Anda di halaman 1dari 10

NurKasih NurHidayat

Seni Silat Silat Islam


open in browser PRO version

Are you a developer? Try out the HTML to PDF API

pdfcrowd.com

Bersama membanteras kesyirikan dalam Ilmu Persilatan dan Perubatan dengan memohon hanya
kepada Allah SWT. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH HIL ALIYYIL AZIM.
TUJUH LANGKAH YANG TELAH DI SUSUN OLEH GURUKU DALAM MEMAHAMI, MELAKSANAKANNYA
SERTA MENGUASAINYA DALAM GERAK YANG DATANG DARI GERAK KUDRAT DAN IRADAT ALLAH AZZA
WA JALLA.
(1) Pengenalan
Seseorang Hamba adalah Faqir dimana Gerak dan Diam adalah takluk dalam Kudrat dan Iradat
ALLAH. Kita hanya mempunyai kudrat memohon tetapi tiada kudrat melakukannya....walaupun
hanya mahu meminun secawan air atau mengerakkan hujung jari, melainkan datangnya gerak
Kudrat dan Iradat dari ALLAH. Justeru itu gerak dan jurusnya hanya dimohon kepada ALLAH.
Para pengamal Gerak Faqir yang benar pelajarannya akan memiliki kunci rahsia memohon qudrat
ALLAH. Dengan kunci tersebut serta keyakinan yang benar, para ahli Gerak Fakir mampu
menggunakannya dengan pelbagai hajat, samaada untuk dirinya atau membantu orang lain seperti
perubatan dan lainnya.
Para pengamal Gerak Faqir wajib sentiasa Syuhudkan dirinya di dalam keFaqiran disisi ALLAH, tiada
baginya Ilmu, adapun segala kehebatan dan kekuatan adalah milik ALLAH. Sesungguhnya ALLAH
cinta kepada hambaNya yang merendah diri dan menyeru padaNya memohon pertolongan. ALLAH
akan makbulkan segala permohonan hambaNya dalam apa jua perkara kebaikan, insya Allah.
Ahli Gerak Faqir dilarang bertuhan pada kekuatan diri, ilmu atau amal melainkan wajib melatih diri
kepada Tauhid Syuhudiah atau Tauhid Wujudiah dengan segala kelebihan yang dimiliki.
"Apa jua kehebatan yang dimiliki tetap tidak boleh memecahkan pintu takdir ALLAH."
(petikan kalam Hikam Syeikh Ibnu Athoillah As-Sakandari(r.a)
open in browser PRO version

Are you a developer? Try out the HTML to PDF API

pdfcrowd.com

(2) Mukaddimah:
GERAK FAQIR adalah latihan menfanakan diri dalam gerakan silatnya (juga semasa penyembuhan
penyakit) sehingga mencapai Syuhudiah atau Wujudiah. Ia juga bermatlamat menzahirkan
kehebatan ilmu ALLAH dalam menundukkan segala ilmu yang batil sama ada daripada manusia,
syaitan atau jin. Ia diajar secara terbuka kepada umun yang mempunyai semangat untuk
memperjuangkan agama dan mempertahankan tanah air.
Para ahli Gerak Faqir terlebih dahulu diajar menguasai suatu latihan mematikan diri dan
membangkitkan tenaga alam nur. Dengan jalan makrifat , para pengamal Gerak Faqir melatih
dirinya denga teknik tertentu dari satu tahap ke satu tahap sehingga mereka benar-benar boleh
memahami dan menguasainya. Insya Allah pada tahap tertentu , mereka mampu melakukan
perkara-perkara luar biasa mengikut keperluan tanpa melalui amalan, wirid atau hizib tertentu.
Namun hal tersebut bukannya boleh dijadikan pertunjukan kerana tiada jaminan ianya boleh
berlaku setiap masa, sebaliknya bergantung kepada kehendak ALLAH.
(3) Dasar-Dasar:
Asas Gerak Faqir adalah Tauhid Tasawuf. Dasar Gerak Faqir terbahagi pada tiga bahagian, iaitu:
a) Tauhid I'tiqadiah
b) Tauhid Syuhudiah
open in browser PRO version

