Anda di halaman 1dari 18

NAMA & KOD SUBJEK:

AKHLAK ISLAMIAH (KUD2313)

TAJUK:
DOA-DOA PARA NABI DALAM AL-QURAN AL-KARIM

NAMA & NO. MATRIK:


AZZIADATUL UMAIRA BINTI AZMAN (KTD190503012)

NAMA PENSYARAH:
DR. MOHD AZMAN BIN MOHSIN

DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT


SEMESTER 5 (MEI – OKTOBER 2021)
ISI KANDUNGAN
BIL. TAJUK MUKA SURAT

1. Isi Kandungan 1

2. Pendahuluan 2

3. Kepentingan Doa Dalam Kehidupan Sebagai 3


Akhlak Kepada Allah SWT

4. Senarai Doa Para Nabi Dalam Al-Quran 4-15

1. Doa Nabi Adam AS


2. Doa Nabi Nuh AS
3. Doa Nabi Ibrahim AS
4. Doa Nabi Hud AS
5. Doa Nabi Luth AS
6. Doa Nabi Yusuf AS
7. Doa Nabi Syuaib AS
8. Doa Nabi Musa AS
9. Doa Nabi Ayyub AS
10. Doa Nabi Sulaiman AS
11. Doa Nabi Yunus As
12. Doa Nabi Zakaria AS
13. Doa Nabi Yaakub AS
14. Doa Nabi Daud AS
15. Doa Nabi Isa AS
16. Doa Nabi Muhammad SAW

5. Kesimpulan 16

6. Penutup 17

1.0 PENDAHULUAN

1
Doa adalah bentuk kerendahan hati seorang hamba kepada Tuhannya. Hakikat doa
adalah penyerahan kepada Allah yang Maha Penyayang dan Maha Mengetahui,
mengekspresikan kefakiran diri di hadapan-Nya dan menundukkan diri terhadap daya dan
kekuatan milik-Nya.
Doa adalah puncak penghambaan dan ekspresi kehinaan insani, merangkumi pula makna
pujian kepada Allah dan menyandarkan kedermawanan dan kemurahan hati hanya kepada-
Nya. Al-Quran menyatakan bahawa berdoa adalah perintah, siapapun yang berdoa maka
permohonannya pasti terkabul. Hal ini ditegaskan dalam surah Al-Baqarah ayat 186:

‫َّاع ِإ َذا َد َع ا ۙ ِن َفلْيَ ْس تَ ِج ْيُب ْوا لِ ْي َولُْيْؤ ِمُن ْوا بِ ْي ل ََعلَّ ُه ْم‬
ِ ‫ب َد ْع َو َة ال د‬ ِ ٌ ۗ ْ‫ادي َعنِّي فَ ِانِّي قَ ِري‬
ِ ِ َ ‫وِإ َذا س َأل‬
ُ ‫ب ُأج ْي‬ ْ ْ ْ َ‫َك عب‬ َ َ
‫َي ْر ُش ُد ْو َن‬
Maksudnya: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku,
maka sesungguhnya Aku (Allah) dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa
apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman
kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.” 
Tidak ada seorang pun yang lepas dari doa. Bahkan para nabi pun yang sebagai kekasih-Nya,
berdoa dan menjadikan doa sebagai senjata mereka saat situasi susah.
Terdapat doa-doa para nabi yang diabadikan dalam Al-Quran. Doa yang dipanjatkan
oleh mereka memiliki karakter dan tujuan yang berbeza-beza tetapi pada umumnya doa
tersebut mengandungi dua unsur iaitu mengagungkan Allah SWT dan memohon ampunan
kepada-Nya.
Selain itu, adakalanya doa yang dipanjatkan oleh salah seorang nabi tidak dijumpai
dalam satu muka surat sahaja tapi terpisah-pisah di beberapa surat. Sebab sejarah dan
peristiwa yang diabadikan dalam Al-Quran mengenai perjalanannya tidak diceritakan secara
sempurna dalam satu surat, seperti Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.  Sebaik-baik doa adalah doa
yang telah diajarkan oleh Allah dan Rasul-Nya, baik dari Al-Quran mahupun hadis-hadis
nabi. Meskipun tidak ada larangan bagi seorang mukmin menggunakan bahasa mereka
tersendiri ketika berdoa.
Terdapat sejumlah doa nabi-nabi dan rasul di dalam Al-Quran yang dapat diamalkan.
Setiap nabi dan rasul memiliki doa yang berbeza berdasarkan situasi dan keadaan yang
mereka hadapi di masa itu. Doa-doa ini umumnya didengar dan dikabulkan oleh Allah SWT.
Berdoa merupakan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Allah berjanji
akan menjawab dan mengabulkan doa hamba-Nya yang bersungguh-sungguh.

