Anda di halaman 1dari 6

Hantu & Jin Boleh Di Kaji dengan Ilmu Quantum Fizik!!!

‘‘Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-
Ku”.. At-Thur : 56

Siapa menyangka.. filem Drakula yang ada adegan terbakar apabila terkena sinaran matahari,
dan filem Ghostbuster yang diselitkan adegan penangkapan dan penembakkan hantu
menggunakan peralatan elektronik. ternyata semuanya itu adalah berfakta.

Malah, beberapa kepercayaan yang dianggap khurafat dalam masyarakat kita seperti meletakkan
gunting besi disamping mayat atau menggantung cermin di depan pintu sebenarnya boleh
dibuktikan secara sains untuk menghindari gangguan hantu atau jin.

Penyelidik yang juga Dekan Fakulti Sains Warna Universal, Universiti Perubatan Antarbangsa
Sri Langka; Prof Dr Sir Norhisham Wahab, mengatakan bahawa hantu dan jin tidak memiliki
unsur jasad menyebakan mereka tidak dapat dilihat, tetapi kewujudan mereka dapat dibuktikan
dengan ilmu sains fizik quantum dan boleh di adaptasi dengan teknologi gelombang.

“Hantu dan jin wujud secara tidak nyata kerana tidak terikat kepada jisim, graviti bumi serta
bebas daripada ikatan karbon, molekul dan atom. Berbeza dengan manusia yang terbentuk
daripada partikel atom atau unsur yang menyusun semua benda.

“Hantu dan jin bagaimanapun termasuk dalam ghaib nisbi dan boleh diukur dengan
menggunakan gelombang bunyi dan gema,” kata Prof Dr Sir Norhisham Wahab yang mendalami
kajian dalam bidang ini selama sembilan tahun. Katanya, apabila kajian dilakukan, timbul
persoalan bagaimana unsur hantu dan jin dari sudut fisik? usaha terpenting iaitu membantu
manusia menghindari gangguan jin dan hantu dapat dilakukan dengan kaedah penghasilan
penawar dan pemulihan menggunakan teknologi.

Dr Norhisham berkata, jin dan hantu terdiri daripada unsur gelombang, mereka dapat menguasai
ruang dan waktu didalam tubuh manusia yang mampu memberi atau menyebabkan kesan negatif
terhadap kesihatan hingga ke tahap mental.

Beliau berkata, untuk merawat gangguan jin dan hantu, kaedah pemulihannya adalah dengan
mengambil kembali ruang dan waktu pada tubuh atau organ manusia yang diresap jin atau hantu.
Usaha memancarkan gelombang untuk merawat gangguan makhluk halus juga sebenarnya
tidaklah sesukar seperti yang kita bayangkan, tidak perlu peralatan yang menyerupai senjata,
mesin yang besar, sebaliknya gelombang bisa ditangkap dalam medium seperti air dan unsur
yang sesuai.

“Kami menciptakan alat radionik iaitu teknologi yg merakam 99 frekuensi gelombang


berdasarkan 99 getaran tenaga atom di dalam sukros dan pesakit hanya perlu memakan pil itu
secara berterusan untuk memancarkan gelombang ke dalam tubuh,” katanya.

Sesuatu yang menarik adalah teori drakula akan terbakar jika terkena cahaya matahari adalah
benar. Hantu memiliki gelombang tidak seimbang, dan cahaya matahari berfungsi
menyeimbangkan gelombang alam. Apabila gelombang tidak seimbang terkena cahaya matahari,
ia akan musnah karena gelombangnya menjadi seimbang dan hantu itu akan terbakar.

“Besi mampu memerangkap gelombang buruk atau negatif dan hantu tidak menyukai medan
elektrik, jadi konsep hantu ditembak dengan alat elektrik untuk mencederakan dan disimpan di
dalam kotak besi seperti filem Ghostbuster adalah benar.

“Begitu juga dengan amalan meletakkan gunting besi di tepi mayat kerana besi mampu
menangkap atau menarik muatan elektrik positif pada seseorang apabila seseorang itu meninggal
dunia.