Are you a developer? Try out the HTML to PDF API

pdfcrowd.com

c) Tauhid Wujudiah
Tauhid I'tiqadiah adalah Tauhid Ilmu KeTuhanan Ahlu Sunnah Wal Jamaah aliran Asya'irah dan AlMaturudiah. Ianya telah dihurai dalam perbahasan ilmu tauhid yang dikenali dengan sifat dua
puluh. Tauhid ini adalah tauhid ilmu yang mengesahkan pegangan seseorang dengan akidah Ahlu
Sunnah Wa Jamaah.
Seseorang mukmin tidak sepatutnya hanya berhenti pada tauhid ini kerana mereka amat mudah
tergelincir kepada iktikad muktazillah atau qadariah dalam pengamalan dan kehidupan. Ini
disebabkan hati mereka terhijab dengan diri dan hukum asbab sehingga tiada wujud Tuhan, baik
dari sudut perkataan dan pengamalan.
Tauhid Syuhudiah adalah tauhid yang berasaskan cahaya hati dimana hati mereka sudah tersyuhud
kepada Allah dalam setiap gerak dan perlakuan. Tauhid ini menyempurnakan seorang itu dalam
akidah Ahli Sunnah Wa Jamaah. Tauhid ini diperolehi hasil dari amalan tareqah yang
menghimpunkan zikir, mujahadah, muraqabah dan tawajuh.
Tauhid Wujudiah ialah perasaan keleburan yang tinggi sehingga fana ia daripada melihat wujud
yang lain melainkan wujud Allah semata-mata. Ia adalah hasil dari latihan zikir dan musyahadah di
bawah bimbingan mursyid. Sampai pada peringkat ini, maka barulah seorang itu mencapai
kesempurnaan tauhid Ahlu Sunnah Wa Jamaah yang hanya melihat satu wujud saja, yakni wujud
Allah semata-mata. Maka hancurlah Ananiahnya (keAkuan dirinya), tiada baginya terhijab dengan
amal dan pergantungan pada asbab. Ia juga di kenali dengan Wahdatul Wujud dalam Dzauqiahnya.
(4) Tiga Langkah:
Mempelajari ilmu Gerak Faqir bukan silat semata-mata, tapi ia adalah ilmu atau jalan Makrifah
menuju pada ALLAH. Guru dan Ulama dahulu mengolah ilmu yang sesuai dengan keadaan semasa
open in browser PRO version

Are you a developer? Try out the HTML to PDF API

pdfcrowd.com

itu sehingga diberi ilham dan kekuatan untuk tujuan berjihad kejalanNya. Kaedah ilmu ini
mendzahirkan kehebatan ilmu ALLAH dlm menundukkan segala ilmu yang batil baik dari ilmu hitam,
jin dan syaitan atau boleh digunapakai untuk ilmu perubatan dan sebagainya.
Gerak Fakir adalah gerakan yang berasaskan kepada tiga LANGKAH.
1.Niat (IRADAT)
2.Makrifat(HUBUNGAN DGN ALLAH)
3.Gerak(KUDRAT/ILMU)
Gerak Faqir adalah datang dari Gerak Allah setelah seseorang berjaya memahami ILMU
menFANAkan dirinya.
Gerak Fakir juga menjalani 4 TAHAP.
1.Mematikan diri(PENUMPUAN)
2.Gerak Silat dan Gerak Tangan Untuk Penyembuhan
3.Mengetahui Gerak Musuh (zahir dan batin)
4.Kebal tubuh dari segala senjata.
Segala pelajaran 4 tahap ini bukan berdasarkan amalan, wirid atau petua tertentu tapi berdasarkan
pada MAKRIFAH kepada ALLAH.
Untuk mencapai makam makrifat perlu pada ilmu TAUHID TASAWWUF. Sesungguhnya seseorang
yang benar benar mencapai makrifat kepada ALLAH, dia adalah raja dunia dan akhirat. padanya
akan keluar segala ilmu, hikmah dan barakah. Dalam Gerak Fakir bukan buah, bunga atau gerak tari
open in browser PRO version