2
2.0 KEPENTINGAN DOA DALAM KEHIDUPAN SEBAGAI AKHLAK
KEPADA ALLAH SWT
Doa ialah pengharapan seseorang untuk mendapatkan kebaikan daripada Allah SWT
dengan memohon secara langsung kepada-Nya. Setiap individu ada mempunyai keperluan
dan keinginan masing-masing sama ada secara positif atau negatif kerana mereka terpaksa
menghadapi pelbagai ragam hidup yang berupa cabaran, halangan, dugaan dan lain-lain.
Justeru mereka berdoa kepada Allah SWT memohon limpah perkenan dan rahmat-Nya
supaya hajat mereka terkabul.
Kita disyariatkan berdoa untuk kebaikan diri, keluarga, sahabat, sesama Islam hatta kepada
bukan Islam sekalipun supaya mereka diberi taufik dan hidayah oleh Allah SWT. Allah
menyuruh setiap muslim berdoa dan memohon restu daripada-Nya. Allah berjanji
memperkenankan permohonan yang diminta oleh mereka.
Imam Ahmad meriwayatkan, daripada al-Nu’man ibn Basyir, bahawa Rasulullah saw telah
bersabda: “Sesungguhnya doa itu adalah ibadah.”
Manakala at-Tirmizi pula meriwayatkan, daripada Salman al-Farisi bahawa Rasulullah saw
bersabda yang bermaksud: “Qada’ Allah tidak dapat dihapuskan melainkan dengan doa dan
umur seseorang itu tidak bertambah melainkan dengan melakukan kebaikan.”
Begitu juga al-Bazzar, at-Tabrani dan al-Hakim ada meriwayatkan, daripada Aisyah bahawa
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, “Persediaan dan berhati-hati tidak mampu untuk
mengatasi takdir Allah, manakala doa berguna untuk mengatasi apa yang ditakdir dan apa
yang akan dilaksanakan, sesungguhnya ujian Allah akan diturunkan dan akan berjumpa
dengan doa yang telah diminta lalu kedua-dua saling bertarung sehingga hari kiamat.”
Daripada hadis-hadis di atas, jelas menerangkan kepentingan doa dalam Islam. Ia
disyariatkan supaya orang Islam melakukannya dalam kehidupan harian mereka. Kehidupan
di dunia ini penuh dengan pertarungan dan pertentangan di antara kebaikan dan keburukan.
Unsur-unsur keburukan mudah mendapat sokongan dan pengikut, sementara unsur-
unsur kebaikan agak sukar mendapat sokongan dan pengikut, tambahan pula ia terpaksa
menghadapi pelbagai cabaran dan halangan. Oleh itu para mujahid memerlukan keyakinan
diri dan pertolongan daripada Allah SWT dan di sinilah letaknya kepentingan doa bagi orang
Islam. Untuk memastikan doa dimakbulkan oleh Allah, maka orang Islam hendaklah
meraikan adab-adab berdoa sebagaimana digariskan oleh Islam.
Antaranya menghadap kiblat jika boleh, kerana Rasulullah saw diriwayatkan berdoa
sambil menghadap kiblat. Selain itu, mencari masa yang afdal (utama) untuk berdoa seperti
Hari Arafah, bulan Ramadan, hari Jumaat, satu pertiga akhir malam, waktu sahur, ketika
sujud dan selepas azan dan iqamat. Lain daripada itu, mulakan dengan memuji Allah SWT
dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw.
Apa yang disenaraikan di atas adalah sebahagian daripada adab-adab yang perlu dijaga dan
diambil kira supaya doa seseorang itu dimakbulkan oleh Allah SWT.

3
Namun begitu perlu juga dijelaskan di sini bahawa manhaj Al-Quran dalam menjalani
hidup yang penuh cabaran ini, selain daripada berdoa, hendaklah mengikut manhaj yang betul
iaitu beriman, bertakwa dan beramal soleh di samping terus beristiqamah.

3.0 SENARAI DOA PARA NABI DALAM AL-QURAN

1. Doa Nabi Adam AS

Catatan peristiwa Nabi Adam dan Hawa yang mengakui kemaksiatannya. Usai
memakan buah yang dilarang, lalu bermunajat memohon ampun
kepada Allah SWT.
Ayat
ِ ‫ر َّبنَا ظَلَمنَا َأْن ُفسنَا وِإ ْن لَم َت ْغ ِفر لَنَا وَترحمنَا لَنَ ُكونَ َّن ِمن الْ َخ‬
‫اس ِرين‬ َ َْ ْ َ ْ ْ َ َ ْ َ
Ertinya: “Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri.
Jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada
kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang merugi.”

Surah Al-A'raf: 23

2. Doa Nabi Nuh AS

Catatan peristiwa Nabi Nuh memohon agar memusnahkan seluruh orang kafir tanpa
meninggalkan seorang pun.
Ayat
‫ك ِإ ْن تَ َذ ْر ُه ْم‬
َ َّ‫) ِإن‬26( ‫ين َديَّ ًارا‬ ِ ِ ِ ‫ب اَل تَ َذر علَى األر‬
َ ‫ض م َن الْ َكاف ِر‬ ْ َ ْ ِّ ‫وح َر‬
ٌ ُ‫ال ن‬
َ َ‫َوق‬
ِ َ‫اد َك وال يلِ ُدوا ِإالَّ ف‬ ِ ِ
)27( ‫اج ًرا َك َّف ًارا‬ َ َ َ َ‫يُضلُّوا عب‬
Ertinya: Dan berkata Nuh, “Tuhanku, janganlah Engkau tinggalkan
atas bumi dari orang-orang kafir tinggal. Sesungguhnya Engkau,
jika Engkau biarkan, mereka menyesatkan hamba-hambaMu dan
mereka tidak melahirkan kecuali derhaka sangat kufur.”

Surah Nuh: 26-27


Catatan peristiwa Nabi Nuh berkata kepada pengikutnya yang beriman semasa
hendak menaiki bahtera.
Ayat

۞ ‫يم‬ ِ ‫ال ٱر َكبو ۟ا فِيها بِس ِم ٱللَّ ِه مج ۪ر ٰىها ومرس ٰىه ۚٓا ِإ َّن ربِّى لَغَ ُف‬
ٌ ‫ور َّرح‬
ٌ َ َ َ ُْ َ َ ْ َ ْ َ ُ ْ َ َ‫َوق‬
Ertinya: Dan dia berkata, “Naiklah kamu semua ke dalamnya
(kapal) dengan (menyebut) nama Allah pada waktu berlayar dan

4
berlabuhnya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha
Penyayang.”

Surah Hud: 41
Catatan peristiwa Nabi Nuh dan kaumnya yang beriman selamat berada di atas kapal
selepas berlakunya banjir besar.
Ayat

َ ‫المن ِز‬
‫لين‬ ُ ‫َأنت َخ ُير‬ َ ‫ب َأن ِزلني ُم َنزاًل ُّم‬
َ ‫بار ًكا َو‬ ِّ ‫َوقُل َّر‬
Ertinya: Dan berdoalah “Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada
tempat yang diberkati, dan Engkau adalah sebaik-baik yang
memberi tempat.”

