Anda di halaman 1dari 9

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMEGANG PENSEL YANG BETUL

DALAM KALANGAN MURID PRASEKOLAH


BERBANTUKAN PENSEL AJAIB
oleh
SITI YUSRA BINTI SULAIMAN
yussra7172@gmail.com

ABSTRAK

Kemahiran motor halus memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kehidupan seharian kanak-kanak.
Hal ini kerana jika kemahiran motor halus seseorang kanak-kanak itu baik maka aktiviti seharian juga mampu
dilakukan tanpa bantuan orang lain. Secara ringkasnya kajian ini mendapati kemahiran motor halus sangat
penting dalam memperbaiki cara- cara pegangan pensel yang salah. Selain itu, masalah gengaman pensel ini
mempengaruhi kekemasan tulisan kanak-kanak prasekolah. Data dikumpul dan dianalisis menggunakan kaedah
pemerhatian. Kemudian saya menggunakan kaedah ini untuk penyemakan data sebagai cara menyemak
kesahihan data. Hasil daripada kajian saya ini menunjukkan bahawa pendekatan bimbingan secara peniruan dan
arahan terus ini berkesan dalam membantu peserta kajian saya memegang pensel dengan cara yang betul. Selain
itu sedikit sebanyak dapat membantu mereka memperkemaskan lagi tulisan supaya dapat dibaca dan difahami.

Kata kunci: Genggaman pensel, pemerhatian, pendekatan bimbingan

Pengenalan

Di Malaysia, Pendidikan Prasekolah merupakan asas pembelajaran murid-murid yang berumur 4 hingga 6
tahun. Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh dan
bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (Kurikulum Standard Kebangsaan,2010).

Kurikulum Standard prasekolah Kebangsaan (KSPK) di gubal berdasarkan kepada Prinsip Amalan
Bersesuaian dengan Perkembangan Kanak-kanak dan Teori pembelajaran konstruktivisme kanak-kanak. Selain
itu, murid Prasekolah juga berpeluang untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk
konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar dapat menyediakan diri sebelum melangkah ke sekolah
rendah kelak.

Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira perlu dikuasai diperingkat awal.
Menulis memainkan peranan penting walaupun dalam era teknologi. Kemahiran menulis, melukis dan
mewarna sering digunakan oleh kanak-kanak di sekolah. Menulis adalah satu proses yang kompleks
dalam meluahkan perkataan melalui genggaman pensel, pembentukan huruf dan postur badan.
Kecekapan menulis memerlukan penguasaan pelbagai kemahiran termasuk penglihatan, koordinasi
tangan dan mata, lengan, tangan, ingatan, postur dan kawalan badan.

Kemahiran menulis merupakan salah satu cara untuk mengesan tahap penguasaan murid dalam bidang
akademik. Kemahiran menulis merupakan koordinasi mata yang dikaitkan dengan intergrasi diantara motor
visual dan merupakan penentu kualiti tulisan tangan (Kaiser, Albaret & Doudin, 2009).
Fokus Kajian

Dalam kajian ini, saya mengfokuskan masalah yang dihadapi oleh murid-murid prasekolah di sini iaitu cara
memegang pensel yang betul ketika menulis. Mengikut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KSPK,2010), dua
elemen penting yang perlu dititikberatkan semasa menulis iaitu cara memegang alat tulis dan postur badan yng
betul ketika menulis. Semasa menguasai kemahiran menulis, cara memegang pensel yang salah akan
menentukan kekemasan tulisan dan juga keselesaan murid semasa menulis.

Kajian berfokus kepada cara-cara peserta kajian memegang pensel melalui aktiviti bimbingan,
peniruan dan arahan terus. Intervensi yang digunakan ialah Pensel Ajaib . Saya menggunakan langkah-langkah
perlaksanaan yang dipanggil Aura Positif sepanjang kajian untuk membantu meningkatkan kemahiran peserta
kajian. Kajian yang saya laksanakan ini adalah tertumpu kepada tiga orang murid Prasekolah di sini. Kaedah
ini juga hanya tertumpu kepada cara memegang pensel yang betul ketika menulis. Melalui pemerhatian
beberapa minggu sebelum ini terutamanya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, kelemahan
murid amat ketara ketika memegang pensel dan ini telah membuktikan bahawa kaedah pengajaran yang
dilaksanakan sebelum ini kurang berkesan dan jika tidak diberi perhatian dan tindakan, tabiat ini akan terus
dibawa ke sekolah rendah.

