feqah
TINGKATAN 1
SOALAN 1
Pengertian Ibadah ialah :
A. Semua perkataan dan perbuatan zahir atau
batin yang disukai dan diredhai Allah
B. Perbuatan membasuh atau menyapu anggota
badan tertentu dimulai dengan niat kerana
ALLAH SWT
C. Menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua
belah tangan hingga ke siku dengan syarat-
syarat tertentu disertai dengan niat
D. Meratakan air ke seluruh anggota badan
dengan niat
SOALAN 2
Jenis Ibadah terbahagi dua iaitu:
A. Mughallazah
B. Mutawassitah
C. Mukhaffafah
D. Muallafah
SOALAN 28
A. Tawas
B. Kapur barus
C. Buah manjakani
D. Kulit kayu samak
SOALAN 33
Berikut adalah cara menyamak kulit
binatang kecuali:
A. Sebelum menyamak, pastikan lendir, lemak
dan darah yang melekat pada kulit perlu
dibuang.
B. Menyamak dengan menggunakan air mutlak
semata-mata.
C. Menyamak iaitu menggosokkannya dengan
bahan-bahan yang dapat menanggalkan
benda yang melekat pada kulit itu.
D. Selepas disamak, kulit-kulit binatang perlu
dijemur sehingga kering.
SOALAN 34
Berikut adalah faedah menyamak
kecuali:
A. Menjadikan kulit binatang sebagai
perhiasan, pakaian, perabot dan
sebagainya.
B. Menambah peluang pekerjaan bagi
masyarakat di sektor pembuatan.
C. Sesuai untuk dijadikan makanan kepada
orang bukan Islam
D. Boleh dijadikan bahan komersial bagi
meningkatkan ekonomi Negara.
SOALAN 35
Maksud istinjak adalah:
A. Perbuatan membasuh atau menyapu anggota badan
tertentu dimulai dengan niat kerana ALLAH SWT
B. Menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua belah
tangan hingga ke siku dengan syarat-syarat tertentu
disertai dengan niat
C. Perbuatan membersihkan najis yang keluar dari
qubul (kemaluan) dan dubur selepas membuang air
besar atau air kecil dengan menggunakan alat
tertentu
D. Meratakan air ke seluruh anggota badan dengan niat
SOALAN 36
Berikut adalah antara air
mutlak kecuali:
A.Air hujan, air paip, air perigi
B.Air laut, air sungai, air salji,
C.Air hujan, air manis, air laut
D.Air mata air, air embun, air
perigi
SOALAN 37
Berikut adalah antara benda-
benda kesat kecuali:
A.Kertas
B.Daun kering dan batu
C.Kayu dan tisu
D.Tin
SOALAN 38
Berikut adalah bahan yang
haram untuk istinjak kecuali:
A. Kertas ataupun bahan bertulis ayat
Quran/Hadis/Nama-nama ALLAH dan
RasulNya.
B. Benda yang berbahaya seperti kaca, buluh
dan kayu.
C. Benda najis yang kering tahi kambing dan
lembu.
D. Benda yang dihormati seperti makanan dan
tulang.
SOALAN 39
Berikut adalah syarat istinjak
dengan benda kesat kecuali:
A. Terdapat benda lain yang melekat di
tempat keluar najis (debu dan tanah).
B. Alat yang digunakan suci (bersih dan
kering).
C. Najis tidak meleleh ke tempat lain
(paha/betis).
D. Najis yang ada pada qubul dan dubur
belum kering.
SOALAN 40
Cara paling afdhal beristinjak
adalah:
A. Basuh tempat keluar najis dengan air mutlak
hingga bersih.
B. Bersihkan tempat kena najis dengan benda
kesat (kertas / tisu) hingga bersih.
C. Bersihkan tempat keluar najis dengan 3 biji
batu atau sebiji batu yang berbucu. Kemudian
basuh dengan air mutlak sehingga bersih.
