Anda di halaman 1dari 5

ISL MINGGU 1 SCE 3108 APA ITU RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN?

Rancangan pengajaran harian adalah satu perancangan yang perlu dibuat oleh guru sebelum masuk ke dalam kelas untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Rancangan pengajaran harian perlu dirancang dengan teliti supaya objektif pembelajaran dapat dicapai sebaik sahaja tamat sesi pengajaran dan pembelajaran. Bagi setiap guru, rancangan pengajaran harian adalah satu perkara yang amat sinonim dengan diri mereka sehinggakan rancangan pengajaran harian boleh dianggap sebagai nyawa mereka di dalam kelas. Guru yang menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran yang tidak mengikut rancangan pengajaran harian adalah salah dan boleh dikenakan tindakan oleh guru besar.

MENGAPA MERANCANG? Tujuan merancang adalah untuk membolehkan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan secara baik dan berkesan. Merancang pengajaran dengan baik merupakan kunci kejayaan seorang guru di dalam bilik darjah. Sebaliknya, jika guru gagal merancang boleh menyebabkan guru terjebak dengan reaksi serta tindak balas murid sewaktu sama-sama melakukan proses pengajaran dan pembelajaran. Demi membolehkan seseorang guru merancang pelajaran dengan baik, beberapa perkara perlu diambil kira. Antaranya adalah seperti reka bentuk pengajaran, asas teori pembelajaran serta keperluankeperluan pelajaran yang lain. (Akhiar Pardi & Shamsina Binti Shamsudin, Rancangan Pengajaran Harian)

Format Rancangan Pengajaran Harian Mata Pelajaran : Tahun : Masa : Bilangan Murid : Tema: Tajuk : Hasil Pembelajaran : Fokus Utama : Fokus Sampingan : Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : Sistem Bahasa : Kemahiran Bahasa : Pengisian Kurikulum : Nilai Murni : Kemahiran Bernilai Tambah : Bahan Bantu Belajar (BBB) : Pengetahuan Sedia Ada :

Penulisan Objektif Pembelajaran Objektif pembelajaran perlulah realistik dan sejajar dengan aras kebolehan serta minat murid-murid. Objektif pelajaran sepatutnya merangkumi ketiga-tiga aspek, iaitu situasi, tingkah laku murid dan tingkat pencapaian murid. Objektif boleh dalam bentuk: Objektif implisit Melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti:- memahami - mengetahui - atau menghargai sesuatu yang telah diajar

Objektif eksplisit Melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti:- menyenaraikan - menjelaskan - memberikan contoh - menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan

Pemilihan Isi Pelajaran Isi pelajaran merangkumi segala konsep, prinsip, fakta atau maklumat yang disampaikan dalam sesuatu pengajaran. Di peringkat mata pelajaran, isi pelajaran diperingkatkan oleh Jawatankuasa Sukatan Pelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia manakala di peringkat topik, pemeringkatan isi pelajaran dilakukan oleh pihak guru. Ketika melakukan pemeringkatan isi, guru hendaklah menyenaraikan semua topik yang hendak diajar. Kemudian guru harus memikirkan topik dan isi yang perlu diawalkan dan yang boleh diajar kemudiannya. Pemeringkatan isi pelajaran lazimnya dibuat mengikut prinsip-prinsip tertentu seperti bermula daripada yang mudah kepada yang kompleks, daripada yang konkrit kepada yang abstrak dan daripada fakta kepada teori. Guru perlu menyatakan segala isi pelajaran yang akan disampaikan , selaras dengan objektif pengajaran. Isi pelajaran yang disediakan perlu sesuai dengan topik dan disusun mengikut tertib perkembangan pelajaran. Isi pelajaran yang sesuai juga perlu dirancang untuk pendidikan pemulihan dan pengayaan.

Dalam pemilihan isi pelajaran, guru seharusnya pertimbangkan perkara-perkara berikut :

1. Penyusunan isi adalah relevan dengan objektif-objektif pelajaran. 2. Penyusunan isi pelajaran hendaklah mengikut urutan yang teratur, mudah difahami serta membantu ingatan yang lebih kekal. 3. Isi pelajaran hendaklah bermula dengan pengalaman sedia ada murid kepada pengalaman baru murid. 4. Bahasa yang sesuai serta istilah yang tepat digunakan 5. Isi pelajaran mencakupi masa yang diperuntukkan. 6. Kemaskini dan mengikut perkembangan semasa. ( Akhiar Pardi & Shamsina Binti Shamsudin, Rancangan Pengajaran Harian) Pemilihan strategi, kaedah, teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik-teknik untuk mencapai objektif-objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Pemilihan strategi yang baik menjamin keberkesanan P&P. Berikut ialah garis panduan yang boleh digunakan ketika memilih strategi pengajaran, iaitu: - dapat meningkatkan lagi keberkesanan P&P. - dipelbagaikan agar dapat mengekalkan minat murid-murid - berpusatkan murid-murid dari segi minat, keperluan dan aktiviti. - berupaya menimbulkan suasana P&P yang bermakna, mendorong dan menyeronokkan. - mengambil kira penggabungjalinan kemahiran-kemahiran seperti membaca, mengira, menulis dan melukis. - berupaya mencakupi unsur penyerapan isi daripada beberapa bidang pelajaran dan penerapan nilai-nilai murni. Kaedah ialah suatu tindakan guru yang sistematik dan berurutan serta bertujuan mencapai objektif spesifik, iaitu jangka pendek sesuatu pelajaran. Kaedah mengajar juga bererti cara mendekati sesuatu objektif dengan langkah-langkah yang tersusun atau teratur.

Contoh-contoh Kaedah : 1. Simulasi Merupakan situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi sebenar. Jenis simulasi adalah: a) sosiodrama b) main peranan

2. Tunjuk Cara (Demonstrasi) Tunjuk cara merupakan situasi pembelajaran dengan guru menunjukkan cara melakukan cara melakukan sesuatu aktiviti atau memilih seorang murid yang berpengalaman untuk melakukan aktiviti yang dikehendaki. Teknik pula merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung di dalam sesuatu kaedah. Teknik merangkumi aktiviti perlakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran. Teknik ialah cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran. Guru hendaklah menggunakan teknik yang dapat menimbulkan minat atau memotivasikan muridmurid dalam P&P.

( Akhiar Pardi & Shamsina Binti Shamsudin, Rancangan Pengajaran Harian)

Anda mungkin juga menyukai