Are you a developer? Try out the HTML to PDF API

pdfcrowd.com

yang menjadi ukuran, tetapi paling penting ialah ia benar-benar berada dalam GERAK ALLAH.
"Apa jua kehebatan yang dimiliki tetap tidak boleh memecahkan pintu takdir ALLAH"
(petikan kitab Hikam Syeikh Ibnu 'Athoillah).
(5) Makrifat, Niat dan Gerak.
Makrifat adalah ilmu pengenalan dengan Allah. Seseorang itu wajib mengenal Tuhannya. Awal
pengenalan dengan Tuhannya adalah dengan mengenali DIRInya sendiri. Ringkasnya pengenalan
mengikut Gerak faqir adalah memahami 7 SIFAT MAA'NI iaitu:
1: Kudrat(kuasa)
2: Iradat(kehendak)
3: Ilmu(ilmu)
4: Hayat(hidup)
5: Sama'(mendengar)
6: Basar(melihat)
7: Kalam(berkata-kata)
Ketahuilah bahawa sifat AL-HAYAT adalah 'ketua' bagi segala sifat, manusia boleh hidup tanpa 6
sifat (melihat, mendengar, berkata-kata, ilmu, kuasa, kehendak) tetapi tanpa al-Hayat, maka
manusia akan mati. NAFAS adalah dari Ruh al-Hayat.Hidup jasad dengan nafas, hidup nafas dengan
sifat al-Hayat Allah.
open in browser PRO version

Are you a developer? Try out the HTML to PDF API

pdfcrowd.com

Niat adalah gerak hati. Gerak hati adalah kuasa pilihan yang diberi oleh Allah pada setiap manusia.
Setiap Gerak(IRADAT) hati akan datang kudrat Allah. Manusia (hakikatnya) tiada kudrat, segala
gerak perbuatanya adalah gerak Allah(KUDRAT). Allah mengurniakan kudrat tetapi ada kudrat yang
diredai dan ada kudrat yang tidak diredai-Nya.
Para pelajar Gerak Faqir wajib mendalami gerak hatinya. Gerak hati wajib dikawal oleh ilmu dan
akal yang tunduk kepada wahyu. Gerak faqir adalah datang dari gerak Allah setelah para pelajar
berjaya memahami ilmu mematikan dirinya. Maka setelah seorang pelajar itu benar-benar berada
pada maqam tiada dirinya (fana), maka akan timbullah disana gerak Allah yang berdasarkan Kudrat,
Iradat dan Ilmu-Nya mengikut apa saja niat atau permintaan.
Para pelajar Gerak faqir wajib memdalami dan memahami Aqidah Ahlu Sunnah wal Jamaah yang
telah disusun dalam pengajian Sifat 20, wajib juga memahami Tauhid Syuhudiah dan Wujudiah.
Tauhid Syuhudiah dan Wujudiah adalah maqam yang dikurniakan Allah bagi mereka yang
bersungguh-sungguh berjalan kepadaNya untuk menyucikan jiwa. Firman Allah SWT yang
bermaksud :
"Barang siapa yang bersungguh-sungguh pada jalanKu, nescaya Aku buka jalan baginya".
(6) 'Mati sebelum mati (hakikat nafas)
Berkata Arifbillah,
'Matikan dirimu sebelum kamu mati'. Maka 'mati yang pertama' itu seolah-olah bercerai ruh dari
open in browser PRO version

Are you a developer? Try out the HTML to PDF API

pdfcrowd.com

jasad, tiada daya upaya walau sezarah jua pada hakikatnya, hanya Allah jua yang berkuasa,
kamudian dimusyahadahkan didalam hati dengan menyaksikan kebesaran iaitu sifat Jalal dan
JamalNya dan kesucianNya. Maka mati diri sebelum mati itu ialah dengan memulangkan segala
amanah Allah iaitu tubuh jasad ini kepada yang menanggung amanah iaitu ruhaniah jua.
Ditarikkan 'nafas' itu dengan hakikat memulangkan dzat, sifat, afaal kita kepada Dzat, Sifat, Afaal
Allah yang bererti memulangkan segala wujud kita yang zahir kepada wujud kita yang bathin (Ruh).
Dan pulangkan wujud Ruh pada hakikatnya kepada Wujud Yang Qadim.
Maka selepas sempurna 'mematikan diri yang pertama' hendaklah melakukan 'mikraj' iaitu
'mematikan diri peringkat kedua' yang dinamakan mati maknawi, iaitu hilang segala sesuatu didalam
hatimu malainkan hanya berhadap pada Allah jua. Dengan meletakkan nafas kita melalui alam
'ampas' iaitu antara dua kening merasa penuh limpah dalam alam kudus kita iaitu dalam kepala kita
hingga hilang segala ingatan pada yang lain melainkan hanya hatimu berhadap pada Allah jua.
'Mati pada peringkat ketiga' adalah mati segala usaha ikhtiar dan daya usaha diri kerana diri kita ini
tidak boleh melakukan sesuatu dengan kekuatan sendiri sebab manusia itu sebenarnya memiliki
sifat 'Fakir, Dhaif, lemah dan hina'.
Dinaikkan 'tanafas' hingga ditempatkannya dengan sempurna di 'nufus' dengan melihat pada
matahati itu dari Allah, dengan Allah dan untuk Allah.
Dari Allah mengerakkan Ruhaniah, dari ruhaniah mengerakkan Al-Hayat, dari al-hayat mengerakkan
Nafas, dari nafas mengerakkan Jasad dan pada hakikatnya itu Allah jualah yang mengerakkan
sekeliannya. Pada pandangan dzahir perbuatan hamba tetapi pada pandangan matahati perbuatan
open in browser PRO version