Oleh itu, untuk menangani masalah ini daripada menjadi lebih kritikal, saya memperkenalkan Pensel
Ajaib kepada peserta kajian untuk membantu mereka memegang pensel dengan betul dan mampu menarik
perhatian mereka ketika menulis. Justeru, saya bertekd untuk menjalankan kajian lanjut mengenai kaedah ini
terhadap murid. Saya ingin melihat hasil pencapaian murid apabila mengaplikasikan kaedah ini.

Objektif Kajian

i) Kajian ini dijalankan untuk membantu murid prasekolah meningkatkan kemahiran memegang
pensel dengan cara yang betul menggunakan Pensel Ajaib.

Soalan Kajian

i) Adakah penggunaan Pensel Ajaib dapat meningkatkan kemahiran memegang pensel dalam
kalangan murid-murid prasekolah?

Tinjauan Literatur

Banyak kajian berkenaan kemahiran menulis yang melibatkan cara memegang pensel yang betul telah
dilaksanakan oleh pengkaji-pengkaji di Malaysia mahupun luar. Masalah kemahiran menulis sentiasa perlu
dipandang serius oleh semua pihak terutamanya guru-guru dan juga ibu bapa. Namun begitu, tiada masalah
yang tiada penyelesaian. Melihat kepada jumlah kajian tentang kemahiran menulis menunjukkan bahawa ramai
bijak pandai yang bersungguh-sungguh dan komited dengan masalah yang membelenggu murid-murid
prasekolah pada ketika ini.
Menurut Amundson (2005) kebanyakan ahli terapi kerja menumpukan pada cara genggaman pensel
oleh kanak-kanak dengan betul. Hal ini kerana pembetukan huruf dan tahap kejelasan tulisan tangan telah
digunakan sebagai salah satu cara mengenalpasti murid yang bermasalah sama ada yang mengalami masalah
akademik ataupun masalah berkaitan dengan intelektual.

Menurut Rosenblum, Goldstand dan Parush (2006), dalam kenyataan mereka terdapat perbezaan yang
signifikan dalam semua faktor ergonomik sewaktu menulis di antara penulis yang mahir dan tidak mahir
terutama cara memegang pensel. Perkara ini dapat di kesan melalui pemerhatian ke atas murid yang tidak mahir
ketika sedang membuat aktiviti menulis.
Murid akan mengalami kesukaran dalam mengekalkan daya tahan semasa menulis dan mudah
kehilangan fokus semasa menulis dan ia disokong oleh Abdul Rasid (2011). Beliau menyatakan terdapat
ketidakcekapan pada koordinasi mata dan tangan semasa menulis bagi mereka yang tidak mahir dan
kebiasaannya mereka tidak mempunyai koordinasi mata dan tangan yang tidak selari kerana mereka tidak
melihat kertas sewaktu menulis.

Kebiasaannya murid yang mengalami masalah pembelajaran jarang sekali di ajar cara memegang alat
tulis dengan betul terutama pensel. Menurut Yusof dan Walter Alvin (2010), hasil daripada mekanisma
kemahiran menulis yang kurang diberi penumpuan semasa disekolah oleh para guru, tulisan yang dihasilkan
oleh murid menjadi kurang kualiti dan sukar difahami mahupun dibaca.

Sassoon (1993) mendapati guru kurang memberi penekanan kepada pengajaran menulis dikelas
khususnya cara memegang alat tulis yang betul, menulis huruf mengikut pergerakan yang betul, menentukan
saiz huruf dan menentukan ruang antara huruf dan perkataan.
Oleh itu, instrumen penilaian jenis-jenis genggaman pensel di kalangan kanak-kanak yang mengalami
masalah pembelajaran mahupun kanak-kanak normal perlu di jalankan ke atas mereka dengan lebih meluas
untuk mengesan tahap kualiti tulisan tangan mahupun mengesan cara genggaman yang matang di kalangan
kanak-kanak- melalui instrument yang dijalankan juga mampu mengesan jenis genggaman yang biasa diguna
pakai oleh mereka yang mahir mahupun tidak mahir dalam menulis tangan.

Metodologi Kajian

Kumpulan Sasaran

Kajian yang telah melibatkan tiga orang peserta kajian yang terdiri daripa dua orang peserta kajian lelaki dan
seorang peserta kajian perempuan. Penumpuan yang lebih kepada tiga orang peserta kajian sahaja daripada dua
puluh lima orang murid di dalam kelas tersebut. Ketiga-tiga peserta kajian mempunyai tahap penguasaan
akademik yang sederhana.