“Cermin mampu menyerap cahaya termasuk gelombang elektromagnetik yang memiliki kesan
radiasi yang boleh mengganggu gelombang hantu dan jin. Perkara-perkara seperti ini bukan
khurafat tetapi kita perlu memahami konsepnya,” katanya..(Dr Norhisham).

Suatu fakta ironis yang mengatakan adalah kebanyakan manusia takut akan hantu walaupun pada
hakikatnya, hantu juga takut berhadapan dengan manusia karena penglihatan manusia memiliki
foton cahaya yang cenderung mengeluarkan atau memancarkan elektron untuk membentuk ion
positif.

“Hantu dan Jin juga terbentuk dari ion positif dan apabila ion positif bertemu dengan ion positif
dalam kesatuan tenaga elektrik, ia mampu mencederakan atau menghindarkan mereka,” ujarnya
lagi.

Renungan..

Walaupun ini adalah kajian fizik semata2 akan tetapi boleh kita ambil faedah dengan semua
kajian ini berdasarkan iman kita.. Hanya Allah Pemutus Segalanya dan Allah jugalah yang Maha
Berkuasa lagi Maha Mengetahui.. ‫وا أعلم بالصواب‬

Hantu mempunyai gelombang dalam julat Frekuensi Ultrasonik terletak di atas paras melebihi
20KHz yang besar. Ini biasanya dihasilkan oleh geteran hablur-hablur seperti hablur kuartza.
Frekuensi bunyi hantu ini juga mempunyai persamaan seperti frekuensi bunyi yang dikeluarkan
oleh kelawar. Atas rasional ini adalah agak malang bagi penggemar batu-batu permata yang
menyimpan batu permata yang berkualiti rendah dengan struktur atau susunan atomnya yang
tidak kukuh atau tidak stabil sebagai tempat pelindung yang digemari semua unsur yang
mempunyai tekanan yang rendah.

Dari segi Fizik, susunan atom yang tidak kukuh mempunyai frekuensi yang rendah. Frekuensi
yang rendah ini pula hanya disukai oleh golongan jin. Pengamal perubatan tradisional misalnya,
gemar menyimpan batu permata berwarna oren, merah, hitam dan kuning untuk tujuan seperti
memerangkap tenaga asing. Berdasarkan kajian sains fizik, batu jenis ini mempunyai struktur
atom yang kukuh dengan frekuensi rendah, perlahan dan digemari oleh unsur-unsur negetif.
Namun batu permata yang berwarna merah jambu, ungu, putih, hijau dan biru didapati
mempunyai struktur atom yang agak kukuh dan memiliki frekuensi bunyi yang tinggi serta laju.

Orang-orang di Barat mempercayai hantu yang digambarkan sebagai Drakula dan werewolf
dalam lakonan cerita-cerita seram yang mempunyai kaitan dengan frekuensi cahaya bulan penuh
yang sedang menurun mengikut kalendar Islam jatuh pada 16hb. dan 17hb. setiap bulan.

Berlian yang keras dengan struktur atom yang berbentuk segitiga atau piramid pula mempunyai
tenaga elektrik yang lebih berkuasa dan mampu memberi berbagai-bagai kelebihan malah dapat
menjadi benteng atau perisai kepada si pemakainya. Ini kerana berlian memerima spektrum
tenaga cahaya matahari (tujuh warna). Mereka yang memakai berlian asli sebagai barang hiasan
akan mempunyai perasaan harmoni kerana spektrum warna matahari sama dengan yang ada
dalam tubuh manusia. Fungsi berlian banyak digunakan terutamanya dalam tujuan
membersihkan persekitaran dan dalaman tubuh yang mengalami pencemaran radiasi.

Hantu atau unsur tenaga yang lemah sebenarnya mencari kawasan udara yang berketumpatan
rendah atau terlalu tinggi yang menghasilkan getaran pada kedudukan purata pada arah yang
selari dengan arah rambatan gelombang.