Surah Al-Mu’minun: 29
Catatan peristiwa Ketika Nabi Nuh merasa kasihan yang begitu dalam terhadap
anaknya yang ditenggelamkan. Baginda meminta dengan penuh
rasa berserah diri dan kejujuran tentang keadaan anaknya itu.
Ayat
ِ ِ ِ ِ ِ ِّ ‫ال ر‬
‫ت اَ ْح َك ُم‬ َ ‫ب ا َّن ابْن ْي م ْن اَ ْهل ۚ ْي َوا َّن َو ْع َد َك ال‬
َ ْ‫ْح ُّق َواَن‬ َ َ ‫ح َّربَّهُ َف َق‬
ٌ ‫َونَادٰى نُ ْو‬
‫ْح ِك ِم ْي َن‬
ٰ ‫ال‬
Ertinya: Dan Nuh memohon kepada Tuhannya sambil berkata, “Ya
Tuhanku, sesungguhnya anakku adalah termasuk keluargaku, dan
janji-Mu itu pasti benar. Engkau adalah hakim yang paling adil.”

Surah Hud: 45
Catatan peristiwa Nabi Nuh bertaubat selepas mendapat teguran daripada Allah
kerana memohon sesuatu yang baginda tidak mempunyai
pengetahuan mengenainya.
Ayat
‫ْم ۗ َواِاَّل َت ْغ ِف ْر لِ ْي‬ ِ
ٌ ‫س ل ْي بِه عل‬
ِ ‫ك ما لَي‬
َ ْ َ َ َ‫ك اَ ْن اَ ْسـَٔل‬
ِ ِّ ‫ال ر‬
َ ِ‫ب انِّ ْٓي اَعُ ْوذُ ب‬ َ َ َ‫ق‬
‫ْخ ِس ِريْ َن‬
ٰ ‫َوَت ْر َح ْمنِ ْٓي اَ ُك ْن ِّم َن ال‬

Ertinya: Dia (Nuh) berkata, “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku


berlindung kepada-Mu untuk memohon kepada-Mu sesuatu yang
aku tidak mengetahui (hakikatnya). Kalau Engkau tidak
mengampuniku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku,
nescaya aku termasuk orang yang rugi.”

Surah Hud: 47
Catatan peristiwa Nabi Nuh berdoa kepada Allah agar membinasakan orang-orang
kafir. Baginda berdoa untuk keselamatan diri dan kedua orang
tuanya serta seluruh orang-orang yang beriman. Pada akhir ayat,
Nuh memohon lagi kepada Allah agar orang kafir merasakan azab
yang tidak terkira di hari kiamat.
Ayat

5
ِ َ‫ي ولِمن َد َخل ب ْيتِي مْؤ ِمنًا ولِلْمْؤ ِمنِين والْمْؤ ِمن‬
‫ات َوال‬ ِ ِ ِ ِ ِّ ‫ر‬
ُ َ َ ُ َ ُ َ َ َ ْ َ َ َّ ‫ب ا ْغف ْر لي َول َوال َد‬ َ
)28( ‫ين ِإالَّ َتبَ ًارا‬ ِِ ِ
َ ‫تَ ِزد الظَّالم‬
Ertinya: “Ya Tuhanku, ampunilah aku, ibu bapaku serta sesiapa
yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman, dan semua
orang yang beriman lelaki dan perempuan. Dan janganlah Engkau
menambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kehancuran.”

Surah Nuh: 28

3. Doa Nabi Ibrahim AS

Catatan peristiwa Ketika Allah memerintahkan baginda agar mensucikan Baitullah


untuk orang beriman beribadah di dalamnya.
Ayat
ِ ‫اجعل ٰه َذا بلَ ًدا ء ِامنًا َّوار ُز ْق اَ ْهلَهُ ِمن الثَّم ٰر‬
‫ت َم ْن َء َام َن‬ ِ َ َ‫واِ ْذ ق‬
َ َ ْ َ َ ْ َْ ‫ب‬ ِّ ‫هم َر‬ ُ ‫ال ا ْب ٰر‬ َ
ِ ‫ضطَُّرهُ ِإ ٰلى َع َذ‬
‫اب‬ َ َ‫ِم ْن ُه ْم بِال ٰلّ ِه َوالَْي ْوِم ااْل ٰ ِخ ۗ ِر ق‬
ْ َ‫ال َو َم ْن َك َف َر فَاَُمتِّعُهُ قَلِ ْياًل ثُ َّم ا‬
ِ ‫النَّا ۗ ِر وبِْئس الْم‬
‫ص ْي ُر‬ َ َ َ
Ertinya: Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berdoa, “Ya Tuhanku,
jadikanlah (negeri Mekah) ini negeri yang aman dan berilah rezeki
berupa buah-buahan kepada penduduknya, iaitu di antara mereka
yang beriman kepada Allah dan hari kemudian,” Dia (Allah)
berfirman, “Dan kepada orang yang kafir akan Aku beri
kesenangan sementara, kemudian akan Aku paksa dia ke dalam
azab neraka dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.”

Ayat Al-Baqarah: 126


Catatan peristiwa Nabi Ibrahim mengucapkan doa ini setelah Allah mengabulkan
permintaan baginda untuk mendapatkan anak dan agar baginda
serta keturunannya dapat menjaga dan melaksanakan semua
perintah Allah.
Ayat
َ ‫اج َعلْنَا ُم ْسلِ َم ْي ِن ل‬
‫َك‬ ْ ‫) َر َّبنَا َو‬127( ‫يم‬
ِ
ُ ‫يع ال َْعل‬
ِ َّ ‫ت‬
ُ ‫السم‬ َ ْ‫ك َأن‬ َ َّ‫َر َّبنَا َت َقبَّ ْل ِمنَّا ِإن‬
‫اب‬
ُ ‫َّو‬
َّ ‫ت الت‬ َ ْ‫ك َأن‬َ َّ‫ب َعلَْينَا ِإن‬ ِ َ ‫َو ِم ْن ذُ ِّريَّتِنَا َُّأمةً ُم ْسلِ َمةً ل‬
ْ ُ‫َك َوَأ ِرنَا َمنَاس َكنَا َوت‬
)128( ‫يم‬ ِ َّ
َ ‫الرح‬
Ertinya: “Ya Tuhan kami, terimalah (amal) dari kami. Sungguh,
Engkaulah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Ya Tuhan
kami, jadikanlah kami orang yang berserah diri kepada-Mu, dan
anak cucu kami, umat yang berserah diri kepada-Mu dan
tunjukkanlah kepada kami cara-cara melakukan ibadah kami dan
terimalah taubat kami. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Penerima

6
taubat, Maha Penyayang.”