Kaedah Pengumpulan Data

Sumber data dan kaedah pengumpulan data adalah penting sebagai koleksi sumber maklumat yang diperoleh
sewaktu menjalankan sesuatu kajian. Menurut Rosinah Edinin (2015), terdapat pelbagai jenis kaedah
pengumpulan data yang biasa digunakan untuk mengumpul data. Dalam pengumpulan data ini, saya
menggunakan instrumen senarai semak dan pemerhatian semasa menjalankan intervensi Pensel Ajaib.

i) Senarai Semak

Dalam kajian ini , borang senarai semak disediakan terlebih dahulu sebelum melaksanakan pemerhatian. Item-
item yang diperhatikan dalam kaedah ini adalah cara memegang pensel dengan betul. Pemerhatian dijalankan
ke atas tiga orang murid yang terlibat. Sebanyak 2 kali pemerhatian dijalankan dan data dicatat dalam borang
senarai semak tersebut sebelum intervensi dan selepas intervensi.

ii) Nota Lapangan)

Catatan nota lapangan saya gunakan untuk mencatat maklumat yang didengar, dilihat, pengalaman yang dilalui
dan menjadi imbasan ke atas data yang ada. Dapatan daripada nota lapangan adalah salah satu cara melaporkan
pemerhatian, refleksi dan tindak balas kepada masalah dalam bilik darjah. Saya telah menulis nota lapangan
sebaik sahaja masa pengajaran habis kerana apa yang berlaku dalam bilik darjah masih segar dalam ingatan
saya.
Perlaksanaan Tindakan

Sebanyak lima aktiviti telah dilaksanakan dalam kajian ini untuk membantu peserta kajian memegang pensel
dengan betul dan saya namakan sebagai Langkah Aura Positif. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk
meningkatkan kemahiran menulis peserta kajian ialah:

Langkah perlaksanaan aktiviti 1:


Cara memegang pensel dengan betul

Langkah-langkah
i) Pada mulanya, saya telah menjadi role model kepada murid.
ii) Saya menunjukkan kepada mereka cara memegang pensel yang betul.
iii) Saya kemudian melatih mereka memegang pensel mengikut cara yang telah ditunjuk cara.

Langkah Perlaksanaan aktiviti 2:


Kedudukan tangan dan buku ketika menulis

Langkah-Langkah
i) Saya melatih tiga orang peserta kajian menulis dengan kedudukan tangan yang selesa dan
sesuai.
ii) Kedudukan kertas atau buku seelok-eloknya menegak.
iii) Tangan kiri tidak memegang penjuru atas kiri

Langkah Perlaksanaan aktiviti 3


Menulis di atas huruf yang berputus dicetak.
Langkah – Langkah :
i) Ketiga-tiga peserta kajian menyambung huruf putus-putus yang telah disediakan.
ii) Terlebih dahulu mereka menyambungkan huruf putus-putus dari arah atas ke bawah dan
kemudian dari arah bawah ke atas
iii) Kemudian mereka menyambungkan huruf putus-putus dari arah kanan ke kiri dan kemudian
dari arah kiri ke kanan.
Langkah Pelaksanaan aktiviti 4

Aktiviti Pratulisan ( Pengukuhan)


Menconteng dan Mewarna
Langkah- Langkah:
i) Mereka diberi aktiviti menconteng mengikut lakaran garisan yang berterusan.
ii) Langkah seterusnya, mereka mewarnakan gambar lakaran sama ada secara melintang, menegak,
dan meyendeng mengikut sempadan corak atau gambar.

Langkah Pelaksanaan aktiviti 5


Cara duduk. – Posture badan
Langkah-Langkah
i) Kanak-kanak ini disuruh duduk dengan postur badan yang betul semasa menulis.
ii) Saya memastikan ketiga-tiga kanak-kanak ini tidak menyandarkan badan ke tepi, menundukkan
ke hadapan dan meniarap atas meja semasa semasa menulis.
iii) Saya membuat teguran terus sekiranya saya mendapati cara duduk atau postur badan mereka salah
ketika menulis.
Dapatan dan Refleksi