Tanda-tanda kawasan yang dikuasi oleh unsur-unsur tenaga lemah seperti kawasan yang
berlumut, berbau busuk atau terlalu wangi, lembap atau terlalu kering dan panas, tempat sarang
labah-labah atau terdapat serangga berbisa. Setiap kawasan-kawasan bersudut pada siling yang
terlalu tinggi atau rendah dengan ruang yang sempit juga menjadi tempat yang disukai oleh
unsur-unsur tenaga asing ini.
Unsur tenaga asing ini juga dapat dilemahkan oleh AUDIBEL pada julat yang lebih kecil kurang
daripada 20Hz. Bunyi ledakan gempa bumi dapat mengeluarkan belerang atau sulfur yang
memerangkap unsur-unsur asing dan luar biasa ini. Selain itu, orang yang mempunyai semangat
yang tinggi dengan keyakinan yang tidak berbelah bagi seperti kepercayaan kepada kekuasaan
Tuhan sebenarnya dapat mencipata kelajuan seperti diatas.

Garam atau kristal pula didapati hasil daripada bunyi yang amat ditakuti oleh unsur-unsur jahat
ini. Garam laut Mediteranean dan laut mati mempunyai kekuatan kestabilan pada unsur darah
tubuh iaitu sistem tulang. Orang-orang tua di zaman dahulu mempunyai banyak petua tentang
kehebatan garam. Garam sebenarnya dapat meneutralkan unsur asid di dalam perut. Angin,
gastrik, kejang, kesakitan dan bisa-bisa adalah berpunca daripada faktor kekurangan garam.
Sebenarnya garam yang kita gunakan dalam masakan mengandungi banyak sodium berbanding
garam yang terdapat pada laut Mediteranean yang didapati lebih semula jadi dan mengandungi
banyak potasium. Pengambilan sodium yang berlebihan akan mengakibatkan pelbagai penyakit.

Garam atau sulfur amat ditakuti oleh segala binatang berbisa yang menjadi penawar atau teman
kepada orang yang ingin memasuki hutan rimba. Ini kerana sulfur atau juga dikenali sebagai
belerang ini mempunyai frekuensi bunyi yang amat laju tetapi masih tidak boleh dikesan oleh
organ pendengarn manusia. Inilah sebabnya mengapa ahli sihir tidak boleh meramalkan bila
gempa bumi akan berlaku.

Gempa bumi yang diakibatkan oleh aktiviti gunung berapi akan meluahkan larva atau belerang
apabila meletus. Frekuensi bunyi yang tinggi pada belerang yang diluahkan kemudiannya akan
memerangkap organisma yang mempunyai frekuensi bunyi yang lemah. Inilah sebabnya
mengapa selepas sesebuah gunung berapi meletus kita akan mendapati virus atau bakteria
membawa penyakit yang merbahaya memenuhi ruang kawah gunug berapi berkenaan.

Ayat Kursi mempunyai kelajuan gelombang yang dapat menjadi benteng kepada unsur-unsur
jahat yang mempunyai gelombang jarak jauh dan perlahan. Iblis iaitu bapa segala jin dengan
kuncu-kuncunya seperti syaitan yang berupaya melemahkan manusia menjadi was-was atau
ragu-ragu dalam mencari ketenangan.

Walau apapun iblis tetap satu bentuk tenaga yang boleh diubah atau ditukar bentuk dalam tenaga
yang bergetar secara keseimbangan dalam gelombang dan frekuensi hijau. Orang yang berpuasa
daripada makanan makanan berdarah dan hanya memakan sayur-sayuran (hijau) mempunyai
deria yang amat peka kepada kedatangan unsur-unsur asing ini. Orang ini harus mempunyai
kekuatan spiritual atau semangat agar ia dapat menepis daripada serangan tenaga asing yang
sememangnya benci kepada keimanan atau kehijauan dalam frekuensi jantung.
Hijau adalah warna keimanan atau perasaan. Orang yang mempunyai kekuatan iman dengan
kelebihan budi (jantung) akan menjadi sasaran oleh unsur-unsur nafsu dan kejahatan ini. Warna
hijau yang terletak pada titik tengah dalam frekuensi air dengan PH 7.5 yang neutral akan
dicerobohi oleh unsur-unsur kejahatan untuk diubah menjadi frekuensi merah yang berasid.