Surah Al-Baqarah: 127-128


Catatan peristiwa Nabi Ibrahim minta supaya Allah jadikanlah baginda dan keluarga
baginda termasuk keturunan baginda sekali untuk sentiasa
mengerjakan solat.
Ayat
‫) َر َّبنَا ا ْغ ِف ْر لِي‬40( ‫الصاَل ِة َوِم ْن ذُ ِّريَّتِي َر َّبنَا َوَت َقبَّ ْل ُد َع ِاء‬
َّ ‫يم‬ ِ ِ ‫ب‬
َ ‫اج َعلْني ُمق‬
ْ ِّ ‫َر‬
)41( ‫اب‬ ِ ِ ِ ‫ي ولِل‬ ِ ِ
ُ ‫س‬ َ ‫وم الْح‬ ُ ‫ين َي ْو َم َي ُق‬ َ ‫ْمْؤ من‬ ُ َ َّ ‫َول َوال َد‬
Ertinya: “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang
tetap melaksanakan solat, Ya Tuhan kami, terimalah doaku. Ya
Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua orang tuaku dan orang-
orang yang beriman pada hari diadakan perhitungan (hari kiamat).”

Surah Ibrahim: 40-41


Catatan peristiwa Nabi Ibrahim doa kepada Allah minta diberikan ilmu dan kekuatan
untuk beramal dengannya.
Ayat
ِ ‫اجعل لِي لِسا َن‬
‫ص ْد ٍق فِي‬ ِ ِ َّ ِ‫ْح ْقنِي ب‬
ِ ‫ب َهب لِي ح ْكما وَأل‬
َ ْ َ ْ ‫) َو‬83( ‫ين‬ َ ‫الصالح‬ َ ً ُ ْ ِّ ‫َر‬
)85( ‫اج َعلْنِي ِم ْن َو َرثَِة َجن َِّة الن َِّع ِيم‬
ْ ‫) َو‬84( ‫ين‬
ِ
َ ‫اآْل خ ِر‬
Ertinya: “Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku ilmu dan masukkanlah
aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh.”

Surah Al-Syu'ara': 83-85


Catatan peristiwa Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah meminta teman yang baik untuk
membantu baginda dalam menjalankan dakwah. Maka boleh
dikatakan baginda meminta diberikan dengan anak.
Ayat
‫ين‬ ِ ِ َّ ‫ب َهب لِي ِمن‬
َ ‫الصالح‬ َ ْ ِّ ‫َر‬
Ertinya: “Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku (keturunan) dari orang-
orang yang soleh.”

Surah As-Saffat: 100


Catatan peristiwa Munajat Nabi Ibrahim kepada Allah dan doa minta keselamatan
dari tangan orang-orang kafir.
Ayat
ِِ ِ ِ
َ ‫) َر َّبنَا اَل تَ ْج َعلْنَا ف ْتنَةً للَّذ‬4( ‫ك ال َْمص ُير‬
‫ين‬ َ ‫ك َأَن ْبنَا َوِإل َْي‬ َ ‫ك َت َو َّكلْنَا َوِإل َْي‬
َ ‫َر َّبنَا َعلَْي‬
)5( ‫يم‬ ِ ‫ت الْع ِزيز ال‬
ُ ‫ْحك‬ َ ُ َ َ ْ‫ك َأن‬ َ َّ‫َك َف ُروا َوا ْغ ِف ْر لَنَا َر َّبنَا ِإن‬
Ertinya: “Ya Tuhan kami, hanya kepada-Mu kami berserah diri,
dan kepada-Mu kami bertaubat dan hanya kepada-Mu kami
kembali. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran)
7
fitnah bagi orang-orang kafir. Dan ampunilah kami, Ya Tuhan
kami, sesungguhnya Engkau Yang Maha Perkasa, Maha
Bijaksana.”

Surah Al-Mumtahanah: 4-5


Catatan perisitwa Apabila Nabi Ibrahim telah selesai membangunkan ‘negeri ini’,
iaitu Mekah.
Ayat
ِ ِّ ‫ال ِإ ْب ٰر ِه ْي ُم َر‬
ْ َ ‫اجنُْبنِ ْي َوبَنِ َّي اَ ْن َّن ْعبُ َد ااْل‬
‫صنَام‬ ْ ‫اج َع ْل ٰه َذا الَْبلَ َد ٰامنًا َّو‬
ْ ‫ب‬ َ َ‫َوِإ ْذ ق‬
Ertinya: Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berdoa, “Ya Tuhan,
jadikanlah negeri ini (Mekah) negeri yang aman dan jauhkanlah
aku beserta anak cucuku agar tidak menyembah berhala.

Surah Ibrahim: 35

4. Doa Nabi Hud AS

Catatan peristiwa Nabi Hud menunjukkan ketundukannya kepada kuasa Allah SWT
melalui doa. Mengajarkan bahawa makhluk yang bergerak atau
diam semua atas izin Allah.
Ayat
ِ ‫ْت علَى اللَّ ِه ربِّي وربِّ ُكم ما ِمن َدابٍَّة ِإاَّل هو‬
ِ َ‫آخ ٌذ بِن‬
‫اصيَتِ َها ِإ َّن َربِّي‬ َُ ْ َ ْ ََ َ َ ُ ‫ِإنِّي َت َو َّكل‬
ٍ ‫صر‬
‫اط ُم ْستَ ِق ٍيم‬ ِ
َ ‫َعلَى‬
Ertinya: “Sesungguhnya aku bertawakal kepada Allah Tuhanku
Tuhanmu. Tidak satupun makhluk bergerak yang bernyawa
melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya (menguasainya).
Sungguh, Tuhanku di jalan yang lurus.”

