Anda di halaman 1dari 6

Langkah langkah mengenal Allah

Telah berkata seorang syeikh yg arifbillah :


Wahai mereka yang baru belajar, hendaklah engkau menuntut ilmu.
Sesungguhnya ilmu-ilmu yang lain adalah hamba kepada ilmu Tauhid.
Engkau belajar ilmu Fiqh untuk mengesahkan hukum, namun malangnya
lalai

dari

mengenal

Tuhan

yang

menurunkan

hukum,

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani r.a berbicara :


Tiada membezakan seseorang itu dengan mereka yang mencapai darjat
kewalian di sisi Allah pada ibadah dan ilmunya, tetapi yang membezakan
ialah kekuatan dan kebesaran jiwa dalam menghadapi sesuatu lantaran
kekuatan aqidah mereka.
Memahami aqidah adalah sebesar besar ilmu dan terpenting dalam
menentukan amal kita diterima atau tidak. Ia boleh membawa kepada
dosa yang tidak akan diampunkan Allah s.w.t atau pun membawa kepada
kecintaan

yang

hakiki

mahabbah

kepada

Allah

s.w.t.

Ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah ( ASWJ ) menyusun sifat 20 untuk


memudahkan orang awam memahami dengan mudah akan sifat sifat
Allah s.w.t. Bahkan boleh menolak fahaman Muktazilah, Qadariah,
Mujasimmah dan lain2 yg dikembangkan dengan campur aduk golongan
munafik serta ideologi Yunani serta lain. Pegangan ini lah yang dibawa
oleh semua ulama semasa menyebarkan Islam di Nusantara. Sifat 20
disusun oleh Imam Abu Hasan Asya'ari r.a serta Imam Abu Mansur al
Maturidi r.a.
Puak Wahabi telah menolak sifat 20 bahkan ada Wahabi extremis
mengatakan mereka ini sesat dan syirik. Dalil mereka ianya tiada di
zaman Rasulullah s.a.w. Inilah akibat kalau terlalu mudah menjatuhkan
hukum. Sifat 20 bukannya mazhab tetapi sekadar metodologi untuk
membincang dalam kaedah yang teratur. Imam Abu Hasan Asya'ari r.a
seluruh ummah kepada aqidah para Salaf yang benar dengan kaedah
yang tesusun rapi.
Apa yang tiada di zaman para sahabat ialah kaedah perbahasan namun
dasar aqidah dan pegangannya sama sahaja. Penolakan Wahabi samalah
seperti mereka menolak fahaman mereka sendiri. Ilmu ilmu dalam

membahaskan hadis, sistem tatabahasa arab seperti nahu, saraf dll TIADA
di zaman para sahabat r.a. Namun ia adalah penting untuk kita umat yang
terkemudian untuk mudah memahami ilmu.

Awal Agama Mengenal Allah.


Berkata Arifbillah :
Barangsiapa mengenal dirinya, maka mengenal ia akan Tuhannya. Sesiapa
yang mengenal Allah, maka binasalah ( fana ) dirinya.
P/S ( ramai keliru mengatakan ini hadis...ia bukan hadis )
Dalilnya ada yakni dari ayat 21 Surah Adz- Dzariyat marfumnya :
Dan pada dirimu itu, mengapakah kamu tidak melihat
( tanda-tanda dan bukti kebesaranNya )
Firman Allah s.w.t diatas adalah sebagai pembuka segala rahsia dalam
rahsia. Ramai diantara kita yang mencari dan masih mencari...semuga
Allah s.w.t memperkenalkan Dirinya pada anda. Namun jangan putus
berdoa agar kita semua didalam Rahmatnya..kerana salah pencarian salah
berguru...bukan kepalang binasanya...
Hanya Alllah s.w.t zat Wajibal wujud dan wujud dia pada DzatNya. Semua
yang wujud dialam ini bukan wujud pada dzat tapi wujudnya di wujudkan
Allah s.w.t. Atau barang yang kena jadi. Semua yang wujud ini di wujudkan
Allah s.w.t untuk menunjukkan sifat keagungan dan Kebesaran Ilahi.
Firman Allah s.w.t dalam hadis Qudsi, marhumnya ;
Aku adalah Kanzan Makhyan ( yang terpendam dan tertutup ), Aku ingin
ditemukan dan dikenali, Ku ciptakan makhluk agar mereka mengenalKu.
Alam dan kita ini tiada lain melainkan menyatakan adalah ayat ayat Allah
s.w.t untuk menyatakan DiriNya.
Kita ini menunjukan wujudNya (DzatNya) SifatNya, Asma'nya serta
AfaalNya. Kalau kita melihat diri kita dan alam tanpa melihat wajah Allah,
maka kita termasuk golongan yang dihijab/terdinding dengan waham
(kegelapan nafsu dan khayalan aqal ) Adapun tingkatan nafsu ini ditafsir

ulama sufi dari surah al Mukminun ayat 17 Marfumnya Sesungguhnya


Kami telah mencipta keatas diri kamu tujuh jalan (nafsu).

