

Anda mungkin juga menyukai