Surah Hud: 56

5. Doa Nabi Luth AS

Catatan peristiwa Nabi Luth memohon perlindungan atas dirinya dan keluarganya.
Ayat
‫ب نَ ِّجنِي َو َْأهلِي ِم َّما َي ْع َملُو َن‬
ِّ ‫َر‬
Ertinya: “Ya Tuhanku selamatkanlah aku dan keluargaku dari yang
mereka perbuat.”

Surah Al-Syu'ara': 169


Catatan peristiwa Baginda doa agar kaumnya diberikan azab atas perbuatan

8
homoseksual.
Ayat
‫دين‬ ِ ِ
َ ‫المفس‬
ُ ‫انصرني َعلَى ال َقوم‬
ُ ‫ب‬ ِّ ‫َر‬
Ertinya: “Ya Tuhanku, tolonglah aku atas kaum yang berbuat
kerosakan itu.”

Surah Al-Ankabut: 30

6. Doa Nabi Yusuf AS

Catatan peristiwa Nabi Yusuf berdoa kepada Allah agar diwafatkan dalam golongan
orang yang beriman hingga di akhirat kelak. Serta disatukan
bersama orang soleh yang lain.
Ayat
ِ ‫السماو‬ ِ ِ ۚ ‫ادي‬ ِ ِ ِ ‫ب قَ ْد ٰاَت ْيتَنِي ِمن الْمل‬
‫ات‬ َ َ َّ ‫ث فَاط َر‬ ْ ‫ْك َو َعلَّ ْمتَنِ ْي م ْن تَْأ ِويْ ِل ااْل َ َح‬ ُ َ ْ ِّ ‫َر‬
ِ ‫الد ْنيا واآْل ِخر ِة َتوفَّنِي مسلِما وَأل‬
ِ ِ َّ ِ‫ْح ْقنِي ب‬ ِ ِ َ ْ‫ض َأن‬ ِ ‫اَأْلر‬
‫ين‬
َ ‫الصالح‬ َ ً ْ ُ َ َ َ َ ُّ ‫ت َوليِّي في‬ ْ ‫َو‬
Ertinya: “Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan
kepadaku sebahagian kekuasaan dan telah mengajarkan kepadaku
sebahagian takwil mimpi. Wahai Tuhan, Pencipta langit dan bumi,
Engkaulah pelindungku di dunia dan akhirat, wafatkanlah aku
dalam keadaan muslim dan gabungkanlah aku dengan orang-orang
soleh.”

Surah Yusuf: 101


Catatan peristiwa Ketika Nabi Yusuf memohon perlindungan dari Allah,
menundukkan kepala sambil berdoa agar dijauhkan baginda dari
godaan perempuan-perempuan itu.
Ayat
ِ ِ ِ َّ ‫ب اِل‬
‫ِّي َك ْي َد ُه َّن‬
ْ ‫ف َعن‬ ْ َ‫َي م َّما يَ ْدعُ ْونَنِ ْٓي ال َْي ِه ۚ َوااَّل ت‬
ْ ‫ص ِر‬ ُّ ‫الس ْج ُن اَ َح‬
ِّ ‫ب‬ِّ ‫ال َر‬
َ َ‫ق‬
ٰ ‫ب اِل َْي ِه َّن َواَ ُك ْن ِّم َن ال‬
‫ْج ِهلِ ْي َن‬ ُ‫ص‬ ْ َ‫ا‬
Ertinya: Yusuf berkata, “Wahai Tuhanku! Penjara lebih aku sukai
daripada memenuhi ajakan mereka. Jika aku tidak Engkau
hindarkan dari tipu daya mereka, nescaya aku akan cenderung
untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentu aku termasuk orang
yang bodoh.”

Surah Yusuf: 33

7. Doa Nabi Syuaib AS

9
Catatan peristiwa Nabi Syuaib mengatakan pada kaumnya, bahawa pengetahuan
Allah meliputi segala sesuatu. Salah satu doa yang dipanjatkan
baginda, memohon petunjuk supaya dimudahkan memantapkan hati
di jalan yang lurus.
Ayat
‫َو ِس َع َر ُّبنَا ُك َّل َش ْي ٍء ِعل ًْما َعلَى اللَّ ِه َت َو َّكلْنَا َر َّبنَا ا ْفتَ ْح َب ْيَننَا َو َب ْي َن َق ْو ِمنَا‬
ِِ
‫ين‬
َ ‫ت َخ ْي ُر الْ َفاتح‬ َ ‫بِال‬
َ ْ‫ْح ِّق َوَأن‬
Ertinya: “Pengetahuan Tuhan kami meliputi segala sesuatu. Hanya
kepada Allah kami bertawakal. Ya Tuhan kami, berilah keputusan
antara kami dan kaum kami dengan hak. Engkaulah pemberi
keputusan terbaik.”

Surah Al-A'raf: 89

8. Doa Nabi Musa AS

Catatan peristiwa Nabi Musa berteduh di bawah pohon, baginda hendak


menyampaikan risalah kepada Firaun dan memohon kepada Allah
untuk dimudahkan dalam berucap.
Ayat
‫احلُ ْل عُ ْق َدةً ِم ْن لِ َسانِي‬ ِ
ْ ‫) َو‬26( ‫) َويَ ِّس ْر لي َْأم ِري‬25( ‫ص ْد ِري‬
ِ
َ ‫ب ا ْش َر ْح لي‬
ِّ ‫َر‬
)28( ‫) َي ْف َق ُهوا َق ْولِي‬27(

Ertinya: “Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah


untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuanku dari lidahku, agar
mereka mengerti perkataanku.”