Dapatan yang diperolehi menunjukkan penggunaan Pensel Ajaib yang diperkenalkan dapat membantu peserta
kajian memegang pensel dengan lebih baik daripada sebelum teknik tersebut diperkenalkan. Peningkatan yang
ditunjukkan dalam skor markah bagi setiap peserta kajian meningkat. Seterusnya, tahap pencapaian peserta
kajian juga turut meningkat Dapatan kajian secara keseluruhan bagi kaedah pengumpulan data yang digunakan
adalah seperti berikut:

i) Pemerhatian Sebelum dan Selepas Intervensi

Bil Peserta kajian Sebelum Intervensi Selepas Intervensi Peningkatan


Betul Peratus Betul Peratus (%)
1 L1 1 20 4 80 60
2 L2 2 40 5 100 60
3 P3 1 20 5 100 80

Jumlah kemahiran menulis yang betul


___________________________ ___ X 100% = x
Jumlah keseluruhan (5)
X = Peratusan yang diperolehi

ii) Senarai Semak

Berdasarkan kepada data pemerhatian berstuktur yang menggunakan borang senarai semak, analisis
dilakukan secara kuantitatif menggunakan statistik peratusan. Setiap data dianalisis dalam bentuk peratus dan
perbandingan dibuat berdasarkan peningkatan peratusan yang dicapai.

Contoh senarai semak yang digunakan untuk mengetahui Cara menulis dengan betul

Jadual 8.3 : Skala Kadar Pencapaian Murid

Cara menulis Sebelum intervensi Selepas intervensi


Bil. yang betul Murid Murid
L1 L2 P3 L1 L2 P3
1 Postur badan yang betul
ketika menulis x / x / / /

2 Cara memegang pensel


yang betul x x x / / /

3 Menulis di atas garisan


putus-putus / x x / / /

4 Kedudukan tangan dan


buku ketika menulis x x / / / /

5 Koordinasi pergerakan mata


dan tangan mengikut arah
yang betul x / x / / /

Pencapaian murid 1/5 2/5 1/5 5/5 5/5 5/5


Skala Pencapaian BM SM SM TM TM TM
iii) Dapatan Keseluruhan Sebelum dan Selepas Intervensi

120

100

80

Sebelum Intervensi
60
Selepas Intervensi

40

20

0
L1 L2 P3

Rajah 2. Perbandingan Markah Ujian Sebelum Intervensi dan Ujian Selepas


Intervensi Tiga peserta Kajian

Berdasarkan jadual 2 di atas, iaitu pemerhatian dibuat atas murid semasa aktiviti menulis dijalankan,
didapati murid-murid menunjukkan peningkatan dalam kemahiran menulis melalui intervensi yang dijalankan.
Sebelum intervensi, L1 dan P3 menunjukkan peratus 20% sahaja dalam kemahiran menulis yang dijalankan
manakala Alif menunjukkan 40% sebelum intervensi. Selepas intervensi dijalankan, L2 dan P3 menunjukkan
peningkatan 100% dimana kedua-dua murid ini telah memahami cara menulis yang betul.

Dapatan dan Perbincangan

Secara keseluruhannya, penggunaan Pensel Ajaib adalah sangat berkesan dan meningkatkan
penguasaan kemahiran menulis. Bertepatan dengan fokus tranformasi kurikulum Prasekolah dimana
penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira) perlu dikuasai diperingkat awal lagi sebagai persediaan
masuk ke sekolah rendah. Penggunaan kaedah ini disokong oleh Noraini binti Ombi (2009) dalam artikel
kajiannya menyatakan bahawa cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan
oleh murid. Justeru, kajian ini dapat membuktikan bahawa intervensi penggunaan Pensel Ajaib meningkatkan
kemahiran memegang pensel dalam kalangan murid prasekolah.

Refleksi Keseluruhan

Berdasarkan keseluruhan kajian yang telah dilaksanakan, dapat dirumuskan Pensel Ajaib yang digunakan dapat
membantu meningkatkan kemahiran menulis dikalangan peserta kajian. Juga, teknik ini dapat membantu peserta
kajian memegang pensel dengan betul dan memperbaiki kekemasan tulisan mereka.