D. Bersihkan tempat keluar najis dengan 3 biji
batu atau sebiji batu yang berbucu sahaja.
SOALAN 41
Berikut adalah hikmah istinjak
kecuali:
A. Terhindar daripada jangkitan
penyakit.
B. Badan cergas dan jiwa tenang.
C. Dapat beribadat dengan khusyuk.
D. Memberi kesusahan kepada diri
dan orang lain.
SOALAN 42
Berikut adalah adab qadha
hajat kecuali:
A. Tidak membawa masuk ke tandas
sesuatu yang dimuliakan
B. Memakai selipar dan menutup
kepala
C. Melangkah ke dalam tandas
dengan kaki kanan
D. Tidak menghadap kiblat
SOALAN 43
Maksud wudhuk adalah:
A. Meratakan air ke seluruh anggota badan dengan
niat
B. Menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua belah
tangan hingga ke siku dengan syarat-syarat
tertentu disertai dengan niat
C. Perbuatan membersihkan qubul (kemaluan) dan
dubur selepas membuang air besar atau air kecil
dengan menggunakan alat tertentu
D. Perbuatan membasuh atau menyapu anggota
badan tertentu dimulai dengan niat kerana ALLAH
SWT
SOALAN 44
berikut adalah anggota
wudhuk kecuali:
A.Muka dan Kedua belah tangan
hingga siku
B.Sebahagian kepala
C.Kedua-dua belah kepala lutut
D.Kedua belah kaki hingga ke
buku lali
SOALAN 45
Berikut adalah rukun wudhuk:
A. Niat – membasuh muka – membasuh kaki – membasuh
kedua tangan ke siku – menyapu sebahagian kepala –
tertib
B. Niat – membasuh muka – menyapu sebahagian kepala –
membasuh kedua tangan ke siku – membasuh kaki –
tertib
C. Niat – membasuh muka – membasuh kedua tangan ke
siku – menyapu sebahagian kepala – membasuh kaki –
tertib
D. Niat – tertib - membasuh muka – membasuh kaki –
membasuh kedua tangan ke siku – menyapu
sebahagian kepala
SOALAN 46
Berikut perkara sunat ketika
wudhuk kecuali:
A. Memulakan dengan membaca
BISMILLAH.
B. Membasuh kedua-dua belah tangan
hingga ke pergelangan.
C. Berkumur-kumur dengan menelan
sebahagian air kumuran
D. Memasukkan air ke dalam hidung dan
keluarkannya semula.
SOALAN 47
Berikut perkara makruh ketika
wudhuk kecuali:
A. Membasuh anggota wuduk lebih daripada 3
kali.
B. Mendahulukan anggota kiri daripada
kanan.
C. Berkumur-kumur atau memasukkan air ke
dalam hidung secara sederhana bagi yang
berpuasa.
D. Bercakap ketika berwuduk.
SOALAN 48
Berikut perkara membatalkan
wudhuk kecuali:
A. Keluar sesuatu daripada qubur atau
dubur.
B. Bersentuh kulit lelaki dan perempuan
yang bukan mahram tanpa berlapik.
C. Hilang akal kerana gila, mabuk, buat-
buat pengsan, atau mengambil ubat
yang boleh menghilangkan ingatan.
D. Tidur yang tidak tetap punggungnya
SOALAN 49
Berikut adab-adab berwudhuk
kecuali:
A.Menghadap kiblat.
B.Memulakan wuduk dengan
membaca Alhamdulillah.
C.Berjimat menggunakan air.
D.Menjaga diri daripada terbuka
aurat.
SOALAN 50
Berikut hikmah berwudhuk
kecuali:
A. Membersih anggota yang terdedah
kepada kotoran
B. Membentuk peribadi yang seimbang
jasmani dan rohani
C. Melahirkan individu yang sentiasa
beradab ganas
D. Menghapuskan dosa-dosa kecil