Surah Taha: 25-28


Catatan peristiwa Ketika Nabi Musa memohon agar diselamatkan dari kezaliman.
Ayat
‫ب نَ ِّجنِ ْي ِم َن الْ َق ْوِم ال ٰظّلِ ِم ْي َن‬
ِّ ‫َر‬
Ertinya: “Ya Tuhanku, selamatkanlah aku dari orang-orang yang
zalim itu.”

Surah Al-Qasas: 21

9. Doa Nabi Ayyub AS

Catatan peristiwa Kisah paling mengagumkan atas kesabaran Nabi Ayyub. Ketika ia
ditimpa ujian dengan kehabisan harta-benda, kehilangan isteri dan

10
anaknya. Ditambah lagi, keadaan buruk dan penyakit parah di
seluruh tubuh.
Ayat
ِ ِ َّ ‫ت َأرحم‬ ُّ ‫سنِ َي الض‬
َّ ‫َأنِّي َم‬
‫ين‬
َ ‫الراحم‬ ُ َ ْ َ ْ‫ُّر َوَأن‬
Ertinya: “Ya Tuhanku, sungguh, aku telah ditimpa penyakit,
padahal Engkau Tuhan Yang Maha Penyayang dari semua yang
penyayang.”

Surah Al-Anbiya': 83

10. Doa Nabi Sulaiman AS

Catatan peristiwa Ketika itu Nabi Sulaiman dan rombongan tengah melakukan
perjalanan. Tiba-tiba baginda mendengar ada semut memanggil
kawannya untuk segera masuk sarang. Baginda lantas tersenyum
lalu mengingat kenikmatan Allah atas dirinya.
Ayat
َّ ‫ت َعلَ َّي َو َعلَى َوالِ َد‬
‫ي َوَأ ْن َأ ْع َم َل‬ َ ‫ك الَّتِي َأْن َع ْم‬
َ َ‫ب َْأو ِز ْعنِي َأ ْن َأ ْش ُك َر نِ ْع َمت‬
ِّ ‫َر‬
‫ين‬ ِ ِ َّ ‫اد َك‬ ِ ‫ك فِي ِعب‬ َ ِ‫ضاهُ َوَأ ْد ِخلْنِي بَِر ْح َمت‬ َ ‫صالِ ًحا َت ْر‬
َ ‫الصالح‬ َ َ
Ertinya: “Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap
mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku
dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan
yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke
dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.”

Surah An-Naml: 19
Catatan peristiwa Allah memerintahkan hambanya berbuat baik kepada kedua orang
tuanya dan ketika sudah mencapai usia dewasa yakni usia 40 tahun.
Pada usia ini juga Nabi kita Muhammad SAW diutus sebagai Nabi.
Ini juga doa yang dipanjatkan Nabi Sulaiman alaihi salam,
sebagaimana yang tertera dalam surat An-Naml.
Ayat
‫َأعم َل‬ َّ ‫لى ٰولِ َد‬
َ ‫ي َوَأن‬ ٰ ‫مت َعلَ َّي َو َع‬ َ ‫ك الَّتي‬
َ ‫َأنع‬ َ َ‫عمت‬ِ
َ ‫ب َأو ِزعني َأن َأش ُك َر ن‬
ِّ ‫َر‬
ِ ِ ُ ُ‫صلِ ًحا تَرضٰهُ َوَأصلِح لي في ذُ ِّريَّتي ۖ ِإنّي ت‬
‫مين‬ ُ ‫َيك َوِإنّي م َن‬
َ ‫المسل‬ َ ‫بت ِإل‬ ٰ
Ertinya: “Ya Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur
akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu
bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau
redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam
jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu,
dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh
kepadamu).”

11
Surah Al-Ahqaf: 15
Catatan peristiwa Nabi Sulaiman berdoa kepada Allah agar dianugerahi kerajaan
yang tidak akan dimiliki oleh seorang jua pun sesudahnya.
Ayat
ِ ْ ۚ ‫ب ا ْغ ِفر لِي وهب لِي م ْل ًكا اَّل ي ۢ ْنب ِغي اِل َح ٍد ِّم ۢنْ بع ِد‬
‫ت‬ َ َّ‫ي ان‬
َ ْ‫ك اَن‬ َْ َ ْ ََ ُ ْ ْ َ َ ْ ْ ِّ ‫ال َر‬ َ َ‫ق‬
‫َّاب‬ُ ‫ال َْوه‬
Ertinya: Dia berkata, “Ya Tuhanku, ampunilah aku dan
anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh siapa
pun setelahku. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Pemberi.”

Surah Sad: 35

11. Doa Nabi Yunus AS

Catatan peristiwa Sebuah ujian yang ditimpakan Allah pada Nabi Yunus, ditelan oleh
ikan besar di lautan. Baginda mengaku taubat atas kesalahannya.
Ayat
ِِ ِ ُ ‫ك ِإنِّي ُك ْن‬
َ ‫ت م َن الظَّالم‬
‫ين‬ َ ْ‫اَل ِإلَهَ ِإاَّل َأن‬
َ َ‫ت ُس ْب َحان‬
Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau.
Sungguh, aku termasuk orang-orang yang zalim.”

Surah Al-Anbiya': 87

12. Doa Nabi Zakaria AS

Catatan peristiwa Baginda memohon diberi keturunan. Sebuah kebesaran Tuhan


ditunjukkan meski Zakaria telah tua dan isterinya mandul, akhirnya
dikurnia putera bernama Yahya.
Ayat
‫ُّع ِاء‬
َ ‫يع الد‬
ُ ‫ك َسم‬ َ َ ْ‫ب لِي ِم ْن لَ ُدن‬
ِ َ َّ‫ك ذُ ِّريَّةً طَيِّبةً ِإن‬
ْ ‫ب َه‬
ِّ ‫َر‬
Ertinya: “Ya Tuhanku, berilah aku keturunan yang baik di sisi-Mu,
sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa.”

