Anda di halaman 1dari 2

MAGESSWARI MUNIANDY 3 PISMP PRA/PJ/MU

Apakah implikasi teori-teori kognitif ini kepada pendidikan awal kanak-kanak? Bincangkan.
Pembinaan pemikiran kanak-kanak diberi penekanan untuk perkembangan kognitif kanak-kanak ini. Ia tertumpu kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat perkembangan kepada seterusnya. Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak. Perkembangan kognitif sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek seseorang. Berdasarkan teori-teori kognitif, beberapa implikasi telah dikenalpasti bagi pendidikan awal kanak-kanak. Guru mestilah menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit untuk memudahkan pemahaman murid. Sebagai contoh, jika murid diajar kemahiran menambah dan menolak, guru boleh menggunakan bahan-bahan konkrit yang berada di sekelilingnya seperti ranting kayu, batu, daun, dan lain-lain. Selain itu, guru boleh menggunakan bahan konkrit sebagai bahan bantu mengajar dalam mempelajari kemahiran yang baru. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan model-model tiga dimensi seperti haiwan, tumbuhan mainan untuk mewakili objek yang dipelajari oleh mereka. Seterusnya, guru harus memberi arahan dengan menggunakan ayat yang pendek dan disertai dengan contoh agar mudah difahami oleh murid. Contohnya, arahan untuk murid mengutip sampah yang berada disekeliling mereka, diberi dengan menggunakan ayat mudah dan jelas. Arahan yang pendek serta jelas ini akan memudahkan murid untuk menuruti dan mengikuti kehendak guru. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah daya tumpuan yang singkat, guru perlu lebih peka dalam penyediaan rancangan pengajaran. Jika murid-murid sudah menguasai konsep terdahulu, guru tersebut perlulah meningkatkan tahap pembelajaran kepada sifat egosentrik. Kanak-kanak khas juga sebenarnya mempunyai keupayaan jika diberi pendedahan secara sistematik dan terapi yang berterusan. Sebagai contoh, jika murid sudah mampu menguasai operasi tambah dan tolak dalam subjek matematik,

MAGESSWARI MUNIANDY 3 PISMP PRA/PJ/MU guru perlu mempertingkatkan pengajaran kepada operasi darab dan bahagi yang lebih mencabar. Pada masa tersebut, pemikiran mereka akan terus berkembang. Malah, guru perlu mengubahsuai kaedah dan pendekatan P&P untuk disesuaikan dengan keadaan murid-murid khas tersebut. Contohnya, jika seorang guru ingin mengajarkan murid-murid yang dikategorikan sebagai autisme, kaedah

pengajaran tersebut perlulah menekankan komunikasi dan interaksi terutamanya yang melibatkan eye contact. Perbanyakkan interaksi dua hala dan soalan yang mampu dijawab serta menarik minatnya untuk terus meningkatkan tahap komunikasi. Kaedah P&P yang digunakan perlulah ringkas dan berkesan kerana kanak-kanak khas tidak mampu menerima laras bahasa yang tinggi. Aktiviti seperti memberi peluang kepada pelajar mencari alternatif dalam menyelesaikan masalah dan membuat hipotesis sendiri. Sebagai contoh, dalam kelas Pendidikan Seni Visual guru boleh memberikan peluang kepada murid untuk menghasilkan catan dengan menggunakan teknik yang difikir sendiri oleh murid. Selain itu, kemukakan konsep yang luas dan tidak hanya terikat kepada faktafakta dengan cara membiarkan murid meneroka dan mengkaji konsep itu sendiri. Sebagai contoh, murid-murid boleh berfikir mengapa terjadinya siang dan malam. Melalui cara ini, sistem pembelajaran akan lebih menarik dan pasti menghiburkan para pelajar. Kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak sangat penting untuk dipelajari dan di terokai oleh setiap guru dan bakal guru agar mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah difahami.

Anda mungkin juga menyukai