Anda di halaman 1dari 2

1.

Senaraikan lima kepentingan Sunnah di sisi al-Quran


i) Sunnah adalah sebagai penyokong dan menguatkan lagi apa yang disebut di dalam al-
Qur’an. Contohnya, di dalam al-Qur’an ada diceritakan berkaitan rukun iman iaitu hal-hal
atau perkara-perkara yang melibatkan aqidah. Sepertimana menerusi hadis Rasulullah,
mafhumnya:
“Islam dibina di atas lima asas: mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat,
mengeluarkan zakat, puasa di bulan Ramadan dan menunaikan haji bagi siapa yang
mampu”
ii) Sunnah juga menghuraikan secara terperinci apa yang disebut di dalam al- Qur’an.
Contohnya, di dalam al-Qur’an Allah SWT telah memerintahkan kita untuk mendirikan solat
tanpa menjelaskan tata cara untuk melakukannya. Hal ini dilihat kepentingan hadis
berperanan dalam menjelaskan secara terperinci bagaimana untuk mendirikan solat.
Mafhum dari hadis Rasulullah:
Apabila kamu ingin mendirikan solat maka bertakbirlah. Kemudian kamu bacalah apa yang
mudah daripada al-Qur’an. Kemudian ruku’lah sehingga kamu bertuma’ninah dalam
keadaan ruku’. Kemudian angkatlah (kepalamu) sehingga kamu lurus berdiri. Kemudian
sujudlah sehingga kamu bertuma’ninah dalam keadaan sujud. Kemudian amgkatlah
(kepalamu) sehingga kamu bertuma’ninah dalam keadaan duduk. Kemudian lakukanlah hal
tersebut dalam solatmu keseluruhannya. [Riwayat Muslim (602)]

iii) Sunnah mengkhususkan apa yang umum di dalam al-Qur’an. Contohnya di dalam al-
Qur’an Allah SWT telah mengharamkan semua jenis bangkai dan juga benda yang
berdarah. Akan tetapi, melalui sunnah telah mengkhususkan daripada ayat al-Qur’an yang
umum dengan beberapa jenis bangkai dan benda berdarah yang boleh dimakan seperti
limpa. Mafhum dari hadis Rasulullah:
Dihalalkan bagi kita dua jenis bangkai dan dua jenis darah. Adapun dua bangkai itu adalah
ikan dan belalang. Manakala dua benda berdarah itu adalah limpa dan hempedu. [Riwayat
Ahmad (5723)

iv) Sunnah mengikat apa yang mutlak di dalam al-Qur’an. Contohnya adalah ketika mana
Allah SWT memerintahkan agar dipotong tangan orang yang mencuri. Akan tetapi, di dalam
al-Qur’an tidak dinyatakan had tangan yang dipotong itu. Untuk itu, di dalam sunnah telah
menghadkan apa yang disebut secara mutlak dengan menghadkan makna yang mutlak itu
iaitu yang dipotong adalah tangan kanan dan dipotong daripada hujung jari hingga
pergelangan tangan  berdasarkan apa yang diamalkan pada zaman Nabi SAW dan juga
para sahabat.
v) Sunnah menyatakan hukum-hukum yang tidak dinyatakan di dalam al-Qur’an seperti
mengharamkan dari memakan daging binatang liar yang bertaring. Contoh lain yang dapat
dilihat menerusi pengharaman memakai emas dan sutera bagi kaum lelaki. Ini berdasarkan
sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ali RA bahawa Nabi SAW telah meletakkan sutera di
tangan kanannya, manakala emas di tangan kirinya sambal bersabda:
Sesungguhnya kedua benda ini haram bagi kaum lelaki daripada umatku. [Riwayat Abu
Daud (4057)]
2. Terangkan secara ringkas perbezaan Sunnah Tasyri'iyyah dengan Sunnah Ghair
Tasyri'iyyah
Sunnah Tasyri'iyyah
Sunnah Tasyri’iyyah adalah apa yang datang daripada Nabi SAW dengan diiktibarkan
bahawa baginda adalah seorang nabi atau rasul dan juga utusan daripada Allah SWT maka
ia dinamakan sebagai sumber pensyariatan (Tasyri’iyyah). Kebiasaannya Sunnah
Tasyri’iyyah melibatkan perintah dan larangan.

Contoh: Mafhum hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah
SAW bersabda: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon
ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali”. [Riwayat al-Bukhari (6307)]

[Sunnah yang dipraktikkan Nabi S.A.W yang berkaitan dengan masalah keyakinan dan ritual
peribadatan (aqidah dan ibadah)]

Sunnah Ghair Tasyri'iyyah


Sunnah bukan Tasyri’yyah atau nama lainnya adalah Jibiliyyah adalah apa yang datang
daripada Nabi SAW sama ada perkataan atau perbuatan Baginda SAW yang tidak diiktibar
bahawa baginda adalah seorang nabi atau rasul dan juga utusan daripada Allah SWT tetapi
diiktibar bahawa Baginda SAW adalah seorang manusia biasa atau disebabkan pengalaman
Baginda SAW dalam perkara-perkara dunia. Kebiasaanya Sunnah bukan Tasyri’yyah
menceritakan perihal kecenderungan Nabi SAW terhadap sesuatu perkara seperti di dalam
bab makanan dan minuman yang digemari Baginda SAW.

Contoh: Mafhum hadis daripada Aisyah R.A berkata: “Adapun Rasulullah SAW menggemari
manisan dan madu.” [Riwayat al-Bukhari (5431)]
[Sunnah yang tidak berhubung dengan urusan bidang aqidah dan ibadah]

Anda mungkin juga menyukai