Surah Ali-Imran: 38
Catatan peristiwa Nabi Zakaria memuji Allah yang menjadi pewaris segala yang ada
di dunia ini. Allah SWT yang akhirnya akan mewarisi segala yang
ada di dunia ini dan Allah lah sebaik-baik pewaris yang ada, tapi
Nabi Zakaria mahu juga diberikan kepada dirinya seorang pewaris.
Ayat
‫ت َخ ْي ُر ال ْٰو ِرثِْي َن‬
َ ْ‫ب اَل تَ َذ ْرنِ ْي َف ْر ًدا َّواَن‬
ِّ ‫َر‬
12
Ertinya: “Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup
seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah ahli waris yang
terbaik.”

Surah Al-Anbiya’: 89
Catatan peristiwa Nabi Zakaria sedang menceritakan keadaan dirinya kepada Allah.
Ayat
‫ب‬ َ ‫أس َشيبًا َولَم َأ ُكن بِ ُدعاِئ‬
ِّ ‫ك َر‬ ِ ‫ب ِإنّي وهن الع‬
ُ ‫الر‬
َّ ‫اشت َع َل‬
َ ‫ظم منّي َو‬ ُ َ َََ ِّ ‫قال َر‬
َ
‫امرَأتي عاقِ ًرا َف َهب لي ِمن‬ ِ ِ ِ
َ ‫الموال َي من َورائي َوكانَت‬ َ ‫فت‬ ُ ‫) َوِإنّي ِخ‬4( ‫َش ِقيًّا‬
ِ ‫بر‬
)6( ‫ضيًّا‬ َ ِّ ‫اجعلهُ َر‬
َ ‫ب َو‬ ِ ‫ث ِمن‬
َ ۖ ‫آل يَعقو‬ ُ ‫) يَ ِرثُني َويَ ِر‬5( ‫نك َولِيًّا‬
َ ‫لَّ ُد‬
Ertinya: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang-
tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku –
wahai Tuhanku – tidak pernah merasa hampa dengan doa
permohonanku kepadaMu. Dan sesungguhnya aku merasa bimbang
akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas
agama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang
mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak
lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi
Yaakub; dan jadikanlah dia – wahai Tuhanku seorang yang diredhai
serta disukai.”

Surah Maryam: 4-6

13. Doa Nabi Yaakub AS

Catatan peristiwa Saat dirundung duka, Nabi Yaakub tak ingin menampakkannya. Ia
lebih memilih untuk menyampaikan kesedihannya di hadapan Allah
semata. Sebagai tempat bertumpu, sekaligus menghilangkan
mudarat. Nabi Yaakub meyakini, rahmat Allah yang memberi jalan
keluar atas musibah yang menimpa.
Ayat
‫َأ ْش ُكو َبثِّي َو ُح ْزنِي ِإلَى اللَّ ِه َوَأ ْعلَ ُم ِم َن اللَّ ِه َما اَل َت ْعلَ ُمو َن‬

Ertinya: “Hanya kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan


kesedihanku. Dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu
ketahui.”

Surah Yusuf: 86

14. Doa Nabi Daud AS

13
Catatan peristiwa Ketika pertempuran melawan Jalut. Mereka meminta diberikan
kemenangan kepada mereka kerana menentang orang kafir.
Ayat
‫ت اَقْ َد َامنَا‬
ْ ِّ‫ص ْب ًرا َّو َثب‬
َ ‫غ َعلَْينَا‬ َ ‫َول ََّما َب َر ُز ْوا لِ َجال ُْو‬
ْ ‫ت َو ُجُن ْو ِده قَال ُْوا َر َّبنَٓا اَفْ ِر‬
ٰ ‫ص ْرنَا َعلَى الْ َق ْوِم ال‬
‫ْك ِف ِريْن‬ ُ ْ‫َوان‬
Ertinya: Dan ketika mereka maju melawan Jalut dan tenteranya,
mereka berdoa, “Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada
kami, kukuhkanlah langkah kami dan tolonglah kami menghadapi
orang-orang kafir.”

Surah Al-Baqarah: 250

15. Doa Nabi Isa AS

Catatan peristiwa Nabi Isa memohon kepada Allah untuk mendatangkan hidangan
dari langit untuk umatnya.
Ayat
ِ ‫َأِّلولِنا و‬
ً‫ءآخ ِرنا َوءآيَة‬ ِ َّ ‫اللَّه َّم ربَّنا َأن ِزل علَينا ماِئ َدةً ِّمن‬
َ َّ ‫السماء تَكو ُن لَنا عي ًدا‬ َ َ َ ُ
َ ‫الر ِز‬
‫قين‬ ّٰ ‫َأنت َخ ُير‬ ُ ‫ِّمن ۖكَ َو‬
َ ‫ارزقنا َو‬
Ertinya: “Ya Tuhan kami, turunkanlah kiranya kepada kami suatu
hidangan dari langit supaya menjadi hari raya bagi kami iaitu
orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami,
dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau; beri rezekilah kepada
kami, dan Engkaulah pemberi rezeki Yang Paling Utama.”

Surah Al-Maidah: 114

16. Doa Nabi Muhammad SAW

Catatan peristiwa Doa Rasulullah untuk Sayyidina Anas r.a., yang demikian itu
kerana jika seseorang diberkati harta dan anaknya maka hatinya
berasa sejuk terhadap keluarganya.
Ayat
‫ْمت َِّق ْي َن اِ َم ًاما‬ ِ
ُ ‫اج َعلْنَا لل‬
ِ ‫ر َّبنَا َهب لَنَا ِمن اَ ْزو‬
ْ ‫اجنَا َوذُ ِّر ٰيّتِنَا ُق َّرةَ اَ ْعيُ ٍن َّو‬ َ ْ ْ َ
Ertinya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan
kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan
jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.”
Surah Al-Furqan: 74
Catatan peristiwa Doa ini selalu diucapkan oleh Nabi Muhammad SAW. Allah

14
memuji mereka yang meminta dunia dan akhirat.
Ayat
‫اب النَّا ِر‬ ِ ِ ِ ِ ُّ ‫َر َّبنَٓا ٰاتِنَا فِى‬
َ ‫الد ْنيَا َح َسنَةً َّوفى ااْل ٰخ َرة َح َسنَةً َّوقنَا َع َذ‬
Ertinya: “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan
kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami dari azab neraka.”