Peningkatan prestasi peserta kajian dapat dilihat menerusi perbandingan keputusan ujian sebelum dan
selepas intervensi yang telah berlangsung semasa kajian ini dilaksanakan. Hal ini diperkukuh lagi dengan
pemerhatian dan senarai semak yang dijalankan di mana mereka dapat memperbaiki dan memepertingkatkan
kemahiran menulis.
Cadangan Kajian Lanjutan

Sekiranya saya diberi peluang untuk meneruskan kajian ini bagi kitaran seterusnya di sekolah yang sama,
diharapkan saya diberi peluang untuk menggunakan alat bantuan teknologi sebagai strategi intervensi.
Kemungkinan genggaman yang lemah boleh dibangunkan dengan penggunaan alat adaptif seperti pemegang
getah spesifik atau pensel segi tiga. Selain itu juga saya tertarik ingin mencuba alat-alat bantuan dalam pasaran
seperti plastik genggaman menulis bagi tujuan membangunkan genggaman tripod semasa menulis.

Pada akhir kajian tindakan yang seterusnya nanti, saya cuba menjawab persoalan adakah penggunaan
alat adaptif (alat bantuan teknologi rendah) boleh meningkatkan keupayaan menggenggam pensel melalui
intervensi pendekatan biomekanikal walaupun dalam zaman era komputer. Manakala di sekolah yang berlainan,
saya akan memperkenalkan pendekatan ini juga sekiranya saya menjumpai masalah menulis yang sama dalam
kalangan kanak-kanak prasekolah.

Kesimpulan

Kesimpulannya, saya telah berjaya mencapai objektif yang dinyatakan dalam kajian ini. Tindakan yang
dijalankan berjaya meningkatkan kemahiran peserta kajian dalam kemahiran menulis. Kajian tindakan yang
telah dilaksanakan ini telah memberi kesan yang baik dan positif kepada peserta kajian. Teknik yang
diperkenalkan dapat membantu peserta kajian memegang pensel dengan betul.

Kajian ini telah menyedarkan saya tentang permasalahan murid-murid yang tidak dapat menulis
dengan betul berpunca dari cara memegang pensel yang salah. Permasalahan murid-murid ini memerlukan
kesabaran yang tinggi dalam kalangan guru prasekolah. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan
bermakna akan memberi satu kepuasan kepada murid-murid. Seterusnya dapat memberi kegembiraan dan
keyakinan diri untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh dan melangkah bangga ke sekolah rendah.
RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian.(2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa


Melayu murid-murid sekolah rendah di luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu,1(1):1-12

Abdul Rahman Rasid. (1995). Kepentingan alat bantu mengajar dalam


Pengajaran bahasa, Jurnal Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur:.
Kementerian Pelajaran Malaysia

Amudson, S. J. S. (2005). Prewriting and handwriting Skills. In J


Case-Smith (Ed). Occupational therapy for children. 5th Edition. Missouri:
Elsevier Mosby

Dayang Nurmalisa Binti Abang Mohd Selanie (2010). Kesan Pendekatan Bimbingan
Secara Individu Dalam Membantu Murid Tahun Tiga Membaiki Tulisan
Bahasa Melayu. Buku Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Seminar
Penyelidikan Tindakan Tahun 2010 Institut Pendidikan Guru Kampus
Batu Lintang (Bahasa Melayu Pendidikan Rendah). ms. 126-139.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. (2010). Dokumen Standard Kurikulum


Prasekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia

Levine, M. D. (1994). Educational care: A system for understanding and helping


Children with learning problems at home and in school.
Cambridge, Massachusetts: Educators Publishing Servic e Inc.

Noraini binti Ombi (2009). Kajian Kes Keatas Kekemasan Tulisan Murid
Tahun 2 Dalam Kelas Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Buku Koleksi
Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009,ms.215-227

Nur Azhani. (2010). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Meningkatkan Tumpuan


Kanak-kanak. Prosiding Semnar Kajian Tindakan Prasekolah 2010
(94-101). IPG Kampus Perempuan Melayu

Rosenblum, S., Goldstand,S- & Parash, S. (2006). Relationships among


Biomechanical Orgonomic factors, handwriting product quality, handwriting
efficiency,and Computerized handwriting proce measures in children with and
without handwriting difficulties. Amarican Journal Of Occupational
Therapy, 60(1):28-39
Rosinah Edinin, R.(2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan
(Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Freemind Harizon

Rosinah Edinin .(2011). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan


Bangi Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd.

Sassoon, R. (1993). Handwriting: The way to teach it. Cheltenham:


Stanley Thornes. Tiong Houng Ching (2005). Membaiki Tulisan
Pelajar Tingkatan Peralihan Dengan Kaedah Ansur Maju. Prosiding
Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2005. Ms .84-96

Anda mungkin juga menyukai