Anda di halaman 1dari 7

1

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN

SEC2353 PERKEMBANGAN FIZIKIL DALAM


KANAK-KANAK

SEMESTER 3

TUGASAN INDIVIDU

PENGURUSAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

DI SEDIAKAN UNTUK :

MADAM NIK NUR SYAZWANI BINTI IBRAHIM

DISEDIAKAN OLEH :

AHMAD YAZED BIN DANDAI


2

ISI KANDUNGAN :

PENGENALAN TENTANG ALAT BANTU MENGAJAR - MS 2

OBJEKTIF PEMILIHAN ALAT BANTU MENGAJAR - MS 3

PEMILIHAN UMUR KANAK-KANAK - MS 4

PROSES PENGHSILAN ABM - MS 5

CARA-CARA PENGGUNAAN - MS 6

KESIMPULAN - MS 7
3

PENGENALAN TENTANG ALAT BANTU MENGAJAR

Alat bantu mengajar(ABM) yang mana juga dikenali sebahagian daripada media pengajaran
yang ditakrifkan  sebagai audia visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang
berfungsi dalam perlaksanaan sesuatu pengajaran( Heinich et.al tahun 2002 ). Berdasarkan
definisi di atas, jelas menekankan alat bantu mengajar sebagai satu elemen yang amat penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kita selalu beranggapan, penggunaan perkataan
di dalam kelas sudah memadai untuk  menyampaikan mesej dalam sesuatu pengajaran.
Seringkali ramai  guru yang berpegang kepada kepercayaan tersebut, ini menyebabkan
timbulnya masalah komunikasi guru dengan pelajar. Justeru itu, penggunaan ABM adalah
berkesan jika pengajaran berdasarkan perkataan bersama-sama dengan  gambar atau simbol
yang lebih konkrit maknanya kepada  pemahaman para pelajar. Misalnya untuk menyatakan
konsep “besar”, guru bolehlah menunjukkan satu objek atau gambar yang bersaiz lebih besar
daripada gambar atau objek lain. Ini dapat digunakan untuk menunjukkan konsep “besar”
yang dimaksudkannya. Sekiranya menggunakan perkataan semata-mata, maka sesuatu proses
pengajaran tersebut akan lebih bersifat abstrak dan sukar difahami serta tidak dapat
memberikan gambaran yang jelas kepada para pelajar.
    Dengan menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) segala bentuk simbol dan komunikasi
verbal yang abstrak  dapat diperjelaskan. Ini memudahkan para pelajar memahami isi
kandungan sesuatu pelajaran. Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi juga
dapat mengatasi sikap pasif dikalangan para pelajar kerana ia akan menimbulkan minat
pelajar untuk belajar, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti suasana
pengajaran dan pembelajaran yang lebih mengembirakan dan menyeronokan. Walaupun
kurikulum dan bahan pengajaran, ditentukan sama bagi setiap pelajar, sifat unik yang ada
pada setiap pelajar dan ditambah pula  persekitaran yang berbeza . Ini akan membuatkan guru
mengalami sedikit kesulitan dalam mengatasi perkara tersebut.
    Keadaan itu dapat diatasi dengan penggunaan Alat Bantu Mengajar kerana kemampuannya
dalam memberikan pengalaman dan persepsi yang sama serta tepat  tentang sesuatu konsep
atau prinsip kepada semua pelajar. Berdasarkan abm yang saya hasilkan, ia dapat merangsang
tubuh badan dan pemikiran kanak-kanak. ABM yang saya hasilkan dapat menggerakkan
motor halus dan dapat menguatkan kondisi tangan dengan menggerakkan sebatang kayu kecil
untuk mengeluarkan getah dari bekas yang mengandungi air. Selain itu, ABM saya dapat
meningkatkan ketajaman penglihatan mata kanak-kanak.
4

OBJEKTIF PEMILIHAN ALAT BANTU MENGAJAR

- Alat bantu mengajar yang saya gunakan ialah untuk melatih mereka untuk bersabar
dan fokus.

- Dapat mengesan jika kanak-kanak itu seorang yang panas baran ataupun susah untuk
fokus dalam sesuatu perkara.

- Dengan menggunakan tangan dalam aktiviti ini adalah untuk melihat tangan mereka
jika mempunyai masalah.

- Dapat memperkembangankan motor kanak-kanak.

PEMILIHAN UMUR KANAK-KANAK.

Alat bantu mengajar mestilah menepati umur yang bersesuaian. umur yang
bersesuaian adalah bagi membolehkan kemahiran yang dijalankan mempunyai hasil
yang tertentu dan ai perlu menepati umur yang bersesuaian. Alat bantu mengajar yang
digunakan adalah untuk membantu pelajaran dan meningkatkan kemahiran. Oleh itu
alat bantu mengajar yang bersesuaian di prasekolah dan tadika adala berdasarkan
permainan. Dengan menggunakan alat bantu mengajar di prasekolah dan tadika
kanak-kanak tertarik untuk belajar dan tidak bosan ketika melakukan aktiviti.
Berdasarkan alat bantu mengajar yang saya gunakan adalah bersesuaian kepada
kanak-kanak.

PROSES PENGHASILAN ABM :-


5

LANGKAH PERTAMA : sediakan dua bekas kosong, sebatang kayu kecil dan
beberapa getah

LANGKAH KEDUA : isi kan satu bekas kosong dengan air yang penuh.

LANGKAH KETIGA : masukkan beberapa getah ke dalam bekas yang mengandungi


air

CARA-CARA
6

PENGGUNAAN.

Seorang kanak-kanak hendaklah cuba untuk memasukkan sebatang kayu kedalam bulatan
getah yang berada didalam air tersebut dan memasukkan getah tersebut kedalam bekas yang
kosong itu. Kanak- kanak tersebut hendaklah hanya menggunakan sebatang kayu sahaja ini
akan menguji tahap kesabaran dan fokus nya dalam menjalankan aktuviti ini.

1. Melakukannya di atas meja dan mempunyai kawasan yang bertutup contoh nya didalam
rumah dan di dalam kelas dan kawasan yang rata.

2. Letakkan dua bekas tersebut di atas meja pastikan salah satu bekas tersebut telah
mengandungi air dan di dalam air tersebut telah diletakkan beberapa getah

3. Berikan kanka-kanak tersebut sebatang kayunkecil untuk digunakan mengambilgetah-getah


yang berada di dalam air tersebut.

4. Selepas beberapa getah telah berjaya dimasukkan kedalam bekas yang kosong maka
penjaga hendaklah mengira satu getah tersebut bersamaan satu markah.

KESIMPULAN :

Kesimpulannya ABM yang hanya menggunakan bahan-bahan kitar semula ini dapat
membantu penjaga untuk mengajar anak-anak untuk melakukan aktiviti. Diharapkan
penghasilan ABM ini dapat memberikan perkembangan yang baik kepada kanak-kanak.
Aktiviti ini dapat membantu menjaga untuk mengesan kekurangan kanak-kanak tersebut.
7

Anda mungkin juga menyukai