Hantu tenaga asing ini sebenarnya boleh didapati di mana-mana sahaja tidak kira di udara, air,
tanah, angin dan api. Jadi bagaimanakah caranya untuk memastikan unsur ini dapat dineutralkan
dalam satu bentuk tenaga yang tidak menggangu? Frekuensi hantu boleh dikesan dengan
menggunakan sejenis peralatan khas yang pelbagai reka bentuknya. Salah satu yang digunakan
di negara ini ialah spektronanometer. Alat ini biasanya digunakan untuk melihat struktur batu-
batan. Setiap elemen yang ditemui akan dinilai mengikut frekuensi warna dan getaran bunyi
daripada ukuran tersebut akan dikenalasti sama ada kawasan berkenaan mempunyai frekuensi,
tekanan dan struktur atom yang stabil atau sebaliknya.

Kehadiran unsur asing dan hantu ini turut dapat dikesan oleh dera sentuh khususnya bulu roma
yang berfungsi sebagai antena kepada manusia. Kehadiran unsur-unsur negatif ini akan
membuatkan bulu roma berdiri tegak dan diikuti oleh perasaan seram.

Selain itu, bau-bauan berasap seperti kemenyan hitam yang sering digunakan dalam upacara
pengkebumian atau pemujaan juga merupakan agen yang mengundang tenaga asing. Begitu juga
dengan tempat tertutup yang tidak dimasuki oleh cahaya dan angin. Tempat-tempat ini turut
merupakan faktor penarik kepada unsur-unsur asing ini.

Mengikut kepercayaan masyarakat Cina dengan membakar mercun dan membunyikan objek-
objek tertentu dengan nada yang tinggi atau maksimum akan dapat memerangkap atau
menghalau hantu kerana bunyi yang kuat sebenarnya mewujudkan kawasan tekanan rendah yang
menjadi tarikan atau magnet kepada unsur asing ini yang juga mempunyai gelombang atau
frekuensi dalam tekanan yang rendah. Tidak hairanlah sekiranya para bomoh yang hendak
menangkap hantu menggunakan botol-botol kosong untuk menghasilkan bunyi. Botol-botol
kosong ini sebenarnya telah mewujudkan satu bunyi atau tekanan rendah dan mudah
memerangkap unsur-unsur negatif ini melalui satu arahan dari dalam hati dengan frekuensi yang
penuh tenang dan tidak gementar.

Proses rambatan gelombang bunyi ini akan menghasilkan kawasan-kawasan regangan dan
pemampatan molekul-molekul udara dan seterusnya mengakibatkan perubahan, ketumpatan dan
tekanan di kawasan yang terlibat. Gelombang bunyi ini sebenarnya bersamaan dengan
gelombang tekanan. Oleh itu, manusia harus bijak mencari titik keseimbangan yang harmoni
untuk menjadikan kediaman mereka sesuai untuk didiami.
Penyingkiran Tenaga Asing

Sebagaimana seseorang yang telah terkena sihir atau mempunyai penyakit kronik. Sebenarnya di
dalam tubuh si pesakit terutamanya pada bahagian pusat dalam kedudukan usus besar telah
wujud satu frekuensi tekanan yang amat rendah. Ini sememangnya akan mengundang pelbagai
bentuk tenaga asing yang jahat bagi menambahkan kesakitan dan gangguan fikiran.

Rawatan yang boleh digunakan ialah dengan cara mandian dengan air disiram di atas kepala
dengan serentak si pesakit menghentakkan kakinya ke tanah berulangkali. Tujuannya ialah
apabila frekuensi hentakkan sama dengan frekuensi asli tanah tersebut maka satu amplitud
maksimum akan dihasilkan. Selain itu, kaedah mantian pati bunga-bunga ros putih juga berkesan
kerana bunga jenis ini mempunyai frekuensi yang amat laju dan mempu meleraikan gelombang
yang tidak stabil di dalam dan di persekitaran tubuh si pesakit.

Anda mungkin juga menyukai