Tingkatan nafsu mengikut dari yang terendah/terburuk ialah


1. Ammarah
2. Lawwamah
3. Mulhimah
4. Mutmainnah
5. Radhiah
6. Mardhiah
7. Kamaliah
Mereka adalah golongan yang syirik dalam penglihatan, pendengaran,
sentuhan pemikiran dan perasaan apabila kesemua diatas tidak dikaitkan
dengan Allah. Melihat diri dan alam tanpa melhat " wajah Allah "
bersamanya adalah Jahil Muqarab, yakni Jahil pada TuhanNya , tiada
mengenal Keesaan sifat Allah s.w.t dan jahil pada dirinya yakni tidak
mengenal ia akan Haq pada dirinya.
Dimana kamu menghadap disitulah wajah Allah s.w.t ( al-baqaroh : 115 )
Langkah langkah Mengenal Allah - 1
Diri kita di alam ruh telah mengenal Allah dengan pandangan yang dibuka
secara kasyaf dan memuji Allah dengan Nur Allah. Diri kita (ruh) juga
adalah kaku, tiada baginya sifat melainkan Allah s.w.t mempersifatkan ia
dengan diperlihatkan, diperdengarkan, diperkalamkan, di perhidupkan,
diperkehendakan, di perilmukan dan di perkuasakan tanpa alat zahir
seperti mata, telinga dan lainnya. apabila ia dimasukan dalam sarung
badan manusia, maka segala alat anggota badan berfungsi dengan kadar
yang ditentukan sesuai dialam zahir pula. Tiada lain tujuan kita dimasukan
dalam badan yang lengkap dengan alat- alat tersebut melainkan agar
tetap berTauhid dan Bertasbih padaNya.
Ianya berkisar kepada 7 sifat Maani. Ada Den turunkan kaifiat menafikan
( nafi isbat ) dalam tajuk Persugihan. Sebaiknya dibaca sebelum solat

sebagai

ikhtiar

menafikan

diri.

Nyatakan

Aku

Haq

Allah.

Sebagai

makhluknya hendaklah sentiasa kita menafikan Keakuan diri. Guru Den


sentiasa ingatkan Den agar tidak lupa akan amalan penafian Diri..samada
sebelum solat sehinggalah sebelum mengubat manusia maupun Jin.
Langkah langkah Mengenal Allah - 2
Tauhid adalah ilmu termulia, teristimewa , setinggi-tinggi ilmu serta
setinggi-tinggi ibadah. Ianya berkait rapat dengan Iman.
Terbahagi iman itu kepada 5 juzuk.
1) Iman Takliq
2) Iman Ilmu
3) Iman Ayan
4) Iman Haq
5) Iman Hakikat
Dimanakah duduk perkaranya Iman kita ?
Pasti kita bermula dari tahap iman Takliq.
Iman yang didapati dari pengajaran guru semata mata atau meyakini
pengajaran guru semata mata.
ZIKIR di Tahap Iman Takliq.
Maka untuk si salik biasanya Guru akan mentalkinkan kalimah tauhid
sebagaimana ditajuk awal. lailahaillah. kelak Den tepekan disini akan
kalimah zikir itu tapi memang sudah ada DEN tulis di tajuk yang lain
sebelum ini.
Pada tahap seterusnya Iman Ilmu : kita sudah belajar bab iman
berdasarkan dalil Aqli dan Naqli. Masih tidak sempurna.
Zikir di Tahap Iman Ilmu.
Allah..Allah...Allah serta pecahan pecahannya dan kaedah kaedah nya
berbeza di setiap tahap dan akan ditunjuk ajar oleh guru.
Tahap Iman Ayan : Pada ketika ini iman seseorang itu diperolehi
berdasarkan hati yang senantiasa muraqobah pada Allah s.w.t.

Zikir di Tahap Iman Ayan.


Allah Allah..tetapi sudah pada tahap zikir nafas dan selanjutnya.

Iman Haq :
Iman pada tahap ini sudah amat baik dimana ia diperolehi dari keadaan
musyahadah (menyaksikan) Allah dengan Mata hati
Zikir di Tahap Iman Haq :
Inilah zikir rahsia lagi rahsia...
Iman Hakikat :
Iman tahap sempurna ini dicapai daripada keadaan fana yang selain dari
Allah dan tiada bersaksi kecuali kepadaNya. Ilahi unsurni Ala A'dahi
bihaqqi

bismillah

wabillah

waminnalah

waillallah.

Zikir di Tahap Iman Hakikat :


Hanya mereka yang sudah sampai dan faham akan " Rasa " sahaja yang
boleh menghuraikan. Pada ketika ini tiada penafian lagi kerana tiada apa
pun yang nak dinafikan. Pada ketika ini zikirnya tiadalah huruf dan suara,
yakni hanya syuhud semata mata. Bertanyalah dengan guru untuk
keterangan yang lebih mendalam.
Kesimpulan hakikat keseluruhan Ibadat ialah mentauhidkan Allah s.w.t
dengan

perkara

1. Ikrar - mengucap 2 kalimah syahadah dengan sebaik baik pemahaman


akan

apa

yang

di

ucapkan.

2. Tasdiq ( membenarkan ) - Membenarkan pada hati (qalbi) berdasarkan


pada ilmu, membenarkan pada ruh yakni pada musyahadah (pandangan)
bahawa senya Allah s.w.t sahaja yang Maujud.
3. Perbuatan - segala perintah Allah s.w.t dilaksanakan dengan ikhlas.
Sesungguhnya semua yang wujud di alam ini adalah milik Allah s.w.t dan
semua itu hanyalah pernyataan/bekas sahaja.

Nasihat Guru : Banyakanlah selawat..biasanya minima 1000x


sehari....

Anda mungkin juga menyukai