Surah Al-Baqarah: 201


Catatan peristiwa Nabi Muhammad SAW membaca doa ini agar memudah
memahami ayat-ayat Allah.
Ayat
‫ب ِز ْدنِ ْي ِعل ًْما‬
ِّ ‫َّر‬
Ertinya: “Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmu kepadaku.”

Surah Taha: 114


Catatan peristiwa Nabi Muhammad SAW memohon kepada Allah supaya
diampunkan dosanya.
Ayat
‫الر ِح ِم ْي َن‬ َ ْ‫ب ا ْغ ِف ْر َو ْار َح ْم َواَن‬
ّٰ ‫ت َخ ْي ُر‬ ِّ ‫َوقُ ْل َّر‬
Ertinya: Dan katakanlah (Muhammad), “Ya Tuhanku, berilah
ampunan dan (berilah) rahmat, Engkaulah pemberi rahmat yang
terbaik.”

Surah Al-Mu’minun: 118

4.0 KESIMPULAN

15
Kesimpulannya, doa adalah ungkapan permohonan seorang hamba kepada Allah
SWT dalam meminta apa yang menjadi keinginannya. Doa juga merupakan wadah untuk
berkomunikasi kepada Allah SWT terhadap permasalahan yang dihadapi oleh hamba-
Nya.
Hakikat doa para nabi merujuk pada beberapa makna dari makna-makna doa yang
terdapat di dalam al-Qur’an, antaranya adalah bermakna al-talab (permintaan), al-
istigasah (permintaan bantuan dan pertolongan), al-tahmid (pujian) dan ibadah. Dari
makna-makna tersebut, maka ciri-ciri dari doa para nabi bermaksud penyerahan diri
sepenuhnya kepada Allah SWT untuk menggapai redha-Nya dengan mentaati segala
perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.
Bentuk doa para nabi terbahagi dalam tiga kategori utama iaitu doa yang berkaitan
dengan akidah, ibadah dan akhlak. Namun demikian, teras dari semua doa para nabi
adalah untuk pemantapan aqidah sebagai landasan utama dalam beragama. Adapun tata
cara berdoa oleh para nabi di antaranya ialah berdoa hanya pada Allah, memulai doa
dengan pujian kepada-Nya, berdoa dengan nama-nama terbaik Allah, berdoa dengan
penuh rasa takut serta penuh harapan, berdoa tanpa putus asa disertai dengan kesabaran
dan juga sentiasa memohon ampun dan mengaku salah.
Dalam hal ini, doa merupakan kesedaran atas ketidakberdayaan manusia sehingga
akan terpancar keyakinan bahawa Allah SWT itu wujud. Terdapat dua dorongan atau
penyebab doa para nabi dipanjatkan iaitu secara dari kesedaran dalam diri atau rasa
khuatir seperti timbul perasaan bahagia atau senang. Kedua, ditimbulkan dari keadaan
seperti keadaan lapang atau sempit dan mendesak atau genting. Dorongan atau penyebab
doa para nabi dipanjatkan berbeza dan berbagai-bagai sebab keadaan sejarah, wilayah dan
lingkungan masyarakat hidup.
Maka keutamaan berdoa menurut Al-Qur’an adalah dengan berdoa kepada Allah
SWT dapat mendekatkan diri kepada-Nya. Selain itu, doa dapat menghilangkan rasa
sombong dihadapan Allah SWT serta dapat dijadikan senjata bagi orang beriman yang
berfungsi sebagai pengubah takdir dan doa juga merupakan salah satu ibadah yang paling
mulia.

16
5.0 PENUTUP
Doa para nabi yang terdapat dalam Al-Quran perlu dilihat dan dikaji dengan
semaksimum yang mungkin untuk diamalkan kerana semua doa ini kelihatan berkaitan
dengan situasi dan keadaan kehidupan seharian yang dialami oleh para nabi yang tidak
berbeza jauh dengan situasi dan keadaan semasa ini. Apabila kita berkehendak
mendapatkan sesuatu sama ada duniawi mahupun ukhrawi maka kita akan berusaha
bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Jika usaha kita tidak mampu
memperolehinya kita akan meminta pertolongan daripada orang yang mempunyai kuasa.
Jika mereka juga tidak mampu membantu kita untuk mencapai hajat kita maka kita akan
memohon pertolongan daripada Allah SWT, menadah tangan ke langit dengan suara yang
merayu-rayu menyatakan hajat kepadaNya. Namun demikian masih banyak orang enggan
untuk berdoa kerana mereka berpendapat bahawa doa adalah simbol kelemahan dan
kelalaian yang memaksa seseorang untuk meminta kepada Tuhan apa yang sebenarnya
boleh mereka lakukan. Walaupun sebenarnya doa adalah salah satu ibadah yang agung,
bukan semata-mata dilakukan hanya untuk meminta atau memohon. Melalui doa
seseorang dapat berkomunikasi kepada Allah, melalui doa hati dan perasaan yang gelisah
dapat menjadi tenang dan tenteram sebab doa memiliki kekuatan yang tidak dapat diukur
dengan sesuatu apapun kerana yang menjawab atau mengabulkan doa adalah Allah Tuhan
Semesta Alam. Oleh yang demikian, sumbangan penulisan ini akan lebih menyerlah dan
memberi manfaat kepada ummah sekiranya doa-doa tersebut dihafal dan dipanjatkan oleh
kita sebagai bentuk mengikuti sunnah para nabi. Umat Islam dapat mencontohi dan
mengamalkan doa nabi dan rasul dalam kehidupan seharian. Alhamdulillah, akhirnya
dengan izin Allah SWT penulis telah menyiapkan penulisan doa para nabi ini. Semoga
penulisan ini boleh dijadikan rujukan dan memberikan manfaat kepada semua pihak.
Segala kelebihan dan kesempurnaan adalah daripada Allah manakala segala kekurangan
dan kelemahan daripada diri penulis sendiri.

17

Anda mungkin juga menyukai