Anda di halaman 1dari 3

IINTERVENSI PENTAKSIRAN KEMAHIRAN PENGAMATAN PENGLIHATAN

Kanak-kanak pemulihan mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran asas terutamanya iaitu membaca, mengira dan menulis. Selain itu, mereka juga dikaitkan dengan masalah-masalah yang lain dalam pembelajaran mereka seperti masalah pengamatan dan pergerakan yang kurang terlatih iaitu kemahiran motor halus meeka sangat terhad.

Bukan semua kanak-kanak yang tidak pandai di dalam kelas malas belajar ataupun tidak bersungguh-sungguh semasa belajar. Sebenarnya terdapat berbagai faktor yang menjadikan mereka demikian. Antaranya ialah kanak-kanak tersebut telah dilahirkan tidak seperti kanakkanak normal yang lain kerana mengalami masalah yang tidak dapat dikesan dengan melihat kesempurnaan fizikal mereka yang sama dengan kanak-kanak normal yang lain.

Faktor lain yang menyebabkan kanak-kanak lemah atau tidak pandai terutamanya dalam kemahiran pengamatan penglihatan ialah mungkin disebabkan oleh tahap kesihatan mata mereka kurang dari pelajar lain. Contohnya, penyakit rabun. Oleh itu, perlu bagi setiap guru pemulihan untuk melakukan intervensi awal sejurus mengesan kelemahan murid. Sebagai contoh intervensi ialah sampel menggunakan cermin mata yang dipinjamkan ataupun dibekalkan.

Antara intervensi kedua yang dapat membantu sampel untuk meningkatkan kemahiran pengamatan penglihatan ini ialah menggunakan imej atau gambar yang besar. Gambar kuantiti contohnya, jika kuantitinya hamper sama jumlahnya, ia menyukarkan sampel untuk membezakan yang mana banyak dan yang mana sedikit. Oleh itu, kuranglah bebanan murid untuk melihatnya dengan lebih teliti imej yang kecil. Semasa pengajaran terutamanya perlu ditekankan cara ini oleh stiap guru pemulihan.

Selain itu, bagi Turutan, guru perlu memikirkan cara yang sesuai untuk melatih sampel mengingat dan tidak mudah lupa akan turutan yang sebelum dan selepas. Antaranya ialah sediakan bahan-bahan di atas meja dan minta murid menelitinya. Sebagai contoh, gambargambar. Tetapkan tema terlebih dahulu. Biasanya murid lebih menyukai gambar bertema sebagai contoh tema haiwan, tumbuhan ataupun kenderaan. Tutupkan gambar-gambar tersebut dan minta murid menyebut kembali gambar yang dilihatnya. Jika cara ini dilakukan oleh guru sebagai intervensi yang asas, ia sedikit menampakkan aliran perubahan murid di mana

murid akan lebih memahami jika benda-benda atau bahan yang konkrit ditunjukkan seperti gambar yang dibuat besar saiznya. Ini akan mempercepatkan lagi kemahiran pengamatannya.

Seterusnya ialah soalan Menyalin, iaitu menyalin semula bentuk atau corak. Guru boleh juga menggunakan gambar bentuk tetapi guru haruslah memegangnya supaya murid tidak meniru dengan senang. Murid perlu meneliti corak atau bentuk tersebut sama ada ianya berbentuk segi tiga, segi empat ataupun bulatan. Guru boleh memikirkan bentuk yang disukai dengan syarat bentuk tidak menyukarkan murid atau sampel.

Dalam strategi pengajaran dan teknik, guru perlu memikirkan secara terbuka, iaitu tidak hanya terikat pada bahan sahaja. Guru boleh membuat pertandingan atau kuiz dan memberikan peneguhan. Tetapi ianya memerlukan penglibatan lebih 4 orang murid, barulah akan menampakkan suasana pengajaran. Guru boleh mengadakan permainan dengan menyoal murid-murid benda-benda yang biasa ada pada sesuatu tempat. Contohnya jika diberikan gambar kantin, murid dikehendaki menyebut seberapa banyak yang mungkin benda yang terdapat di kantin. Mana-mana pelajar yang berjaya menyebut dengan banyak, dia akan mendapat hadiah sebagai peneguhan dari guru. Hal ini dapat meningkatkan lagi daya ingatan kembali pelajar dalam kemahiran pengamatan.

Pengajaran secara berpasangan pula hanya melibatkan dua orang sahaja sama ada murid pandai mengajar murid lemah atau murid lemah menerima pengajaran guru secara berpasangan. Manakala pengajaran secara berkumpulan pula menggunakan strategi pengajaran berpusatkan murid, di mana murid-murid boleh menjalankan aktiviti pembelajaran melalui kumpulan mengikut kebolehan. Cara ini dapat menguasai kemahiran tertentu mengikut kadar pembelajaran yang sepadan dengan kebolehan mereka. Guru boleh melaksanakan dua cara membentuk kumpulan, iaitu berdasarkan kebolehan yang sama manakala cara kedua pelbagai pencapaian.

Guru juga boleh memberikan sebanyak mungkin siri latihan pengamatan penglihatan kepada murid-murid yang mengalami kesukaran dalam komponen pengamatan. Latihan ini boleh dijalankan secara individu seperti melaksanakan aktiviti diskriminasi bentuk, pendengaran, penglihatan, turutan dan menyalin. Cara ini boleh membantu mereka untuk mengingat secara kekal dan lama.

Akhir sekali peranan ibu bapa juga penting dalam menjayakan intervensi yang telah dirancang oleh guru. Guru perlu melibatkan nasihat dan tunjuk ajar darpada kedua ibu bapa mereka untuk memastikan anak-anak mereka tidak ketinggalan. Ibu bapa adalah orang yang paling hamper dan rapat dengan sampel atau murid. Oleh itu, ia sedikit membantu melicinkan rancangan intervensi dengan pelbagai inisiatif yang difikirkan oleh mereka. contohnya membawa anak mereka berjumpa dengan pakar jika terdapat kecacatan yang dikesan seperti rabun untuk mendapatkan bantuan yang lebih jelas lagi.

Apa yang paling penting dalam melakukan intervensi ini ialah guru perlu menjadikan pengajaran yang kondusif dan selesa untuk murid-murid di mana murid digalakkan untuk bertanyakan soalan yang tidak difahami. Jelaslah intervensi sangat penting bagi murid untuk mendapatkan hak bagi menjamin masa depan mereka untuk kembali belajar seperti murid-murid biasa yang lain. Credit to : http://islamicplayer.blogspot.com/2013/04/iintervensi-pentaksiran-kemahiran.html

Anda mungkin juga menyukai