Are you a developer? Try out the HTML to PDF API

pdfcrowd.com

Allah jua. Maka Syuhud akan Allah pada kosadnya (niat) dan segala gerak dan diamnya sebagaimana
firmanNya,
"Dan tiadalah yang melontar oleh engkau ya Muhammad ketika engkau melontar tetapi Allah yang
melontar........." .
Wallahhualam.
(7) Kaedah Pengamalan Zikir Nafas
Gerak fakir menyambung perbahasan dengan Ilmu dahulu sehingga benar benar memahami Ilmu
Akidah dan perjalanan Rahsia Tajjali Allah. Tanpa kefahaman ilmu ini maka perjalanan seorang
murid itu seperti orang yang mengembara tanpa peta yang tepat untuk ditujui, ibarat belayar
dengan tiada mengetahui pulau mana yang mahu di tuju. Dengan itu murid mesti menguasai
kefahaman Tauhid Syuhudiah A'faal di dalam sifat 20 dan juga Ilmu Martabat Tujuh yang disusun
oleh para ulama Sufi untuk menjadi panduan dan mempercepatkan proses ke'Pana'an berdasarkan
Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Kamudian murid akan ditalqinkan Zikir Nafas dan Perjalanan Rahsia Solat. Dari perjalanan maqam
nafas tersebut maka guru akan membuka rahsia solat dan bagaimana mahu mencapai hakikat solat.
Maka solat adalah pintu untuk membuka Makrifat A'faal atau Tauhid A'faal dan pengenalan Rahsia
Diri. (Lihat: mati sebelum mati, hakikat nafas). Jika para murid itu benar benar nafasnya berada
pada martabat yang dikehendaki, maka kesannya ialah boleh berlaku pergerakan anggota badan
diluar kawalan dari gerak akal dan hati. Ia dapat digunakan dalam peperangan, pertempuran,
perubatan atau apa juga tujuan keduniaan yang baik, namun tidak boleh di buat pertunjukan.
open in browser PRO version

Are you a developer? Try out the HTML to PDF API

pdfcrowd.com

Kesan kekuatan dan kehebatan yang bersifat RABBANIAH itu melimpah pada mereka seperti tidak
akan merasa sakit, tidak binasa, kebal, kasyaf, ilmu ladunni, dapat menembusi alam ghaib, dilihat
hebat, gerun, kaseh sayang dan kadang kala rupa jasadnya dlihat muda, tua, cantik mengikut Nur
yang ada manusia disisinya dengan Izin Allah. Para mursyid dahulu telah mendalamkan rahsia
perjalanan nafas ini kepada para pejuang mereka untuk tujuan peperangan. Namun hal tersebut
bukanlah matlamat tapi boleh digunakan dalam keadaan memerlukan sahaja. Matlamat hakiki
mereka mengajar para murid kepada hakikat Makrifatullah. Wallahualam.
--------------------------------------------------------------------------------Nota :
Artikel di atas adalah hasil tulisan Al Faqir Ilallah Tokku Syeikh Hj.Ibrahim As Syatariah, Zawiyah
Pulau Manis, Terengganu. Memandangkan keterangan Yang Mulia Tokku cukup padat dan sarat
dengan kefahaman berkenaan Ilmu Ketuhanan di dalam Ilmu Persilatan, maka saya meminjam
tulisan beliau dalam menerangkan kaedah yang sama dalam Seni Silat Silat Islam.
Semuga tidak menimbulkan salah faham kerana matlamat Tokku dan saya adalah sama menuju yang
SATU jua.
Terimakasih di atas izin Tokku untuk saya berkongsi ilmu dan maklumat, semuga apa yang kita
perjuangkan sama-sama mendapat keredhaan ilahi.
Share

open in browser PRO version

Are you a developer? Try out the HTML to PDF API

pdfcrowd.com

Anda mungkin juga menyukai