Anda di halaman 1dari 1

Minggu 1

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Murid akan berusaha untuk mengikut arahan dan peraturan guru.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Secara kesimpulannya, saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk mengawal tingkah laku
murid-murid sewaktu berada dalam bilik darjah. Dengan ini saya dapat melancarkan proses
pengajaran dan pembelajaran kelas .

Minggu 2

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Langkah yang saya cadangkan dapat dilaksanakan dengan sehabis baik dengan bantuan guru-guru
lain. Saya juga dapat menggalakkan kebanyakkan murid untuk memberi salam dan mengucapkan
terima kasih. Tetapi, masih ada murid yang degil dan tidak mahu memberi salam apabila berhadapan
dengan guru di pintu dan juga di tempat lain. Keberkesanan langkah yang dicadangkan masih dalam
kategori perlu dikukuhkan lagi kerana murid hanya memberi salam apabila guru memberi salam
sahaja. Mereka tidak mempraktikkannya apabila guru tidak menegur atau tidak melakukannya. Ia
mungkin memerlukan tempoh masa yang lebih untuk menjadikannya sebagai satu budaya warga
sekolah tersebut.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Secara kesimpulannya, isu berkaitan dengan budaya memberi salam dan ucapan terima kasih amat
penting sebagai amalan nilai murni para murid. Oleh yang demikian, semua pihak sekolah berserta
dengan guru-guru perlulah berganding bahu untuk menerapkan budaya ini dalam jiwa murid-murid
untuk melahirkan insan yang berbudi pekerti.

Anda mungkin juga menyukai