Anda di halaman 1dari 10

MANUAL PROJEK INOVASI DIGITAL

PERKARA YANG DIPERLUKAN.

Perisian Microsoft PowerPoint, fail Laman Interaktif Powerpoint, Dadu, Kertas dan Pen.

MANUAL PENGGUNAAN.

1. Apabila membuka PowerPoint ini, laman muka utama akan dipaparkan yang
menunjukkan slaid Selamat Datang ke Projek Inovasi Digital. Muzik latar akan dimainkan
secara automatik.

2. Kemudian, pengguna perlu menekan butang PLAY merah untuk masuk ke MENU
UTAMA. Menu utama adalah seperti yang ditunjukkan dalam tablet maya. Di menu
utama terdapat beberapa pilihan boleh dibuat. Pilihan-pilihan adalah seperti berikut.
3. Pengguna boleh memilih mana-mana pilihan yang diingini. Untuk ke BIODATA
PEMBINA PROJEK, pengguna boleh klik pada KOTAK KUNING. Paparan yang akan
keluar adalah seperti berikut.

Butang Home
(Digunakan untuk
semua pilihan)

4. Untuk kembali ke MENU UTAMA, pengguna perlu klik pada butang HOME (berwarna
KELABU) di sebelah kanan tablet maya.
5. Bagi mengetahui tentang panduan ringkas terhadap penggunaan PowerPoint dan
Permainan, pengguna boleh Klik pada butang Panduan.

Scroll bar

* Peringatan: Bagi membaca keseluruhan panduan, pengguna perlu


menggerakkan scroll bar ke bawah dengan menarik penunjuk tetikus.
6. Bagi kembali ke MENU UTAMA, pengguna perlu mengikut langkah 4.

7. Langkah 3 dan 4 diulang untuk masuk ke pilihan lain.

8. Bagi mengakhiri penggunaan Laman Interaktif, pengguna boleh terus tekan butang
PANGKAH berwarna MERAH di MENU UTAMA.

Butang
KELUAR

9. Untuk terus mengakhiri penggunaan laman interaktif, terus rujuk ke langkah 14 hingga
16.

10. Sebelum memulakan PERMAINAN, pengguna disarankan untuk melihat tayangan video
mengenai Pengenalan Nombor terlebih dahulu dengan klik pada pilihan VIDEO. Hal ini
penting sebagai mengimbas kembali topik yang telah dipelajari.
11. Kemudian, barulah pengguna boleh memulakan permainan dengan klik pada butang
PERMAINAN. Paparan utama Permainan akan keluar seperti berikut. Bagi permainan
ini, pengguna akan menjadi watak Mario.

12. Klik pada butang NEXT berwarna hijau untuk meneruskan permainan.

13. Bagi bermain permainan ini, pengguna memerlukan dadu. Langkah untuk
menggerakkan Mario adalah seperti berikut:
a. Pengguna perlu membaling dadu.
b. Nombor yang ditunjukkan pada permukaan atas dadu menunjukkan berapa bilangan
Mario boleh bergerak. Sekiranya Pengguna dapat 3, maka, Mario hanya boleh
digerakkan sebanyak 3 kotak sahaja dengan menekan butang Arah Kanan di Papan
Kekunci.
c. Apabila Mario berhenti di petak 3, pengguna perlu klik pada tempat Mario berhenti.
Slaid soalan akan keluar seperti berikut.

d. Pengguna perlu menjawab soalan dengan menekan pada pilihan jawapan iaitu
‘Lima’ atau ‘Enam’. Sekiranya jawapan salah dipilih, bunyi BEEP akan dibunyikan.
Sekiranya jawapan yang dipilih adalah betul. Paparan syiling emas akan keluar
menunjukkan pengguna mendapat 1 markah.

*Peringatan: Pengguna perlu mencatit markah yang diperoleh pada


kertas.
e. Untuk kembali ke tempat asal Mario, pengguna perlu menekan pada butang ‘BETUL’
berwarna biru.

f. Langkah a sehingga e diulang sehingga Mario berjumpa dengan ketua Penjahat iaitu
Bowser.

g. Pengguna perlu menjawab soalan terakhir dengan betul. Sekiranya pengguna


memilih jawapan salah, Mario akan ditendang keluar semula di muka pintu masuk
istana ketua penjahat dan perlu ulang semula sehingga bertemu kembali dengan
Bowser. Sekiranya jawapan dipilih adalah betul, pengguna akan mendapat 5 syiling
emas dan seterusnya dapat menyelamatkan Tuan Puteri.
h. Ucapan Tahniah akan ditunjukkan setelah Mario telah menyelamatkan Tuan Puteri
menandakan bahawa anda telah berjaya menamatkan permainan ini.

14. Setelah tamat permainan atau pengguna ingin mengakhiri Laman Interaktif, paparan
membuat pilihan keluar akan ditunjukkan.

15. Sekiranya pengguna ingin menamatkan sesi, pengguna boleh menekan butang
SETUJU berwarna hijau atau butang PANGKAH berwarna MERAH untuk kembali ke
MENU UTAMA.
16. Apabila butang SETUJU dipilih, paparan akhir akan keluar seperti berikut. Pengguna
perlu klik pada butang SETUJU untuk terus keluar daripada Laman Interaktif ini.

Anda mungkin juga menyukai